Friday 1 October 2010

SAYA BUDAK BARU BELAJAR

(Apabila hujan membasahi.
Cian motor pekerja sekolahku
sbb terpaksa jadi mangsa)


Jangan gelakkn saya yer. Saya budak baru belajar. Berbekalkan dslr nikon D90, saya mulakan hobi baru. Tapi hobi lama( menulis cerpen dan kini cuba bertatih ke gennre novel) tetap saya teruskan. Menulis adalah wadah terbaik untuk saya merakyatkan pemikiran saya. Ia medan terbaik untuk saya meluahkan apa yang terpendam di hati saya.

Kembali kepada tajuk, Shutter Speed merupakan jangkamasa shutter kamera dbuka untuk membenarkan cahaya sampai ke sensor untuk sensor mengumpul cahaya. Semakin tingi shutter speed (semakin singkat masa dedahan), semakin sedikit cahaya dapat dikumpul. Semakin rendah shutter speed (semakin lama masa dedahan), semakin banyak cahaya dapat dikumpul. Shutter speed yang tinggi boleh digunakan untuk membekukan (freeze) pergerakan, contohnya orang yang berjalan akan kelihatan terhenti dan sebagainya. Shutter speed yang rendah akan menyebabkan kesan blur apabila terdapat sebarang pergerakan sama ada pergerakan subjek atau shaking pada tangan semasa mengambil gambar. Gambar hujan yang saya paparkan adalah dengan menggunakan shutter speed yang tinggi untuk membekukan ‘pergerakan’ titisan-titisan hujan. Kepada rakan2, harap dapat berikan tunjuk ajar kepada saya yer. Kredit buat http://zahir-turion.blogspot.com/


(Apabila hujan membasahi)



15 comments:

  1. wahh.. hobi baru ya. semoga berjaya ;D

    ReplyDelete
  2. wahhh.
    nak beli jugak lah d90
    hehe.
    :)

    ReplyDelete
  3. This post has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. SAlam shameel..

    saya pun minat gak photography ni, apa pun boleh belajar..saya sokong dari belakang!..hehe

    ReplyDelete
  5. NardtheNerd= Beli jer dslr. hehehe

    ReplyDelete
  6. Iqbal= Nk kata berduit tu taklah. Insha-Allah,teknologi akn dmanfaatkan utk kebaikan,

    ReplyDelete
  7. Afida Anuar= Wsslm. Sy jdkn fotografi sbg hobi baru sbb boring sgt skrg ni. heheh

    Sugar2 Kapas= D90 harga bodynya RM2400.00 .Trmasuk lens RM3500.00. pastu saya tambah ckit aksesoris rm3700.00

    ReplyDelete
  8. huu besa main tekan je... asal kabu cuba lagik dan lagik

    ReplyDelete
  9. Tangkap gambar hujan ..nampak ok lah tu..

    ReplyDelete
  10. relevan = Kebetulan ari tu hujan turun, so snap jer gambar hujan.

    ReplyDelete
  11. cemomoi= Belajar dari kesilapan. Betul tak?

    ReplyDelete
  12. pergh, mantap molek ada dslr leni
    kemah doh tu
    sedap la ore ado duit,haha
    buleh la jadi photographer wedding kawe seksok

    slamat menjalani hobi baru

    ReplyDelete
  13. best...best...saya minat pasal photography...saya pun budak baru belajar gak...=)
    p/s:suka gambar masa hujan yg ada motor tu..

    ReplyDelete