RAMADHAN KAREEM buat sahabat- sahabat blogger. Terdetik di hati saya untuk menulis entry ini setelah mendengar khutbah jumaat pada 13. OGOS. 2010. Khutbah yang disampaikan di masjid tempat saya bersolat jumaat, juga bersolat tarawih, iaitu masjid jami’ Chemor Perak. Saya yakin khutbah yang sama akan dibacakan di seluruh Perak. Kandungan khutbah jumaat itu berkisar sekitar kelebihan bulan ramadhan dan disentuh juga tentang sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang maksudnya “Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda : “Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai/dibelenggu para syaitan”.
Sesetengah pihak mempertikaikan hadis ini kerana mendakwa ia bertentangan dengan reality. Dakwanya, maksiat dan kemungkaran( termasuklah rasuah) masih berleluasa di bulan Ramadhan, jadi di manakah kebenaran hadis ini. Untuk malam ini (14.ogos 2010), Buletin Utama TV3 melaporkan beberapa orang pelanggan yang Beragama islam ditangkap ketika sedang bersedap-sedapan( ini ayat saya sendiri) dengan GRO sambil minum arak di Puchong Selangor. Nyata sekali, mahkluk banggang ni( maaf jika bahasa saya agak kasar) bukan setakat tak berpuasa tapi buat maksiat pula. Gila, sungguh gila dan memang gila( maaflah jika terkasar bahasa sebab saya geram betul)
Kembali kepada tajuk, Saya kira, perbuatan mempertikaikan hadis ini dengan alasan bertentangan dengan realiti, amatlah gelojoh kerana sepatutnya kita bertanya kepada orang-orang berkepakaran, sepertimana dinyatakan oleh Allah s.w.t dalm firman-Nya “ Bertanyalah kamu kepada orang yang berpengetahuan agama( ahli- zikr) sekiranya kamu tidak mengetahui” An-Nahl, ayat 40. Apatah lagi, hadis ini dimuatkan oleh dua orang jaguh hadis yang amat terkenal iaitu, Imam Bukhari dan Imam Muslim.
UNTUK entry ini saya selongkari buku islam dan manusia 1001 Kemusykilan, yang ditulis oleh seorang pakar hadis di Malaysia iaitu Prof Madya Dr. Abdul Hayei Sukor( boleh rujuk m/s = 251-254) juga sedikit tambahan dari buku-buku lain, juga bertanya kepada seorang pensyarah pengajian islam di kolej islam darul ridzuan( KISDAR). Kata Prof Madya Dr. Abdul Hayei “ Ulama hadis secara sepakat mengambil keputusan, apabila sesebuah hadis diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang merupakan dua tokoh besar dalam bidang ini, maka tahap kesahihannya berada pada kelas pertama. Jika nasnya tidak dapat difahami dengan baik, maka itu adalah disebabkan kelemahan-kelemahan manusia yang sangat terbatas dari segi ilmu dan kemampuannya”
Ada ulama berpendapat, terdapat pengertian metafora atau kias tamsil daripada kata-kata zahir itu. Maksud pembukaan pint u syurga, mengikut tafsiran metafora ialah satu gambaran betapa melimpahnya pahala dan keampunan Allah yang dikurniakan kepada orang-orang yang berpuasa di bulan Ramadhan. Maksud pembelengguan syaitan-syaitan itu ialah gambaran kemerosotan pengaruh syaitan yang mengoda dalam bulan itu, hingga ia seolah-olah terbelenggu. Jika ada yang bertanya, mengapa masih banyak kejahatan dan kemaksiatan yang berlaku, maka jawabnya, pembelengguan syaitan ialah membelenggunya daripada terus menganggu orang-orang yang berpuasa dengan penuh kejujuran, di mana segala syarat dan peraturannya dipatuhi dan dijunjung tinggi.
Menurut pendapat ulama yang lain, walaupun syaitan itu dibelenggu , namun tidak bermaksud bahawa kejahatan tidak berlaku dengan sebab-sebab yang lain selain daripada hasutan syaitan. Ini termasuklah dari dorongan-dorongan naluri yang kotor, kebiasaan-kebiasaan yang jelik dan godaan-godaan syaitan manusia. Sebenarnya, inilah jua pendapat Al-Imam al-Qurthubiy. Pendapat ini jualah yang dikemukakan dalam khutbah jumaat lalu. Kejahatan manusia pada bulan puasa adalah kerana bisikan nafsu kerana syaitan telah dibelenggu. Jadi, kalau dalam bulan ramadhan yang dibelenggu syaitan, manusia masih sukakan maksiat maka pada bulan-bulan yang lain sudah pastinya lebih teruk sebab bosnya( syaitan) telah merdeka.
Sementara ulama lain pula menyatakan, maksud pembelengguan syaitan itu merupakan gambaran betapa berkurangnya perlakuan kejahatan dan maksiat dalam bulan ramadhan dibandingkan bulan-bulan yang lain, kerana umat islam lebih menumpukan kepada amal-amal kebajikan. Hakikat ini memang ada benarnya, sebab walaupun masih terdapat kes maksiat di dalam bulan ramadhan namun ia tidak seteruk berbanding bulan-bulan yang lain dari segi jumlahnya.
Menurut al-Qadi Iyadh , maksud pembukaan pintu syurga ialah gambaran betapa luasnya dorongan Allah kepada orang mukmin dalam bulan ramadhan untuk melakukan ibadat dan ketaatan yang membawa ke syurga. Sementara penutupan pintu neraka pula ialah gambaran betapa Allah memalingkan hemah dan kemahuan para mukmin dalam bulan itu daripada mengerjakan maksiat-maksiat yang boleh menjerumuskan mereka ke dalam neraka. Maksud pembelenguan syaitan pula bermaksud ialah gambaran betapa Allah melemahkan syaitan daripada menggoda manusia dan daripada merangsangkan nafsu keinginan mereka.
Syeikh Mutawalli Sya’rawi pula mempunyai pandangan yang tersendiri dalam mentafsirkan nas hadis tersebut. Menurutnya, dalam uslub bahasa Arab, banyak ungkapan yang secara harfiahnya berupa khabariyyah atau pemberitaan, sedangkan hakikatnya berupa perintah. Dengan pendekatan ini, hadis berkenaan harus diterjemah ‘ “Apabila masuk bulan Ramadhan, tutupkanklah pintu-pintu neraka, bukakanlah pintu-pintu syurga dan belenggukanlah syaitan-syaitan.”
al-Syeikh ‘Atiyyah Soqr menyebut beberapa ulama yang mensyarahkan hadith ini menyatakan yang dimaksudkan dibelenggu ini ialah tidak dapat menguasai orang-orang yang benar-benar berpuasa dengan puasa yang sebenarnya, dengan meraikan setiap adab-adab termasuk memelihara lidah,
Sebahagian ulama yang lain pula berpendapat maksud para syaitan yang dibelenggu itu ialah sebahagian syaitan yang degil/melampau, adapun selain daripadanya tidak dibelenggu. Inilah yang dinyatakan di dalam hadith yang maksudnya,: “Dibelenggu padanya (Ramadhan) syaitan-syaitan yang degil/melampau.” Jadi syaitan-syaitan kecil ( saya pinjam istilah yang digunakan oleh pakcik Zulkifli Nordin, MP Kulim-Bandar Baharu) tetap bebas.
Jadi, sebagai orang islam yang beriman, kita terimalah seadanya hadis ini. Sebab ia adalah hadis sahih. Ia bukan bertentangan dengan realiti, cuma kita yang tak reti dalam memahami. Jadi kena banyak mengaji dan jangan jadi anti-hadis macam si Kassim Ahmnad.

Salam Shameel.
ReplyDeleteKak ada dengar ceramah ustaz Kariman tentang keberkatan Bulan Ramadhan.. dalam mukaddimah ustaz berikan hadis yang popular iaitu hadis sahih Abu hurairah diriwayatkan oleh Imam Bukhari: Nabi bersabda : “Apabila tiba bulan Ramdahan dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka dan syaitan dibelenggu”.. Ustaz berkata sepintas lalu kita boleh bertanya apakah bila Ramadhan belum tiba pintu2 syurga tidak dibuka? Dan neraka tidak ditutup manakala syaitan bebas.. cuba fikir katanya.. terbuka pintu syurga tertutup pintu neraka dalam hadis ini berlawanan dengan ayat al-Quran.. perhatikan ayat Az-Zumar ayat 71 menunjukkan bahawa pintu neraka sentiasa ditutup apabila calon ahli neraka sampai ke pintu neraka barulah pintu itu dibuka..dan dalam ayat 73 dinyatakan pintu syurga sentiasa dibuka.. syurga sentiasa terbuka dan pintu neraka sentiasa ditutup walaupun dunia belum kiamat..
“Dan orang-orang kafir akan dihalau ke Neraka Jahanam dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini? Mereka menjawab: Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang yang kafir”. (Az-Zumar 71)
“Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata: Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya (mereka pun masuk)”. (Az-Zumar 73)
Kata ustaz lagi Hadis yang diakui sahih ini nampak seperti berlawanan dengan ayat2 al-Quran jadi sudah tentu ada sesuatu yang Nabi nak beritahu kita.. di sini nabi nak bagi tahu kita bahawa syaitan tak berdaya / tak ada kemampuan lagi/ lemah untuk menyesatkan manusia apabila tiba bulan Ramadhan.. kenapa? Sebab semua amalan manusia (umat Islam) pada bulan Ramadhan mengarah ke syurga.. bukan kerana bulan Ramadhan tu musuh syaitan.. kata ustaz lagi bukan setan lemah kerana bulan Ramadhan tetapi kerana amalan ikhlas umat Islam.. kalau kita berpuasa kita tak beritahu orang, tak ada siapa yang tahu.. berbeza dengan amalan lain seperti solat, zakat, haji bersedekah.. jadi puasa ini adalah amalan ikhlas.. Syaitan dan Iblis tidak akan dapat menyesatkan hamba Allah yang ikhlas seperti yang dinyatakan oleh Allah swt dalam surah al-Hijr ayat 39 hingga 42.
“Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, (39) Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang ikhlas (40) Allah berfirman: Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya. (41) Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri). (al-Hijr 42)
Itulah penjelasan ustaz tentang hadis tu.
Maksudnya bila kita ikhlas syaitan jadi lemah.
thanks 4 sharing, keep it up!!
ReplyDeletewahh.. banyak info yang berguna kat sini... nice..
ReplyDeletesalam
ReplyDeletealhamdulillah banyak sungguh ilmu yg kak ida dapt bila ziarah di rumah shameel..thanks dik.
Werdah= Trima kasih kak atas tambahan info. Sememangnya terdapat ulama yg berpendapat, ia sekadar tamsilan( metafora) semata-mata. Namun terdapat juga sebahagian ulama yang berpegang dgn makna zahir hadis ini.
ReplyDeleteDan Dr. Yusof al-Qardhawi berpendapat " Kedua-duanya pandangan ini ada benarnya"
Chaon = Trima kasih atas kunjungan. moga dapat memanfaatkan info yg serba sedikit ini.
ReplyDeleteMatracing =Trima kasih ats kunjungan. Sekadar berkongsi maklumat utk diamnafaatkan bersama.
ReplyDeleteIdalara= Trima kasih kak. sekadar menyahut seruan Nabi s.a.w " Sampaikan dariku walaupun satu ayat."
ReplyDeletepembetulan:
ReplyDeletebukan ditambah tapi ditambat.
heeheheh..
selamat berpuasa
Perkongsian yg sgt baik!Terima kasih ;)
ReplyDeleteBulan puasa kita perlukan makanan rohani,kan?Mind to eat? :)Cerita terbaru di blog.kisah si tudung labuh~
ustaz,hari tuh kwn saya tny kat saya:
ReplyDeleteadakah benar syaitan jin iblis dirantai ms bulan puasa? dia kata,ada 'penunggu' menghuni badan akak dia, tapi sejak mlm ramadhan,kakak dia rasa lain..rasa lebih bertenaga..dan bsemangat unt belajar..apa pendapat ustaz?saya kurang arif,maka saya sekadar mendengar...
islam tak salah.yang salah+mereka yang bersalah.
ReplyDeleteIqbal= Trima kasih atas kunjungan dan komentar.
ReplyDeleteblueCITY= Betul kak, syaitan dlm diri yg sukar utk dibanteras. ia sntiasa sukar utk dihakis dan dikikis w/pun di bulan ramadhan.
ReplyDeleteakufobia= Terima kasih atas kunjungan. Islam itu tinggi dan tiada yg lebih tinggi daripadanya.
ReplyDeleteCik Jari= hehehe, sy bukan ustaz. Ttg hal ini, ada ulama berpegang kpd maksud zahir hadis, iaitu syaitan di belenggu( tapi syaitan yg biasa tetap bebas dan inilah pendapat yg diyakini oleh org ramai). Namun ramai juga yg berpendapat ia sekadar tamsilan atau kias ibarat, iaitu ttg kurangnya pengaruh syaitan kerana manusia ghairah utk beramal ibadat. saya difahamkan al-qardhawi menganggap kedua2 pandangan ini sebagai benar.
ReplyDeleteTtg 'penunggu' dlm badan yg menjadi lemah tu susah utk saya jelaskan sbb saya tiada kepakaran dlm hal ini. Cuma, kalau kita berpegang kpd pendapat syaitan mnjadi lemah di bulan ramadhan maka mungkin sbb itu ia kurang menganggu. Atau krn keinginan org tersebut utk beribadat di bulan puasa spt membaca al-quran, berzikir, bertarawih, bertadarrus dll, maka pengaruh 'penunggu' dlm dirinya akan lemah. Amalan-amalan tersebut telah menjadi pendinding kpdnya drp gangguan penunggu tersebut.
Tapi, harus ingat dlm bulan ramadhan pun ada kes histeria yg berlaku. Adakah itu gangguan syaitan atau semamangya mangsa histeria tersebut itu mmg lemah smenagat.
Salam cg tuan!! sya share ya beberapa artikel cg dgn rakan2 sya yg lain yah.. =).. Slamat berpuasa cg.. Smoga mendapat berakah di bulan yg mulia ini.. ^__^v
ReplyDeletesemoga entri2 bernilai mutiara dunia akhirat bro menjadi ibadah bro, amin. Bgs sgt Niche blog ini.. :)
ReplyDelete