Monday, 14 February 2011

MAULIDUR RASUL 1432 H , (1 MALAYSIA 1 UMMAH.)

( 1 Malaysia 1 Ummah,
Tema Maulidur Rasul Tahun ini)


SATU MALAYSIA SATU UMMAH, itulah tema Maulidur Rasul tahun ini. Esok 12 Rabi’ul Awwal 1432 bersamaan 15 Febuari, umat islam di seluruh dunia amnya dan Malaysia khasnya akan menyambut Maulidur Rasul. Sebelum berbicara panjang, ingin saya kongsikan tentang tarikh kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Sejarahwan Islam sepakat baginda Nabi S.A.W lahir pada Hari Isnin, cumanya mereka berbeza pendapat tentang tarikh lahir baginda S.A.W . Ada yang mengatakan Nabi S.A.W lahir tarikh 12 Rabi’ul Awwal( inilah tarikh yang diterima majoriti umat islam di Malaysia terutamanya sejak zaman berzaman). Namun ramai pengkaji yang menyatakan bahawa tarikh sebenar maulid baginda ialah pada 9 Rabi’ul Awwal. Antara yang berpegang dengan tarikh ini al-Syeikh Safiyy al-Rahman al-Muabarakfuri iaitu penulis kitab Sirah terkenal Rahiq al-Makhtum. Abaikan tentang itu, ada apa dengan tarikh sebab yang penting ialah penghayatannya.



( Si Gila Ini Bercita-Cita Nak Jadi Nabi)

Kedua, ingin saya berbicara tentang hukum sambutan Maulidur Rasul. Ada ulama yang mengaharamkan atas alasan ia perbuatan bid’ah dhalalah yang tak pernah dibuat oleh Nabi, sahabat dan Tabien. Namun ada juga ulama yang mengharuskannya. Saya lebih cenderung kepada pendapat yang mengharuskan selagi mana dalam keadaan yang terkawal dan tidak berlebih-lebihan, Maksud saya, kita kena iktikad sesungguhnya Maulidur Rasul bukanlah isu pokok dalam islam dan ia tidak sedikitpun menjejaskan akidah orang-orang yang tidak ingin meraikannya. Soal khilafiah, usah diundang perseteruan yang sia-sia. Dari segi sejarah, perayaan ini tidak pernah dikenali pada zaman Nabi S.A.W, sahabat dan Tabien, malah ia mula diperkenalkan oleh Kerajaan Fatimiyyah( bermazhab Syiah) di Mesir.

Sepatutnya mengingati Nabi S.A.W tidaklah hanya pada hari Maulidur Rasul, tapi pada setiap detik dan ketika selagi nadi berdenyut dan jantung berdegup. Sewajarnya mengasihi baginda, adalah sepanjang masa sehinga ke akhir hayat dan hingga ke penghujung nyawa. Tak salah jika saya katakan, segelintir masyarakat kita mengingati dan mengasihi Nabi S.A.W secara bermusim iaitu pada tarikh 12 Rabi’ul Awwal sahaja. Namun, secara jujur kita kena akui, memperingati secara bermusim jauh lebih bererti daripada langsung tak memperingati. Mudah-mudahan dengan ini, ada juga ruang dan peluang untuk orang ramai mengenali siapa itu NABI MUHAMMAD S.A.W . Harap-harap dengan sambutan ini, orang ramai akan mengerti hakikat NABI daan KENABIAN. Usah hairan kenapa saya berkata begitu, ini kerana sudah ramai yang saya ketemui, iaitu pelajar-pelajar yang tidak tahu biodata ringkas Nabi Muhammad S.A.W . Sudah banyak kali saya lihat kertas jawapan sejarah kertas dua, baik ujian mahupun peperiksaan ( sahabat saya seorang guru sejarah). Amat menyedihkan apabila terlalu banyak jawapan daripada pelajar-pelajar Melayu islam yang berusia 16 dan 17 tahun yang jelas menunjukkan tahap kejahilan mereka terlalu kronik. Bayangkan, untuk soalan semudah, siapakah nama bapa Nabi Muhammad S.A.W? Inilah jawapannya, Suhaimi , Kadir, Abdul Muttalib, Abu Bakar, Samsudin, dan macam-macam lagi jawapan yang mencerminkan kejahilan tahap tinggi yang mereka miliki. Ini adalah fakta dan bukannya rekaan, Sayang, sekali , anak-anak bangsa yang diharapkan untuk memakmurkan negara telah lama ‘menendang’ Nabi S.A.W ke sudut yang paling jauh.


( Lelaki Ini Lagi Gila Sebab Nak Jadi Tuhan)


Sekarang saya ingin berbicara perkara yang agak sensitif, iaitu tentang kedudukan Nabi Muhammad S.A.W di dalam hati orang melayu. Sudah lama sebenarnya saya merasakan, kecintaan orang melayu terhadap Nabi Muhammad S.A.W menghampiri angka sifar. Dan tidak mustahil akan terus menjunam ke angka negative suatu masa nanti yang entah bila dan di mana. Terlalu banyak buktinya. Ingat lagi persitwa tahun lepas, apabila seorang blogger menghina Al-Marhum Sultan Johor, blognya diserang dengan ribuan kecaman dan puluhan report polis dibuat ke atasnya. Saya bukannya ingin membela atau mempertahankan bogger tersebut. Tindakannya memang biadap. TAPI, sebelum menghina Almarhum Sultan Johor, blogger yang sama telah ,menghina isteri Nabi S.A.W, iaitu Aisyah. Namun tiada seorang pun anak melayu yang bangkit membuat laporan polis terhadapnya. Malah blognya juga tidak menerima kecaman sehebat kecaman yang dia terima setelah menghina Almarhum Sultan Johor.

Beberapa bulan yang lepas, seoarang ADUN dari Selanggor menerima kecaman hebat kerana mempertikaikan kuasa Sultan Selangor dalam blognya. Tidak sekadar disuruh letak jawatan, malah ada suara-suara MAHA RASIS , sekali gus MAHA JAHIL dari NGO-NGO Melayu yang mendesak agar hukuman mati dikenakan terhadap ADUN tersebut. Kepada NGO-NGO tersebut , tolonglah waras dalam berfikir, matang dalam berbicara dan professional dalam bertindak. Bimbang nanti, taraf NGO akan sehina GRO. Perarakan demi perarakan diadakan dari semasa ke semasa untuk mengutuk ADUN tersebut.

Namun, mungkin kerana melayu sememangnya mudah lupa atau mungkin juga kerana sifar rasa cinta terhadap Rasulullah, maka orang-orang Melayu tidak pernah mendesak agar hukuman bunuh dikenakan terhadap seorang pelakon perempuan yang tak sedar diri yang telah menghina isteri Nabi S.A.W, Siti Khadijah dengan ungkapan yang maha keji terhadap wanita yang sebegitu mulia. Ungkapan yang lebih kurang begini bunyinya, tua nak mampus(merujuk kepada Siti khadijah kerana mengahwini Nabi S.A.W ). Malah satu demontasi aman pun tak dilakukan. Begitu juga bila Dr Kassim Ahmad dalam bukunya hadis satu penilaian semula dengan beraninya menolak hadis-hadis sahih termasuklah yang bertaraf Mutawatir malah dengan penuh kebiadapan mempertikaikan wibawa Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam meriwayatkan hadis. Yang menyedihkan tiada pula desakan agar kassim Ahmad dikenakan tindakan.

Dahulu, yang entah berapa tahun dahulu, seorang lelaki terhebat di Malaysia mengeluarkan kenyataan yang lebih kurang begini bunyinya , zaman Nabi dahulu orang simpan janggut sebab takde gillate (maaf jika tersalah eja). Padahal sunnah menyimpan janggut dan menipiskan misai amat dituntut dalam islam hinggakan sesetengah ulama memfatwakan haram lelaki islam membuang janggutnya. Malah hukum menyimpan janggut itu lebih diutamakan daripada hokum memakai serban dan jubah. Tapi, malang sekali , tiada siapapun yang berani mencadangkan agar tindakan undang-undang diambil terhadap lelaki terhebat Malaysia itu.

Kekadang saya terfikirkan, di dalam hati orang Melayu, cinta terhadap Nabi S.A.W benar-benar menghampiri sifar. Apakah puncanya? Adakah kerana melayu mudah lupa atau kerana Nabi Muhammad S.A.W itu tidak berbangsa Melayu.

Untuk info yang lebih tentang maulidur rasul, mmapir saja ke sini http://drmaza.com/home/?p=1020


18 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Saya setuju semua pendapat saudara..
    Jom..kita suburkan cinta kepada Rasulullah dalam hati anak2 muda melalui blog...

    ReplyDelete
  2. mari kita berusaha untuk lebih mengenal rasulullah..

    ReplyDelete
  3. Selamat menyambut maulidur rasul gu
    klu kelik kampung, ado ore buat maulud ni :)

    ReplyDelete
  4. Apa yang kita boleh buat yer shameel,tuk org2 begini... sedih yang amat ada orang sanggup menghina sunnah Baginda Rasulullah saw dan juga keluarga Baginda..

    ReplyDelete
  5. Ra-Kun - benar sekali sahabat. moga kita semua lebih mengenali Rasulullah S.A.W

    ReplyDelete
  6. cik shinju- bto ltu. kita jadikan blog dan segala kemudahan ICT utk merndekatkan anak muda kepad Allah dan Rasul. Mneyeru manusia ke jalan Tuhan dgn menggunakan pelbagai laternatif yg disediakan.

    ReplyDelete
  7. Ra-Kun - benar sekali sahabat. moga kita semua lebih mengenali Rasulullah S.A.W

    ReplyDelete
  8. penaberkala- bestkn dok kg, mesti ade org wat bekwah ajak makan bulan molud ni. plg krg pn ada jamuan ats balaisah

    ReplyDelete
  9. Afida- hanya org2 yg surut dan susut iman jer sanggup hina Nabi S.A.W dan kelaurga baginda.

    ReplyDelete
  10. kenapa kita tak cinta? kenapa melayu tak cinta Nabi Muhammad? kerana kita tidak di kenalkan dengan baginda segai mana selayaknya orang islam kenal. nak cinta macamana kalau suruh cerita sirah baginda pun ada yg tak tahu.. pendapat saya semasa mengajar di sekolah menengah agama 2 tahun lepas.. rami yg tergagap nak bercerita..macam tak tahu ape2.

    ReplyDelete
  11. Mykhalis - Benar skali pndgan saudara. mmg anak2 melayu tak diperknalkan kpd Rasulullah dgn selayaknya. Kalulah ini berlarutan, sy risau genarasi akan dtg akan mengalami 'kemusnahan' yg dahsyat.

    ReplyDelete
  12. syabas utk entri ini..

    sy setuju dgn pandangan saudara

    salam maulidur rasul

    ReplyDelete
  13. stuju3x...sayangi nabi,selawat ke atas nabi...kerana kita mengharapkan syafaatnya kelak...

    ReplyDelete
  14. salam, saya ngajo kat star...

    since 2003..udah add cikgu kat FB

    ReplyDelete
  15. salam shameel..

    maaf lame xjenguk.
    but bile dah jenguk ni, yes!
    1 entry yg cukup baik.
    patut dibacakan dlm perutusan tahun baru. huh!
    melayu dan islam.
    haih.. semoga cepat2lah berlalu jahiliyah moden nih..

    ReplyDelete
  16. salam..

    memang gila sakit otak..ada juga yg nak jadi nabi,.

    ReplyDelete
  17. nice.

    ramai yang ingat maulid rasul je kita kene ingat nabi. tengok sekarang, sunnah, fikrah, cara pemakaian dan banyak lagi yang kita buat tak ikot cara nabi. ikot cara yahudi. kdg2 tanpa sedar, kita lebih agungkan yahudi (indirectly) dari Nabi.

    salam tarbiah:)

    saya suka entry ni

    ReplyDelete