Friday 28 January 2011

KABUS (Telemovie yang HEBAT.)

(Eman Manan dan Alex Komang,
Pelakon Utama Telefilem KABUS)

Mungkin saya terlampau terlewat memperkatakan tentang telemovie ini. Dan, syukur kepada Allah, disebalik menyampah dengan astro yang sering mengulang tayang berkali-kali setiap filem mahupun drama yang disiarkan menerusi salurannya akhirnya saya menemui sebuah telemovie yang sangat berkuaiti. Saya tak pasti, KABUS yang saya tonton itu sudah berapa kali diulang tayang., tapi takpelah yang penting saya masih berkesempatan walaupun tak disengajakan. Semuanya bermula apabila saya tertekan channel oasis( sblm tu saya nonton channel History ,555), lalu mata saya terus terpana melihat lakonan Eman Manan dan Alex Komang.

Bagi saya, KABUS merupakan sebuah telefilem yang hebat. Ia memerihalkan persoalan insan dan keinsanan, juga persoalan TUHAN dan KETUHANAN. Ia menyanggahi kelaziman dan menyalahi kebiasaan. Selama ini bila memperkatakan tentang KETUHANAN, ia sering sahaja merujuk kepada watak utamanya ialah seorang orang agama, atau setidak-tidaknya akan ada watak seorang orang agama, contohnya drama Ustaz Amirul. Tapi dalam telefilem KABUS, watak utamanya bukanlah orang agama(ustaz) tapi seorang yang beragama(pemburu yang taat dan patuh kepada-NYA). Malah, dalam telefilem ini, tiada satupun watak orang agama.

Jangan salah faham, tidak sesekalipun saya menidakkan watak orang agama sebagai watak utama dalam sesebuah filem berkonsepkan KETUHANAN, Cuma ia sekadar biasa-biasa sahaja dan adakalanya kita ingin dihidangkan dengan sentuhan luar biasa. Apatah lagi, luar biasa yang berbisa. Sekali gus, ia memahamkan semua, betapa setiap muslim adalah duta kepada agama islam. Ini sejajar dengan sabda Junjungan Mulia S.A.W “ Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat.” Setidak-tidaknya khalayak penonton akan mengerti, tugas menyeru manusia ke jalan TUHAN, bukanlah tugas para ulama sahaja, tapi tugas setiap individu yang beragama islam berdasarkan kemampuannya. Necmettin Erbakan, Muhammad Iqbal dan Dr Ali Shariati adalah contoh yang jelas dalam hal ini. Dalam telefilem in pula , seorang pemburu yang menjadi watak penting yang ditugaskan untuk menyeru manusia ke jalan Tuhan.

Kembali kapada telefilem KABUS, ia mengisahkan Alim(Eman Manan) seorang pemburu yang tersesat di hutan( kalau tak silkap saya hutan Kalimantan, walaupun lokasi pergambaran hanyalah di sekitar Larut, Matang dan Selama Perak. Hutan yang tebal inilah yang menemukannya dengan Wahid(lakonan Alex Komang), seorang penjenayah yang sedang melarikan diri daripada buruan bekas rakan-rakan sejawatnya(geng-geng penjenayah). Malah, hutan tebal inilah yang ‘menemukan’ Wahid dengan TUHAN. Sekali lagi ia menyalahi kebiasaan. Biasanya lokasi untuk ‘mencari’ dan sekaligus ‘menemui’ TUHAN adalah di masjid, malah dalam drama tertentu lokasinya di Tanah Suci Makkah. Tapi, tidak untuk telefilem KABUS, di mana hutan belantara menjadi medan lebur dan berkuburnya kejahilan Wahid. Sesuatu yang perlu kita akui, hari ini masih ramai yang beranggapan , jika ingin berbicara persoalan agama, maka lokasinya adalah masjid atau surau. Agama seolah-olah satu penyakit yang membahaya hinggakan terpaksa dikuarantinkan di surau dan masjid. TUHAN juga ‘ditinggalkan’ bersama lipatan sejadah dan untaian tasbih di masjid dan surau, seolah-olah di luar masjid atau surau, TUHAN sudah tidak ada. Sebab itulah berlakunya penipuan dalam perniagaan, pecah amanah oleh kakitangan awam dan macam-macam lagi kegilaan yang menggila.

Akhir sekali, saya amat tertarik dengan beberapa dialog yang diucapkan oleh Alim(Eman Manan). Antaranya, dialog yang diungkapan ketika dia mula menyapa Wahid( Alex Komang)” kenapa kita dipertemukan di hutan yang tebal ni, , kerana Allah ingin aku membantumu”. Teringat saya akan sebuah kisah dalam sebuah hadis Nabi, tentang pertemuan yang tak dirancang antara pelacur dengan anjing yang dahaga. Dan, pelacur itu membantu anjing yang dahaga dengan menghilangkan dahaga anjing tersebut. Ganjarannya pelacur itu dimaafkan dan dimasukkan ke dalam syurga. Hebatkan mesej yang ingin disampaikan dalam telefilem ini.


Satu lagi dialog yang menarik bagi saya ialah kata-kata nasihat dari Alim kepada wahid “Selagi ada langit dan bumi. Selagi ada siang dan malam. Selagi itulah Allah menerima taubat hamba-Nya.” Ya, bagi yang tercari-cari jalan pulang, percayalah jalan itu sentiasa luas terbentang. Ia mengingatkan saya akan persitiwa seoarng pemuda bani Israel yang telah membunuh 100 orang. Dan, dalam perjalanan mencari jalan pulang, dia menemui ajal dan dia diampunkan segala dosa meskipun belum pernah beribadat. Semuanya gara-gara keihlasan hati untuk mencari jalan pulang.

Sekian untuk kali ini, maaf jika ada kesilapan kata dan kekasaran bicara. Sebenanrya entri ini saya tulis sesudah mengemaskan rumah. Pagi esok ,saya akan pulang ke kampung di Kelantan sempena cuti tahun baru cina.


7 comments:

  1. Salam Tuan,

    Naskhah ini memang hebat, cuma saya tidak pasti dengan penontonnya. Maklum saja, ketika drama ini baru disiarkan, ia 'digandingkan' dengan saingan drama-drama yang lebih ringan dan komedi. Apapun, semoga mesejnya sampai kepada kita semua. Sayang sekiranya hasil cerita seperti ini terbiar begitu sahaja, sudahlah kedua-dua pemainnya adalah tokoh yang hebat dalam bidang mereka.

    ReplyDelete
  2. ashrafi- Betul tu, amat sayang jika telefilem sbgini hebat dibiarkan begitu sahaja tanpa diambil manfaat. Sudah tiba masanya penonton menjadi pengguna(penonton) bijak yg bijak memilih sesebuah rancagan utk ditontoni.

    ReplyDelete
  3. aaaa, rumah saya takde astro shameel, tv yang ada default channel ni pun saya tak tengok...

    betul tu shameel, masjid bukanlah semata-mata tempat utk kita menemui kebenaran dalam mencari Tuhan...kredit utk pengarah

    PS: awalnya sudah pulang bercuti! ni yang jeles ni..

    ReplyDelete
  4. setuju tu... untuk bercakap hal agama adalah kewajipan semua umat islam cuma kita mesti mendalami agama, dan belajar agama bukan untuk jadik imam, bilal atau ustaz. tu dah sekularkan fahaman tentang agama tu

    ReplyDelete
  5. wah hebat tu...cerita yg penuh dgn nilai Islam....

    nak tgk la cter hebat nie..

    ReplyDelete
  6. Kekadang pelakon pown memberi impak yg beso pd sesebuah stori tu..tapi..xminat dgn eman manan...wp die belakon hebat !!Heheheh

    ReplyDelete
  7. Salam...

    Secara jujurnya saya x pernah tgk pun telefilem nih..InsyaAllah nt dorg ulang lg kot..

    ReplyDelete