TIAP kali Ramadhan menjelma, Universiti Sains Malaysia(USM) pasti terbayang di mata. Bukanlah semata-mata disebabkan saya ini pernah bergelar pelajar di sana, tapi kerana segugus kenangan pada musim-musim ramadhan. Nostalgia Ramadhan di USM memberikan saya seribu erti dan sejuta makna. Erti persahabatan dan makna persaudaraan.
Sebelum berbicara dengan panjang lebar tentang nostalgia Ramadhan di USM, eloklha saya bercerita tentang persahabatan saya dengan beberapa orang sahabat baik ketika mendiami bumi USM. Sahabat-sahabat yang dahulunya sentiasa bersama, kini bertebaran entah ke mana. Dahulu, sama-sama dikejar oleh pak guard kerana memancing ikan kat tasik harapan. Malah pernah berpagi-pagian menunggu durian di kawasan hutan berhampiran desasiwa Gemilang. Hari ini, masing- masing telah membawa haluan untuk mencorak masa depan. Yang pasti kebanyakkan sahabat-sahabat saya ini telah meraih kegemilangan dalam hidup sebaik sahaja meninggalkan alam kampus. Malah, beberapa orang daripadanya telah memperolehi PhD dalam jurusan masing-masing. Terbaru seorang sahabat saya itu telah menamatkan PhD di Australia. Ada juga yang membina kerjaya di luar negara. Tahniah sahabatku.
GRC 12, itulah gelaran yang diberikan kepada geng(sahabat) saya. Keahliannya ialah 6 orang sahaja, namun adakalanya ia akan bertambah menjadi 10. Ia bukanlkah kumpulan pengganas atau samseng. Ia tidak mengancam sesiapa pun. GRC 12 maksudnya GROUP ROTI CANAI jam 12. Ini kerana pada pukul 12 tengah malam, kami akan merayap mencari roti canai sekitar kawasan berhampiran USM. Group ini telah terbubar dengan sendirinya apabila seorang demi seorang anggotanya meninggalkan kampus Minden.
Di kampus, saya agak aktif. Terlibat dalam beberapa persatuan pelajar. Antaranya sebagai Setiausaha Agung Himpunan Anak-Anak Kelantan Universiti Sains Malaysia ( HAAK USM) dan juga exco atau lajnah Penerbitan dan perhubungan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia (PMIUSM). Pernah beberapa kali saya didesak agar bertanding dalam pilihanraya kampus untuk menjadi ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), namun berkali-kali juga saya menolaknya. Saya juga agak rapat dengan rakan-rakan dari Persatuan kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) , kerana aktivisnya, iaitu Mohd Nizam bin Mahshar( kini menjadi setiausaha Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang) pernah menjadi naqib usrah saya.
Kembali kepada cerita. Kenangan yang saya anggap paling manis untuk dikenang ialah kenangan berbuka puasa di masjid Al-Malik Khalid. Terima kasih kepada Pusat Islam USM, terutamanya pengarahnya ketika itu, Ustaz Ellias Zakaria juga merangkap sebagai penasihat PMIUSM( hari ini beliau dilantik menjadi Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang oleh Kerajaan Pakatan Rakyat). Terima kasih kerana memahami ketidakupayaan kewangan kami selaku pelajar. Saban hari, saya dan pelajar-pelajar USM yang lain akan berbuka di masjid al-malik Khalid. Istimewa di sini ialah kami berbuka secara berjemaah, maksudnya makan di dalam talam. Biasanya tiga atau empat orang setalam. Disebabkan saya menginap kat Desasiswa Harapan, jadi sayalah yang diharapkan untuk mengambil makanan ketika berbuka puasa. Sahabat-sahaabt yang lain, tinggal kat desasiwa Indah, Aman, Permai dan ramai juga yang tinggal kat luar. Makan bertalam ni, sememangnya mengeratkan ukhwah antara kami. Cukup indah apabila saya mengenang kembali sesudah bertahun saya meninggalkan USM.
Bersahur juga, ada istimewanya tersendiri. Kebiasaannya, saya dan rakan-rakan akan membeli bekalan sahur seawal pukul 12 tengah malam. Lazimnya bekalan sahur ni kami beli di cafe-café sekitar desasiswa di USM. Cuma, kekadang seronak juga bersahur kat luar seperti Pantai Seagate( lokasi couple buat maksiat ketika itu). Paling istimewa ialah bersahur di masjid al-malik Khalid. Namun, Ia tidak diadakan disepanjang Ramadhan, tapi diadakan pada malam kesepuluh terakhir Ramadhan. Untuk menikmati sahur percuma ini, kami akan berpagi-pagi lagi ke masjid tersebut untuk berqiamullail. Tamat qiamullail, maka hidangan sahur akan dihidangkan. Saya dapat rasakan, betapa indahnya kehidupan saya ketika itu.
Begitu juga dengan malam-malam Ramadhan yang penuh berkat, kami lalui dengan penuh keindahan di masjid al-malik Khalid. Bertarawih secara berjemaah dengan diimamkan secara bergilir oleh ustaz wahab, ustaz yussof, ustaz Ellias dan ustaz zaid( pensyarah bahasa Arab di pusat bahasa USM, merangkap naqib usrah saya)dan juga seorang pelajar master dalam bidang farmasi dari Palestin( kalau tak silap saya, Usamah namanya). Selesai bertawarih, kami seringkali menghiasi malam-malam ramadhan dengan bertadarrus Al-Quran. Kini, amalan bertadarrus yang dahulunya menjadi rutin dalam hidup saya kian menjauh. Jujur, saya tewas dalam mempertahankan istiqamah saya terhadap amalan yang mulia itu.
Ah! Semuanya telah menjadi sejarah. Telah jadi purba dan hanya mewanggi di taman ingatan dan tersimpan rapi di arkib kenangan. Saya dan USM semakin menjauh dari segi tempoh masa namun sentiasa dekat di hati.
nostalgia... sungguh zaman belajar paling seronok sebab tak fikir tentang duit walaupon duit tak cukup pandai le ejas... marhaban ramadhan moga ia sentiasa lebih baik dari sebelumnya
ReplyDeleteyessza....dis ramadhan will be the last ramadhan bgelar student uSm...insyaAllah...bakal berbuka di masjid....suasana kat sini mmg best...masih terjaga..masih terpelihara nilai2 islami....
ReplyDeleteade dusun durian ek??hehe,ta perasan lak...
selamat berpuasa
salam..
ReplyDeleteindahnya memori ini..
terima kasih berkongsi
masa mengubah segalanya
betul tak??
salam,
ReplyDeletesaya dulu tinggal di harapan dan aman tapi lebih senior lagi. Nostalgia juga masa bulan puasa tu nak beli pun kena beratur panjang. Selalu beli kat luar je. Paling best masa tahun 1 nak jimat bajet kitorang makan 'kuorom' campur pulak dengan group kelantan. Abis lauk pauk tu bercampur budu hehe..
cemomoi= benar tu, zaman belajar amat indah dan paling seronak. w/pun kekurangan duit, namun tetap bahagia.
ReplyDeletezulkbo= Betul tu, masa telah mengubah segalanya. hahaha
ReplyDeletecik jari= Dah final year ke? Duusn durian tu berhampiran desa gemilnag dulu( tmpt persinggahan burung), tak pasti plak masih ade ke tak skrg ni.
ReplyDeletepenjejak maya = Bestkn mkn kourom. Dpt jimatkan duit. Msk nasi dan lauk jer yg beli, pastu mkn ramai. best aper mkn nasi dgn budu. hehehe
ReplyDeletesalam cikgu,
ReplyDeleteseronok baca kisah2 cikgu
heheheh...
semoga ramadhan kita tahun ini lebih baik dan diberkati Allah swt selalu. amin
blueCITY = Trima kasih kak atas komentar. Moga ramadhan tahun ini juga mmeberi seribu erti dan sejuta makna kpd kak biru
ReplyDeletekenangan memang selalu mengsik jiwa
ReplyDelete...payah nak lupa kenangan berpuasa di sarawak [hanya berdua dengan kawan] masyarakat di sana berketurunan iban dan mereka tak puasa
usm dulunya mnjadi cita2~
ReplyDeletekenangan jadi kenangan..
impian terkubur tapi moga2 penggantinya kita adalah jalan terbaik buat masa depan maCy ~
hehehe..
ReplyDeletesy pun ex usm...
budak hbp..
ex aman damai...
hehe
budak kelantan..
ohh HAAAK meme femes sapa leni..
wink2
Macy = takpe Macy, tak kisah kt mana kita belajar yg ptg, cita-cita yg ingin kita gapai.
ReplyDeleteTehr= Duli pernah kerja kt sarwak kn. Kt sna berbuka awal setengah jam rasanya. Apa yg pasti kenaganb it uamat manis apabila dkenang.
ReplyDeleteMiss Yani Abdullah= ex- usm juga rupenya. Student HBP lh ni. Amik arkitek ke. Dulu sy pun slalu mkn2 kt cafe aman- damai.Maklumlh dkt dgn desa harapan.
ReplyDeletebc entry ni teringat kenangan di uni dulu..even br 4 bln habis,terasa rindu, period as students lah yg paling seronok skali, kan? :)
ReplyDeletekenapa shameel tolak jawatan MPP tu?
ReplyDeleterugi tau
hee~
=D
hanys = Baru 4 bln tinggalkan kampus dh rindu ke. hehehe
ReplyDeletesyahira ariff = Trpaksa tolak sbb krg yakin kemampuan diri. Lgi pun byk lagi org2 lain yg lebih berkelayakkan. hehehe
ReplyDeletesaya pon usm jugak!
ReplyDeletetp budak baru belajar and tak pernah rase stay kat hostel in campus.
nak tahu kat mane durian valley tuh??? dgr je org cakap kat cg tp tak tahu pon tempat tu wujud ke tak. (*.*)
even br 4 bln, tp kenangan manis byk ngan kwn2 kat sn,dah mcm adek bradek rs..mesti la rindu kan?..hehe :D
ReplyDeletekawe first time pose kat penang, tengah praktikal kat AMD Fasa 3
ReplyDeletemenarik baca kisah demo dulu-dulu
tringat time duk u sebelum ni, iftar kat masjid makan rmai2 dalam talam
syok jugak wak gitu, ukhwah terjalin
loni duk mano boh? kijo mano?