Wednesday, 4 August 2010

JaNgAn JaDi KeCuNdAnG

(hanya orang yang "kecundang" sanggup
menoktahkan hayatnya sendiri)


JaNgAn JaDi KeCuNdAnG

PERMULAAN YANG BAIK.
TIDAK SEMESTINYA
BERAKHIR DENGAN PENGAKHIRAN YANG BAIK
DAN
PERMULAAN YANG TIDAK BAIK
TIDAK SEMESTINYA
BERAKHIR DENGAN KESUDAHAN YANG TIDAK BAIK.
APA YANG PASTI
KITA MERANCANG
DAN ALLAH JUA MERANCANG
TETAPI ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PERANCANG.

“Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik untuk kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk untuk kamu. Dan (ingatlah) Allah jualah Yang Mengetahui (semua itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya”( Surah Al-baqarah, ayat 216)

***********************************************
HIDUP UNTUK DINIKMATI

Sebenarnya bicara ini(selayaknya saya namakan sebagai warkah), saya khaskan kepada seorang teman. Telah saya emailkan kepadanya pada penghujung disember 2007. Namun mungkin ada sahabat yang pernah, sedang atau bakal menghadapi situasi yang sama. Lantas saya paparkan kembali bicara ini untuk renungan bersama. (namun disini saya tidak akan paparkan kembali isi kandungan email dan sms antara saya dengan dia. Lagipun sms tu dah lama hilang kerana bertukar handpohe beberapa kali sejak 2007). Pinta saya, sematkan bicara ini ke dalam hati agar ia mampu dijadikan rujukan tika susah nanti. Moga-moga ia mampu membuat anda tersenyum dalam kedukaan. Harap-harap ia mampu membuatkan anda yakin untuk hidup. Mesej saya satu sahaja, HIDUP UNTUK DINIKMATI DAN BUKANNYA UNTUK DIRATAPI. Oleh itu jangan jadi kecundang dengan kekecewaan yang bertandang. Warnailah kanvas hidup dengan warna-warna keceriaan.

Teman saya ini telah putus tunang. Setelah lima tahun bercinta dan beberapa bulan lagi, ingin menamatkan zaman bujang, tiba-tiba percaturan takdir telah mengubah segala-galanya. Hubungan terlerai kala hasrat sedang melaut. Pertunangan bubar tika impian makin melangit. Jiwa perempuannya retak berjuta lantaran teman lelakinya kini bukan miliknya lagi. Dia sungguh kecewa dan hidupnya tidak keruan. Saya dijadikan tempat mengadu. Jadilah saya seorang pendengar yang setia. Tidak sanggup rasanya untuk saya menuli dan buat tidak reti. Tidak betah rasanya diri ini membisu dan buat tidak tahu.

Kembali kepada agama, itulah yang sepatutnya. Itulah terapinya. Itulah vaksin untuk menghalang virus-visrus kekecewaan. Itulah jualah yang saya maklumkan kepadanya menerusi email( maaf tak elok untuk saya paparkan kembali segala isi kandungan email itu). Virus kekecewaan, jika tidak dirawat, ia akan meratah sel-sel keimanan dalam jasad. Sebab itulah ada orang yang mengambil jalan pintas dengan membunuh diri apabila percintaan putus, pertunangan bubar atau perkahwinan bernoktah. Lagi malang yang membunuh diri itu adalah berbangsa melayu dan beragama islam. Teramat malang kerana terdapat kes lelaki yang membunuh diri kerana teman wanitanya beralih arah kepada lelaki lain. Benar-benar menjatuhkan maruh lelaki.

Yakinlah, zikir itu pengubat lara. Tasbih pula penyembuh duka. Dan yakinlah SELALU ADA PERTOLONGAN ALLAH. Cuma kita kekadang tidak nampak bentuk pertolongan Allah. Harus diingat pertolongan Allah itu adakalanya dalam bentuk kegagalan. Kegagalan kita memiliki seseorang atau sesuatu. Atau kegagalan kita mempertahankan permilikkan kita terhadap seseorang atau sesuatu. Jadi kita perlu renung betul-betul. Selidik dalam-dalam. Kaji sungguh-sungguh. Percayalah kita sebenarnya beruntung meskipun kita gagal memiliki apa yang kita impikan. Hayatilah firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat ke-30 “Sesungguhnya aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya”

Jadi, biarlah emapayar ambisi kita ranap asalkan empayar akidah kita semakin mantap. Biarlah hasrat yang dilakar tak kesampaian dan impian yang direncana tak menjadi kenyataan. Yang penting hubungan kita dengan Tuhan semakin mantap dan matang

************************************
JANGAN JADI KECUNDANG.

Jangan menangis sayang, itulah yang ingin saya ungkapkan kepadanya. Tapi lidah ini kelu dan bibir ini kaku. Hadapilah dengan senyuman dan jangan jadi kecundang. Itu pesanan saya kepadanya. “Janganlah berdukacita dengan ujian dan cubaan Allah. Lantaran boleh jadi ia satu hadiah atau pemberian.”petikan buku La Tahzan( Jangan Bersedih karangan Dr ‘Aidh Abdullah al-Qarni) saya smskan kepadanya.

Jangan jadi kecundang(maksud saya jangan kecewa dalam hidup). Ini kerana ia tergolong dalam kategori berputus asa dari rahmat Allah. Berputus asa dari rahmat Allah pula dikategorikan sebagai sebahagian dari dosa-dosa besar,

Cuba renung nikmat dan rahmat yang Allah beri kepada kita. Nikmat hidup( betapa malangnya kita jika dicipta sebagai batu yang tidak hidup), nikmat menjadi manusia( betapa malangnya kita jika ditakdirkan menjadi binatang atau pokok), nikmat islam dan iman( betapa malangnya kita jka ditakdirkan lahir dan membesar dalam keadaan kufur), nikmat pendidikan( betapa ramai yang tidak mempunyai pendidikan yang sempurna kerana pelbagai faktor ), nikmat kerjaya( betapa malangnya kita jika tiada kerja dan hakikatnya masih ramai yang mengganggur). Jadi mengapa harus kita bersedih. JANGAN MENANGIS KERANA KETIADAAN SEPATU SEBELUM MELIHAT MEREKA YANG TIDAK MEMPUNYAI KAKI.

Bersyukurlah selalu kepada Allah dan janganlah sempitkan matlamat hidup kepada kekasih hati sahaja. Jadikan Allah sebagai matlamat hidup. Percayalah masih ada , malah mungkin juga masih ramai yang menyanyangi kita. Pohonlah petunjuk dari-Nya agar kita tak terpesong tanpa haluan dan tersasar tanpa panduan. Yakinilah Allah tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Renungi firman Allah(ayat seribu dinar) “Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka …….”

Rezeki yang tak disangka-sangka itu termasuklah penganti yang lebih baik. Meskipun tidak sekacak atau secantik kekasih terdahulu namun itulah pemberian yang terbaik dari Allah Yang Maha Mengetahui.

Pesan saya kepada sesiapa yang berhadapan dengan situasi yang sebegini agar JANGAN JADI KECUNDANG.

45 comments:

  1. Salam cikgu

    Nikmat Allah kpd kita terlalu banyak untk kita sedih dan meratapi hidup yg disangkakan telah hilang cahaya gembira. Kembali pada Allah, terubat segala lara insyaAllah sinar bahagia ketemu semula

    Syukran share :)

    ReplyDelete
  2. light of happiness = Trima kasih atas komentar.

    saya ingin memetik tulisan Pahrol Mohd Juoi "Kita dilimpahi jutaan nikmat. Tapi kita melupakan pemberi nikmat.Sepatutnya kita hitung kesyukuran tapi sebaliknya kita hitung kesukaran."

    ReplyDelete
  3. salam..

    harap2 di jauhkan musibah ini dari diri dan juga semua..

    jgn hanya kerana kecewa pada sesuatu perkara, kita putuskan semua hubungan dengan yg lebih rapat dengan melakukan perkara yg tidak di redhai.. fikirlah semasak2nya.. yakinlah bahawa, segala ujian dan dugaan itu dariNYA hanya untuk menguji tahap kesabaran kita.. dan DIA berhak menguji kita dalam apa bntuk sekalipun, kerana kita milikNYA.. tetapi ingatlah, DIA tahu apa yg terbaik buat kita..

    "Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!!!"

    ReplyDelete
  4. sgt terkejut tgk gambar.
    bunuh diri itu murtad bukan?

    terima kasih ats perkongsian.
    insyaAllah tak akan jadi insan yg kecundang~

    ReplyDelete
  5. salam
    pastinya Allah ambil sesuatu untuk diganti dengan yang lebih baik..atau mungkin dia memang tidak baik buat kita..jika kita berfikir begitu insyallah kita tidak akan jadi manusia yg kecundang.

    ReplyDelete
  6. Haida hida =Bila agama dipinggirkan manusia akan hilang pertimbangan. Mereka lupa kpd Allah Yang Maha Penyayang. Mereka lupa betapa ramai lagi org yg menyanyanginya. Putus cinta atau putus tunang atau perceraian mmglah memeritkan, Namun ia sebenarnya dugaan. Sepatutnya insan yg dikecewakan ini bangkit utk membuktikan kejayaannya.

    ReplyDelete
  7. macy = sy jg trkejut sbb trdapat remaja llki yg membunuh diri sbb aweknya bermain kayu tiga. sepatutnbya, dia buktikan yg dia lebih hebat, trus main kayu lapan. hahaha


    p/s= sy x pasti plak ttg hukum bunuh diri, adakah sekadar fasik atay murtad(kafir)

    ReplyDelete
  8. idalara = Saya bersetuju dgn pandangan kak ida, "Allah ambil sesuatu untuk diganti dengan yang lebih baik..atau mungkin dia memang tidak baik buat kita" sewajarnya kita berbaik sangka terhadap Allah.

    ReplyDelete
  9. idalara = Saya bersetuju dgn pandangan kak ida, "Allah ambil sesuatu untuk diganti dengan yang lebih baik..atau mungkin dia memang tidak baik buat kita" sewajarnya kita berbaik sangka terhadap Allah.

    ReplyDelete
  10. time kaseh berkongsi ssuatu yg btol2 mginsafkan.. mmbuka mnda, sume mgkin tahu tdk cium bau syurga org yg bnuh diri tp mgkin rmai yg trlupe n ilang kewarasan bl dr jauh dr tuhan
    nikmat tuhan sgt byk tuk kite, mgkin tidak skang Dia beri tp Dia akan beri bl tlah smpai msnya.. hnya Dia yg maha mengetahui

    ReplyDelete
  11. Ya Allah...sgt tersentuh membaca ayat,'jgn bersedih jika tak mempunyai sepatu sblm melihat mereka yg tidak berkaki"..huhu..ya Allah...terima kasih cikgu!terima kasih utk post ini~

    ReplyDelete
  12. sedih dan bimbang bila tengok ramai orang islam pilih jalan sesat untuk tamatkan penderitaan idop.. dulu ni perbuatan tabu tapi macam trend la pulakkk

    na'uzubillah

    ReplyDelete
  13. seram tgk gmbr tu..huhu...mintak2 dijauhkan dri perasaan cmtu

    ReplyDelete
  14. misz Terra = saya setuju benar dgn pandangan anda "nikmat tuhan sgt byk tuk kite, mgkin tidak skang Dia beri tp Dia akan beri bl tlah smpai msnya.. hnya Dia yg maha mengetahui"

    adakalanya sengaja Allah gagalkan kita memiliki apa yg kita nak sbb apa yg kita nak itu sbnrya tak baik utk kita. Allah Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
  15. Iqbalsyarie= syukran atas komentar. Ya, kita sepatutnya bersyukur sentiasa sbb terlalu byk nikmat yg Allah bagi kt kita. Dan di t,pt lain masih trlalu byk org2 mnderita kerana mcm2 btk kesengsaraan. jd, jgnlh krn putus cinta atau tunang maka kita nak kufur nikmat.

    ReplyDelete
  16. cemomoi= memang merisaukan sbb dh jadi trend plak. Trbaru yg menimpa bekas ADUN kt selangor, harap2 dia dibunuh dan bukannya bunuh diri.

    ReplyDelete
  17. Bezzbudy= mg menyeramkan mati tergantung ni. Sy trbaca kt papaer, leher org yg kena gantung akan mengecil spt batang penyapu dan darah terhambur kluar dari mukut, hidung, ,mata dan telingga akibat jerutan.

    Tapi org yg kecewa tanpa panduan agama sanggup memilih jalan yg sebegini kejam atas nama cinta.

    ReplyDelete
  18. Bezzbudy= mg menyeramkan mati tergantung ni. Sy trbaca kt papaer, leher org yg kena gantung akan mengecil spt batang penyapu dan darah terhambur kluar dari mukut, hidung, ,mata dan telingga akibat jerutan.

    Tapi org yg kecewa tanpa panduan agama sanggup memilih jalan yg sebegini kejam atas nama cinta.

    ReplyDelete
  19. salam,

    tertarik dengan cara nasihat ini. terkesan kerana boleh juga nasihat utk diri saya sendiri heheh..

    Percayalah kita sebenarnya beruntung meskipun kita gagal memiliki apa yang kita impikan. Hayatilah firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat ke-30 “Sesungguhnya aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya”

    yup, saya rasa lebih selesa dan aman nyaman kerana dengan dekatkan diri dgn agama Allah swt lah hati menjadi tenang. insyaAllah..
    saya juga baru bertatih...

    tq sharing cikgu...
    'jangan menangis sayang' hehehe..

    ReplyDelete
  20. blueCITY = Terima kasih kak biru atas komentar. Sebagai hamba-Nya kita kena pasakkan keyakinan di dlm hati. apa yang ditakdirkan oleh Allah, maka itulah yang terbaik untuk kita.

    ReplyDelete
  21. salam..
    bila hidup kita berpeluang beribadat dan mencari dunia serta akhirat..kenapa perlu mati kerana dunia..???

    ReplyDelete
  22. sdih plak aku baca.. kawan ko bunuh diri sbb putus cinta ke? ape2pun al fatihah kat dia...

    ReplyDelete
  23. bunuh diri kompom tak masuk syurga en? adoii ~ takot tengok orang gantung2 diri ni, mati kan sakit, kenape sanggup bunuh2 diri.. sakitt! tengah bayang2kan nii

    ReplyDelete
  24. bunuh diri bknlah penyelesaian kpd masalah cinta
    Yang Esa itu menjadikan cinta dan kita wajar kembali kepadanya kan

    ReplyDelete
  25. Akufobia= Ya, kita masih ada DIA. DIA Yang Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
  26. zulkbo= Betu ltu, kita hidup utk beribadat dan mncri akhirat. Amat tidak wajar utk mati krn dunia.

    ReplyDelete
  27. nick Irfan= Kawan saya yg putus tunang tu, yg kisah org mati bunuh diri senagja saya timbukkan sbb ada bebrapa kes berlkaku di negara kita, di mana org bunuh diri sbb putus cinta dan putus tunang.

    ReplyDelete
  28. ketinting = mati mmg menyakitkan, apatah lagi mati dlm keadaan terseksa mcm mengantung diri tu. dgr ceriter, leher org kena gantung akan mengecil sebesar penyapu, darah pulak terhambur dari mulut, hidung, telinga dan mati. sungguh ngeri.

    p/s= dah lah sakit berdosa besar plak.

    ReplyDelete
  29. Syahira ariff= Hanya org yg tak dapat menerima kenyataan akan mengambil jalan sesat. sepatutnya kembali kpod agama, hidup dan kehidupan adalah milik Allah jadi, Allah berhak mengambul kembali apa yang IA mahu.

    ReplyDelete
  30. salam shameel,
    semua kita mempunyai masalah. itu adalah ujian daripada Allah. setiap penyakit ada penawar dan setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Allah akan menaikkan martabat mereka yang dapat melepasi ujian-Nya dengan sabar. langkah membunuh diri adalah seumpama langkah syaitan yang sombong dan angkuh memprotes kerja Allah! Nauzubillah!

    ReplyDelete
  31. Allah,menyentuh kalbu membaca ini..motivasi buat diri yg sedang berduka..

    terima kasih ya..memang benar,Alaisallah biahkamil hakimin?(attin:8)

    Allah jua maha mengetahui segalanya..maka beri Dia tentukan hikmah terbaik utk kita..I.Allah..

    ReplyDelete
  32. thanks for sharing..
    kdg2 apa yg dirancang x mjadi kenyataan.. hrp trus tabah hadapi hidup ini...

    ReplyDelete
  33. abah aman= benar skali, setiap penyakit ada penawarnya dan setiap masalah ada penyelesaiannya. Yg ptg redha selalu dgn takdir Allah.

    ReplyDelete
  34. Tukang Kata = Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hamba-Nya.

    ReplyDelete
  35. caliph= Benar sklai, tak semua yg diimpikn akan menjadi kenyataan. Pasti sahaja, ada hikmah tersirat disebalik hakikat tyg tersurat.

    ReplyDelete
  36. rancangan? banyak sekali yang kita rancang...

    kita juga akan MUSNAH dengan sendirinya bila segala yang kita rancang / mahu boleh dicapai semuanya

    Allahlah sebaik-baik perancang

    ReplyDelete
  37. Hadapilah hidup ini dengan senyuman..kata-kata ini selalu sy dengar dari seorang teman..bila sy dlm keadaan sedih dia pasti mengatakan ayat tersebut....

    sy pon pernah juga menghadapi saat kekecewaan dan kesedihan...bila kekecewaan melanda kesedihan akan menerpa jiwa..tangisan menjadi peneman duka..tp smpai bila sy perlu seperti ini??

    sy mula berfikir dan berkata dlm hati..mungkin apa yg berlaku ini ada hikmahnya..teruskan bersabar dan tabah dengan dugaanNYA dan berdoa meminta kelapangan hati..

    insyaALLAH yg baik itu suatu saat akn dtg..

    ReplyDelete
  38. salam sahabat.
    biarlah kematian kita utk sesuatu yg bermakna.bukan utk diri sendiri ttp utk skala yg lebih besar,agama misalnya.
    -ttp kita tidak mengetahui pengakhiran hidup kita.hanya doa yg mengiringi mereka yg telah kembali samada pemergian mereka buruk @ baik pada pandangan mata kasar kita.
    -saham kita di akhirat yg memberi pulangan
    -kita memetik (hasil) apa yg telah dituai oleh kita masa kita hidup

    ReplyDelete
  39. Nauzubilah..Moga kita semua dijauhkan dari hilang pedoman dan cetek minda macam nih.

    Tiada masalah yang tak dapat diselesaikan dan ini bukan satu pengakhiran yang baik.Diri sendiri jugak yang rugi dunia & akhirat.

    ReplyDelete
  40. sedih la..tapinsye suke tazkirah awak.. terima kasih bagi sye semangat <3 .

    ReplyDelete
  41. tehr= saya setuju dgn pandangan saudara, andainya kita mampu gapai apa sahaja yg kita inginkan maka kita akan jahanam. Sbb mgkin yg kita inginkan itu sebanrnya adalah mudarat dan bukannya manfaat.


    Yuni = Hadapilah dgn senyuman dan carilah hikmah yang tersirat di sebalik hakikat yg tersurat.

    ReplyDelete
  42. Pacifit = Saya bersetuju skali dgn pandnagan sahabat, biarlah kita mati utk sesuatu yg bermakna. Tentu sahaja mati kerana agama.

    Arra Jasmy = Tindakan bunuh diri adalah tindakakan golongan cetek akal dan nipis iman.

    Tujuh rainbow = Trima kasih atas komentar. moga ada manfaat dpt diraih dari entry saya ini.

    ReplyDelete
  43. Salam..
    Zikir pelita hati menerang jiwa yg kegelapan dan menghilangkan resah gelisah gangguan syaitan..
    Acik doakan mudah2an kita tidak tertipu dengan tipu daya syaitan yg akan melemahkan iman dan pegangan agama..

    ReplyDelete
  44. Alhamdullilah hidup sy masih di berkati dan masih mampu melawan kekecewaan pd satu phubungan yg belum pasti jadi.terima kasih kerna kongsi cerita.

    ReplyDelete