Gula dan Gila.
Bukan gula-gula
Tidak juga gila-gila
Tapi, Inilah.....
kegilaan yang menggila
Kegilaan menaikkan harga gula
Dengan alasan yang gila,
Kononnya untuk mengurangkan kegilaan orang ramai terhadap gula
Kononnya kegilaan terhadap gula
Akan menyebabkan obesiti dan diabetes menggila
Di atas adalah entry lama saya tentang gula. Mungkin ia sudah tak releven kerana masalah hari ini ialah masalah kekurangan gula ( yang disorok entah di mana) dan bukannya masalah kenaikkan harga gula. Tapi, saya amat yakin, sebagaimana saya yakin dengan formula satu tambah dua jawapannya adalah tiga (1+2=3). Yakin sangat-sangat, sesungguhnya gula akan memenuhi malah akan berlambak di pasaran andainya kerajaan mengumumkan kenaikkan harga gula. Tika dan saat itu, bekalan gula akan datang mencurah-curah dari sumber yang tak disangka-sangka. Tika dan saat itu juga, Peruncit akan kata ok, pemborong pula kata beres. Cuma pengguna yang mengeleng-gelengkan kepala.
99 PERATUS GULA NEGARA DIIMPORT.
Kembali kepada tajuk.Kekurangan bekalan gula semakin menggila. Sana sini dan di mana-mana, ketiadaan gula amat dirasai. Dari kedai kopi dan kedai runcit di kampung-kampung hinggalah ke Tesco dan Giant di bandar-bandar. Ramai yang terkejut kerana gula sukar didapati. Tapi lebih ramai yang terkejut apabila Menteri Perdagangan Antrabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (DSMM)mengatakan, sebanyak 99% bekalan gula dalam negara diimport dari negara luar. Katanya lagi, sebahagian besar bekalan gula di Malaysia diimport dari Brazil (41%), diikuti Austarlia( 36%), Thailand (14%) , Nicaragua( 8%) dan Guatemala(0.6%).
Mungkin ada yang tertanya-tanya, ke manakah ‘menghilangnya’ pokok-pokok tebu di Malaysia(terutamanya di perlis) hinggakan hanya mampu mengeluarkan 1% sahaja bekalan gula untuk kegunaan di dalam negara. Maaf saya tiadak memiliki jawapan untuk soalan itu. Yang jelas lagi pasti, walaupun bekalan gula telah diimport sebegini rupa, namun bekalan gula dalam negara tetap berkurangan. Kekurangan tahap kronik. Kekurangan yang meresahkan sesiapa sahaja.
Awal tahun 2010, harga gula telah dinaikkan dengan alasan untuk mengurangkan obesiti dan diabetes. Itu telah berlalu dan biarlah ia berlalu, malah kenaikkan itu telahpun diterima dengan penuh redha oleh segenap masyarakat. Cuma jangan pula selepas ni, harga garam pula dinaikkan dengan alasan untuk mengurangkan darah tinggi. Atau harga beras dinaikkan dengan alasan untuk menggelakkan obesiti. Jangan juga harga petrol, harga kereta (dan lain-lain kenderaan bermotor), kadar tol dan tiket bas dinaikkan dengan alasan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya. Lebih-lebih lagi, jangan pula menaikkan harga pisau, kapak dan parang dengan alasan untuk mengurangkan kes bunuh.
Ada cadangan dari kerajaan agar subsidi gula dikurangkan secara berperingkat. Kata DSMM, harga gula di pasaran antarabangsa sekarang ialah RM2.45 sen sekilogram sedangkan harga pasaran domestik yang telah disubsidikan pula ialah sekitar RM1.65 sen sekilogram. Saya tidak membantah secara total dan tidak pula menyokong secara mutlak. Ada suara-suara ‘atasan’ yang mengatakan, wang subsidi itu akan dimanfaatkan untuk memajukan pengangkutan awam. Persoalannya, adakah kemudahan itu dinikmati oleh rakyat secara menyeluruh sebagaimana kesan kenaikkan harga gula yang ditanggung dan dirasai oleh semua. Yang pasti, di sekitar Kuala Lumpur dan bandaraya lain, ia benar-benar direalisasi tapi di kampung-kampung dan kawasan pendalaman ia hanya mimpi.
Memanglah harga gula tak meningkat secara melampau andainya subsidi dimansuhkan. Mungkin akan berlaku kenaikkan sekitar 20 atau 30 sen sahaja. Ia tidak membebankan rakyat terbanyak. Tapi, jangan kita lupa sebab masih ramai rakyat Malaysia yang hidup dalam kedaifan yang teramat sangat. Bagi mereka kenaikkan harga walaupun sekecil 20 sen, tetap membebankan. Bukan sekadar terbeban untuk membeli gula tapi terbeban untuk membeli makanan berasakan gula. Dahulu, ketika berkhidmat di Sekolah Menengah Sains Lahad Datu Sabah, saya sering perhatikan seorang tukang kebun yang sering meminta sisa-sisa ikan( kepala ikan ) dari kantin dan dewan makan. Saya ingatkan, dia ingin memberi kepala ikan itu kepada kucing.Rupa-rupanya, dia tak mampu membeli ikan jadi kepala ikan itu akan dimasukkan ke dalam gulai dan dia sekeluarga dapat menikmati ‘perasa’ ikan di dalam gulai itu. Bayangkan, betapa daifnya pakcik tukang kebun ini hinggakan tidak mampu membeli ikan dan terpaksa memakan kepala ikan ( yg sepatutnya dimakan oleh kucing). Beberapa tahun yang lalu ketika di Universiti, seorang sahabat saya yang berbangsa Melanau terpaksa berhenti belajar kerana ketiadaan wang. Malah, hampir 2 bulan dia hanya memakan sagu yang dihantar oleh orang tuanya dari Sarawak. Bayangkan betapa susahnya orang tua sahabat saya ini. Itu dua episod kemiskinan yang pernah saya saksikan, tapi bagaimana pula dengan episod-episod yang lain. Pastinya masih berlambak. Sahabat boleh sahaja melihat rancangan bersamamu di TV3. Itu yang menampilkan diri tapi bagaimana pula dengan yang menguzlahkan diri dari pengetahun umum. Pastinya sangat ramai.
Jujur! Saya tidak membantah secara total dan tidak pula menyokong secara mutlak jika subsidi nak dihapuskan. Cuma, sebelum dihapuskan subsidi gula dan macam-macam subsidi untuk menjimatkan perbelanjaan negara, eloklah direnung dahulu segala dasar yang ada agar bertepatan dengan konsep RAKYAT DIDAHULUKAN DAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Sudah tiba masanya para Menteri menjadi contoh dan tidak hanya memberi contoh( hanya melaungkan slogan). Apa kata kalau Pak Menteri cuba-cubalah berjimat. Lagi bagus kalau dikurangkan gaji dan elaun Pak Menteri. Bukankah Umar Abdul Aziz dan Sallahudin al-Ayubbi telah menjadi contoh dalam hal ini.
ohh..gula..dekat2 raya ni la nk hilang kn
ReplyDeleteaa.lebihnya gula dalam senyuman.err.
ReplyDeleteRasa sgtlah tak logiknya bila tetiba sebuah minimarket yg besar tiada gula..mcm2 alasan yg diberi..
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteklu gula naik..org akn kurang beli gula ke..?tetp same je kot..lagipun gula juga rerlu dlm bdn kita..klu x, cane gula tu nk diproses menjadi sebuah tenaga..?
ahah btol ke pe den ckp nih..?hihi..
syukur saya masih dapat bekalan gula lagi....
ReplyDeletesalam sahabat.
ReplyDeleteinilah akibatnya jika mengamalkan konsep monopoli.kuasa tunggal dlm menentunya pergeluaran gula.sampai kerajaan sendiri tidak mampu mengawalnya.terpaksa akur dgn rentak pengeluar/pengespot.memang rakyat dahulu didahulukenakan.
berbalik soal kemiskinan,kenkadang terfikir kita punyai wang zakat,baitulmal dan segala mcm agensi di bawah label Islam.ttp ada rakyat yang hidupnya melarat masih meminta belas ehsan org lain.sedang hak mereka ada pada kita.kerajaan membuat konsep supaya kita menjadi mata dan telinga kerajaan.rupanya konsep itu hanya digunakan merisik sama ada si anu itu menyokong parti mana.
ttp masalah lain pula timbul bila golongan yg ditindas ini tidak sedar yg mereka ini ditindas.masih bergantung harap kepada penindas.seolah2 penindas ini berhak menindas mereka kerana kemiskinan mereka.
sesungguhnya pendidikan/pengetahuan/hal ehwal semasa dpt menyedarkan mereka atas apa yg berlaku.
ya,kita memerlukan agen perubahan utk melakukan tugas ini
sugar2 kapas strawberry= Dah jadi adat tika musim raya. Harga gula dan beberapa brgan keperluan akan naik. Mcm nilh tiap2 tahun.
ReplyDeleteAkufobia= Bila harga gula asyik naik dan gula takde kat pasaran maka senyuman tak bleh lagi nak dimaniskan. hahhah
Kak Idalara= mmg tak logik sbb gula2 betul kekurangan skrg ni. Kt KB pun susah nak dapat. Skrg ni peruncit plak wat hal. Tapi, kemungkinan para peruncit dan pemborong yg jadi dalang di sebalik smeua ini.
ReplyDeleteTot-tot kecik= Betu ltu, gula tetap dibeli wlaaupun harga dinaikkan sbb ia dah jadi brg asas spt beras. Bkn sbagai minuman jer tp sbgai sebahagian resipi utk kuih muih.
insan= Al-hamdulillah sbb masih dpt bekalan gula. tapi, msih ramai yg x dpt bekalan gula. lagi malang nasib para peniaga kuih muih. Meraka rugi besar akibat percaturan yg kejam ini.
ReplyDeletePacifist= Trima ksih atas pandangan sahabat yg panjang lebar. Mmg dasar monopoli byk menindas, kerajaan pun macam kehilagan taring dlm menghadapi karenah pemborong dan peruncit.
ReplyDeleteTtg zakat, andainya harta zakat digunakan secara betul maka ramai fakir miskin dpt ditolong. Tapi sayang, agihan x sempurna setakat ini. Dahulu di selangor era BN, pernah diistiharkan lebihan wang zakat sebnayak RM 1 Juta. padahal dlm masa yg sama berlambak golongan miskin di Selangor. Iniulah yg dikatakan bijak mengutip ketika tapi bodoh ketika mengagih. Kalau ditegur kita dianggap menentang Majlis agama pulak.
Dasar politik yg mneindas juga saya akui byk dilakukan oleh agensi kerajaan. Dulu, saya dan bebarapa org rakan tak dapat biasiswa w/pun layak hanya kerana ayah-ayah kami adalah penyokong Pas. Dlm masa yg sama, anak2 penyokong UMNO w/pun agak berada tapi dapat juga biasiswa
salam shameel,
ReplyDeleteuntuk pengetahuan shameel, abah sudah mula memnanam tebu di belakang rumah... haha...
abah= Tahniah sbb sediakan payung sebelum hujan. hahaha
ReplyDeletekurangkan penggunaan gula dlm kehidupan seharian pasti akn mendatangkan kebaikan..hidup sehat, duit pon jimat..hehe...
ReplyDeletelebihkan manis dlm snyuman j la.. huhu
ReplyDeleteMacy= Nnt kalau senyuman trlampau manis bahaya pulak. Ramai tergoda. Heheheh
ReplyDeleteYuni= Betul tu Yuni,Tapi.... gula tetap perlu
ReplyDelete