Friday, 25 February 2011

APABILA MAHASISWA TERBABAS

(sekadar hiasan.
gambar dari google)


Risau dan merungsingkan apabila semakin ramai Mahasiwa ( untuk melancarkan penulisan , saya gunakan istilah ini untuk merangkumi lelaki dan perempuan) negara kita yang semakin terbabas. Terbabas dari landasan agama dan tergelincir dari batas adat. Kita amat bimbang apabila golongan yang diharapkan untuk mewarnai kanvas negara ini akan tersesat dalam terang benderang. lantas, negara akan diwarnai dengan warna-warna kehancuran.

Tiba-tiba terdetik di hati saya untuk menulis tentang mahasiswa dan dunia kampus . Semuanya bermula apabila saya terbaca tentang terbabas dan tergelincirnya mahasiswa dalam Majalah Solusi Isu No. 27 m/s 14-15.


Dalam Majalah Solusi yang saya maksudkan, terpapar satu kajian tentang SIKAP BELIA IPT TERHADAP SEKSUALITI. Ia merupakan hasil kajian yang diketuai oleh seorang pensyarah Fakulti Perubatan UiTM, Dr Mazlin Mohammad Mokhtar. Kajian yang dibuat pada tahun 2005 itu melibatkan 727 orang pelajar yang berusia antara 18 hingga 25 tahun daripada 2 buah IPTA dan 2 buah IPTS. Amat mengejutkan kerana lebih 50 % responden menganggap tidak mengapa untuk remaja perempuan dan lelaki berciuman, berpelukan dan menyentuh satu sama lain dan 25.3 % berpendapat tidak salah untuk melakukan hubungan seks jika pasangan remaja saling bercinta. Lagi gila, agak ramai antara pelajar-pelajar insitusi pengajian tinggi ini beranggapan maruah dan kehormatan seseorang remaja perempuan tidak akan terjejas sekiranya melakukan hubungan seks sebelum kahwin. Hanya 53.1% (sepatutnya 100%) responden yang beranggapan berzina itu boleh menjejaskan maruah dan kehormatan seseorang perempuan.

(Aku selaku pengarah Konvension Mahasiswa Islam
ketika aktif bersama
Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUSM)
Dari kiri; Yb Ustaz Baihaqi Atikullah, Zaidi,
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dan Tuan Ibrahim Tuan Man.)


Sebenarnya tanpa paparan kajian inipun kita mampu mengetahui kerosakkan pemikiran dan tindakan mahasiswa hari ini. Terlalu banyak petunjuk untuk kita jadikan kayu ukur. Petunjuk paling mudah ialah Facebook. Tanpa segan silu, segelintir mahasiswa menguploadkan gambar bermesra-mesraan dengan couplenya kat Facebook. Gambar sedang beriba, mandi bersama kat air terjun, berpelukan dan macam-macam lagi aksi-aksi terlarang dipertontonkan untuk tatapan semua. Ke mana hilangnya maruah siswi tersebut hinggakan sanggup mempromosikan dosa maksiatnya ke seluruh dunia. Lagi gila, kerana dalam sesetengah kes, mak dan bapa yang turut menjadi rakan FB telah meredhai perbuatan mungkar anak gadisnya itu. Ini terbukti apabila mereka menglikes kat gambar tersebut. Sungguh gila kerana ibu bapa macam ini pun boleh wujud di dunia. Harap-harap ibu bapa macam ni akan pupus sebagaimana pupusnya dinasour.

Sebenarnya masalah ini belumlah parah sebab ia hanya melibatkan segelinitir mahasiswa/wi. Namun, jangan sesekali memandangnya sebagai isu remeh temeh, sebab ia akan menjalar dengan cepat dan pantas.

22 comments:

  1. This post has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. As salam...

    Segalanya bermula dari rumah...
    Kalau baik akarnya,maka baiklah
    pohon yg tumbuh tu...Anak mesti dididik sejak dlm kandungan lg..
    Kalau dh besar dah xleh nak lentur dah kecuali dorg tau berfikir sdiri ape yg buruk dan ape yg baik...

    ReplyDelete
  3. Nauzubillah, teruk2 nya. responden tu mesti ada melayu dan islam jugak kan..remaja melayu islam jawab tak apa berzina!!?
    tu la kesan kesan nya dah nampak bayi dibuang merata rata.
    apa nak jadi nanti masa depan?

    ReplyDelete
  4. sedih kan shameel.. naudzubillah.. hari-hari ada je cerita mcm ni.. maksiat sana-sini. bilalah melayu dan islam nak pulih kan? :(

    pmiusm dulu? skrg masih aktif?

    ReplyDelete
  5. salam..
    harapan mana yang terbabas
    tu cepatlah kembali ke pangkal
    jalan..buang yan keruh ambil yang
    jernih..manusia mana tak buat silap

    ReplyDelete
  6. mmg gila...hanya ISLAM shj yg boleh menyelamatkan kita semua. Jika kita berpegang teguh pd ajaran agama, insyaallah selamat dunia akhirat. **saya sempat mendengar ceramah agama Ust. Tn Ibrahim semasa menuntut di Uitm Jengka, yg mana beliau ketika itu adalah salah seorg pensyarah di sana.

    ReplyDelete
  7. nauzubillah.... terkejut jugak baca ni..sampai macam tu sekali pandangan kebanyakan remaja2 kita. Seolah2 isu ni cuma kecil..

    salah siapa ni shameel? salah ibu bapa ke? salah diri sendiri ke? persekitaran?

    ReplyDelete
  8. cik shinju- saya bersetuju sklai dgn pandangan sahabat. mmg segalanya bermula di rumah. kata org tua2, kalau melentur buuh biarlah dari rebungnya.

    Sebagai pengajaran kpd semua pembaca, betapa beratnya tanggungjawab sebagai ibu bapa

    ReplyDelete
  9. Nuriz.
    Saya rasa sengaja disembunyikan identiti etnik dan agama pelajar yg terlibat utk tidak menimbulkan keributan. tapi sy yakin, pasti terdapat pelajar melayu-islam dlm jumlah responden itu.

    sebagai bukti , saban tahun semakin meningkat jumlah bayi dibuang kattepi jalan

    ReplyDelete
  10. Munie.
    mmg menyedihkn sbb ia melibatkan golongan cerdik pandai.

    dlu aktif dgn PMIUSM, malah sy pegang jawatan sebagai exco or lajnah penerbitan dan penerangan PMIUSM. Bila tinggalkan kampus, sy cuma aktif juga dlm usrah tika kerja kt sabah dlu. kat sabah, ramai aktivis PMIUM, PMIUTM,PMIUPM dan ISIUKM yg kerja kat sabah. aktivis ABIM dan JIM pun turut main perananan.

    ReplyDelete
  11. Amy Sensei.
    Bekas student UIA rupanya.

    Zulkbo.
    Itulah harapan masyarakat, agar mereka kembali ke pangkal jalan. pintu taubat masih terbuka.

    ReplyDelete
  12. Ruby a.k.a Pen dragon.
    Kerosakkan akhlak berlaku kerana islam dipinggirkan.

    Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man adalah bekas pengarah pusat islam UITM jengka kan. Dulu dia selalu kluar TV dlm program agama. Tapi sejak terlibat dgn PAS, dia kena gam terus.

    ReplyDelete
  13. Afida.
    mmg ia amat merungsingkan. seolah-olah seks bebas sudah mula diiktiraf oleh golongan pelajar2 kita.

    mmg ibu bapa memainkan peranan ptg dlm mendidik anak-anak, tapi faktor biah solehah tak dapat dikecualikan.

    ReplyDelete
  14. rasa sedih bila ada yg menghalalkan apa yang telah diharamkan.
    Makin ramai org islam yg terpesong akidahnya.

    ReplyDelete
  15. saiful.
    Terima kasih atas keprihatinan sahabat tentang masalah ini. Dan mnjdi tanggungjawab setiap muslim utk mencegahnya. paling lemah adalah dgn mebantah dlm hati,

    ReplyDelete
  16. penceramah hari ni pon kabo, dia pnah disound dek student ipts, "ustaz jangan banyak cakap, gaji ustaz kami yang bayar!"

    ReplyDelete
  17. bahayanya bila hanya mengejar kecemerlangan dalam ujian dan peperiksaan
    sejak di sekolah rendah lagi anak2 diasak dengan pentingnya gred peperiksaan yang baik

    kementerian pelajaran tak kata apa2 ke mengenai hasil kajian ini?

    ReplyDelete
  18. akufobia-
    Tanpa amar makruf nahi mungkar, manusia akn jadi 'binatang'

    ReplyDelete
  19. cemomoi- begitulah kurang ajarnya pelajar ipt sekarang.

    ReplyDelete
  20. tehr.
    saya bersetuju dgn sahabat. inilah natijahnya bila terlalu ghairahkan kecemerlangan akademik.

    p/s = x pasti plak apa tindakan kementerian terhadap hasil kajian ni. harap2 kerajaan bertindak sebelum benar2 parah

    ReplyDelete