Tuesday, 24 August 2010

perlukah aku BERLARI.

(Laut Sulawesi kutatap sayu
ketika berada dlm pesawat MAS)


Aku sudah letih untuk kecewa
Aku sudah penat untuk berduka
Aku sudah lali dengan sengsara


DULU
Pernah aku berlari
Mengejar pelangi di langit tinggi
Namun aku tersungkur ke bumi
Lukanya berbisa sekali
Menusuk hingga ke hati
PERLUKAH AKU BERLARI LAGI?


KINI
Aku menapak memulakan kembara rohani
Mengubat hati
Merawat emosi
Biar ia meresap ke sanubari
Dan sebati dalam diri
Demi mengagapai redha-Mu Rabbul Izzati.



13 comments:

  1. jika kena pada gaya dan cara. jalan sudah memadai :)

    ReplyDelete
  2. Salam bertandang lagi..
    moga sihat selalu anda
    di sini..besok jangan lupa
    sahur..ada keberkatan di
    dalamnya..he he

    ReplyDelete
  3. Salam..

    pergi membawa hati ke mana ni shameel?err

    ReplyDelete
  4. This post has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. naz= Trima kasih atas komentar

    zulkbo = Trima kasih atas ingatan merangkap tazkirah. ya pad sahur ade keberkatan. bersahurlah w/pun dgn seteguk air dan sahur juga mebezakan puasa kita dgn puasa yahudi

    ReplyDelete
  6. This post has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Afida = x ke mana2 pun. hehehe. Cuma menapak ke jalan Ilahi.

    ReplyDelete
  8. semua yang berlaku pasti ada hikmah.. dugaan datang setiap masa dan perlu bersedia menghadapinya.. tambah2 dibulan ramadhan ini..

    ReplyDelete
  9. fala tai asu min rahmatillah

    ada cahaya di hujung jalan, takdir menunggu kita di sana insyaallah moga berjaya

    ReplyDelete
  10. Salam perkenalan tuan,

    Menarik puisi tuan nie... teruskan berkarya...

    RKA

    ReplyDelete
  11. salam cikgu,

    dulu ada kasih utk dia
    dulu ada rindu utk dia
    biar sahaja tersimpan tanpa harapan

    kini
    kasih rindu cinta hanya untuk Dia
    semoga diriku diterima...
    aku melangkah menujuMu, ya Rabbi...

    ReplyDelete
  12. mari kita berlari menuju redha Illahi..

    i.Allah..

    ReplyDelete
  13. salam ziarah.. redha Ilahi itu yang dicari~ :)

    ReplyDelete