KUCHING: Presiden Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS), Rabiah Amit hari ini berkata kek lapis yang dibuat di negeri ini adalah halal.
Beliau berkata ramai orang mempersoalkan sama ada kek lapis itu menggunakan produk ''Golden Churn Creamy Butter'' selepas ia dilaporkan mengandungi DNA babi dan ini menyebabkan ramai telah memberhentikan tempahan buat sementara untuk memastikan status halalnya.
"Kami ingin menjelaskan bahawa kek lapis yang dibuat di Sarawak adalah halal kerana kami tidak menggunakan produk itu lagi sejak setahun lalu," katanya
Mengulas kenyataan Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri, Abang Shamshudin Abang Seruji semalam yang menasihatkan umat Islam di Sarawak supaya berhenti menggunakan produk ''Golden Churn Creamery Butter'' selepas DNA babi didapati dalam satu sampel yang diambil dari pasar tempatan, beliau memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kek lapis di Sarawak menggunakan jenama mentega yang berbeza sekarang.
Bagaimanapun, awal bulan ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengisytiharkan bahawa produk itu halal selepas satu pencemaran yang didapati hanya terhad kepada sampel yang diambil dari satu kelompok di Johor.
Permintaan untuk kek lapis Sarawak sempena Ramadan dan sambutan Aidifitri bulan depan menurun berikutan ketidakpastian peminat juadah itu berhubung status halalnya.
Rabiah berkata berikutan ketidakpastian itu, permintaan terhadap kek lapis telah menurun 30 peratus tahun ini berbanding 50 peratus dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Rabiah berkata banyak pembuat kek lapis di Sarawak memilih mentega yang murah tetapi berkualiti kerana sebelum ini bahan itu agak mahal dan ramai pelanggan terutama dari semenanjung, Singapura dan Brunei mengadu mengenai harganya.
"Kami menggunakan mentega yang telah disahkan halal sekarang dan mampu menjualnya dengan harga serendah RM10 atau lebih daripada RM50 bergantung kepada reka bentuk dan saiz berbanding RM15 hingga lebih daripada RM60 sebelum ini," katanya.
Seorang lagi pembuat kek lapis Dayang Aspriza Awang Tajuddin yang berpengalaman lebih 10 tahun, memberitahu Bernama, bahawa ramai penjual dan pelanggannya sejauh Pulau Pinang telah menghantar SMS dan meminta beliau untuk mengesahkan status halal kek lapisnya dan mengaku tanggapan salah telah menjejaskan tempahan tahun ini.
Mengikut satu laporan pada Mei 2008, sepanjang tahun 2007, 15 pengeluar Kek Lapis Sarawak membantu menyumbang sejumlah RM5.4 juta kepada ekonomi negeri. - BERNAMA
Sumber : Berita Harian
INFO TAMBAHAN.
“Fas alu ahla zikri in kuntum la ta’lamun ”(bertanyalah kepada ahlinya jika kamu tidak mengetahui.). Inilah penyelesaian terbaik terhadap polemik halal dan haram sesuatu produk. Siapakah ahli zikri dalam persoalan ini, tentu sahaja JAKIM. Kakitangan JAKIM bukanlah para ustaz dan ustazah, atau lulusan agama semata-mata. Ramai juga yang berkelulusan dalam lain-lain bidang termasuklah teknlogi makanan yang menjadi penyelidik di JAKIM.
Ada yang beralasan kita perlu berhati-hati tentang soal dan haram sebab ia melibatkan darah dan daging. Memang benar, berhati-hati amatlah penting, tapi kita tidak diminta untuk berlebih-lebih dalam mengamalkan sikap berhati-hati, apatah lagi kita telah mempunyai ahli zikri dalam masalah ini, iaitu pihak JAKIM.
Dalam Shahih Bukhari ada diceritakan tentang sekelompok orang yang datang dengan membawa daging sedangkan mereka baru masuk Islam dan tidak diketahui apakah mereka membaca nama Allah atau tidak, Nabi mengatakan, ‘Bacalah ‘bismillah’ dan makanlah.’ Dari hadis ini jelas sekali, kita tidak sesekali diminta untuk memperincikan sesuatu yang diluar pandangan dan pengetahuan kita. Dan, dengan adanya ahli zikri dalam hal ini, iaitu para agamawan dan penyelidik dari JAKIM, maka tak perlulah kita menjadi mufti tak rasmi dengan memfatwakan makanan itu halal dan haram di internet dengan berwahyukan khabar angin.
sudah sah halal nya..
ReplyDeletealhamdulillah
isu ni timbul sebab ada juga kedai cina yang jual kek lapis kat sana...
ReplyDeleteKalau la Islam sendiri memperincikan makanan yang kita ambil, saya rasa sedikit yang amat makanan yang betul2 kita boleh makan. Kan shameel?
ReplyDeleteaku suka kek lapis sarawak ni. sedap macam macam perisa dan perasa. jgnlah dideclare haram plak.
ReplyDeletecemomoi.
ReplyDeleteini yg dibimbangi. seharusnya umat islam kuasai perusahaan berkaiatan makanan ni.
intan.maisarah.
ReplyDeletesyukurlah sbb dah disahkan halal, cuma kita carilah yg dibuat oleh penguasaha muslim
Afida Anuar.
ReplyDeleteBetul tu Afida. Kalau diperincikan sgt rasanya gula, kicap dan beras pun susah mau di makan.
mungkin kena tanam padi sendiri dan buat kicap sndiri
Fyzal .
ReplyDeletesy pun suka kek lapis sarwak ni, trutamnya yg dibuat oleh dayang salhah. kalau gi kuching, beli kek dayang salhah jdi satu kepastian,
hoho, sah halal ek..sy xminat pon kek ni.. :P
ReplyDeletenadia fatihah.
ReplyDeletenak sah atau tak tu kena tgk cop halal jakim. hahaha. bagi saya kek lapis srwk lebih sedap dri kek lapis medan. yg kat waterfront pun ok jugak rasnaya
Assalamualaikum Cikgu Shameel,
ReplyDeleteKalau diselidik2 sangat menjadikan rasa ragu2 dalam hati, bila tak ragu, tu apa hukumnyakan!!!.
Kek lapis Sarawak memang sedap
ReplyDeleteTerima Kasih atas info cg.Shameel
memang sangat bahaya kalau berwahyukan khabar angin
ReplyDeletelepas tu sebarkan pula dengan menambah perencah sendiri
bertambah2 bahayanya
dah lama tak makan kek lapis ni...
ReplyDelete:)
Bila jabatan agama dah kata haram, jam tu jugak la tak de syarikat yg mengaku menggunakan produk ni. Memang butter ni mahal menyebabkan ramai pengusaha beralih kepada produk lain. Kepada pengusaha yang pernah menggunakan butter ini, tolong tarik balik produk anda dipasaran dan samak peralatan anda. Tentu mereka dah siapkan banyak stok untuk hari raya tak lama lagi tapi Insya Allah, mereka pasti diberkati dan dikurniakan keuntungan olehNya
ReplyDeleteNaeBlog.
ReplyDeletetrima kasih juga ats kunjungan. sekdar perkongsian agat kita tak mudah menghukum.
Kunang-Kunang .
ReplyDeleteBenar tu kak, kita tak sepatutnya trlalu menyeldik. Nabi pun larang sahabt yg ingin ambil tahu binatang tu dsiembelih ke tidak. Nabi kata, bacalah bismillah dan makan
tehr.
ReplyDeleteZaman skrg ni khabar angin dijadikan sebagai wahyu dan internet jd institusi fatwa.
si para para.
ReplyDeleteSekarang ni kt semenajung pun ada jual kek lapis. tapi rasanya tak sesedap kek lapis dri srwk kot.
Norasikin.
ReplyDeleteBenar sklai kpd yg pernah gunakan produk haram perlu tarik balik dan samak peralatan. Dan seperkara lagi pastikan bhn yg digunakan itu disahkan halal oleh jakim.
salam shameel
ReplyDeletealhamdulillah dah sahih halal taklah ada keraguan bila nk makan kek lapis ni..perniagaan org tertentu pun tidak tergugat.
isu halal haram ni patutnya lebih tegas
ReplyDeleteni tak, sape-sape pun bermaharajalela nk sebarkan cakap itu ini haram
last-last, yg dikatakan haram, halal pulak lepas tu
jadi, ramai yang akan konfius
akhirnya, isu halal haram ni dah jadi macam isu kecil, macam satu permainan dan teka-teki
walhal, isu ni isu utama, kesan berpanjangan kepada darah daging kita
kakNo memang suka kek lapis sawak nih..tp kenapa dorang tak bgtau guna butter/mentega pe skang ye..
ReplyDelete