Hampir tiga tahun saya meninggalkan Sekolah Menengah Sains Lahad Datu, sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di negeri di bawah bayu. Dulu, saya adalah antara pendidik di sekolah itu. Jujur, sampai sekarang saya masih menganggap segala kenangan SMSLD sebagai yang terindah, terbaik dan termanis untuk dikenang. Percayalah, cinta saya tertinggal di situ. Ia ada di setiap ruang dan sudut negeri di bawah bayu. Jika ditanya tentang rindu, ia berada di setiap inci negeri itu. Andai ditanya tentang kasih dan sayang, ia berada di setiap kelas dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.
Perlu saya maklumkan, Sewaktu memohon untuk penempatan(posting) dahulu, pilihan pertama saya ialah negeri Kedah, diikuti Perak, Melaka dan Johor. Tapi kerja Tuhan tak siapa yang tahu, akhirnya saya terlontar ke negeri di bawah bayu.
Ada makhluk kt atas pokok tu, sila klik gambar utk lihat )
Cukuplah bernostalgia dan kembali kepada tajuk. Beberapa hari yang lepas, ada ura-ura dari Kementerian Pelajaran untuk memansuhkan peperiksan UPSR dan PMR. Cadangan ini disokong oleh beberapa NGO berasaskan Keguruan dan Pendidikan seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) dan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), tetapi kedua-dua NGO ini inginkan UPSR dikekalkan atas alasan ia masih relevan.
Sekarang kemungkinan akan diwujudkan satu ujian khas untuk memasuki sekolah berasrama penuh bagi menggantikan peperiksaan awam UPSR dan PMR. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata ujian khas itu tidak akan diwajibkan tetapi terbuka kepada pelajar yang ingin memasuki sekolah berasrama penuh Katanya lagi, Ujian khas sebegini pernah dilakukan dahulu bagi kemasukan ke Maktab Melayu Kuala Kangsar.
Umum mengetahui , hanya pelajar yang terpilih sahaja yang layak menjadi warga SBP( begitu juga untuk ke MRSM). Ramai bekas pelajar saya dahulu, kini bertebaran di seluruh dunia kerana melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidan. Umum juga mengetahui, selama ini kegemilangan dalam UPSR dan PMR yang dijadikan kayu ukur tapi nampaknya ia akan jadi sejarah sebab UPSR dan PMR mungkin dimansuhkan. Apa sahaja yang dilakukan harap tidak menjejaskan mutu SBP khasnya dan pendidikan amnya. Secara pribadi, saya tidak menyokong secara total dan tidak pula membantah secara mutlak terhadap kedua-dua cadangan ini. Apatah lagi saya juga seorang pendidik, yang terikat dengan pelbagai akta. Cuma, wajar sekali cadangan ini diperhalusi sebab kalau kita rujuk dasar-dasar yang lepas ternyata kita hanya bereksprimen dalam dunia pendidikan dengan menjadikan pelajar sebagai bahan uji kaji. Dulu, pernah sesi persekolahan dimulakan pada bulan disember. Huru-hara pelajar-pelajar di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu kerana amukan banjir. Lepas tu, diperkenalkan pula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang akhirnya mengundang kontroversi.
Yang pasti, tunai tetap kami tunaikan akan saya kotakan selaras dengan semangat KAMI GURU MALAYSIA.
Yang pasti, tunai tetap kami tunaikan akan saya kotakan selaras dengan semangat KAMI GURU MALAYSIA.
hum.. tentang pemansuhan tu, pandangan peribadi?
ReplyDeleteand ha, tak nampak makhluk apa2 pun ats pokok.. huhu
sokong asal terbaik untuk semua.
ReplyDeleteakufobia= Btul tu, kita sokong apa sahaja dasar asalkan ia trbaik utk semua.
ReplyDeleteMacy = Mmg cadangan tp ia dtg dri Menteri pelajaran, apa pun sama2lh kita harap yg terbaik.
ReplyDeleteTak nampak ke makhluk atas pokok tu, tgk betul2. hehehe
letih jugak dibuatnya... jangan rombak silibus nanti bebudak pening, mak bapak lagi pening takut buku pon tukar jugak
ReplyDeletesalam ziarah
ReplyDeletea kl citizen= trima kasih atas kunjungan. salam kenal dari saya
ReplyDeletecemomoi= btul tu, kalu buku teks ditukar byk wang negara akan digunakan utk menerbitkn buku teks yg baru. Yg PPSMI ni pasti akan bertukar buku teks nnt sbb nak kembalikan ke BM. Tp, mak bapak x perlu bimbnag sbb buku teks percuma dan smeua dapat. Tapi tak taulah akan dtg takut ia kembali kpd kaedah lama( hanya yg layak jer dpt buku teks percuma)
ReplyDeleteTeringat masa di LD..:)
ReplyDeletebluedianthus= Best mengajar kt LD. Ptg2 joging kt taman katak.
ReplyDeleteMakhluk apa kat atas pokok tu??? Tak nampok pun...
ReplyDeletewebmaster@Echam= hehehe, sebenarnya ada sarang burung yg kecil kt situ
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletesemalam berlalu untuk dikenang,
esok ditempuh, penuh anganan.
cikgu ahmad humairi = saya sokong kata-kata cikgu, cuma harap-harap anganan yang bakal ditempuh esok tidak memudaratkan sistem pelajaran.
ReplyDeletesemuanya menjadi kenangan terindah kan...
ReplyDeleteCik Amy= Ya, segala kenangan kt sabah masih lagi menjadi kenangan terindah buat saya.
ReplyDeleteouh cikgu rupanya =D
ReplyDeletebellarossa= ye, sy cikgu. Trbongkar akhirnya.
ReplyDeletebellarossa= ya, sy cikgu. Terbongkar jua akhirnya.hehehe
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteoo, akh penah ajar situ ya, besfren sy ex smsld jgk..tapi spm 2005 :)
Salam ziarah..
ReplyDeleteOhh..cinta tertinggal di SMSLD. Anak saudara saya belajar di SMSLD sekarang ini.
Semoga dipermudahkan segalanya.
lensa nurr= salam ziarah kembali. sape ye nama anak saudara en. lensa.
ReplyDeletehari tu ada baca paper, katanya ramai xberminat msk sbp dh..
ReplyDeleteRozana Razali= saya pun tak pasti akan kebenaran laporan akhbar tu. tapi seingat saya, terlalu ramai ibu-bapa yg ingin anaknya belasjar kt SBP. Sebab tu bilangan sekolah asrama penuh integrasi(sbpi) diperbnayakkan lagi. lag isatu kemasukkan ke sbp semakin sukar sebab terlalu ramai pelajar cemerlang peringjat upsr dan pmr. sbb tu disekolah trtentu diwjudkan sekolah khas utk perlajar cemerlang spt smk bainun kt perak.
ReplyDelete