Saturday, 6 August 2011

Kek Lapis Dayang Salhah Tidak Menggunakan Golden Churn Creamy Butter

(Kedai Kek Dayang Salhah,Gambar Dari Google)


Ini adalah sambungan daripada Episod Lepas. Kek Lapis Dayang Salhah, adalah halal dan tidak pernah mengunakan “Golden Churn Creamy Butter”. Semalam, saya ada menghubungi seorang sahabat lama yang berkhidmat di Jabatan Kimia di sebuah negeri. Beliau adalah anak jati Sarawak dan rakan sekampus saya sewaktu di USM. Juga sama-sama aktivis Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia(PMIUSM).

Umum telah mengetahui, bahawasanya pihak JAKIM, Jabatan Agama Islam Sarawak(JAIS) dan Jabatan Kimia Sarawak telah melakukan penyeledikan bersama dan mendapati mentega “golden Churn Creamy Butter” yang digunapakai oleh sesetengah pengusaha kek lapis Sarawak adalah haram kerana mengandungi DNA babi.

Saya juga ada menerima kiriman sms daripada pihak pengurusan Kek Lapis Dayang Salhah. Berikut saya paparkan sms yang baru saya terima itu( 04:42:39 pm. 06 -Aug-2011) “ Salam. Untuk makluman rakan-rakan semua, bahawa kami kek lapis Dayang Salhah tidak pernah menggunakan butter “golden chern” yg mengandungi DNA babi. Kami menggunakan butter “Bakels” yang kami beli dari Kuala Lumpur. Pihak Jabatan Agama Islam Sarawak telah pun melawat kedai dan kilang kami baru2 ini untuk mengesahkan kami bebas dari penggunaan butter tersebut. Dan kami telah lulus. Saya pun memang sangat particular tentang hal2 halal haram ni. Saya berani tanggung sekiranya saya bohong dengan customer saya. Jadi saya harap rakan2 semua jgn berasa was2 lagi tentang penggunaan butter kami. Harap maklum.


(Gambar dari google)


KENAPA SAYA PERLU BERBICARA ISU INI:

Ini kerana kek lapis Dayang Salhah adalah antara kek lapis Sarawak yang paling terkenal. Mungkin kerana lokasinya yang berhampiran dengan Kuching Waterfront dan yang pasti kerana keenakannya. Sepanjang perhatian saya sepanjang berkunjung ke Kuching sebelum ini, saya dapati ramai pelancong-pelancong dari semenanjung yang mengemari kek lapis dayang salhah.

Malah kalau kita perhatikan di Kuching International Airport, bungkusan tertera perkataan kek lapis dayang salhah adalah pemandangan yang biasa kerana kebiasaannya pelancong dari semenanjung akan membeli kek lapis dayang salhah sebagai buah tangan kepada sanak saudara dan rakan taulan di Semenanjung.

Atas semangat persaudaraan islam, saya memohon janganlah ada antara kita yang cuba menganggu gugat perusahaan saudara seagama dan seakidah dengan kita dengan menyebarkan berita dan cerita tak berasas di internet.

SEKADAR RENUNGAN:

“Fas alu ahla zikri in kuntum la ta’lamun ”(bertanyalah kepada ahlinya jika kamu tidak mengetahui.).Inilah penyelesaian terbaik terhadap polemik halal dan haram sesuatu produk. Siapakah ahli zikri dalam persoalan ini, tentu sahaja JAKIM. Kakitangan JAKIM bukanlah para ustaz dan ustazah, atau lulusan agama semata-mata. Ramai juga yang berkelulusan dalam lain-lain bidang termasuklah teknlogi makanan yang menjadi penyelidik di JAKIM.Selain JAKIM,penyelidikan bersama juga dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Negeri dan agensi-agensi lain termasuklah Jabatan Kimia.

Ada yang beralasan kita perlu berhati-hati tentang soal dan haram sebab ia melibatkan darah dan daging. Memang benar, berhati-hati amatlah penting, tapi kita tidak diminta untuk berlebih-lebih dalam mengamalkan sikap berhati-hati, apatah lagi kita telah mempunyai ahli zikri dalam masalah ini, iaitu pihak JAKIM.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam bukhari sewajarnya kita hayati, iaitu kisah suatu kaum yang bertanya kepada Nabi: "Bahwa ada satu kaum yang memberinya daging, tetapi kita tidak tahu apakah disebut asma' Allah atau tidak. Maka jawab Nabi: Sebutlah asma' Allah(baca Bismillah) atasnya dan makanlah," (Riwayat Bukhari).

Berdasarkan hadis ini jelas sekali, kita tidak sesekali diminta untuk memperincikan sesuatu yang diluar pandangan dan pengetahuan kita. Dan, dengan adanya ahli zikri dalam hal ini, iaitu para agamawan dan penyelidik dari JAKIM, maka tak perlulah kita menjadi mufti tak rasmi dengan memfatwakan makanan itu halal dan haram di internet dengan berwahyukan khabar angin

41 comments:

  1. bagus huraian ni bro...aku pun dah mula was was...tp insyaallah aku beli wat balik semenanjunag nanti raya

    p/s kalau dayang salhah bace ni confirm dapat diskaun ni.hahah

    ReplyDelete
  2. elok diberitahu awal2..shmeel kamu takder shoutmix ker?..susah lah nak tinggal jejak..

    ReplyDelete
  3. Albenz.
    Klau tak dberitahu awal2, ia bakal menjejaskan industri kek lapis sarawak

    ReplyDelete
  4. harrazdani.
    Hahaha, sekadar membantu saudara seagama sbb ramai yg masih sangsi trhadap semua brand kek lapis sarawak

    ReplyDelete
  5. sy penah ke sarawak tp tatau pasal kek lapis...dah balik sini baru tau huhuhu...terliur lak cite pasal kek lapis ni haishhh

    ReplyDelete
  6. arigatou shameel.. nice sharing info ^^

    ReplyDelete
  7. Jiejah Gorjes .
    Kek lapis sarawak ni dh jadi identiti sarawak mcm mee koloq & laksa sarawak.

    ReplyDelete
  8. Cikli.
    Itulh yg sepatutnya bila dah diyakini status halalnya

    ReplyDelete
  9. caliph shuriken.
    Terima kasih caliph ats komentar. sekadar menyokong usahawan muslim

    ReplyDelete
  10. Shameel, kawan saya yang nak ke sarawak ni pun dah ragu2 nak membeli kek lapis sarawak. InsyaAllah saya akan khabarkan kepada beliau berkenaan kek lapis dayang salhah ni;)

    ReplyDelete
  11. Afida Anuar.
    Seingat saya logo halal mula dikeluarkn oleh jabatan gama islam sarawak trhadap kek lapis skrg ni, tapi yg dayang salhah mmg dijamin kehalalannya.

    Cuma pesan sama kawan afida jgn berani2 mencuba kek lapis jalanan mcm yg kt waterfront sbb tuannya pun bukan islam, jadi amat diragui.

    ReplyDelete
  12. sopp pun pernah ke kedai kek lapis tersebut.. seronok merasa kat kedai.. :)
    bagus lah ia bebas guna bahan terlarang.. popular tu

    ReplyDelete
  13. betul tu..kalau rasa was2 sangat..tinggal je..

    ReplyDelete
  14. ok tuan, tq atas informasi yang bermaklumat ni. 2-3 harilepas kwn ada juga paste dr metro kat blog kwn, so n3 awak yg ni kwn nak ambil ltkkat blog kwn. boleh ke?

    ReplyDelete
  15. sop.
    Benar sop, kita boleh try dulu byk2 pastu baru beli. itu yg bestnya.

    ReplyDelete
  16. si para para.
    Terima kasih para2 ats kunjungan dan komentar. Tapi kalau dah disahkan oleh jabatan agama dan jabatan kimia pastu ada logo halal, bagi saya saya tak perlu diwas2kan lagi.

    ReplyDelete
  17. tnZackJ.
    Trima kasih ats kunjungan. Saya alu2kn jika tnZackJ ingin letakkan n3 ni kt blog tnZackJ . Sama2 kita rungkai salah faham dan bantu usahawan muslim.

    ReplyDelete
  18. kita kena sokong saudara seislam dalam perniagaan dan jangan lesaling bermusuhan dan merosakkannya... moga dia akan jadi peniaga muslim yang akan membantu meninggikan syiar islam

    ReplyDelete
  19. nice isu ni. kadang2 kan. kalau dilihat byk syarikat yg hebat2 dan sedang maju yg kena mcm ni. barangkali sekadar cara utk menjatuhkan sahaja.

    ReplyDelete
  20. cemomoi.
    Kalau kita akur dgn prinsip setiap umat islam adalah bersaudara, maka prinsip ni sepatutnya diterjemahkan dlm bidang ekonomi, nescaya akn majulah ekonomi umat islam. kita sepatutnya belajar dan tiru kaedah org yahudi. mrk sanggup menyemberang jalan w/pun tika hujan lebat hanya kerana ingin membeli sebatang rokok dari kedai yg dimiliki oleh org yahudi juga. Padahal dlm masa yg sama berlambak kedai2 yg menjual rokok brhampirannya namun smngt ingin membantu sesama yahudi mendorong mereka meredah hujan yg lebat

    ReplyDelete
  21. maCy.
    Tentang isu mentega yg ada DNA babi ni mmg betul ada segelintir pengusaha kek lapis sarwak yg gunakan. Tapi tak semua. Jadi pengusaha yg tahu hukum hakam ni perlu dibantu.

    Benar juga dlm sesetnagh kes penyebaran khabar angin di internet ttg status haram sesutu produk adalah bertujuan utk menjatuhkan. Jadi kita jgn jadi penyebar khabar angin, bila dah confirm haram, barulah kita bersuara

    ReplyDelete
  22. Cg.Shameel,
    jom makan kek lapis kukus sendiri...
    :-)

    ReplyDelete
  23. saya still tak jumpa lg awak..

    ReplyDelete
  24. terus menjenguk en.shameel..hehe bz la..bukan sibuk buat kuih..

    sepanjang penglibatan akak nora dalam membaking ni lum pernah guna butter ni, tapi ada member cakap..memang sedap..tak heranlah sebab benda2 berkaitan babi ni semua sedap..termasuklah gelatin dari nya...bukan akak pernah makan aaa..mendengar kisah chef..chef..hati2 makan dihotel 5 bitang tu..

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah jika begitu..pernah pergi sana sekali..

    ReplyDelete
  26. Albenz.
    Mayb ada mslh kot. xpe cuba lagi sahabat.

    ReplyDelete
  27. NaeBlog .
    Itu yg terbaik, buat sendiri kalau asyik was2 jer. Tapi tak mampu plakkn kalo nak buat sndiri dlm semua urusan

    ReplyDelete
  28. Nora Shahaira.
    Maklumat dri kawan sy yg kerja kt jabatan kimia. produk berasakan babibiasanya akan menyebabkan makanan yg dihasilkan menjadi lembut. Begitu juga dgn penggunaan arak dlm masakan akan menambahakan perisa dan melembutkn masakan trsebut.

    ttg makanan di hotel kalau ada sijil halal yg diluluskan oleh jakim, bolehlah makan. Tapi thn lepas sgt sedikit dapur hotel yg dululukan sijil halal oleh jakim. itulh mslhanya,

    Bagi sy hotel Sri Malaysia antara yg bagus tahap halalnya.

    ReplyDelete
  29. ASSOYFINGER67 .
    Saya sgt berharap agr maslh ni dpt diselseaikan segera. mmg bahaya sbb butter golden chern ni dilaporkn diguna pakai oleh sesetnah penguasaha kek lapis sejak 4 dekad yg lalu.

    ReplyDelete
  30. ahha lah shameel, belah knan nie, langsung takder peper..kosong jer..

    ReplyDelete
  31. dah lamo x mkn kek lapis sarawak nih...mcm susah je nak cari...huhu

    ReplyDelete
  32. <-----------suke kek lapis sgt2...belnja eyka boleh? hee:)

    ReplyDelete
  33. sekarang ni memang banyak kes yang kek lapis sarawak tak halal .

    ReplyDelete
  34. Albenz.
    Takpe bro. ada masalah tu

    ReplyDelete
  35. Papa Mifz.
    saya baru jer tempah utk raya nanti.

    ReplyDelete
  36. kalau boleh pengusaha lain juga perlu nyatakan bahan yang mereka guna sebab bukan semua membeli kek dayang
    kan?

    ReplyDelete
  37. Eyka.
    boleh jer belanja Eyka, tapi kenalh dtg perak dulu. hahaha

    ReplyDelete
  38. tehr.
    Itulh yg sepatutnya. semua pengusaha kena istiharkn status keknya dan disertakan dgn bukti sekali.

    ReplyDelete
  39. Syaza Kelyza.
    mentega yg ada DNA babi tu dikatajanb mula digunakan sejak 4 abad yg lepas. Jadi cara trbaik, jabatan agama dan jakim kena elaurkan sijil dan logo halal kpd pengusaha yg benar2 halal

    ReplyDelete
  40. saya gembira kerana bukan saya seorang yang bfikir kek lapis dayang tu halal..kerana saya sedih melihat rakan2 lain memandang serong hanya kerana 1 bahan dari beribu ribu jenis lain di war kan haram..

    ReplyDelete