Tuesday, 17 August 2010

DOSA SEMALAM

(Sesudah subuh di pantai Irama Bachok Kelantan)



DOSA SEMALAM (Buat Dia Yang Tidak Terhitung Dosaku Kepadanya)

Bila Kurenung dada langit yang tenang
Ingin kutatap wajah bulan
Tapi dosa semalam
Menyeruku dari celahan bintang
Lalu resahlah aku sendirian


Bila kutatap wajah laut yang membiru
Ombak mesra bagaikan membisu
Pantai indah seakan layu
Badai lembut tak sudi mengelus pipiku
Tapi gundah yang menyerbu
Dosa semalam belum berlalu
Meski telah kuhapus jejakmu.

27 comments:

  1. tenangnya jiwa bila menghadap laut...

    ReplyDelete
  2. semalam telah pergi hari ini kita cipta dan penhujung nya baru kita sedar dosa atau pahala :)

    ReplyDelete
  3. Salam singgah..moga sihat
    orang di sini..selamat menjalani
    ibadah puasa dengan penuh keberkatan
    jua dari-Nya...

    ReplyDelete
  4. suzzsuzie = sy sukakan pantai. rasa tenang jiwa bla ke pantai.

    ReplyDelete
  5. Zukbo= TrimA Kasih atas kunjungan. Moga saudara juga dalam redha dan rahmat Allah sentiasa.

    ReplyDelete
  6. naz= Alangkah indahnya jika kita dapat mneyedari dosa dan pahala awl2 lagi sblm memulakan perbuatan dan pertuturan. Sbnrnye kita telah tahu sbb Allah dan Nabi telah khabar namun kejahilan telah menyebabkan kita ketepikan dosa dan pahala.

    ReplyDelete
  7. cantik puisi ni..
    kalau tambah itu ini then jadikan lagu...mesti indah.

    ReplyDelete
  8. salam cikgu,
    bila baca puisi ni teringatlak blogger anaklaut juga cikgu dari kelantan yg memang pakar berpuisi, heheheh...

    bila merenung langit biru
    tak terhitung dosa2 semalam ku
    bila menatap ombak laut
    ingin saja aku melutut...
    memohon ampun padamu
    semoga dosa2 semalamku
    diampuni oleh MU...

    =p

    ReplyDelete
  9. Fiqrozen = Trima kasih krn sudi mmbaca puisi saya.

    ReplyDelete
  10. blueCITY= Sy minati puisi. Gemar juga dgr lagu puisi.

    Kak Biru pun minati puisi kan?

    ReplyDelete
  11. tenang sungguh.
    puisi hebat ..
    moga ada lagi puisi2 mcm ni lagi..

    ReplyDelete
  12. tatkala membaca puisi ini terkenang akan dosa2 yg pernah dilakukan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja..

    puisi yg bagus..terbaek shameel..=)

    ReplyDelete
  13. ini ..
    ah, dosa..

    masih terhukum atas dosa

    ReplyDelete
  14. ejum = Trima kasih atas komentar. saya menulis puisi sekadar utk meluahkan apa yg terbuku di hati.

    ReplyDelete
  15. Jane= Terhukum dan terdera oleh dosa-dosa silam. Apatah lagi dosa terhadap org yang pernah bererti dlm hidup kita.

    ReplyDelete
  16. Yuni Aisyah = Dosa-dosa lalu sering menghantui. sama-samalah mencari ruang dan peluang untuk menapak ke pangkuannya. Kembara rohani sebelum kita dikembarakan ke alam roh.

    ReplyDelete
  17. salam cikgu,

    heheheh jiwa sentimental kan
    pasti minat puisi
    mudah tersentuh
    apa lagi bila melihat keindahan ciptaan tuhan...

    hati pasti berzikir..
    subhanallah alhamdulillah walaillah haillaAllah Allah huakbar!!

    ReplyDelete
  18. Macy= sama-sama mohon keampuanan dari Allah. Menanapaklah kita menuju jalan Ilahi, melangkahlah kita dlm kembara rohani.

    ReplyDelete
  19. blueCITY= hahaha, btul kak, peminat puisi miliki jiwa halus yang mudah tersentuh. Kita akan menjadi perakam tika dan waktu yang setia. Kita akan jadi pemerhati yg bersimpati. Kita akan jadi penganalisis yang bernaluri.

    ReplyDelete
  20. Salam Shameel
    puisi yg mneyentuh jiwa..

    dosa semalam ku tak terhitung banyaknya
    seumpama butir2 pasir di tepi pantai..hanya padaMu aku mohon muga dosa silamku diampuni..

    ReplyDelete
  21. dah lama rasanya tak ke pantai tengok laut
    ...rindu pulak rasa

    ReplyDelete
  22. salam shameel,
    marilah kita bersama-sama mendapatkan margfirah Allah sempena sepuluh malam kedua Ramadhan ini... InsyaAllah.

    ReplyDelete
  23. nice one
    melihat pemandangan ciptaanNya, mmg buat kita berfikir panjang

    pantai irama bachok?
    rindu nk balik kampong weh,haha

    ReplyDelete