Saturday, 21 May 2011

SALAH FAHAM TERHADAP TAKRIF NAMA ISLAM.

(Shah Kirit bin Kakulal Govindji)



Sebelum memulakan bicara, ingin saya tegaskan, bicara saya kali ini melibatkan persoalan Muallaf atau Saudara Baru dan pengekalan nama asal, iaitu nama yang diguna pakai sebelum memeluk islam. Jadi bicara saya hanya berfokuskan isu ini. Di Malaysia ada beberapa orang tokoh muallaf yang mengekalkan nama asalnya setelah memeluk islam. Ada antara mereka yang terlibat aktif dalam gerak kerja dakwah, terutamanya dengan mendekati dan ‘memasarkan’ islam kepada golongan bukan islam. Lagi hebat, mereka berjaya ‘menjual’ islam ke peringkat global. Antara mereka ini ialah Lim Jooi Soon dan Ann Wan Seng dari bangsa Cina dan Shah Kirit Bin Kalkulai Govindji yang berbangsa India. Tentang Ann Wan Seng, saya tidak pasti adakah beliau menukar nama asalnya setelah memeluk islam, Cuma yang pasti, nama asalnya, iaitu Ann Wan Seng yang diguna pakai dalam penulisan dan ceramahnya.


Seringkali berlaku, apabila seseorang memeluk Islam, mereka akan dibekalkan dengan nama islam. Namun, istilah nama islam yang diguna pakai selama ini seringkali mengundang kekeliruan dan salah faham. Ini kerana, nama islam yang dimaksudkan atau perlu digunapakai itu merujuk kepada nama-nama yang berunsur Arab( saya singkatkan kepada nama Arab sahaja selepas ini untuk melancarkan penulisan). Ia seolah-olah membawa maksud nama-nama Arab itu mewakili nama-nama islam. Atau dengan bahasa yang paling mudah, nama Arab itu nama Islam dan nama islam itu adalah nama Arab. Lebih merisaukan, ia akan menimbulkan persepsi buruk dalam kalangan bukan islam dengan melabelkan Islam itu Arab dan Arab itu Islam.




(Lim Jooi Soon)



Berbicara tentang agama, maka sandaran utamanya ialah Al-Quran dan Sunnah. Tapi sayang, terdapat juga pihak-pihak tertentu yang meletakkan maslahat dan kemaslahatan sebagai keutamaan untuk mewajar dan mewaraskan tindakan. Lagi malang apabila maslahat dan kemaslahatan itu hanya berpihak kepada golongan tertentu, dan dalam masa yang sama, golongan yang lain pula menerima tempias yang berupa mudarat dan kemudaratan. Inilah yang ingin saya perkatakan dalam entry saya kali ini.


Hakikat Sebenar, nama islam ialah nama yang mempunyai makna yang baik dan ia tidak semestinya nama-nama Arab. Malah nama-nama tertentu yang berunsurkan Cina seperti Lim Jooi Soon( yang bermaksud menuju kejayaan) jauh lebih islamik dari segi maknanya berbanding sesetengah nama Arab yang digunapakai oleh orang Melayu, seperti Nur Wati(yang bermaksud Cahaya Persetubuhan). Malah dalam sesetengah kes, ada juga anak Melayu (merujuk kepada nama anak seorang jutawan internet) yang bernama Cinta Strawbery. Jadi, mana yang lebih islamik antara ketiga-tiga nama ini?




(Ann Wan Seng)



Sekarang mari kita selongkar sejarah silam. Sejarah awal islam yang saya maksudkan. Sejarah itu telah mengajar kita, sesungguhnya nama islam bukanlah nama arab tetapi nama yang mempunyai makna yang baik. Lihat sahaja persitiwa Nabi Muhammad SAW bertindak mengubah nama seorang sahabat yang bernama Abd asy- Syams bin Sokhr kepada Abd ar-Rahman bin Sokhr. Pertukaran nama ini terpaksa dibuat kerana Abd asy-Syams itu bermaksud Hamba Matahari dan Abd ar-Rahman pula bermaksud Hamba Yang Maha Pemurah ( salah satu daripada nama-nama Allah)- Tentang peristiwa Nabi Muhammad SAW mengubah nama sahabat ini bolehlah rujuk buku yang berjudul Mengemudi Bahtera Perubahan Minda, oleh Dr Asri Zainul Abidin pada muka surat 72.


Jelas di sini, pertukaran atau perubahan nama adalah kerana nama asalnya (Abd asy-Syams) mengandungi makna yang tidak baik. Dan, andainya nama islam itu adalah nama arab, sudah tentu Nabi SAW tidak akan sesekali mengubah nama Abd asy-Syams kerana nama tersebut merupakan nama arab. Jelas sekali, nama arab tak semestinya nama islam, tapi nama yang mengandungi makna yang baik, itulah nama islam. Jadi selok-eloknya selepas ini, guna sahaja perkataan nama arab dan bukannya nama islam seandainya ingin memaksa ( walaupun istilah digalakkan yang digunakan) seseorang muallaf menukar namanya. Kenapa saya menggunakan perkataan memaksa, ini kerana terdapat kes, seseorang muallaf terpaksa mengambil masa selama lima tahun untuk mempertahankan penggunaan nama asal. Lima tahun terpaksa berulang alik ke pejabat agama. Bayangkan betapa teruknya karenah birokrasi karenah yang bisa melunturkan keinginan orang bukan islam untuk memeluk islam. Dan, ada juga kes orang Cina yang ingin memeluk islam, tiba-tiba membatalkan hasratnya itu kerana diwajibkan menukar nama kepada nama arab.






Tadi saya ada menyebut dua istilah penting, iaitu maslahah dan kemaslahatan. Juga mudarat dan kemudaratan. Maslahat yang saya maksudkan di sini ialah faedah atau kebaikan disebalik penukaran nama asal kepada nama arab sesudah memeluk islam. Mudarat pula merujuk kepada kesan negatif dan keburukan akibat penukaran nama asal kepada nama arab tersebut.


Sebenarnya persoalan maslahah dan mudarat perlu ditimbang dan disukat di atas neraca agama yang berpaksikan Al-Quran dan Sunnah. Ia juga perlu diukur dengan menggunakan elemen wajar dan waras. Andainya ditimbang dan disukat dengan menggunakan neraca agama, hasilnya seperti yang saya nyatakan tadi, iaitu Nabi SAW telah bertindak menukar nama seorang sahabatnya kerana nama itu mengandungi makna yang tidak baik meskipun nama itu merupakan nama berunsurkan arab. Kesimpulannya, nama islam merupakan nama yang mengandungi pengertian yang baik. Itu sahaja. Senang dan mudah.


Mengukur dengan menggunakan elemen wajar dan waras pula memerlukan kepakaran membaca situasi dan meneliti realiti. Antara alasan yang selalu diberi untuk mewajarkan penukaran nama kepada nama arab ialah untuk mengelakkan kekeliruan. Itulah maslahah yang paling utama disebalik galakan( meskipun seakan-akan diwajibkan) penukaran nama tersebut. Paling dibimbangi andainya berlaku kematian terutamanya kematian kerana kemalangan. Jika ini berlaku, orang ramai akan tertanya-tanya kerana nama pemilik kad pengenalan itu tidak berunsurkan arab seperti kebiasaan nama-nama penganut islam di Malaysia. Sebenarnya alasan ini telah dijawab oleh Lim Jooi Soon, seorang muallaf yang mengekalkan nama asalnya dan kini giat menjalankan kerja-kerja dakwah. Katanya “Perkara ini bukan masalah kerana penyelesaiannya terbukti pada status agama Islam yang tertera dalam kad pengenalan (MyKad) dan juga kad yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Persekutuan dan Negeri,” Sebenarnya, kes ini sama sahaja apabila kita berhadapan dengan etnik Kadazan/Dusun yang majoritinya beragama Kristian. Jika dilihat pada kad pengenalan mereka, perkataan bin/ binti digunakan secara meluas, malah terdapat juga dalam kalangan mereka yang menggunakan nama-nama yang mirip dengan nama orang-orang melayu atau islam. Walaupun begitu kita tidak sesekali pun meragui status agama Kristian yang mereka anuti kerana pada kad pengenalan mereka itu tidak tercatat islam sebagai agamanya. Kesimpulannya, apabila perkataan islam sebagai agama dicatatkan pada kad pengenalan, maka isu kekeliruan mestilah dinoktahkan.

Sekarang kita lihat pula mudarat atau kesan negatif, akibat pertukaran nama asal setelah seseorang itu memeluk islam. Dalam hal ini, situasi dan realiti perlu dibaca dan diteliti dengan cermat dan hati-hati. Pertama, mari kita lihat bilangan orang Cina di Malaysia yang memeluk agama islam. Buat masa sekarang, terdapat 6.5 juta penduduk berbangsa Cina di Malaysia. Tapi sayang, tidak sampai satu peratus yang memeluk agama islam. Iaitu, sekitar 60 ribu orang sahaja daripada 6.5 juta masyarakat Cina di Malaysia yang memeluk islam. Memang ada berlaku peningkatan dari semasa ke semasa, tetapi ia teramat perlahan, bayangkan sehingga tahun 2003, peratus orang Cina yang memeluk islam ialah sekitar 0.2 peratus sahaja ( rujuk Majalah Al-Islam Januari 2003. M/S 35-38) dan hingga ke tahun 2011, bilangannya masih lagi belum mencapai satu peratus. Tetapi anehnya, dalam masa yang saya agak ramai orang Cina memeluk agama Kristian.. Kesimpulan daripada data yang saya paparkan ini ialah, islam begitu asing dan tidak diminati oleh orang-orang Cina. Mengapa ini terjadi? Siapa yang perlu dipersalahkan, agama islam atau pihak tertentu yang ‘berlabel dan berjawatan’ islam? Untuk pengetahuan sahabat, faktor pertukaran nama merupakan antara faktor yang menyebabkan orang Cina menjauhi islam. Ini diakui oleh pendakwah islam dari kalangan bangsa Cina seperti Ann Wan Seng dan Lim Jooi Soon.


Untuk pengetahuan sahabat, terdapat kes orang Cina yang ingin memeluk islam tetapi bertindak membatalkan hasratnya itu setelah diwajibkan menukar nama kepada nama arab. Untuk pengetahuan sahabat juga , terdapat kes, orang Cina yang sekadar ingin menemani rakannya memeluk islam, tiba-tiba turut berminat untuk memeluk islam setelah mengetahui dia dibenarkan mengekalkan nama asal, asalkan nama tersebut mengandungi makna yang baik. Lihat SINI untuk penjelasan lanjut. Tolong hayati, rakaman kuliah tersebut dan nilailah mana yang lebih besar antara manfaat dan mudarat disebalik pemakaian nama asal. Ingat! Buatlah penilaian berlandaskan neraca agama, juga berdasarkan elemen waras dan wajar.

Satu lagi alasan yang dijadikan hujah untuk mewajar dan mewaraskan pertukaran nama asal kepada nama arab ialah bahasa arab merupakan bahasa Al-Quran dan merupakan bahasa Syurga. Memang tidak dinafikan, bahasa arab merupakan bahasa rasmi agama islam, tapi ia tidak wajar dijadikan alasan untuk mewajibkan saudara baru menukar nama kepada nama arab. Ini kerana mudaratnya mengatasi manfaat. Realiti menunjukkan tidak sampai satu peratus orang Cina yang memeluk islam. Ini satu fakta yang mengerunkan. Dan andainya alasan nama arab itu mesti digunapakai oleh muallaf, maka mereka boleh bertanya balik kepada pihak yang berlabel dan berjawatan agama. Mengapa sesetengah orang melayu dibenarkan memakai nama-nama seperti Suparman, Wagiman,Suparno dan Cohyadi ( sekadar menyebut beberapa contoh). Bukankah nama-nama ini tidak berunsurkan arab. Macam mana pula dengan nama seorang anak jutawan internet, yang bernama Cinta Strawbery. Adakah itu nama arab.

Kita perlu faham, nama bagi orang Cina mempunyai seribu erti dan sejuta makna. Lihat sahaja pada nama Lim Jooi Soon. Lim adalah nama keluarga, Jooi adalah nama keturunan dan Soon adalah nama dirinya. Bayangkan apabila ada sebahagian daripada masyarakat Cina yang ingin memeluk agama Islam terpaksa membuang nama keturunan dan nama dirinya ini seolah-olah memutuskan pertalian dari nasab keturunan.
Menurut Lim Jooi Soon, sebenarnya ramai masyarakat Cina membatalkan hasrat memeluk Islam kerana takut apabila diberitahu nama keturunan dan nama diri perlu dibuang selepas pengislaman.
“Dari segi dakwah pula, jika mereka mengekalkan nama dalam bahasa Cina, tanggapan masyarakat bukan Islam bahawa memeluk agama Islam itu bermakna ‘masuk’ Melayu dapat dihakis sekali gus menunjukkan Islam adalah agama universal.” Kata Lim Jooi Soon lagi. Lebih lanjut kisah Lim Jooi Soon, sila baca kat SINI

Sebelum menoktahkan bicara ini, ingin saya tegaskan, pemakaian nama asal yang mempunyai erti yang baik ini perlu dibenarkan kepada para muallaf, andainya itu yang menjadi kehendak mereka. Usahlah berkeras dan bertegas dalam perkara yang tidak menyalahi hukum hakam agama. Apalah gunanya bertegas dan berkeras andainya mereka ini menjauhi islam sedikit demi sedikit. Apalah gunanya bertegas dan berkeras andainya islam terus disalah fahami. Setakat ini, beberapa buah negeri telah membenarkan para muallaf memakai nama asal. Antaranya negeri Melaka, Selangor, Kelantan, Wilayah Persekutuan dan Perlis.



Akhir sekali, sila hayati kuliah dari Lim Jooi Soon tentang betapa pentingnya bagi seseorang muallaf terutamanya dari bangsa Cina untuk mengekalkan nama asalnya sesudah memeluk islam, andainya nama itu mengandungi erti yang baik. Lihat SINI


INFO TAMBAHAN.

Kepada peminat sejarah, pasti sahaja akan mengenali Suada Dilberovic, 24 tahun. Allahyarham merupakan mangsa pertama kegansan Serbia ketika tercetusnya perang Bosnia pada 6 April 1992. Perang yang akhirnya mengorbankan 200 ribu orang dan 65 % daripadanya ( mangsa korban ini) ialah etnik Bosnia yang beragama islam. Sengaja saya paparkan isu ini supaya sahabat dan pembaca dapat melihat nama gadis islam itu. Tentu sahaja namanya tidak berunsur arab. Begitu juga dengan Allahyarham Alija Izatbegovic, bekas pemimpin islam Bosnia ketika tercetusnya perang tersebut. Ia juga tidak berunsurkan arab. Besar kemungkinan nama-nama itu berunsurkan etnik.

Begitu juga di Chehnya, antara tokoh yang terkenal ialah Dzohar Musayevich Dudayev, iaitu seorang pemimpin pemisah islam Chehnya yang telah menemui ajalnya di tangan Russia. Namanya juga tidak berunsurkan arab.


TAJUK LAIN YANG BERKAITAN.
MASJID BEIJING RANTAU PANJANG KELANTAN
UMAT ISLAM DI CHINA
JESSICA

40 comments:

  1. sori lambat respons cikgu..heheh..baru buka tadi tertido..huhu..nmpaknya cikgu dah wat heheh...:)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..perkongsian yg sgt mnarik..

    hrni dpt knl pdakwah baru.
    (Ann Wan Seng dan Shah Kirit bin Kakulal Govindji)

    ReplyDelete
  3. Selalu kita ni susahkan, apa yang Allah dah permudahkan..kan shameel?

    cuma sedih, pertambahan orang cina yang memeluk agama islam teramat sedikit berbanding kristian. Mana silapnya? Salah kita jugak ni..

    ReplyDelete
  4. rasanya brother lom jooi soon penah dtg bg ceramah kat kolej..

    islam itu mudah.. asal nama baik..
    nama sedara saya "nur cemerlang"
    ..hehheeh

    ReplyDelete
  5. di iium, kami belajar subjek method of dakwah.

    Apa yg saya faham,islam itu fleksible. Alhamdulillah, nikmatnya hidup sebagai muslim.

    ReplyDelete
  6. yup shameel..makna nama tue mmg tersangat penting...

    ReplyDelete
  7. miecyber.
    Benar sekali, islam itu mudah dan sesuai utk semua bangsa, jantina, negara, status sosial dan warna kulit.

    ReplyDelete
  8. Syuxer.
    Saya buat ni versi lain, igt ak versi sama dgn awak. hahaha

    ReplyDelete
  9. Titisan hujan.
    Terima kasih ats kunjungan dan komen. Ketiga2 tokoh ini merupakan pendakwah yg giat menjalankan aktiviti dakwah, baik dlm btk ceramah mahpun penulisan.

    ReplyDelete
  10. Senyum Soya.
    Hebat tu Nur Cemerlang, tapi tak mengapa sebab maknanya baik.

    ReplyDelete
  11. Afida.
    Sepatutnya post mortem selalu diadakan utk mengkaji mengapa jumlah org cina yg memeluk islam tersangat kurang. selain tu, segala pendekatan yg membebankan perlu dirombak.

    ReplyDelete
  12. Zura,
    Benar sekali, makna nama yg penting dan harus diutamakan dan bukannya soal arab atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  13. Seminggu Sekali.
    Method of dakwah amat perlu utk memasarkan islam dalam kalangan masyarakat majmuk. Fiqh interaksi dgn bukan islam itu merupakan uslub dakwah masa kini.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Cikgu Shameel,

    Memang sebenarnya kita terkeliru antara nama orang arab dengan nama oang melayu atau nama bangsa lain.

    Dah betul juga ada yang berpendapat bila ditukarkan ke nama yang bermirip arab tu atau melayi (di Malaysia) jadi mereka senang kenal yang si polan ni adalah beragama islam.

    ReplyDelete
  15. baru ku tahu
    sebahagian negeri membenarkan dan ada yang masih menegah pemakaian nama asal

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum,

    makna nama saya dalam bahasa arab....ustaz kata anak kaldai....huuu....sedey gak!

    ReplyDelete
  17. salam saudara,

    saya pernah mendengar ceramah dari Ustaz Ann Wan Seng. Alhamdulillah, sangat mudah untuk masuk ke hati saya,

    ReplyDelete
  18. アヌム ちゃん.
    Terima kasih ats kunjungan dan komentar.

    ReplyDelete
  19. kunang-kunang.
    Benar sekali pemakaian nama berunsur arab akan memudahkan identiti agama islam yg dianuti pemilik nama tersebut dikenali. Ini amat wajar dikekalkan sampai bila-bila oleh org2 melayu, termasuk juga muallaf.

    Cuma dlm kes tertentu, di mana sesetengah muallaf cenderung dan berkeras ingin mengekalkan nama lama ( yg punyai makna yg baik), maka perlu dipenuhi tuntutan itu agar minat mereka yg ingin memeluk tidak terbantut.

    ReplyDelete
  20. ahmad humairi .
    Sabar cikgu. hahaha.

    ReplyDelete
  21. tehr
    Maklumat ttg terdapat negeri2 yg membenarkan pengekalan nama asal tu saya perolehi dari kilp video ceramah Lim Jooi Soon. Tapi, walaupun telah diarahkan membenarkan pemakaian nama asal, terdapat juga kes, pegawai2 jabatan agama ini berkeras ingin menghalang dasar tersebut.

    ReplyDelete
  22. Mutiara Bernilai.
    Ceramah Ustaz Ann Wan Seng ni segar dan menyegarkan. Saya juga suka mendengar ceramahnya. Kekadang terasa betapa kerdilnya diri, apa tidaknya, saya dilahirkan dalam kelaurga islam dan menganuti islam sejak semulajadi, tapi kefahaman ttg islam terlalu jauh berbanding mereka yg terlewat menemui islam.

    ReplyDelete
  23. akak setuju..
    birokrasi kadang2 yang myebabkan org bukan islam tawar hati....ak nasgt2 rugi.

    kalau dulu2..fikiran mereka, kalau masuk islam, kena masuk melayu....lagi lah mereka tak nak.

    ReplyDelete
  24. tidak hanya di Cina saja. Sekarang ramai orang-orang dinegeri barat yang sudah memeluk Islam, terutama wanita di jerman. Alhamdullillah :D

    dan satu hal yang perlu kita pelajari, renungan dan saya setuju dgn anda. Mereka para muallaf yang baru memeluk islam, sangatlah bersungguh2 mempelajari agama islam, dibandingkan kita, penganut islam semenjak dari lahir.

    ReplyDelete
  25. Islam makin berkembang di hati org bukan islam..tapi makin hilang menipis dalam hati insan dilahirkan sebagai islam..

    apapun suka panggilan nama yang bermakna..

    ReplyDelete
  26. Kasih redha.
    Itulah masalahnya kak, sepatutnya utamakan soal akidah dan pengislaman dahulu dan bukannya soal ranting mcm pemakaian dan pemilihan nama.

    ReplyDelete
  27. Kucing Tengil.
    Benar sekali Mia, penghuni dunia hari ini sedang menapak menuju islam sedikit demi sedikit.

    ReplyDelete
  28. Nora Shahaira.
    Adakalanya org2 yg islamnya secara semulajadi ni tidak menghargai islam yg dianuti sebab dia tidak berhadapan dgn cabaran sblum memeluk islam.

    ReplyDelete
  29. terima kasih atas maklumat tersebut

    ReplyDelete
  30. islam itu menarik.....
    knapa di salah ertikan.....

    ReplyDelete
  31. sedap membaca artikel2 tuan...teruskan penulisan yg berilmu dan bijak seperti ini...

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum. kita take for granted sebab lahir dah islam...sbb tu ramai kita (termasuklah saya) yg bila bab nak paham agama sendiri ni kita amik mudah je. belajar arkeologi, kimia dan mcm2 lg kalau boleh nak sampai peringkat 'paling tinggi'...sampai dpt 'profesor' la. tp bab agama cukup la setakat sekadar pandai baca doa qunut je...dahle tu.

    kerana itula mereka yg 'revert to islam' mcm saudara baru kita tu, mereka lebih paham dan menghargai islam ini...sbb kajian ilmiah & mcm2 lg yg mereka lakukan sebelum 'revert' ke islam ni

    ReplyDelete
  33. Perbahasan yang menarik.Sedih dengan angka yang dipaparkan.Seharusnya jumlah orang cina yang masuk Islam ditingkatkan dengan membuang halangan-halangan seperti ini.

    ReplyDelete
  34. Sop.
    Sekadar perkongsian utk manfaat bersama.

    ReplyDelete
  35. gad1s s0ypans.
    Islam itu sgt menarik tapi tgn2 manusia yg menghodohkannya.

    ReplyDelete
  36. KELI OH KELI.
    Terima kasih atas kunjungan dan komentar. Sekadar berkongsi pandangan utk manfaat bersama.

    ReplyDelete
  37. nahmy,
    Seseorg muallaf akan menjadi muslim yg baik apabila mereka mengenali islam terlebih dahulu seblum mrk mengenali muslim,

    ReplyDelete
  38. Syed Ahmad Fathi.
    Halangan-halangan sebegini tak sepatutnya wujud kalau fiqh al-awlawiyat difahami,

    ReplyDelete
  39. very good en3....saya risau melihat orng2 kita skrng ni..nama anak ikut nama cerita dlm tv...dulu masa citer sesuci qaseh ramadan ramai bg nama anak qaseh..ikut apa cerita yg glamer...pernah sy p kinik dengar nurse pangill..ungu wardina...ish wardina dah elok namanya tp ungu tu...mcm2kan sekarng ni

    ReplyDelete