Isu ini mula diperkatakan sejak minggu lepas apabila Menteri Besar Kelantan, yang juga Mursyidul Am (Spiritual leader ) PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) mengalakkan wanita untk turut serta bersolat jumaat sebagaimana kaum lelaki. Sengaja saya menangguhkan diri dari menulis tentang isu ini demi melihat dan mendengar reaksi dari tokoh-tokoh agama yang lain. Dalam berbicara soal agama, kita mestilah menilai hukum berdasarkan dalil-dalil syarak. Pandangan dan saranan TGNA, sebenarnya bukanlah bercanggah dari sudut agama meskipun ia agak menyalahi kelaziman dan kebiasaan di Malaysia dan Nusantara. Tapi, sebagaimana saya nyatakan tadi, agama bersendikan dalil-dalil syarak dan bukannya kebiasaan setempat. Tanpa bias kepada mana-mana parti , isu ini harus dibicarakan secara berhikmah. Pesan saya cuma satu, dengarlah apa yang dikata tanpa melihat siapa yang mengata. Yang penting, apa yang dikata itu bersendikan dalil-dalil syarak.
Sebelum berbicara tentang hukum wanita bersolat jumaat, eloklah dahulu kita perkatakan tentang hukum wanita bersolat berjemaah di surau mahupun masjid. Secara tradisinya, hukum yang sering diutarakan tentang hal ini, ialah wanita lebih afdal bersolat di rumah. Antara dalil yang dikemukakan ialah, sabda Rasulullah: “Janganlah kalian melarang wanita-wanita kamu (untuk pergi ke) masjid dan rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka”. (riwayat Ibnu Khuzaimah). Sebenarnya berdasarkan hadis ini, jelas tiada larangan untuk wanita ke masjid, Cuma yang ada ialah nas yang menyatakan bahawa solat di rumah adalah lebih baik buat wanita..

Antara alasan yang dikemukakan oleh mereka yang tidak menggalakkan wanita bersolat jemaah di masjid ialah untuk mengelakkan fitnah. Dulu ada seorang ustaz berkata, Pelbagai fitnah boleh timbul terhadap wanita sepanjang perjalanan mereka pergi dan pulang dari masjid . Fitnah juga boleh timbul semasa mereka berada di masjid. Wanita-wanita ini akan diperhatikan oleh lelaki lalu berlakulah proses fitnah yang berpanjangan terhadap wanita itu dan lelaki yang memandangnya. WAH hebatnya alasan yang diberi. Tapi, Kalaulah kaum wanita dihalang ke masjid atas alasan fitnah, maka kenapa kita tidak menghalang anak-anak perempuan ke sekolah atas alasan yang sama? Tidakkah fitnah pergaulan bebas di sekolah lebih teruk daripada di masjid? Tidakkah gangguan yang bakal dihadapi mereka semasa ke sekolah atau ke kolej atau universiti itu lebih besar daripada ke masjid? Kenapakah mereka dihalang ke masjid yang berdekatan dengan rumah mereka, tetapi tidak dihalang ke kolej atau universiti yang jaraknya lebih jauh? Kenapakah anak-anak perempuan atau isteri-isteri dibenarkan ke tempat kerja, shopping kompleks, ke pasar-pasar bahkan ke semua tempat kecuali tempat yang paling mulia, iaitu rumah-rumah Allah? Satu persoalan lagi, benarkah apabila wanita duduk di rumah maka dia terselamat dari fitnah. Bukankah di rumah banyak ejen-ejen fitnah yang berupa televisyen. Kalau menonton berita di kaca TV sekalipun sudah banyak fitnah daripada fakta. Itu belum lagi dicampur dengan rancangan-rancangan berbentuk hiburan a.k.a maksiat. Jadi, adakah wanita yang sedang beribadat di dalam masjid itu lebih buruk dan lebih besar fitnahnya berbanding dengan yang sedang menonton tv di rumah?
Di sini ingin saya memetik artikel yang ditulis oleh Ust Tuan Mohd Sapuan bin Tuan Ismail (Pensyarah KIAS Kelantan) ……..bagi saya, kalaulah kita ingin berbincang mengenai hukum wanita ke masjid , kita jangan hanya melihat kepada hukum solat berjemaah yang ditulis dalam kitab-kitab Fiqh. Ini kerana hukum tersebut hanya untuk hukum datang berjemaah ke masjid. Padahal kita juga perlu melihat bahawa masjidlah tempat penyebaran ilmu dan kefahaman mengenai Islam. Kerana inilah Dr Yusof al-Qardawi berkata: "Solat seorang perempuan di rumahnya itu lebih baik jika dia ke masjid hanya untuk berjemaah, tanpa sebarang faedah lain, tetapi jika ada faedah yang lain seperti mendengar tazkirah keagamaan, mempelajari sesuatu ilmu atau mendengar bacaan al-Qur'an daripada qari yang khusyuk, maka pergi ke masjid itu adalah lebih baik". Ini kerana kewajiban belajar agama dan mendengar tazkirah bukan tertentu untuk golongan lelaki sahaja.
Bahkan terdapat hadis yang khusus yang menyatakan kelebihan belajar di masjid. Sabda Nabi s.a.w.: “Sesiapa yang datang ke masjid dan tidak ada tujuan baginya melainkan mempelajari kebaikan atau mengajarnya, maka baginya pahala haji yang sempurna”. Hadis riwayat Tobarani dan al-Albani mengangapnya sohih. Lihat Sohih Targhib wat Tarhib, m/s 38……
Kembali kepada tajuk( wanita bersolat jumaat sebagaimana kaum lelaki). Sebenarnya tujuan TGNA mengemukakan cadangan itu adalah atas dasar ilmu dan bukanlah untuk bersolat jumaat semata-mata. Ini kerana solat jumaat dimulakan dengan khutbah dan khutbah pula merupakan proses pembelajaran. Menuntut ilmu amat dituntut oleh islam, malah sejarah silam menunjukkan islam amat menitikberatkan pendidikan ke atas kaum wanita. Dalam sebuah hadis, Aisyah menyebut para wanita telah bersolat subuh bersama Rasulullah s.a.w dan kembali ke rumah masing-masing sewaktu kabus masih tebal( sila rujuk buku Wanita, Status Sosial dan Undang-undang Islam, tpengarang Prof Madya Dr. Paizah Hj. Ismail m/s 59). Ibn Qayyim pula berkata, bilangan sahabat Rasulullah s.a.w yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam bidang fiqh berjumlah 130 orang merangkumi lelaki dan perempuan. Daripada jumlah ini seramai 7 orang (7 org daripada 30 org ) telah membuat berbagai fatwa atau keputusan. Kata Ibn Hazm, di antara 7 orang itu ialah Umar, Ali, Abdullah bin Mas’ud, termasuk juga Aisyah( rujuk Hak Keistimewaan Wanita, pengarang Ustaz Nik Razi Nik Mat dan Dr. Rosnani Hassan). Aisyah juga pernah memuji wanita Madinah, kata Aisyah “Sebaik-baik wanita ialah wanita Madinah, kerana tidak malu mendalami hokum-hukum agama.” ( rujuk, Islam dan Manusia, Prof Madya Dr. Abdul Hayei Sukor, m/s 387 ).
Jadi,amat wajar dan sangat waras cadangan ini dikemukan oleh TGNA ini. Ia teramat releven untuk ibu-ibu yang sudah mempunyai anak-anak yang remaja dan dewasa. Terlampau releven, untuk wanita-wanita yang telah bersara dan tidak dibebankan dengan apa-apa kerja. Walau bagaimanapun bekas Mufti Johor, Datuk Noh Gadut mengatakan prasarana di kebanyakkan masjid hari ini memustahilkan wanita untuk turut serta bersolat jumaat. Katanya lagi, keadaan masjid hari ini terlalu sesak hinggakan jemaah lelaki terpaksa bersolat di luar masjid, jadi jika wanita turut hadir maka ia akan menghalang( mengambil ruang) kaum lelaki dari bersolat jumaat.
Pandangan pribadi saya, cadangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz tetap releven dan pandangan ustaz Noh Gadut juga benar dan tepat( ini berdasarkan pemerhatian saya sepanjang bersolat jumaat dibeberapa buah masjid di seluruh Malaysia). Pandangan pribadi saya juga, jangan jadikan prasarana masjid yang belum sempurna sebagai alasan untuk wanita terpinggir dari arus ilmu yang disampaikan menerusi khutbah jumaat. Kaum wanita masih boleh memperolehinya menerusi kaca TV ( RTM 1) yang menyiarkan solat jumaat secara langsung.

ssh nk tgk wanita lebih2 lg yg muda brsolat jemaah di msjid.. terutamanya solat jumaat.. bg sy, solat jumaat biarlah kaum lelaki je yg pergi.. ye la, mrk ramai dan wajib tunaikan solat jumaat.. jika kedtgn wanita2 ke msjid utk slt jumaat bakal mnimbulkn plbagai fitnah, eloklah wanita trsebut brsolat drumah je.. mengelakkan fitnah pn dpt pahala kn..insyaAllah..
ReplyDeleteelok juga kedua-dua pandangan tu tapi elok juga dikaji tentang keberkesanan khutbah, kadang-kadang tak sesuai dengan isu semasa
ReplyDeleteCik durian= Trima kasih atas komen. Bagi saya kalau prasarana belum sesuai spt masjid kecil dan jemaah lelaki pun dah melimpah maka eloklah lelaki sahaja yg pergi. tapi kalau masjid tu besar dan bertingkat maka elok juga ppuan turut serta. ttg fitnah sebrnya ia sebenarnya tak timbul sbb ppuan yag pergi bekerja dan belajar di sekolah dan universiti lebih terdedah kpd fitnah
ReplyDeletecemomoi= saya bersetuju dgn sahabat. Mmg adakalanya isu kandungan khutbah tak sesuai. Contohnya pernha ada khutbah ttg buah-buahan tempatan. Lawak pula kedengarannya.
ReplyDeletesalam shameel,
ReplyDeleteahah rasa tok guru hendak menyatakan yang tidak salah wanita solat jumaat. Sebab takut nanti ada yang beranggapan begitu bila budaya sekarang hanya lelaki sahaja yang solat jumaat.
Apapun abah setuju dengan shammel, tengoklah keadaan setempat. Kesuauaian dan kemashlahatan.
abah aman= Trima kasih atas pandangan. Saya pun berpendapat sebegitu juga, iaitu Tok Guru nak betulkan salah faham slma ini yg anggap hnaya lelaki sahaja yg boleh besolat jumaat. Sebabnya masyarakat kita lazimnya akan anggap kebiasaan sebagai agama. Mcm kes sujud sajdah waktu solat subuh pada hari jumaat. Di sebabkan di sesetngah tempat ia selalu dibuat, maka ada yg beranggpan ia adalah satu kemestian padahal ia sunat sahaja. Sebelum ni Tuan guru Haji Hadi dlm harakah juga ada menerangkan yg harus wanita menyembelih binatang. Malah amalan ini juga diterapkan dalam amali pendidikan islam di sekolah. Tapi, masyaakat tetap anggap janggal kalau wanita yg sembelih binatanbg. Ttg solat jumaat td,di samping itu Tok Guru juga inginkan semua pihak trmasuk wnaita memperolehi ilmu dri khutbah.
ReplyDeleteBetul abah, kena lihat keadaan dan kemaslahatan supaya manfaat melebihi mudarat.
salam alaik akh..
ReplyDeleteem,mmmg susah nk ubah mentaliti masyarakat ttg sesuatu yg di anggap janggal bagi mereka,namun tak mustahil dgn usaha dan penjelasan yg berhikmah..ttg solat jumaat bg muslimat,sy teringatkan masjid uia di gombak,setiap kali waktu solat jumaat tingkat 3 masjid uia akn dipenuhi student perempuan utk sama2 mendengar khutbah n solat jumaat.bg yg tak nak dengar kt masjid boleh duduk di mana2 tmpat berdekatan utk sama2 dengar isi khutbah..mgkin di sana keadaan nya sesuai dan mengizinkan, dan mgkin di masjid2 lain berbeza keadaannya.
ttg kwn sy yg ex stdent smsld tu ada 2 org yg agk rapat dgn saya, nurul faezah md azizan n siti bariyyah.parents faezah org terengganu tp dah lama keje kt sabah,adik lelaki faezah ade kt smsld skrg,form 5 xsilap sy. siti bariyyah plak mmg org sabah,tawau.maybe diorg ex student akh :)
hum.. sekarang solat terawih pun susah nk tgk budak2 muda kt msjid, apetah lagi y biase2.. y brusia j byk.. tmsk la maCy ni asenye..
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletenice info..thanks sharing =)
Melatidaisy= mmg susuah nak ubah kebiasaan dlm masyrakat tapi dgn penerangan yg bersungguh2, insha-Allah minda dan pemikiran masyarakat mampu diubah.
ReplyDeletecadangan Tok Guru aritu mmg bagus kalau situasi di masjid tidak membebankan.
Faezah dan Bariyah tu bekas student saya kt smsld dulu. Sy ajar diorg dri form 1-form 5.
Mazru Majid= Terima kasih krn sudi menziarah. sama2 kita berkongsi ilmu di alam maya.
ReplyDeleteMacy= Betul tu. Kalu solat tarawih pun hnaya pada permulaan jer ramai anak2 muda lepas tu semakin berkurangan. hahah. Tapi bagi ssaya kalau ilmu yg ingin dicari boleh juga dgn nonton al-kuliah, halaqah, forum perdana atau nonton sahaja channel astro oasis
ReplyDeleteAssalamualikum shameel
ReplyDeletekak ida sgt bersetuju dengan pendapat yg shameel..tak salah wanita turut sama ke masjid berjemaah tak kira waktu apa pun selagi ruang mencukupi untuk lelaki dan wanita..
fitnah apakah yg akan timbul andai wanita turut sama ke Masjid berjemaah dn menimba Ilmu Agama...pastinya bila ke masjid wanita menutup aurat berbanding ke tempat lain..di mana2 saja fitnah pasti timbul andai wanita tidak pandai menjaga diri dan tingkah laku...
kak ida sgt bersetuju dgn Tuan Guru..Tuan Guru tidak mengeluarkan pendapat tanpa sebab yg munasabah dn sesuai dgn keadaan..
salam shameel..
ReplyDeleteapa khabar awk?
moga awk sihat selalu..
Lor..ni yang buat mesejid jadi penuh tak muat..nak ajak kaum Hawa Solat Jumaat pulak dah..
ReplyDeleteCik Amy= Alhamdulillah, saya sihat jer. Moga cik Amy pun sihat sejahtera dan dalam redha Allah sentiasa
ReplyDeleteKak Ida= Betul tu, tentu ada sebab yg munasabah utk Tuan Guru menyarankan agar wanita turut bersolat jumaat. sbnrya fitnah ke tempat lain lagi banyak berbnading dari ke masjid utk bersolat.
ReplyDeleteJika tidak mampu ke masjid waktu solat jumaat sekalipun, kaum wnaita jgn seseklai lepaskan peluang utk berjemaah pada waktu2 yg lain spt kuliah selepas maghrib. Bnayak ilmu dpt diperolehi dri kuliah itu.
En. releven= buat masa sekarang kebanyakkan prasarana masjid mmg tak sesuai sebab kecil dan sempit. kalau wanita dtg maka lelaki takde ruang nak bersolat jumaat. Tapi bagi masjid yg besar dan lengkap prasarana spt ada dewan maka saranan ini cukup releven.Btul tak
ReplyDeletebukankah bersolat di masjid besar pahalanya berbanding dirumah..perlukah melarang wanita dr bersolat ke masjid hanya kerana utk mngelak dr terkena fitnah? rasanya bila ke masjid pasti berpakaian manutup aurat dan sopan.
ReplyDeletemelihat contoh negara jiran kte INdonesia..mereka mengalakkan kaum hawa ikut serta menunaikan solat jumaat..walaupun tidak diwajibkan seperti mana lelaki tp jika dilaksanakan mendapat pahala..
tp melihat dar situasi sekarang..amat jarang org memakmurkan masjid..
btul tu yuni, bersolat berjemaah pahalanya lebih besar, tapi macam Dr Yusof al-Qardawi berkata: "Solat seorang perempuan di rumahnya itu lebih baik jika dia ke masjid hanya untuk berjemaah, tanpa sebarang faedah lain, tetapi jika ada faedah yang lain seperti mendengar tazkirah keagamaan, mempelajari sesuatu ilmu atau mendengar bacaan al-Qur'an daripada qari yang khusyuk, maka pergi ke masjid itu adalah lebih baik".
ReplyDeleteTTg solat jumaat kalau prasarana lengkap dan sempurna, maka amat bagus utk perempuan menyertainya. Kat UIA pun student ppuan ada yg turut serta bersolat jumaat
Superb!!!!sgt jelas dan mantap sekali penerangan saudara!love it!
ReplyDeleteLatest post:Org tanya,saya jawab..nak tanya?
iqbalsyarie= Terima atas komen. sekadar perkongsian ilmu dari saya sejajar dgn sabda junjungan mulia, Nabi s.a.w " sampaikan dariku w/pun satu ayat"
ReplyDeletememang betul pandangan saudara tu..tapi yang susahnya mentaliti sesetengah orang yang lihat TGNA dengan sebelah mata.. sesuatu yang bersih tapi bila di tafsirkan oleh hati yang kotor, jadinya kotor la pada mereka..jangan jadikan politik sebagai cermin mata untuk melihat tindakan TGNA..TGNA bercakap berdasarkan ilmu dan nas..sedih bila lihat mereka mengutuk TGNA sedangkan di dada mereka langsung tiada ilmu...
ReplyDeletenice info...tak tau lak ada kes cmni ye...
ReplyDeleteSi para-para = Trima kasih atas pandangan saudara. Btul tu, TGNA bercakap atas dasar agama yg bersendikan dalil demi kebaikkan bersama. Tetapi yg menentangnya pula hnaya bersendikan emosi dan kejahilan semata-mata.
ReplyDeleteKaito= Terima kasih sudi komen. Isu ni dibangkitkan minggu lepas.
ReplyDeleteag pon pempuan2 muda skang jarang yg g solat berjemaah kat masjid..
ReplyDeletefitnah?? sbb tu la ble nk ke mane2, seorang pempuan mstlah di temani mahramnya kan?? bg mngelakkan fitnah.. huhuhu.
This post has been removed by the author.
ReplyDeleteice juliette = mmg jarang org2 muda(trmasuk lelaki) yg solat berjemaah kt masjid N surau skrg ni.
ReplyDeletettg fitnah tu, mmglah w/pun untuk ke masjid ppuan mesti diringi oleh mahramnya atau setidak2nya diizinkan oleh suami atau org tuanya( bagi yg bujnag).
Isunya, kenapa dibangkitkan isu fitnah hanya ke masjid tapi tidak bila ke tempat kerja, pusat membeli belah , pusat hiburan dan sebagainya. sedangkan tempat2 sebegini lagi berisiko utk terdedah dgn fitnah.
salam....
ReplyDeletekenyataan TGNA perlu direnung2kan..
Perkara ini patut dipraktik terus. Di Makkah sudah menjadi perkara biasa. Di Kuala Lumpur, Masjid Negara ada ruang khas untk wanita bekerja solat Jumaat di bahagian atas. Daripada window shoping atau mengumpat eloklah solat Jumaat dengar khutbah, dapat pahala.
ReplyDeletesekamar rindu= Ya, amat perlu utk direnungi kenyataan TGNA. Renung utk kebaikan umat islam baik lelaki mahupun perempuan.
ReplyDeleteUstaz Ahmad Baei Jaafar= Trima kasih kerana sudi bertandang ke blog saya sekali gus tinggalkan komen. Saya sokong pandagan ustaz. Daripada shoping dan mengumpat lebih baik dengar khutbah.
ReplyDeleteshameel,
ReplyDeleteapa kata kita panggil animah waduud jadi imam di kelantan.
tuan guru tentu seronok. haaa...haaa
azizi abdullah
cikgu, sampai pada budak2 JPM yang uruskan BTN, diletknya pendapat tuan guru ini sebaris dengan apa yang dipegang Aminah Wadud itu....
ReplyDelete- macam bagus saja propaganda mereka ni.
cis!!!
@naim
naim= Amina wadud penganut ajaran islam liberal. Dia perjuangkan feminisme yg melampau. Kalau lah betul spt yg naim kata, maka amat bodoh dan terlampau bangganglah org-org KPM yg uruskan BTN. maka amat wajarlah BTN dimansuhkan sebab menyebarkan ajaran sesat.
ReplyDeleteSAtu huraian yang baik!
ReplyDeleteBagi yang tak mahu kepada ilmu akan mengatakan biarlah lekai sahaja yang pergi sembahyang jumaat! wanita dok kat rumah!
muara= saya bersetuju dgn sahabat.
ReplyDeleteAssalamualaikum shameel..
ReplyDeletethans info berguna ...memang tak salahpun wanita pergi solat jumaat di kampung saya di indonesia ada je pompuan p solat jumaat tapi kuranglah
saya jujur saya katakan saya tak pernah pergi solat jumaat.