Cerpen Saya Ini Telah Disiarkan Dalam MAJALAH WANITA(Utusan Karya Sdn. Bhd)
Edisi Januari 2011
(Ku tulis Cerpen Ini Tanda Kerinduan Terhadap Sabah )
TAJUK = JESSICA
OLEH = TN. ISKANDAR ISMAIL. (shameel Iskandar)
Masih lagi aku menatapi pokok-pokok itu. Pokok-pokok tua yang menjadi sebahagian daripada landskap taman tasik yang sedang aku kunjungi. Tidak sekadar terpegun dengan akarnya yang menikam ke bumi. Tidak hanya terpesona dengan rimbunnya yang menahan simbahan sinar matahari. Tapi, ada perkara lain yang membuatku tertarik dengan pokok-pokok itu.
Dahulu, pernah aku diingatkan. Peringatan yang tidak mungkin aku lupakan selagi hayat dipinjamkan Tuhan. Kalau memandang pokok yang menghijau janganlah sekadar untuk menyegarkan pandangan. Tapi, ada makna lain yang harus direnungkan, begitulah peringatan yang diberi. Bila aku bertanya tentang apa yang perlu direnungi. Jawabnya, renunglah ke dasar hati, agar kita tidak pernah sunyi dari memikirkan, suatu masa nanti segala-galanya akan kita tinggalkan.
Aku memandang ke arahnya dengan penuh tanda tanya. Betul-betul tidak mengerti dengan apa yang diungkapkannya itu. Seakan- akan dapat membaca apa yang bermain dibenakku, lalu, si pengingat itu meneruskan bicaranya. Katanya, “Seperti pokok-pokok yang sedang kita saksikan. Satu masa nanti, pasti akan patah rantingnya. Akan terkopak dahannya dan akan lemah akarnya. Lalu, tersungkurlah ia menyembah ke bumi. Begitulah dengan kehidupan kita ini. Satu ketika nanti, pasti akan menemui noktahnya.” Suasana khali dan bicara terhenti. Persoalan mati yang diungkapkannya itu menyebabkan kami bungkam seketika.
“Tapi, selagi hidup, selagi itu jualah pokok-pokok akan berbudi. Berbudi dengan rimbunnya untuk kita bersandar dan berteduh. Dengan dahan dan rantingnya untuk burung-burung hinggap dan bersarang. Kita juga sepatutnya begitu.” Si pengingat itu kembali bersuara setelah jeda seketika. Aku diam mengunci bicara sambil memikirkan kata-katanya itu.
PERTEMUAN
Lembah Danum, di situlah permulaannya. Aku mengunjungi hutan dara yang terletak di Lahad Datu itu, untuk mencari damai di sebalik kehijauan yang terbentang.
“Itu pokok belian. Pokoknya sangat keras dan tahan lama.” Jelas seseorang tanpa dipinta setelah melihatku yang begitu teruja dengan pokok itu.
“Itu pokok belian. Pokoknya sangat keras dan tahan lama.” Jelas seseorang tanpa dipinta setelah melihatku yang begitu teruja dengan pokok itu.
“Pernah ke Muzium Batu Tulug?” Soalnya lagi.
“Belum” Jawabku ringkas sambil mencuri pandang ke arahnya. Ayu! Dia sungguh ayu, dengan sepasang mata yang galak dan rambut separas bahu.
Dia tersenyum dan kemudiannya memperkenalkan diri. Jessica, itulah namanya. Gadis berketurunan Kadazan dan berasal dari Penampang. Kunjungannya ke Lembah Danum pula sekadar untuk menghabiskan masa senggang.
Melalui Jessica, aku dapat mengetahui serba sedikit tentang gua yang menjadi lokasi penempatan keranda-keranda lama di Kinabatangan itu.
“Sesiapa sahaja pasti teruja dengan keunikkan reka bentuk keranda masyarakat pra-sejarah itu. Hasil kajian pentarikhan karbon mengesahkan keranda-keranda itu hampir seribu tahun usianya. Ia dapat bertahan hingga ke hari ini kerana kebanyakannya diperbuat daripada kayu belian.” Begitulah penjelasan lanjut dari Jessica dan aku pula sekadar menelinga sekali gus menjadi pendengar yang setia.
“Di sini flora dan fauna sentiasa bersatu.” Katanya pada keesokan hari sewaktu kami menikmati sarapan yang disediakan oleh Danum Valley Field Centre (DVFC). Aku yang ketika itu sedang mencicip kopi panas memandang tepat ke wajahnya. Mencari jawapan di sebalik kata-katanya itu.
“Bersatu mewarnai lanskap Lembah Danum. Di sini ada ratusan, mungkin juga ribuan spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Ia saling melengkapi dan memberi makna kepada hutan dara ini. Makna nyaman, tenang dan damai.” Jelasnya bersahaja sambil mengukir senyum di bibir.
AKRAB
Walaupun pertemuan di Lembah Danum hanyalah seketika, namun hubungan yang terbina di antara kami tidaklah berakhir di situ. Ia telah merintis kepada pertemuan-pertemuan yang lain. Pertemuan yang akhirnya menjadikan kami rapat dan akrab. Keakraban yang terjalin membolehkan aku mengetahui sedikit sebanyak perihal dirinya. Dia yang aku kenali amat meminati perbandingan agama. Minat yang mendalam jualah yang mendorong gadis Katolik itu untuk menyelongkari agama-agama utama yang dianuti di dunia, termasuklah agama islam. Apakah motifnya? Persoalan itu seringkali melingkari jiwa. Namun, tidak pula aku meluahkan kesangsianku terhadapnya. Katanya lagi, agama umpama akar dan manusia pula umpama pokok. Kalau kuat akarnya, maka pokok itu akan berdiri teguh. Datanglah angin kencang, ia tidak akan goyang lantaran akarnya yang kuat mencengkam ke bumi. Tidak sekadar berdiri teguh, ia juga boleh dijadikan tempat untuk berpaut, bersandar dan berteduh. Tapi, kalau akarnya lemah atau reput, pasti sahaja pokok itu akan mudah rebah ke bumi. Tentu sahaja tiada siapa yang sudi bernaung di bawah rimbunannya. Apatah lagi hendak berpaut di dahannya yang rapuh. Jujur! Aku benar-benar tertarik dengan analoginya itu.
Pandangannya tentang hidup dan kehidupan juga amat menarik bagiku. Katanya, pada pokok dan tumbuh-tumbuhan ada frasa-frasa maknawi tentang hidup dan kehidupan. Ia tersembunyi pada setiap juzuk, bermula dari akar hinggalah ke pucuk. Jadi, ia harus direnung dan diteliti dengan cermat dan hati-hati. Ikhlas! Aku sungguh tertarik dengan pandangannya itu.

RAHSIA TERPENDAM
Pagi itu di Tanjung Simpang Mengayau, lokasi pelancongan yang terletak di Kudat, juga pusat pertembungan antara dua lautan, laut Sulu dan laut China Selatan. Tika itu bayu laut berhembus lembut. Sungguh segar dan nyaman tika ia menyapa tubuh. Jessica pula sedang ralit memandang wajah laut yang membiru. Dia begitu teruja dengan keindahan yang terhidang di lokasi yang digelar The Tip Of Borneo itu. Sesudah setengah jam berlalu, akhirnya aku nekad untuk membongkarkan sebuah rahsia yang selama ini aku sembunyikan daripada pengetahuannya. Kepadanya kukhabarkan, tentang diriku yang menghidap penyakit buah pinggang. Dia tersentak lalu menoleh ke arahku. Direnungnya aku sungguh-sungguh. Ditatapnya aku lama-lama. Kemudian, berkali-kali dia menuduhku berdusta. Namun, akhirnya dia tunduk membisu setelah menyakini aku tidak membohonginya.
“Cekalkan hati dan kuatkan semangat. Bila kita diuji oleh Tuhan, itu maknanya Tuhan menyayangi kita.” Lirih suaranya kudengari setelah seketika ditakluk sunyi. Aku sekadar membatu dan membisu. Kemudiannya mengangguk lemah. Tanda akur dan pasrah.
Bermula dari detik itu, dia semakin kerap menghabiskan masa senggangnya bersamaku. Kepadaku berkali-kali dititipkan nasihat. Berkali-kali juga dipasakkan keyakinan. Katanya, hidup harus diharungi dengan hati yang tabah dan jiwa yang kental. Aku benar-benar terharu dengan simpatinya itu. Terharu kerana kami tidak seagama, namun walang hidupku ingin dikongsi bersama.
“Janganlah bersedih kerana ketiadaan sepatu sebelum melihat mereka yang tidak mempunyai kaki.” Katanya pada suatu petang pada ketika yang lain.
“Maksud awak” Aku kebingungan dengan kata-katanya itu.
“Awak masih bernasib baik kerana masih berpeluang untuk hidup bila ada penderma ginjal nanti. Tapi, bagaimana pula dengan penghidap penyakit yang tidak boleh diubati. Mereka hanya menunggu hari mati. Mereka terus menderita menghabiskan hayat yang berbaki.”
Perderma ginjal! Aku mengelengkan kepala apabila mendengar kalimah itu. Nihil.
“Jangan pernah jemu untuk berdoa.” Aku ingat lagi untaian nasihat daripada Dr. Azmi beberapa bulan yang lalu. Melalui doktor muda itu jualah, aku menyedari betapa negara kekurangan penderma organ termasuklah penderma ginjal.
“Pusat Sumber Transplan Nasional merekodkan hanya 14 orang sahaja yang benar-benar mendermakan organnya sehingga Mei 2009.” Jelas Dr. Azmi kepadaku tempoh hari. Ada nada kekecewaan pada bicaranya itu.
“Saya yakin, pasti ada orang yang sudi mendermakan ginjalnya kepada awak nanti. Percayalah.” Jessica kembali bersuara setelah agak lama mengunci bicara. Persis Nostrodamus dia cuba meramalkan apa yang bakal berlaku. Aku sekadar tersenyum tawar. Jujur, aku tidak mahu berharap kerana aku tidak tahu ke mana lagi harusku melabuhkan harapan.

TERTANYA -TANYA
Pagi itu, aku dihubungi oleh pihak hospital. Katanya, pembedahan perlu disegerakan kerana aku sudah ada penderma ginjal. Aku benar-benar terkejut dengan khabar gembira yang disampaikan itu.
“Di hospital nanti saya akan jelaskan.” Kata doktor tatkala aku bertanyakan perihal penderma ginjal itu.
Jessica! Ingin kukongsi kegembiraanku bersamanya. Aku ingin dia tahu, ramalannya tempoh hari telah benar-benar menjadi kenyataan. Tapi, aku tidak tahu macam mana untuk menghubunginya. Pernah dia memberitahuku, dia ada urusan yang harus diselesaikan. Pasti sahaja urusan itu berkait rapat dengan kajiannya dalam perbandingan agama, fikirku. Dari saat itu, dia tidak lagi menjengahku. Pernah beberapa kali aku cuba menghubunginya. Tapi, hampa dan kecewa. Jujur, tanpanya, bilah-bilah hari yang kulalui adalah detik-detik sepi yang tidak mampu kujumlahkan.
Di hospital aku dimaklumkan, insan yang mendermakan ginjalnya kepadaku adalah seorang penghidap barah otak peringkat ketiga. Namanya Zulaikha. Aku diburu kehairanan lantaran tidak pernah mengenalinya apatah lagi mempunyai pertalian dengannya. Siapakah Zulaikha? Mengapa dia begitu baik terhadapku?

MERUNTUN HATI
Setelah benar-benar sembuh, aku sekali lagi diminta ke hospital. Ada perkara penting yang ingin dimaklumkan, itu kata Dr. Azmi, doktor yang merawatku sepanjang aku berada di wad. Di hospital, Dr. Azmi menyerahkan sepucuk surat kepadaku. Katanya, surat daripada Zulaikha sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Aku menyambut huluran surat itu dengan rasa haru yang sendat di kalbu. Lalu surat bertulisan tangan itu kubaca dengan teliti.
Ya Allah! Lidahku kelu dan jantungku berdegup laju. Bicara bisu itu benar-benar meluluhkan hatiku. Ketika itu, kata-kata Jessica tempoh hari kembali terngiang di telingaku. “Janganlah bersedih hanya kerana ketiadaan sepatu sebelum melihat mereka yang tidak mempunyai kaki.” Sungguh tidak kusangka, ada makna berselirat seribu disebalik kata-katanya itu. Dan, sungguh tidak kuduga, dialah insan yang ‘tidak mempunyai kaki’ itu.
Dalam sedu-sedan yang bersisa, warkah itu sekali lagi kubaca. Sambil menyeka air mata, bait-bait terakhirnya kutatap lama-lama.
Kuberikan ginjalku kepadamu kerana kuingin terus berbudi walaupun setelah denyut nadi dan degup jantungku terhenti. Mungkin inilah sebaik-baik derma yang mampu aku hulurkan.
- Bandingan(derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai. Tiap-tiap tangkai pula mengandungi seratus biji –Al-Baqarah, 261.-
Zulaikha Abdullah ( Jessica Andrew)
“Innalillahiwainna-ilaihirajiun.” Sungguh tidak kusangka, Zulaikha adalah Jessica yang telah dikirimkan hidayah oleh Tuhan. Jessica yang telah sirna setelah memberi sinar kepada hidupku.
.

Sebak pula saya baca cerpen ni shameel, subhanaAllah... begitu tulus hati Jessica eh Zulaikha mendermakan buah pinggangnya....
ReplyDeleteseakan kisah benar. Kisah benar Shameel ke ni?
Afida- Cerpen ni sy tulis bila trbaca masalah kekurangan penderma organ kat Malaysia. Criter ni rekaan jer. Rekaan yg berasaskan pengalaman sy selama hampir 6 tahun mendiami negeri Sabah.
ReplyDeletesengaja sy gunakan watak jessica sbb nak paparkan kasih sayang dan pengorbanan itu melangkaui sempadan bangsa dan agama.
puitis susunan ayatnya dan olahannya juga bagus...
ReplyDeleteeh! macam juri awam la pulak
assalamualaikum,
ReplyDeleteTuhan menyayangi kita.....Maha Adil ke atas hambanya. Cerpen rekaan berdasarkan kebenaran dan kejujuran. Tahniah Shameel, anda hebat!
very talented bro...nice
ReplyDeletecemomoi- Trima kasih atas komentar. hehehe
ReplyDeleteSuichi- Trima kasih krn sudi membaca cerpen saya yg tak seberapa ni.
ReplyDeleteCikgu Ahmad Humairi- Benar cikgu Tuhan sentiasa adil kepada hamba-Nya.
ReplyDeleteCikgu, saya masih bertatih dalam dunia penulisan. doakan saya
seronoknya dishare. xpnah lagi :(
ReplyDeleteMacy- x pernah apa tu. Berkongsi ginjal ke. hehehe. moga dapat manfaat dri apa yg dipaparkn kt cni
ReplyDeletetahniah! anda sgt berbakat..
ReplyDeleteMeowmania- Trima kasih krn sudi bc cerpen sy. sy masih lagi bertatih dlm bidang penulisan. Sy menulis sekadar utk berkongsi pandangan
ReplyDeleteTerbaekk..saya dalam cubaan nak menulis ni. Hehe..
ReplyDeletepenah juga cuba2 tulis cerpen masa sekolah dulu
ReplyDeletetapi saya memang tiada bakat untuk itu
thumbs up buat shameel...:)best cerpen nie...!
ReplyDeletebegiru luhur hati zulaikha mendermakan ginjalnya utk memberikan kehidupan pd insan lain..dan sungguh manisnya kurniaan ALLAH kepada zulaikha kerana telah memberikan hidayah kepadanya.
cg.. bestt....
ReplyDeletemuzium batu tulug--- terus teringat kampung..heheh
saya suka bahasa cg....puitis..
Tehr - saudara pun apa kurangnya. puisi saudara sgt puitis..
ReplyDeleteDe Mois- minat menulis jugak ker. Bagis. Dan teruskan..
ReplyDeleteThis post has been removed by the author.
ReplyDeleteYuni- Trima kasih sudi baca cerpen saya. apa yg ingin saya paaprkan, ttg keluhuran persahabatan walapun merantsai sempadan agama dan bangsa. Juga betapa berkuasanya Allah yg memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang diingini-Nya.
ReplyDeleteJawahir- muzium batu tulug tu banyak nostalgia sy kat situ tau. hehehe.
ReplyDeleteperghh..ganah la bro.:)
ReplyDeletekeep it up.hehehe
echah- ganah ko. dok eh, biasa2 jah
ReplyDeleteAssalamu'alaikum wbt cikgu... menarik cerpen kamu. Sungguh tidak kusangka, Zulaikha adalah Jessica~
ReplyDeleteTambahan: Saya tengah mengulati Sumayyah di Irbid, Jordan.
salam Shameel..
ReplyDeletekisah yang menarik
penug pengajaran..
menyaksikan kejadian
alam ciptaan tuhan
mendekatkan kita pada-Nya
itu pun jika kita berfikir..
derma organ?? Entahlah..
mungkin tidak pada saya
mungkin pada ahli keluarga
mahupun kenalan..
Izzah- trima kasih sudi baca cerpen saya yg tak seberapa ni. Nape x boleh masuk blog izzah yer skrg ni.
ReplyDeleteZulkbo- Benar seklai, menyaksikan keindahan alam akan mendekatkan kita dgn Pencipta, asalkan kita melihat dgn mata hati yg suci.
ReplyDeleteTtg pendermaan organ, memang negara sgt kekuarngan pederma. Sedangkan majlis fatwa telah pun mengizinkan.
syabas,bro mmg berbakat dlm penulisan,teruskan usaha.
ReplyDeleteSiful- Trima kasih ats kunjungan dan komentar
ReplyDeletepenulis rupanya..:)
ReplyDeleteboleh belajar ni dr bro :)
Sop - saya masih baru dlm dunia penulisan. sekadar cerpenis picisan jer.
ReplyDeletesusunan bahasa yg cukup kemas.. sy x mahir wt cerpen2 cmni..
ReplyDeletep/s: thanks for sharing ^^
menarik
ReplyDelete:)
sebak hati ifa baca nie bro shameel..
ReplyDeletesedih...
tp mmg sampai la msg yg abg nak sampaikan nie..
sbb ifa phm..
tahniah!
bahasa pun mmg sedap je nie..
ttbe rindu sabah..T_T
Cerpen yang sungguh menyentuh hati saya shameel.. Satu perkara yang saya perasan, Shameel berjaya membiarkan pembaca menjiwai watak diri "aku" dan juga jessica. Bila saya membaca cerpen ini, seolah2 saya berada sama di dalam situasi tersebut. Semoga bakat shameel ini tidak disia-siakan..boleh cuba menulis untuk dijadikan sebuah novel. Dan jangan lupa berikan saya edisi cetakan yang pertama ya. Syabas dan tahniah shameel. :)
ReplyDeletetahniah boh
ReplyDeletehebat sungguh, sampai ada yg siarkan kat majalah
emiysandra -Trima kasih ats kunjungan.
ReplyDeletecaliph- saya pun masih baru dlm dunia penulisan. moga dapat ambil manfaat dari kisah ni, w/pun sekadar kisah rekaan semata-mata.
ReplyDeletetiefazatie- minat baca cerpen jugak ker. mesti kaki novel ni.
ReplyDeletemoga dapat ambik manfaat drp ceriter ni.
bliedianhthus- trima kasih ats komentar. cerpen ni lambang kerinduan saay terhadap sabah sbb tu wataknya gadis kadazan dan lokasinya sekitar sabah.
ReplyDeletesaya juga dlm proses menukis novel, tapi x siap lagi. Doakan moga sy diberi kekuatan utk trus berjuang dlm dunia penulisan.
Penaberkala- kawe baru lagi dlm penulsian gu. Baru 10 buah cerpen2 kawe disiarkn. harap2 kawe bersemngat sokmo dlm penulsian. Tapi, penulisan demo pun ok kawe baca, sedap bahasa dan penulisan.
ReplyDeleteokla tu boh, 10 cerpen
ReplyDeletehebat dah tu
keep it up dan semoga lebih maju
kawe baru jah ada minat nak tulis cerpen2 ni
tapi tak pandai sangat la
time free baru berpeluang nk menulis
boleh la share sikit2 nanti ilmu menulis cerpen ni
kawe menulis kat blog suka-suka jah, klu ada ore baco dan komen tu dh puas,haha
Bagus tu sebab demo ada minat meulis, minat yg mmebri manfaat. kawe menulis pun sekadar mengisi masa lapng, pastu nak merakyatkan(menyebarkan) pandangan kawe tentang sesuatu isu. Apapun sebagai org islam, kawe akn serapkan unsur keagamaan dgn mesej"islam adalah penyelamat segala permasalahan"
ReplyDelete=)
ReplyDeletepenulisan tuan sgt bagus..
ReplyDelete:)
emieysandra - Trima amy ats komentar
ReplyDeletePijukkkkkk
ReplyDeletebagus cikgu tuan...sgt menyentuh hati
ReplyDeleteassalamualaikum, salam ukhuwwah.
ReplyDeletetahniah kerana cerpen ni telah disiarkan di majalah.
kalau tuan berminat untuk menghantar proposal pada syarikat galeriilmu boleh emel sinopsis pada:
zakaria@galeriilmu.com.my (umum)
amir@galeriilmu.com.my (novel)
suraiyapauzi@galeriilmu.com.my (motivasi)
untuk keterangan lanjut boleh layari ke blog gisb, bukugaleri.blogspot.com
harap membantu
=)
salam alaik.
ReplyDeletesubhanallah, indah dan penuh makna..
^__^
mohon tunjuk ajar ya Tuan :)
terima kasih atas pengajaran yg terselit dlm setiap garis.
Nurina Izzati.
ReplyDeleteTerima kasih atas info, nanti bila siap novel saya akan cuba hantar.
Mutiara Bernilai.
ReplyDeleteTerima ksih kerana sudi membaca cerpen saya yang tak seberapa ini.
shameel..tahniah!
ReplyDeletecerita yg penuh rasa, sarat dgn info. teruskan menulis, hasilkan novel begini.
Ujie.
ReplyDeleteTerima kasih Ujie krn sudi membaca cerpen saya yg tak seberapa.
Saya sekadar cerpenis picisan dan mmg berminat utk menghasilkan novel tapi belum siap2 juga