Friday 14 January 2011

Cucu Durjana Ragut Nyawa Datuk

(Muka Hadapan Utusan Malaysia, 15.Jan.2011)

INI cerita gila dan duka yang berlaku di Felda Palong Dua, Jempol Negeri Sembilan. Entah mengapa boleh ada cucu sekeji dan sehina ini. Entah mengapa juga, boleh wujud remaja yang sebegini kejam. Tergamak seorang cucu yang berusia 17 tahun bekerjasama ( namakan sahaja sebagai kerjasama iblis) dengan rakan-rakanya yang berusia dalam lingkungan 15-18 tahun melakukan rompakan ke rumah datuknya sendiri. Tidak setakat merompak wang tunai dan barang kemas bernilai RM10.000 malah, datuknya dibunuh dengan ditikam bertubi-tubi oleh cucunya yang laknat itu. Masya-Allah! Kenapa sebegini kejam sekali cucu tersebut dan kenapa sebegitu zalim remaja-remaja itu .

(Harian Metro, 15. Jan. 2011)
Lumrahnya, Kasih sayang datuk dan nenek terhadap cucunya agak melimpah ruah. Lazimnya, setiap manusia yang bergelar datuk dan nenek memiliki kekayaan kasih dan kemewahan sayang terhadap cucu-cucunya. Jarang-jarang sahaja kedapatan datuk dan nenek yang membenci cucu-cucunya. Memang ada tapi segelintir sahaja, angka yang terlalu kerdil dan tidak boleh dijadikan kayu ukur. Sebab itulah terdapat datuk dan nenek yang menawarkan diri untuk menjadi pengasuh kepada cucu kesayangannya( yang masih baby) sebab bimbang cucunya itu tidak diberi perhatian oleh pengasuh.

CUCU menjadi hantu, itulah istilah yang paling tepat untuk cucu-cucu yang hina seperti dalam kes ini. Ke mana perginya kasih sayang. Ke mana hilangnya kewarasan hingga sanggup merompak dan membunuh datuk sendiri.
Lebih keji daripada binatang .. Keji sekeji kejinya.


http://www.hmetro.com.my/articles/Cucubawagengbunuhdatuk/Article


37 comments:

  1. menyedihkan...lbh lg terjadi pd org melayu kita yg beragama islam

    ReplyDelete
  2. wanita Mutalib- mungkin ini petanda dunia akhir zaman. usia 17 tahun dah sebegitu kejam. mungkin pengaruh dadah.

    ReplyDelete
  3. zalim btol...kalo nak mintak r elok2..x pon g cari duit sndri...aisyyy..

    ReplyDelete
  4. Mengapa harus ada cucu sekejam itu, moga ada kesedaran buatnya nanti sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  5. mowmania- mmg menyedihkan bila mengenag truknya moral remaja melayi hari ini

    ReplyDelete
  6. cik CT- saya remaja budak tu trlibat dlm kes penagihan dadah. kalau tak x mungkin dia trgamak bertindak sebegitu kejam.

    ReplyDelete
  7. Zura- Trima kasih ats kunjungan.
    Inilkah secebis kisah gila yg melanda negara kita.

    Norgadis Labuan- mudah-mudahan hidayah mengetuk pintu hati mereka yg terlibat namun hukumna yg setimpal tetap perlu dilaksanakan.

    ReplyDelete
  8. syed Ahmad Fathi- moga Allah menjauhkan kita dan keturunan daripada dizalimi dan menzalimi sebegini rupa

    ReplyDelete
  9. Al-Fatihah utk Allahyarham ...
    Sadis sungguh mati angkara cucu sdiri..Bahana dadah agaknyer tu..

    ReplyDelete
  10. ya Allah, manusia ni makin gila nampaknya...

    ReplyDelete
  11. nauzubillah..moga keturunan kita terhindar dari jiwa-jiwa macam ni...ish..sekarang ni macam-macam.sanggup buat benda ni semata-mata sebab duit.;(

    ReplyDelete
  12. Cik Shinju- sy pun rasa begitu. angkara dadah

    ReplyDelete
  13. echah0- bila duit menguasai diri macam2 booleh berlaku,. sepatutnya diri yg menguasai duit, baru aman dunia ini.

    ReplyDelete
  14. Cemomoi- semakin parah akhlak para remaja zaman sekarang.

    ReplyDelete
  15. Miecyber- terlalu kejam dan teramat zalim

    ReplyDelete
  16. anamizu- saya bersetuju dgn sahabat. mrk ni binatang yang bertopengkan manusia.

    ReplyDelete
  17. anamizu- saya bersetuju dgn sahabat. mrk ni binatang yang bertopengkan manusia.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum Shameel,

    Terkejut juga saya baca berita ni.... Adakah ini menunjukkan kepincangan akhlak remaja yang semakin teruk...

    nauzubillah, moga kita dijauhkan dari bencana sebegini..

    ReplyDelete
  19. salam alaik akh shameel,

    speechless sy dibuatnya..umur baru setahun jagung dah boleh trlibat dgn perkara mcm ni..

    YA ALLAH..SELAMATKAN DUNIA ..

    ReplyDelete
  20. Afida- mmg teruk akhlak remaja hari ni. entahlah aspa akan brlaku dlm tempoh 20 tahun lagi

    ReplyDelete
  21. ain- memang teruk dan banggang uu yg sebegitu tapi dlm paper arini, nenek dia sudi maafkan cucunya itu.

    ReplyDelete
  22. Melatidaisy- Inilah ancaman yg menimpa negara, umur baru setahun jagung dh pandai buat jenayah sebegini kejam. kalo dibairkan hidup sampai dewasa, macam2 jenayah boleh dia lakukan

    ReplyDelete
  23. Izzah Al-Maliziyyah16 January 2011 at 01:32

    Assalamu'alaikum WBT cikgu...

    Begitulah episod-episod semasa. Saya hanya mampu mengucap panjang. Moga-moga kita dilindungi dari menzalimi dan dizalimi~

    ReplyDelete
  24. sedih + geram... tetapi menerima hakikat kisah akhir zaman...cuma berdoa agar dijauhi perkara sebegini terhadap keluarga kita...nauzubillah...

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum,

    Allah Maha Adil...perbuatan cucu tampak zalim...mungkinkah datuk jugak pernah zalim???...wallahualam.

    ReplyDelete
  26. kenapa cucu tu bunuh datuk sendiri?sebab?kena gak tanya cucu.hee.

    ReplyDelete
  27. MasyaALLAH!!sadisnya...manusia skrg makin kejam...!!

    ReplyDelete
  28. Sham- sam2lh berdoa agar Allah menjauhkan bala sebegini daripada mendekati keluarga kita

    ReplyDelete
  29. Izzah- lama berkunjung. yer moga Allah menjauhkan kita dari menzalimi dan dizalimi

    ReplyDelete
  30. cikgu Ahmad Humairi- mungkin juga datuk tersebut ada buat sesutu terhadap cucunya. Segalanya mungkin, tapi perbuatan cucunya itu tetap diluar batas2 kemanusiaan

    ReplyDelete
  31. Yuni- mmg sadis dan terlampau kejam. nilai2 keinsanan semakin terkikis dalam jatidiri manusia.

    ReplyDelete
  32. akufobia- Btol tu, kena tnaya si cucu. hahaha

    ReplyDelete