Monday 24 January 2011

JALAN-JALAN KE CHINA (BEIJING & TIANJIN)

( Beijing, berhampiran Tiananmen Square)









Ini adalah sambungan daripada entry lepas : > sila klik SINI





18 hingga 22 Disember 2010, saya mengambil kesempatan bercuti a.k.a jalan-jalan ke Beijing dan Tianjin China. Ia merupakan perjalanan kedua saya ke negara komunis selepas berkunjung ke Ho Chi Minh a.k.a Saigon Vietnam pada bulan November tahun lepas (sebenarnya sudah tak banyak negara komunis yang berbaki setelah runtuhnya Soviet Union, antaranya Korea Utara dan Cuba ). Kunjungan pada bulan Disember, cukup menyejukkan sebab disember adalah musim sejuk atau Winter kat China. Sungai dan tasik di kebanyakkan tempat di Beijing dan Tianjin telah membeku , tapi salji belum turun pada tarikh kunjungan saya tu.

















( Summer Palace, Kunming Lake yang membeku)







Tempoh 5 hari 4 malam, hanya beberapa tempat sahaja yang sempat saya kunjungi.Tak banyak tapi sudah memadai. Antaranya Great Wall a.k.a Tembok Besar China, Forbidden City( istana Larangan), Tiannamen Square. Summer Palace, Masjid Niujie, Muslim Super Market, Bird’s Nest Stadium(Stadium Sarang Burung , tempat berlangsungnya sukan Olimpik tahun 2008).







(Summer Palace)










Bagi saya, pengalaman di Tiananmen Square amat bererti dan bermakna. Apa taknya, ketika sedang leka bergambar, saya dan rakan-rakan didatangi polis China. Kemudiaannya polis-polis ini memarahi kami lantaran mempamerkan kain rentang ketika bergambar. Kain rentang yang merujuk kepada group travel kami itu menimbulkan salah faham polis-polis China. Rupa-rupanya di situ dilarang sama sekali mempamerkan kain rentang, sebab ada sejarah hitam di Dataran Tiannamen itu. Sejarah telah menjilidkan, di dataran itu pernah berlaku peristiwa berdarah . Pada tahun 1989, para Mahasiswa pro-demokrasi telah mengadakan satu demontrasi terhadap Kerajaan. Dikatakan lebih 3 ribu orang telah meninggal (malah ada yang mendakwa jumlah korban melebihi 7 ribu orang)apabila kerajaan China menggunakan tentera untuk menamatkan demontrasi tersebut. Agak lama juga salah faham antara kami dengan pois China ni, hinggalah pemandu pelancong kami menjelaskan maksud sebenar kami. Sebenarnya dah puas kami terangkan tapi polis China tu memang tak faham –faham. Memang mereka tak bahasa Inggeris( apatah lagi bahasa inggeris yang saya gunakan ‘berversi’ Kelantan. Hahaha). Akhir sekali kami dibenarkan bergambar tapi tidak boleh mempamerkan kain rentang tersebut.











(Summer Palace)















Great Wall (Tembok Besar China) panjangnya dengan mengambil kira cabang-cabangnya ialah 8,851.8 KM( ini mengikut hasil kajian satu ahli arkaeologi baru yang menggunakan teknologi termaju). Sebelum ini panjangnya dianggarkan kira-kira kira-kira 6,400 km. Tak kisahlah berapa KM, yang penting saya naik sekejap jer pastu pergi minum kopi kat Great Wall Store, bergambar kejap dan turun.









(Summer Palace)











Masjid Niujie pula ialah masjid tertua di Beijing, China. Ia pertama kali dibina pada tahun 996 dan dibina semula dan juga dibesarkan di bawah Maharaja Qing Kangxi (1622-1722). Niujie merupakan kawasan terbesar diduduki oleh umat Islam di Beijing.Tentang yang lain-lain tu biarlah gambar yang bercerita. Apa pasti, ada pengajaran berselirat seribu disebalik lokasi-lokasi ini.













(Summer Palace,pukul 4 petang)









( Bird's Nest Stadium- Olimpik 2008)







(Geat Wall a.k.a Tembok Besar China)







(Great Wall a.k.a Tembok Besar China)











(Tiananmen Square)







(Tiananmen Square)











(Aku kat Masjid Niujie- Masjid bersejarah China.













(Masjid Nuijie)









(Aku kat Food & Cultural Street,Tianjin







(Food & Cultural Street , Tianjin.

Aku dok snap gambar Amoi kot)







(Tianjin)







(Beijing- xtvt masa lapang lelaki dewasa kt China)



























59 comments:

  1. seronoknyaaaa bro..rase nak pergi gak.eheheh

    ReplyDelete
  2. best dpt gi jln2 cmni ^^

    p/s: klau sungai & tasik mbeku, cmner ikan2 tu trus idup?

    ReplyDelete
  3. Salam shameel...
    best tuh...jeles pun ada ni..hehe..antara tempat yang saya bercita2 nak lawat sejak kecil adalah great wall.. tak kesampaian lagi.huhu

    ReplyDelete
  4. cantiknya view! pic cntik. ;D

    ReplyDelete
  5. Salam Shameel. 1st time masuk page u. U ikut pakej or jln sendiri-sendiri?

    ReplyDelete
  6. Ni yang pakej Muslim tu eh?
    Best oh.
    Berapa ribu ni?

    ReplyDelete
  7. Echah- seronak jugak wat rehatkn diri dri keja.

    ReplyDelete
  8. Caliph- Itulahmesterinya, mcm mn ikn bleh hidup? Sty tgk kt sn aritu, org jalan2 atas sungai, pastu dia buat lubang utk pancing ikan.

    ReplyDelete
  9. Afida- Great wall sgt cantik musim bunga. Jd disyorkn gi pda musim bunga

    ReplyDelete
  10. Macy- Kalo salji dh turun lagi cantik view. Tym spring & autumn pun cantik view kt Beijing.

    ReplyDelete
  11. Kakchik- Ni sy gi ikut pakej. Nak ikut mmeber backpacks saya kesuntukan masa sbb kena jd pengawas spm aritu

    ReplyDelete
  12. Bijen M - Yer ni pakej musim. harga (tak termasuk tiket flight) rm300(merangkumi hotel lsma 5 ari 4 mlm, mkn minum, pengangkutan dll)

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum,

    cantik gaya penceritaan foto-foto itu....entah bila giliran saya ke sana...

    ReplyDelete
  14. memang menarik gi cina tapi tak tahan sejukkk

    ReplyDelete
  15. wahhh seronoknya...bila la dpt ke sana agaknya :)

    ReplyDelete
  16. Cikgu Ahmad Humairi - Insha Allah, biasanya ada promosi harga murah ke China kt airasia. Adakalanya rm500 jer tiket flight pergi & balik.

    ReplyDelete
  17. Meowmania- insha Allah, ada nnt promosi harga murah ke China. Kalau shanghai lagi murah berbanding Beijing.

    ReplyDelete
  18. Cemomoi- yer kn cemomoi ade gi china juga thn lps,kalo gi tym summer baru x sejuk

    ReplyDelete
  19. akufobia - Trima kasih ats kunjungan.

    ReplyDelete
  20. uwaaa...nak g gak...huhu...bape eg tiket flight nk g sane? :)

    ReplyDelete
  21. BezBuddy - tym murah rm500 jer gi dan balik ke Beijing. Tapi kalo lewat beli, ade yg mencecah rm2000.00. Saya hari tu tiket rm1600 pastu harga utk pakej rm300(utk 5 ari 4 mlm meliantkan penginapan, mlm, pengangkutan dll)

    ReplyDelete
  22. Assalam shameel..
    rasanya tk kesampaianlah akak ke Cina ni..tkpelah tumpang tguk dari entry shameel je lah..

    ReplyDelete
  23. Thanks bro..bawa aku ke China....gambar2 yang best...aku terhibur!

    ReplyDelete
  24. pergh, best molek gi melancong oversea
    nice place la
    bilo la nk sampai sana,haha

    ReplyDelete
  25. bertuahnya dapat pi tembok china tu

    ReplyDelete
  26. Idaalara- insha Allah kak, ada masa juga pergi tu. tym promosi agk murajh tiketnya.

    ReplyDelete
  27. Assoyfinger- Trima kasih atas kunjungan. sama2 kita berkongsi info.

    ReplyDelete
  28. Penaberkala- berst jugaklah. kalo demo gi backpack lgi mencabar sebenarnya. ajak beberapa oghe saing hok minak jale, pakat molek.

    ReplyDelete
  29. nuriz- Trima kasih nuriz ats kunjungan. tembok china tu kira destinasi wajib dikunjungi kalo gi beijing.

    ReplyDelete
  30. tu la, cam nak try gak plan ke luar plak
    kat dalam negara byk gak jalan2
    estimate brapo kos abis utk sorang bro?

    ReplyDelete
  31. kalo booking awl dlm rm500 jah gi dan balik ke beijing. Tapi kawe booking lewat kena rm1600. aritu gi tym promosi. rm300 utk hotel,mkn,pengangkutan slma dok sana(5 ari 4 mkm). member kawe gi india selatan, kena rm500 jah tiket gi balik.

    ReplyDelete
  32. bereh boh
    tenkiu for the info
    ada rezeki, panjang umur boleh la gi etek
    time muda la nk kenal tempat ore,hehe

    ReplyDelete
  33. beres gu. btol tu, time mudalh msa nak kenal tempat org.

    ReplyDelete
  34. waaah...sonoknya....jalan2 smapi obersea...hehehehe

    ReplyDelete
  35. smpe mc tu sekali eh...!!!Xboley bergambo sekali ngan kain rentang..!!!Xpe lah..da sejarah..dorang kan..!!

    ReplyDelete
  36. This post has been removed by the author.

    ReplyDelete
  37. Rama2ungu - saje jn2 ke beijing wat rehat2kn otak dri ngajar

    ReplyDelete
  38. This post has been removed by the author.

    ReplyDelete
  39. ain- trukkn polis china ni, x benarkn brgambar ngan kain rentang. Pas2 marah2 plak guna bahasa cina. mn kita nak faham

    ReplyDelete
  40. miss senget- jalan2 hilangkan lelah akal dan penat fizikal. heheeh

    ReplyDelete
  41. bestnye dpt mengembara tmpat org...sy dulu dpt jenjalan kat sekitar shanghai je...

    ReplyDelete
  42. Zura- shanghai lagi moden dri beijing kn. Mesti best kn.

    ReplyDelete
  43. china is one of the historical places. mesti banyak dpt timba ilmu kalau ke sna. geat experiences from u then. insyallah, nnt ada rezeki, nk jugak jijak tanah China:)

    ReplyDelete
  44. salam shameel,
    lain kali kalau nak pegi melancong ke mana-mana bawaklah abah sekali. hehehe...

    ReplyDelete
  45. salam,

    wahh jalan2 ke beijing.
    sy pun pernah kesana.. :D
    seronok!! :)

    ReplyDelete
  46. lawak ler cikgu tuan "bahasa inggeris berversi kelantan"...x dpt dibayangkan!

    ReplyDelete
  47. as salam,
    macam mana nak dapat pakej rm300 tu?
    saya nak pergi beijing dgn family, kalau bole nak ambil pakej macam encik sb murah.pakej y malaysia byk rm2000++..harap encik dpt bg email utk saya bertanyakan lebih lanjut.terima kasih

    ReplyDelete
  48. mi2omar.
    Agak susah juga utk dapat pakej tu. RM300 tu tidak termasuk tiket fligh ( ia hanya melibatkan mkn dan minum, penginapan dihotel,pengangkutan di Beijing dan Tainjin juga tiket utk ke lokasi lawatan).

    email saya Shameel_iskandar@yahoo.com

    ReplyDelete
  49. terima kasih byk~
    sy baru blik dri beijing guna pakej..
    parents mintak sy bawa mereka dan rakan2 mereka ke beijing. jd sy igt nk pergi macam awak, beli tiket flight sendiri..sy akan email awk utk tnya maklumat lanjut..terima kasih banyak

    ReplyDelete
  50. Rian .
    Trima kasih sahabat blogger dari seberang. sy folow juga nnt

    ReplyDelete
  51. abah aman.
    Boleh jer abah. hahah. lama abah menyepi dari dunia blog

    ReplyDelete
  52. FIFIEY LYCHEE MARATION.
    setiap tempat or negara ada kelebihn trsendiri. sy baru pulang dri jakarta & bandung. di sana juga ada keistimewaan tersendiri

    ReplyDelete
  53. penDragon.
    hahaha, bahasa inggeris versi kelantan tu, bunyinya ala-ala jerman ckit.

    ReplyDelete
  54. Cik Kyla.
    Wah suka jalan2 jugak yer org sekampung dgn sy ni.bila balik bachok.

    ReplyDelete
  55. salam sahabat..
    Masjid Niujie dibina pada tahun 996.. di mana islam di kepulauan melayu waktu itu? hihihi..

    bertuahnya sahabat kerana dah sampai ke sana..

    link yg lagi satu tu tak boleh buka plk..nanti saya cuba lagi..

    ReplyDelete
  56. a.samad jaafar.
    tahun 996 Melaka pun belum wujud. Ternyata warga China terlebih dahulu memesrai dan mengakrabi agama islam.

    ReplyDelete