Monday 10 January 2011

NOSTALGIA DISEMBER KELABU

( 2.1.2011, ketika gambar ni dirakam, suasana masih ok)


DISEMBER KELABU, mungkin itu istilah yang layak dinobatkan untuk bulan penghujung tahun masehi untuk warga Pantai Timur terutamanya Kelantan( Pahang dan Terengganu pun apa kurangnya). Kebiasaanya pada bulan disemberlah banjir akan menjadi lanskap utama negeri-negeri tersebut. Tapi, kadang-kadang banjir singgah tak tentu kala. Tak semestinya bulan disember, malah awal januari juga boleh dianggap sebagai musim banjir. Kampung saya di Bachok Kelantan, juga tidak terkecuali menerima tempias banjir meskipun tidaklah sehebat kawasan-kawasan yang lain seperti sekitar rantau panjang dan pasir mas . Apapun banjir tidak lagi menjadi tradisi pantai timur sebab ia turut menjadi igauan ngeri kepada negeri-negeri utara seperti Kedah dan Perlis. Malah negeri paling selatan, Johor turut diasak banjir besar pada penghujung tahun 2004.


Masih saya ingat, ketika di alam persekolahan( beberapa minggu sebelum SPM bermula), seoarng rakan saya kehilangan ayahnya buat selama-lamanya kerana ditelan ombak ganas di laut China Selatan. Sungguh memilukan, kerana SPM hanya tinggal beberapa minggu lagi, tiba-tiba dia kehilangan tempat bersandar dan berpaut. Begitulah nasib nelayan. Kekadang sotong bersembunyi. Kekadang kembung menghilangkan diri. Dan kekadang lautan ganas menelan diri. Disember benar-benar kelabu buat dirinya pada ketika itu. Dia seoarng pelajar yang cemerlang sepanjang ujian dan peperiksaan termasuklah dalam percubaan SPM, tapi kerana peristiwa malang yang tak disangka itu, dia gagal memberi tumpuan kepada pelajaran. Natijahnya, keputusan SPMnya amat teruk dan nasib dia seterusnya tidaklah saya ketahui sampai ke hari ini. Begitulah disember kelabu menyerang kami sejak zaman berzaman.



(seorag sahabat sekampung tag gambar ini semalam kt Fb saya)


Meskipun banjir membawa kemusnahan dan kehilangan nyawa, namun bagi saya banjir juga ada nostalgia tersendiri yang sentiasa mekar di taman ingatan( macam ayat nak tulis cerpen plak). Zaman kanak-kanak dahulu, musim banjir a.k.a bah dianggap sebagai pesta air oleh saya dan rakan-rakan. Tanpa segan silu ingin saya nyatakan, pada musim banjir jualah ( bulan 12) saya melangkah ke alam remaja( maksudnya bersunat a.k.a berkhatan) Malah ketika remaja, Kota Bharu menjadi medan untuk kami bersukaria bermain air.

2004, antara tahun yang menyaksikan Kelantan dilanda banjir besar. Sebahagian besar Bandar Kota Bharu ditengelami air. Pelancong-pelancong dari dalam dan luar Negara ramai yang terperangkap di hotel lantaran air yang melimpah melebihi paras dada di sesetengah tempat di Kota Bharu. Tika tu, saya bercuti setelah 11 bulan berada di Sabah(cuti sekolah bulan 12). Meneruskan tradisi zaman berzaman, saya dan rakan-rakan bersiap siaga untuk berpesta air di Kota Bharu. Tak sempat memasuki pusat bandar, ketika sampai di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, berapa orang tentera memarahi kami. Teruk juga kami kena marah. Katanya, mereka( pasukan keselamatan) bertungkus lumus nak menyelamatkan mangsa banjir, kamu pula( geng2 saya) sibuk nak berpesta air. Huhuhu, yang kena marah bukannya budak-budak tapi kami yang berusia lingkungan 22- 26 tahun. Huhuhu, yang kena tengking bukannya budak sekolah tapi beberapa orang guru( termasuklah sayalah ) dan rakan-rakan lain yang terdiri daripada seorang doktor, seoarng pensyarah kolej matrikulasi, seorang yang sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana(master) pengajian islam di sebuah IPTA tempatan dan seorang lulusan undang-undang yang masih menganggur. Kira geng2 profesionalah yang kena marah dan tengking ni.

Apapun, disember kelabu tetap menjelma selagi ada bulan dan matahari. Langit akan sentiasa menagis dan mentari akan menyepi seketika tika disember kelabu menyapa buana.







13 comments:

  1. Salam shameel, bukan disember je.. januari pun kelabu gak.

    Semalam telefon mak kat kg, katanya hujan tak berhenti turun..dah 3 hari. air sungai dah naik..huhu

    ReplyDelete
  2. Betul gak kata2 askar tu,kan? :)
    Saya rindukan musim tengkujuh ni setiap tahun...feel dia lain..baju dicuci susah nak kering,makan sardin askar antar..ahaha...semuanya nostalgia...

    ReplyDelete
  3. afida- betol tu januari pun kelabu juga. hehehe. Kampung afida tak kena pindah ke

    ReplyDelete
  4. Cik Shinju- mmg askar tu nak jaga keselamtan org ramai, tapi adakalanya sikap nakal tu ada pada saya. hehehe. plg best musim tengkujuh pakaian bau asap sebab trpaksa dikeringkan guna asap. time banjir jugalah ubi kayau mula digemari.

    ReplyDelete
  5. kat umah echah rntau pnjg tuh dpn umah dah takat pinggang.ehehhe...mmg seronok.tapi ada juga yg sedih bila sepupu yg masih kecik pernah meninggal kerana banjir beberapa tahun yg lepas.

    ReplyDelete
  6. singgah melawat. sangat sibuk update pn guna entry sedia ada.. huhu

    ReplyDelete
  7. wahh dah lame xrase banje..eheee btw, folow kamu.. =)

    ReplyDelete
  8. Salam...

    Saya dah buat tutorial tukar size font tu..nt tengok kat blog yer..

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum,

    masa bebudak dahulu...seronok main banjir.

    ReplyDelete
  10. wah,,, pada musim banjir dimana2 ya skrg :(

    ReplyDelete
  11. mung dan dop g main air..umah kita x naik air ko

    ReplyDelete
  12. rumah kita mana naik air. air bawah rumah ada lah

    ReplyDelete