MESKIPUN ini isu yang agak lapuk namun ia masih kedengaran. Walaupun hanya sekali sekala namun, ia sungguh bisa dan berbisa. Bisanya yang paling berbisa, ialah meleraikan ukhwah islamiyah sesama islam lantaran wujudnya amalan menyalahkan dan membid’ahkan sesama sendiri.
Kekadang para pendakwah pun banyak melakukan kesilapan dalam hal ini. Mereka kekadang tersalah menghala senjata dan tersilap meledakkan peluru, lalu tersasarlah sasaran. Paling malang, agama islamlah yang menjadi mangsanya. Musuh-musuh islam akan berkata, perpaduan islam hanyalah teori semata-mata. Walaupun menyembah Tuhan Yang Satu dan menghala ke arah kiblat yang satu, namun tidak boleh bersatu dalam persoalan solat sunat tarawih yang bukan fardhu.
Siapakah sasaran yang sepatutnya. Ke manakah senjata harus dihalakan dan ke mana pula peluru perlu diledakkan. Ke arah orang yang menunaikan solat tarawih( sama ada 8 atau 20 rakaat), itu tdak wajar, sebab mereka menunaikan solat tarawih pun dah dikira menghidupkan sunnah. Para dai’e sepatutnya menghalakan senjata ke arah orang yang tidak berpuasa. Ledakan peluru ( dengan nasihat dan saranan, juga tindakan) ke atas golongan ini sebab merekaa telah mencabul rukun islam yang ketiga.
Kembali kepada tajuk, As-Syahid Imam Hassan al-Banna. As-Syahid pernah berhadapan dengan situasi yang sebegini semasa hayatnya. Kata as-Syahid, “Hukum solat tarawih hanyalah sunat sedangkan menjaga kesatuan umat islam adalah wajib. Tidak boleh sama sekali kita mengorbankan perkara yang wajib untuk melaksanakan perkara yang sunat. Bagi sesiapa yang inginkan lapan rakaat, tunaikanlah. Bagi yang inginkan dua puluh rakaat, bebas berbuat demikian.” Inilah sepotong iktibar dan sekerat teladan yang harus direnungi. Tidak sepatutnya bermasam muka dalam perkara yang khilaf sebegini. Beza pandangan tidak boleh dijadikan punca sengketa yang akhirnya mengundang perseteruan yang sia-sia. Dalam keadaan sebegini, Fiqh al-Awlawiyyat haruslah difahami.
Kara Syeikhul Islam Imam Ibn Taimiyyah “ Sesungguhnya Nabi s.a.w tidak pernah menentukan bilangan rakaat untuk solat qiyam ramadan(solat tarawih.) Cuma, baginda melaksanakan solat tidak melebihi tiga belas rakaat sama ada pada malam bulan ramadan mahupun pada bulan-bulan yang lain. Dilaksanakan baginda dengan memanjangkan bacaan Al-Quran pada tiap-tiap rakaat. Umar r.a kemudiannya mengumpulkan orang ramai untuk berjemaah dan diimamkan oleh Ubay bin Kaab. Dilaksanakannya sebanyak dua puluh rakaat dan diikuti pula dengan tiga rakaat solat witir. Dilakukannya dengan meringankan bacaan al-Quran selari dengan penambahan kadar rakaat.”
Jelas! lapan rakaat datangnya daripada Nabi s.aw dan dua puluh rakaat pula diperkenalkan oleh Umar r.a, seorang sahabat nabi yang melaut ilmu dan melangit takwanya. Tindakannya tidak sesekali menyanggahi sunnah, kerana Nabi s.a.w bersabda “Hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa al-Rasyidin.”
Kalaulah nak dilaksanakan sebanyak 20 rakaat , maka janganlah dipanjangkan bacaan, supaya makmum tidak terbeban. Bukan apa, sebab di sesetengah masjid, imam lebih cenderung untuk menghabiskan surah-surah tertentu sewaktu mengimamkan solat tarawih. Para imam mestilah bijak membaca situasi. Jangan ‘menindas’ makmum-makmum yang uzur atau tua, sampai mereka terpaksa berkeriut muka menahan lengah di kaki. Jangan juga, sampai anak-anak muda memboikot masjid lantaran solat tarawih yang terlalu panjang. Risau juga, jika hanya pada malam pertama sahaja jemaah melimpah ruah, tapi pada hari-hari seterusnya, jemaah semakin susut dan surut.
Sesetengah orang berpendapat, jumlah yang banyak itu lebih baik dari yang sedikit. Pernah dahulu, saya menonton bicara agama di stesyen TV Thailand( channel 7 rasanya). Untuk pengetahuan sahabat, di kampung saya kat Bachok Kelantan, siaran TV dari Thailand sangat jelas dan boleh ditonton dengan baik. Dalam bicara agama itu, ustaz tersebut berkata, “pasti sahaja 20 rakaat lebih afdhal sebab ia lebih banyak. Umpama dapat sepinggan nasi dengan dapat 5 pinggan nasi. Tentulah 5 pinggan nasi lebih baik sebab ia lebih banyak.” Sebenanrya hujah sebegini kurang ilmiah, sebabnya dalam keadaan tertentu, jumlah yang sedikit itu lebih baik daripada jumlah yang banyak. Kalau kena rotan sekali, sudah tentu ia lebih baik daripada kena rotan 10 kali. Jadi, teori jumlah yang banyak lebih baik daripada jumlah yang sedikit tidak boleh digunapakai dalam semua keadaan.
Secara peribadi, saya berpendapat, kualiti itu lebih baik daripada kuantiti. 8 rakaat yang dilaksanakan dengan baik dan tertib, dan dihadiri oleh ramai jemaah adalah lebih bererti berbanding 20 rakaat yang tergesa-gesa dan tidak disenangi oleh jemaah. 8 rakaat yang menyebabkan orang ramai mendekati masjid lebih bererti berbanding 20 rakaat yang menyebabkan masjid tersisih dan dijauhi.
setuju! kualiti lebih baik dari kuantiti.. bukan apa, kadang kala bila dah lama sangat kepala mula terfikir banyak lagi urusan yang belum usai lagi~
ReplyDeleteterima kasih banyak2, banyak yg baru maCy pelajari. contoh, tentang solat 8 rakaat bkn dari nabi, dan baru tahu yg perlu ikt sunnah khulafa arrasyidin juga :)
iqbal syarie= Trima kasih atas kunjungan dan komentar
ReplyDelete"sampaikan dariku w/pun satu ayat"
sangat setuju dengan "banyak lebh baek daripada sedikit tidak terpakai dalam semua keadaan". :) memang betul.
ReplyDeletelagipun hal 8 dan 20 rakaat sepatutnya bukan masalah.
terimakaseh kerana berkongsi ilmu yg berguna ini.
Fyzal= mmg benar , 8 atau 20 bkn masalah. Ygh ptg, saling memahami dan mneghormati.
ReplyDeletemacy= sbnrya takde mslh samada 8 atau 20 rakaat. ttg perbuatan sahabat mmg diakui sebagai sumber yg kuat dlm penetapan hukum. mcm kes, cerai talak tiga, itu diperkanalkan oleh saidina umjar. azan jumaat dua klai, itu dperkenalkan oleh saidina uthman
ReplyDeleteThanks shameel atas penjelasan ni.. saya selama ni memang buat 8 je. Jarang-jarang buat 20. errr
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteikut jemaah masjid buat 20...tapi selepas lapan, ramai yang beredar..melakukan witir sendiri di belakang dan balik.
setuju sangat. kekadang makmum terjuih mulut nak ngabihkan solat sudahnya ibadat yang yang sepatut dapat pahala jadik sia-sia
ReplyDeletemasjid tempat aku buah 20...tp ramai yg buat sampai 8 je...
ReplyDeletemantap..
ReplyDeleteterima kasih atas info yg bernas tersebut..
sop pun buat 8 rakaat juga :)
Tempat kami 8 - agak selesa untuk ramai makmum sebab kebanyakkannya bekerja makan gaji - terikat dgn waktu kerja
ReplyDeleteSalam Ramadan - moga tahun ini lebih baik dari sebelumnya
setuju ^^
ReplyDeletejika yg 8 itu sama kualiti dgn yg 20.. itu lebih baik.. sila betulkan jika sy silap...
ahmad humairi= Terima kasih cikgu atas komentar. Mmg adakalanya lebih baik buat witir sendirian di belakang atau di rumah.
ReplyDeleteAfifa anuar= Saya pun cenderung buat 8 rakaat jer.
ReplyDeletecemomoi= Itulah sy sering sy perhaitkan. Makmum mcm terpaksa mengikut rentak imam. Lambat laun, makmum ini akan uzlah diri dari berjemaah.
ReplyDeletecik panadol= Kt tempat saya ada dua masjid. satu buat 8 dan satu lagi buat 20. Tapi sy pilih yg 8 rakaat.
sop= Trima kasih atas kunjungan dan komentar. sekadar berkongsi maklumat.
ReplyDeleteKujie= saya setuju sekali dgn tindakan imam yg tahu situasi. imam faham makmum yg kebanyakannya mkn gaji jadi 8 rakaat yg menjadi pilihan.
semoga ramadhan kali ini memberi seribu erti dan sejuta makna kepada kak kujie.
caliph = Saya juga sependapat dgn anda dlm hal ini. Andainya, 8 rakaat itu lebih menyenangkan jemaah dan dapat menarik ramai org berjemaah maka 8 rakaat yg lebih berkualiti.
ReplyDeletesalam cikgu,
ReplyDeleteyup saya setuju. saya pernah juga ikut solat terawih dulu2 dengan 20 + 3 tuh, tapi sekarang surau2 dah byk buat 8 + 3. bila balik kpg ada 1 surau ada juga buat yg byk tuh, tapi makmum tak ramai, saya pergi yg 1 lagi yg buat 8 + 3w, penuh surau.
bagi saya, saya terima sahaja apa yg imam buat, janji beritahu makmum dahulu dan jelas bacaannya. baru saya yakin.
alhamdulillah, semoga kita semua berada di jalan yg lurus bukan jalan org2 yg sesat. amin
yeah,ayah sy selalu suruh sy ikut dia g masjid besar buat 20 rakaat
ReplyDeletedah ada hujah nie!
nk buat 8 jer sbb sy nk ikut sunnah nabi
thanx for sharing syameel!
buat 22.ngaa.
ReplyDeletesangat jelas diskusi anda..saya senang sekali membacanya..
ReplyDeletesaya tak mampu buat 20 rakaat..saya takut,saya bimbang hanya bertarawih di awal ramadhan,,di tengah dan di akhir ramadhan dah tak larat nak teruskan tarawih..maka saya jadi insan wasathiyyah,,tunaikan 8..
itu yg termampu..Allahu A'lam..
Bluecity= Benar Kak Biru, makmum hanya mengikut apa yg imam lakukan. Dan Imam hednaklah membaca situasi.
ReplyDeleteSyhira ariff= Nnt kena marah kt ayah awak plak. hahaha
ReplyDeleteAkufobia= buat 22 sekali ke. Bgus juga kekdang buat 8 dan kekadng buat 20
Tukang Kata = Trima kasih atas komentar. Saya juga cenderung memilih 8 rakaat. Dan kebetulan pula ada dua masjid kt tempat saya. satu buat 8 dan sdatu lagi buat 20. sy pilih yg 8 rakaat.
ReplyDelete