Saturday 24 April 2010

ceritera seorang NASIONALIS yang SAKIT JIWA


DIA saya kenali sewaktu saya sedang berjogging di sekitar Chemor Perak. Ada keistimewaan yang mendiami peribadi lelaki berusia 50-an itu. Dari segi penampilan terserlah dia seorang yang berpendidikan. Tapi, sejujurnya saya tidak pernah ambil tahu tentang apa kerjayanya. Sama ada kakitangan kerajaan , swasta atau berkerja sendiri. Sama ada masih berkihdmat atau telah bersara. Ikhlas saya tidak pernah bertanya semua itu.



Saya berbangga kerana mengenalinya. Jujur! Saya kagumi darah pejuang yang mengalir dalam jasadnya. Bagi saya dia adalah antara ratusan atau ribuan pejuang melayu tulen yang masih bersisa di bumi yang dahulunya dikenali sebagai TANAH MELAYU ini. Dalam beberapa hal saya tidak bersetuju dengan pendapatnya, tapi atas dasar menghormatinya saya tidak membantah kata-katanya( sekadar membantah di dalam hati sahaja )




Sepanjang perjalanan bersamanya( saya tidak berjoging kerana ingin melayannya berbual-bual) dapat saya kesan tentang pilu dan sendu yang bermukim di dalam hatinya. Pilu dan sendu dengan nasib malang yang menimpa bangsa melayu hari ini. Tangannya tak pernah henti menunjukkan kebun-kebun sayur di sekitar bukit Bangkong Tanah Hitam yang diusahakan oleh orang-orang Cina. Katanya, lama-kelamaan sedikit demi sedikit tanah-tanah di Perak akan akan habis diratah oleh orang-orang cina. Dengan penuh geram dia menyumpah penjajah British kerana membawa masuk orang-orang cina untuk mengusahakan lombong bijih timah. Katanya, kalau orang cina tak dibawa masuk sudah tentu orang Melayu akan menguasai negara secara total.


Di kutuk juga golongan yang mempertikaikan Dasar Ekonomi Baru( DEB). Katanya, DEB adalah senjata ekonomi untuk orang melayu menyaingi kekuatan ekonomi bangsa-bangsa lain terutamanya orang-orang cina. Tanpa DEB, orang Melayu akan menjadi pengemis dan kerana DEBlah beberapa tokoh korporat melayu telah berjaya dilahirkan. Lebih kurang lima belas minit selepas itu, dimakinya pula golongan yang mempertikaikan kursus Biro Tata Negara(BTN). Dia bertanyakan saya, pernah atau tidak pernah mendengar lagu anak kecil bermain api ( lagu wajib ketika kursus BTN), dia menerangkan betapa lagu itu bukanlah berunsur perkauman tetapi untuk menyedarkan anak-anak melayu yang masih leka dan lena.


Turut dikecamnya ialah kerajaan Perak terdahulu, atau lebih tepat lagi kerajaan pimpinan Dato’ Seri Nizar bersama Pakatan Rakyat ( saya tak mau ulas dengan panjang lebar kerana tidak ingin berpolitik di dalam blog). Katanya, Nizar telah ‘menjual’ maruah orang Melayu kepada Cina.



Tidak terkecuali dari caciannya ialah golongan yang menentang/ mempersoalkan kewujudan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA.). Katanya, dia amat sedih apabila pertubuhan pembela dan penegak Ketuanan Melayu itu diperlekehkan oleh segelintir anak melayu. Dia amat terkilan apabila ada pihak yang mendakwa PERKASA sebagai pertubuhan pelampau Melayuyang persis Klu Klux Klan.



Saya bangga mengenalinya. Jatidiri Melayu saya semakin melonjak. Saya rasa semangat Hang Tuah, Tok Janggut, Dato’ Bahaman dan Dato’ Maharaja Lela telah meresap dan sebati dalam dirinya. Jujur! saya bangga mengenalinya.



Tapi, sayang rasa bangga itu hanya seketika dan padam terus seminggu kemudiannya. Hari minggu , pada detik yang lain, ketika selesai jogging , saya ternampak dia tanpa segan silu sedang membeli nombor ekor di sebuah premis judi yang dimiliki oleh seorang lelaki Cina. Menurut beberapa orang member berbangsa Cina yang bersama-sama berjogging dengan saya, lelaki melayu yang berjiwa patriotik itu memang selalu membeli nombor ekor. Sungguh celaka, lelaki melayu yang kononnya berjiwa patriotik dan sering menyalahkan bangsa lain rupa-rupanya seekor kaki judi. Tiba-tiba saya rasa menyesal kerana mengaguminya. Lagi kesal kerana pernah berjabat tangan dengannya. Entah mengapa, tiba-tiba saya rasa lebih mulia andainya saya memeluk anjing daripada bersalam dengan lelaki melayu itu. Dan jauh di sudut hati, saya berkata, “ babi hutan pun jauh lebih mulia daripada melayu patriotik itu.”

19 comments:

  1. jika ditanya, marah mmg marah.. masakan tidak, bangga yang pernah lahir, kagum yang pernah hadir, dikotori sikapnya sndri.. tapi perumpamaan itu terlalu.......
    ~mcm tu lah :)

    ReplyDelete
  2. Macy= Betul tu, kagum dan bangga dengan bangsa tapi telah mencmearkan kesucian bangsa. saya akui perumpamaan tu terlalu. Tapi, saya sekadar menyatakan apa yg lahir dari sudut hati.

    ReplyDelete
  3. apapun... perumpamaan itu memang dekat bro.. setuju..

    ReplyDelete
  4. mungkin inilah yang dikatakan islam hadhari atau mungkin juga inilah islam versi najib altantuya iaitu islam 1malaysia...ehm tepuk dada tanya iman

    ReplyDelete
  5. astagfirullahal azim..

    kita seringakali melihat kesalahan dan kekurangan org lain tanpa melihat kekurangan diri kita sendiri..

    seperti pkcik tu, beliau melihat kekurangan org lain, tanpa menilik diri beliau terlebih dahulu..

    semoga kita mengambil pengajaran..

    =)

    ReplyDelete
  6. salam,

    tanya anak saya,
    waktu kecil dulu,
    dia nak jadi anjing!

    ReplyDelete
  7. Salam..
    kalau minda hanya ada fahaman bangsa sj gitulah jadinya. Islam mengiktiraf kewujudan pelbagai kaum dikalangan umat manusia. Allah s.w.t. berfirman dengan maksud:

    "Wahai manusia sesungguhnya kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal-mengenal. Sesungguhnya sebaik-baik kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kamu." (Al-Hujurat: 13)

    Kenyataan al-Quran ini dengan jelas mendidik masyarakat Islam bahawa perkongsian hidup di antara kaum yang berbeza budaya hatta berbeza agama adalah sesuatu yang hakikat yang telah dijadikan Allah s.w.t. Oleh itu masyarakat Islam perlu membina kekuatan muafakat untuk membangun negara.

    ReplyDelete
  8. Ashrafi =Terima kasih sebab bersetuju dgn pandangan/ perumpamaan saya.

    Jebat Berani= saya sependapat dgn saudara dalam hal ini. Berjuang berdasarkan bangsa takkan ke mana-mana. Itulah kesimpulannya.

    ReplyDelete
  9. Mengenal diri= Betul tu. Itulah kesilpan terbesar apabila syik mencari kekurangan orang tanpa menyedari keburukan diri sendiri. Pakcik tu labelkan banyak pihak sebagai musuh melayu, namun pada hakikatnya dialah musuh melayu yang sebenarnya.

    ReplyDelete
  10. Ckg Ahmad Humairi= bahaya tu kalau anak kecil bercita-cita nak jadi anjing. hehehe

    Acik= benar sekali pandangan sahabat. Berjuang berpaksikan bangsa tak ke mna-mana. lihat sahaja negara2 arab hari ini mereka lebih utamakan suku / bangsa mereka. seolah-olah bangsa melebihi agama.

    sesungguhnya islam( bukan bangsa) itu tinggi dan tiada yg lebih tinggi daripadanya.

    ReplyDelete
  11. Semangat lelaki itu mmg patriotik sekali..Habis dia marah semua orang..

    Dia punya sifat positive mmg baik. Sayangkan bangsa Melayu bukan Islam.

    Kalau jumpa lelali ini..nasihat kat dia elokx. Perjuangan abang dah cantik...tapi ada sedikit cacat kerana membeli no. ekor.

    Tak salah kalau menasihat dia walaupun org muda menasihat org tua utk kebaikan. Jangan cepat buat rumusan terhadap orang.

    Mungkin fikiran dan pendek dengan bermain nombor boleh selesai masalah kewangan. Ada org byk hutang tak tau nak cari sumber cepat hanya dgn bermain nombor ekor. Tapi akhirnya hancur. Hutang bertambah. Duit simpan dpt kat taukeh Magnum.wslm

    ReplyDelete
  12. Memang tak patut. Tak patut buat dan tak patut kutuk.

    ReplyDelete
  13. tu dia: pakcik cakap tak serupa bikin. ish, ish,..

    ReplyDelete
  14. Melayu tak laku satu sen pun diakhirat kelak...Kita tidak akan ditanya 'Apa bangsamu? Sedarlah kini Melayu diambang kehinaan kerana mereka meninggalkan wasiat yang telah Rasulullah S.A.W tinggalkan yakni berpegang teguhlah pada Al-Quran&As-Sunnah...Dan sedarlah wahai Melayu bahawa ALLAH S.W.T telah berFirman:

    Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
    (Surah Al-Hujurat ayat 13)

    'Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.'
    (Al-Maaidah :8)

    Tanpa iman Melayu ialah Haprak.....

    ReplyDelete
  15. Salam dari Johor DT...hmm,bagus jgk sekali sekala dpt menenangkan mionda membaca cerpen disini..tak kisah lah samada rekaan atau dr kisah yg benar2 berlaku..namun apa yg anda paparkan disini ada jua kebenarannya...

    Cuma saya terkilan dgn bangsa kita sekarang...ada tanah sekangkang kera habis semua nak dijualnya...sdgkan bangsa lain sibuk menambah tanah...Kampung Baru .K.L sekarang pun bertahan sbb kbnykn tanak disitu dimiliki oleh tauke2 kedai Tomyam dari Pattani...mereka ini sgt menghargai keamanan yg ada di bumi bertuah ini,Tanah Melayu...krn klu di tempat mereka blm tentu mereka dpt berniaga dan memperolehi ribuan RM dlm 1 malam....tp mampukah Kampung Baru itu terus bertahan dengan ketamakan insan yg berkiblatkan RM??

    ReplyDelete
  16. Captain dan Cd site= Terima kasih atas pandangan. mungkin silap saya juga sebab cepat menghukum.


    Othman= ya itulah yg mmebuat saya geram. dikuutknya cina dan lepas tu pergi beli no ekor kat kedai cina.

    ReplyDelete
  17. Naim- terima kasih atas pandangan sahabt yang bernas. Takkan melayu hilang di dunia, itu hanya kata-kata yg tiada jaminan. Tapi, islam psti kekal selamanya.

    ReplyDelete
  18. Sharil edy= sebenarnya ini adalah pengalaman sebenar ygsaya alami dan bukannya cerpen. saya paparkan sekadar renungan buat bersama.

    salam kenal dan salam persahabatn dari saya.

    Kata Buya Hamka " Minabgkabau tanpa ilsam hilaglah minang dan jadilah kerbau. Melayu tanpa islam hilanglah Me dan jadilah layu"

    ReplyDelete
  19. salam sahabat.
    maaf lambat komen enteri ini.ada masalah line internet 2-3 hr ni.

    pepun luahan hati sahabat terpulang kpd sahabat kerana sahabat yg menyelami jiwanya pd waktu itu.

    pada mereka undi,p/raya,demokrasi dll mestilah sokongan pd parti memerintah.jika pilih selainnya,akan dianggap pengkianat,tidak mengenang budi dan mcm2 lagi.

    tidakkah dia sedar 52 thn ini siapa yg memerintah negara?sudah tentunya umno(melayu/islam).tp kenapa beliau ingin persalahlah kerajaan Pr yg baru 1-2 thn perintah perak?

    adakah bhs melayu sudah terhakis,DEB masih tidak menepati sasaran,agama diperlekehkan,undang2 masih masih undang2 penjajah dll.beliau mahu persalahkan PR?

    apa yg sy dpt rumuskan, dia ini golongan yg bernostagia-maksudnya,masih ingat umno sekarang umpama umno pd zaman dato on,juga jasa tun abd razak dlm penubuhan felda.

    jadi apa2 kebobrokan yg dilakukan umno selepas itu umpama dimaafkan,kerana umno pernah berjasa katanya.

    lalu dipersalahkan kaum lain dan juga kaum melayu yg memilih wadah politik lain.

    golongan seperti dia sebenarnya tidak pernah bermuhasabah diri,menkaji ttg perjalanan parti yg diagungkan itu,hanya tahu persalahkan org lain.sedangkan kuasa telah mereka pegang selama ini.

    juga kewujudan PERKASA(ke?)
    menunjukkan ketidakmampuan unmo mentadbir negara.walhal,yg memerintah sekarang adalah melayu/islam.perlu ke wujud NGO rata2 pendokong umno,berkokok-kokok mahu pertahankan hak.sedangkan jika pimpinan kerajaan umno mahu buat, lebih dr pd itu pun mereka boleh buat.

    senario politik umno yg melucukan sy.

    ReplyDelete