Entry ini ditujukan khas kepada dua orang rakan blogger, iaitu Toyol Kiut dan Norgadis Labuan. Jutaan maaf saya pinta daripada sahabat berdua. Ini berkaitan dengan contest Senja Terakhir yang ditagkan kepada saya. Memang saya berminat untuk menyertainya, malah telah saya siapkan sebuah puisi untuk memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Tapi kerana terleka , saya asyik tertangguhnya. Tanpa sedar, ia telah melepasi waktu imsak yang telah ditetapkan. Apapun, puisi itu saya paparkan juga disini, meskipun tidak untuk contest tersebut kerana senja terakhir telah benar-benar berakhir.
SENJA TERAKHIR.
Masih Begitu.
Masih Di Situ.
Menuai Dosa-Dosa.
Dari Perkebunan Noda.
Masih Terlena.
Masih Terleka.
Meskipun Langit Berubah Warna.
Meskipun Hayat Kian Sirna.
Senja Terakhir.
Aku Bungkam Dalam Fikir.
Detik Yang DiJanjikan Kian Hampir.
Detik Yang Pasti Tiada Mungkir.
emm..
ReplyDeletex mngapa la, skadar tag biasa2 aje..
puisi tu memang mnarik..
mengingatkn kita insan kerdil d bumi Tuhan..
Saya pun, hampir2 lupa dengan projek blogger Dr Sam. Nasib baik tak terlambat..
ReplyDeleteShameel, sebelum tiba masanya...insyaAllah kita masih ada peluang untuk bertaubat...
indah maksudnya.
ReplyDeleteterima kasih, puisi ini merefleksi hati saya.
Afida.
ReplyDeletePintu taubat sentiasa terbuka, cuma kita yg terlupa 'kuncinya'
Toyol Kiut.
ReplyDeleteMaaf banyak2 yer. saya benar2 terlupa tarikh tutupnya.
Mutiara Bernilai.
ReplyDeleteTerima kasih atas komentar. Kita saling ingat mengingatkan.
Miecyber.
ReplyDeleteBenar sekali, hingga ke penghujung nyawa, perjuangan akan kita teruskan. perjuangan mencari redha-Nya.
jangan le sampai tersinggung pulak pada blogger yang buat kontes, maklum le tak semua mempunyai kelapangan atau kekadang tagnya pon ble tahan nak jawab tu...
ReplyDeleteCemomoi.
ReplyDeleteAdakalanya kita mempunyai kelapangan tapi terabai kerana tersalah pandang( tarikh tutupnya)
Tak apa simpan untuk contest akan datang.
ReplyDeleteKunang-kunang.
ReplyDeleteKalau boleh simpan, mmg nak simpan.
aku suka puisi yang pendek macam ni
ReplyDeletememang menarik dan menginsafkan