Tuesday 22 February 2011

BUNGA TERCANTIK

(Bunga Raya Bunga Kebangsaan.)


Tiba-tiba tergerak di hati saya untuk berbicara tentang bunga selepas menonton criter Korea bertajuk DAISY. Walaupun criter ni sudah lama(tahun 2006), tapi ia tetap menarik. Dilakonkan oleh Jung Woo Sung, Jeun Ji-hyun dan Lee Sung – Jae. Walaubagaimanapun, entry ni bukanlah untuk membicarakan sinopsis DAISY. Cuma, saya ingin berbicara tentang bunga. BUNGA DALAM PANTUN.

P/S = Semua Bunga Ni Milik Mak Saya, Kecuali Bunga Yang Terakhir(terpaksa minta bantuan Google sebab bunga itu hanya terdapat di Indonesia) .




( Bunga Raya)

Hari Minggu Pergi Pekan.
Ramai Sungguh Orang Berniaga.
Bunga Raya Bunga Kebangsaan
Tapi Sayang Ia Tak Secantik Mana.


(Bunga Orkid)

Pengetahuan Am : Taman Kinabalu mempunyai 1000-1200 spesies orkid (lebih kurang 5% daripada jumlah orkid yang terdapat di seluruh dunia). Setakat ini, hanya sejumlah 711 spesies orkid (10% daripadanya adalah endemik) telah dikaji, diberi nama dan didokumenkan secara saintifik.

(Bunga Orkid)

Orang Di Pekan Sungguh Ramah.
Ramah Lagi Orang Di Desa.
Bunga Orkid Penghias Rumah
Sungguh Cantik Tapi Belum Juara.


V


V


V

V

V


V

.

(Bunga Citra Lestari.)

Pergi Pekan Beli Batik.
Batik Cantik Menawan Hati.
Kalau DiTanya Bunga Apa Paling Cantik.
Tentu Sahaja Bunga Citra Lestari.










40 comments:

  1. best N3 ni...tapi bila lagi cikgu tuan nk cari bunga utk disunting...??

    ReplyDelete
  2. Ruby- hahaha. Panjang ceriternya tu

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Bunga Anggerik bunga di hutan,
    Patah tangkai terkulai layu,
    Cantik di muka nampak kelihatan,
    Buruk di hati siapa tahu.

    ReplyDelete
  4. saya sukeee bunga SAKURA...
    hehehe..selamat malam~~


    p/s: nanti tuka tauu link blog lama saya tuuu ke link yang baru ehh..

    ReplyDelete
  5. salam..
    ermmm..saya suka
    bunga raya berbanding
    bunga lestari..he he

    ReplyDelete
  6. bunga cinta lestari?? ermmm.... tak secantik bunga ditaman kut...

    ReplyDelete
  7. ececewah.. laman rumah ibu awk dh penuh bunga.. cepat2 la cari bunga untuk laman hatimu pula.. ;)

    ReplyDelete
  8. hehe santai sikit kali ni....
    err BCL tu cantik ke..hehe

    ReplyDelete
  9. dah ada bunga-bunga cinta tuuuu

    ReplyDelete
  10. Amy - bunga tulip lagi cantikkan.

    nanti sy tukar link tu

    ReplyDelete
  11. cikgu Ahmad Humairi.

    Patah tangkai terkulai layu.
    Pudar warna gugur ke tanah.
    Buruk di hati siapa tahu.
    Berserah juga kepada Allah.

    ReplyDelete
  12. Fiqas - hahahah, bunga di taman cantik asli, BCL cantik kosmetik dh.

    ReplyDelete
  13. zulkbo- hehehe, bunnga lestari ni x boleh suka sgt2, nnt marah Ashrafnya.

    ReplyDelete
  14. MuNie - hahahah, akan tiba masanya nanti.

    ReplyDelete
  15. si para-para - santai sikit sbb entry ni spontan jer.

    ReplyDelete
  16. cik nursalwa - BCL agak cantik tapi lagi cantik kalau dia menutup auratkan.

    ReplyDelete
  17. cemomoi - bunga2 cinta dan bunga larangan.hahaha

    ReplyDelete
  18. ooo..bunga tu..ingatkan bunga mana la yang digoogle yang cuma ada di indon..ehheh

    ReplyDelete
  19. mesti umah penuh bunga la tu...shameel ni photog ke? lawa gambar2...

    ReplyDelete
  20. wahhh cantik-cantiknya bunga tp bunga yg last tu sgt cantik ;)

    ReplyDelete
  21. Afida- hahaha, itulh satu2nya bunga yg hanya terdapat di Indonesia

    ReplyDelete
  22. ermayana - umah kt kg di kelmnatan mmg byk bunga sbb mak tanam. Tp kt umah sewa kt perak ni, x banyak bungga.

    sy shoot gambar sekadar suka-suka jer.

    ReplyDelete
  23. Meowmania- hahaha, bunga paling last mmg sgt cantik. Tp syg hnaya ada kat indonesia jer.

    ReplyDelete
  24. aduh..si bunga cinta lestari tuh...

    aku mau mimpikan dia malam ini meski ia dalam dakapan ashraf sinclair.haha

    ReplyDelete
  25. bunga orkid sgt cantik...suke bunga orkid... (^___^)

    ReplyDelete
  26. haha.suka gak BCL.tapi da kahwin.dangg.

    ReplyDelete
  27. ghost writer-
    hahaha, marah si
    asyraf sinclair nanti.

    ReplyDelete
  28. akufobia.
    hahaha, BCL dah jadi bini org tapi Agnes monica masih bujang.

    ReplyDelete
  29. shee.
    itulah kehabatan Tuhan Yang Maha Mencipta. bunga orkid mmg cantik, tp kebanyakkan ppuan suka bunga tulipkan.

    ReplyDelete
  30. HAAH.bunga citra lestari tak seharum bunga lain.walaupun harum.taksemulajdi.hehehe.kalau bunga lain semualjdi

    ReplyDelete
  31. wah peminat BCL ropanya...tp dah disambar si mamat asrap tu pulak...huhu...

    ReplyDelete
  32. aarrr..tolong la..terpikir gak bunga yg ada kat indon je..rupanya cewek bunga ya..hehe..minat ye..

    tq jenguk akak nora ya..

    ReplyDelete
  33. cantik pe bunga raya. rosa samantika

    ReplyDelete
  34. Bunga raya lbh cantik dr BCL la.. :P

    ReplyDelete
  35. echah.

    Harum apa CTL bila dia pakai perfume. hahaha. btol tu bkn keharuman semulajadi

    ReplyDelete
  36. Sham.
    minatlah jugak tgk lakonan dia. hehehe

    Nora shahaira.
    Trima kasih juga kak sebab sudi jenguk saya.

    ReplyDelete
  37. Cik Shinju.
    Hehehe, kedua-duanya cantik. Cuma, bunga raya lebih asli kecantikannya.

    ReplyDelete
  38. ARC.
    Bunga raya bunga kebangsaan dan bungga kebanggaan.

    Trima kasih sudi bertandang dan tinggalkan komentar

    ReplyDelete
  39. haha.nak kena muslim kan dulu agnes.banyak kerja.hee.

    ReplyDelete