Thursday, 27 May 2010

award dari AISYAH


Award Blog Paling Comel
award ni drp Aisyah merupakan seorg blogger a.k.a pemilik blog
( http://nuraisyyah.blogspot.com/)
Award ni comel sekali. Menerimanya mengingatkan saya kepada lagu
PALING COMEL (nyanyian Allahyarham Achik dan Nana ).
Seperti biasa ada tugasan yang perlu diselesaikan.
Senang jer tak sesusah buat tesis Master.

~LENGKAPKAN PANTUN PEMBAYANG DI BAWAH~
...............................................
..............................................
memang aku rasa blog aku comel;
kenapa korang jeles ke?

~JAWAPAN SAYA~

Rakan-rakan blogger yang comel
Arini sihat ke
Memang aku rasa blog aku comel;
Kenapa korang jeles ke?

Ok tak pantun saya tu. hehehe
Wanna share this comel award with :

Farhana (http://fabulousfarhana.blogspot.com/ )

p/s --> yg dpt award ni kena buat pembayang pantun tu.
Boleh kan. Mudah jer.

Monday, 24 May 2010

2 IN 1 (dua dalam SATU)

(Shampoo 2 in 1, gambar dari Google)


DUA DALAM SATU( 2 IN 1), sudah lazim dan telah lumrah kita lihat dan dengar istilah itu. Di kaca TV dan dada akhbar, ia muncul selalu. Tentang syampoo( shampoo) 2 in 1, penjelasan sudah tak perlu. Sebab, rata-riti telah tahu.


( Ladan dan Ladeh Bijani, Gambar dari Google)


Kembar Siam, ini juga boleh dikategorikan sebagai 2 in 1. Tapi, ini kisah 2 in 1 yang mengundang sendu dan pilu. Pasangan kembar siam perlu berkongsi untuk lengkap melengkapi bagi meneruskan hidup. Berkongsi dalam satu jasad. Macam-macam yang perlu dikongsi lantaran berlakunya percantuman. Paling asas pun dua kepala dalam satu jasad. Ada juga yang berkongsi kaki dan tangan, otak, abdomen, paru-paru, usus, jantung dan buah pinggang serta alat kelamin. Sebenarnya, Kembar Siam jarang-jarang berlaku. Dikatakan berlaku dalam kadar/nisbah yang amat kecil, iaitu 1 dalam 50 ribu kelahiran ( 1:50,000). Bagi kes kembar biasa pula, berlaku dalam kadar 1 nisbah 80 kelahiran( 1:80).


Kembar Siam pertama, iaitu Chang dan Eng Bunker dilahirkan pada 11 Mei 1811 di Thailand( Siam). Bermula dari sinilah istilah kembar Siam mula digunakan. Pembedahan untuk memisahkan kembar siam ini amat berisiko. Tentang kejayaan pembedahan, boleh dirujuk kisah pasangan kembar siam di Malaysia, iaitu Ahmad dan Muhammad yang telah berjaya dipisahkan di Riyadh, Arab Saudi. Tentang kegagalan, tentu ramai yang masih ingat akan nasib malang yang menimpa pasangan kembar dari Iran, Ladan Bijani dan Ladeh Bijani yang menemui ajal seusai pembedahan di Singapore.






2 IN 1 setusnya bersangkut paut dengan ibadat puasa. Lebih tepat lagi puasa 2 dalam 1. Ia biasanya berlaku dalam bulan syawal, lebih tepat lagi bagi mengerjakan puasa sunat 6 hari selepas menyambut Eidul fitri. Dikatakan 2 in 1 , sebab ada ( terutamanya perempuan) yang mengambil kesempatan dengan mengabungkan ganti puasa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan( sebab haid dan macam-macam) dengan puasa sunat syawal. Kita ikuti pandangan beberapa ulama tentang hal ini. Seorang ilmuan hadis di Malaysia, Prof Madya Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor , dalam bukunya ISLAM DAN MANUSIA, 1001 KEMUSYKILAN, m/s 282, telah memetik Fatwa Syeikh Atiyyah Saqar( seorang ulama dari al-Azhar), katanya, “ Harus bagi mereka yang menanggung qada puasa Ramadhan, berpuasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal , tetapi niatnya hendaklah niat qada. Tetapi, jika diniatkan dan dilakukan secara berasingan maka nescaya itu yang lebih afdal……”

Walaubagaimanapun, beberapa orang ulama lain membantah fatwa ini. Alasannya ia bercanggah dengan sunnah Nabi dan athar Sahabat. Prof Dr Mahmud Zuhdi menegaskan ia bercanggah dengan hadis yang bermaksud “ Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan DIIKUTI puasa enam hari Syawal,seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun”(Hadis riwayat Muslim). Umum mengetahui, DIIKUTI membawa maksud berasingan dan bukannya digabungkan. Kata Prof Dr Mahmud Zuhdi lagi, ia ibarat seseorang yang ingin membayar hutang, namun dalam masa sama, duit itu ingin disedekahkan kepada orang memberi hutang kepadanya itu. Ustazah Nor Bahyah Mahmood turut membantah amalan menggabungkan puasa ini.

Kesimpulannya, eloklah dilaksanakan secara berasingan meskipun ada pendapat yang mengatakan ia boleh disatukan. Ambil jalan selamat di sebalik khilaf ulama. Selesaikan dahulu puasa ganti yang bertaraf wajib , kemudian barulah kita kejar puasa enam syawal yang bertaraf sunat. Segunung ibadat sunat tetap tidak mampu menandingi ibadat wajib. Jutaan solat sunat yang dilakukan tetap tidak bererti andainya solat fardhu tidak dilaksanakan. Segunung sedekah tiada maknanya andainya zakat diabaikan.



( Tanah Perkuburan 2 in 1 di Umas-umas, gambar dari Google)
Ni kisah 2 in 1 yang paling menarik untuk dikongsi bersama. Kisah satu tanah perkuburan untuk dikongsi oleh dua penganut agama yang berlainan. Dalam hal ini, ia melibatkan tanah perkuburan yang dikongsi antara umat Islam dan penganut Kristian.


Kepada sahabat-sahabat yang beragama Kristian, saya mohon maaf, sebab tujuan saya paparkan isu ini sekadar untuk perkongsian maklumat dan bukannya nak mencampuri urusan agama yang dianuti sahabat. Lagipun hubungan saya dengan orang kadazan Kristian di Sabah amatlah mesra, terutama dengan sumandak-sumandaknya. Mesra sejak dahulu hingga kini dan mudah-mudahan untuk selamanya.


Memang tidak menyalahi kelaziman andainya tanah perkuburan itu melibatkan perkongsian antara penganut Budha dan Kristian( ia boleh dilihat di mana-mana sahaja), tapi bila melibatkan penganut islam maka ia menjadi satu perkara yang perlu diberi perhatian. Tentang tanah perkuburan islam dan kristian di Umas-Umas itu, saya tak pasti ia benar-benar wujud atau tidak. Sejujurnya, sepanjang mendiami bumi Sabah(hampir 6 tahun lamanya), saya seringkali ke Tawau tapi tak pernah pula terserempak dengan tanah perkuburan sebegitu.


Tentang Umas-Umas pula, memang saya tak pernah sampai ke situ. Ia kawasan felda yang agak besar di sabah. Tapi Felda sahabat di Lahad Datu lagi besar (andainya digabungkan Melaka dan Perlis, nescaya belum lagi mampu menyaingi luas dan besarnya felda sahabat ). Tapi di beberapa buah perkampungan di daerah Kunak ( hasil tinjauan saya sekitar tahun 2004)masih ada(malah agak ramai) masyarakat di sana yang mempunyai tanah perkuburan secara peribadi. Maksud saya, setiap rumah akan ada tanah perkuburan masing-masing untuk keluarganya.Biasanya lokasi kubur ialah ditepi dan bahagian hadapan rumah. Buka tingkap terus nampak kubur.



( Tanah Perkuburan 2 in 1, gambar dari google)


Gambar Tanah Perkuburan di atas dan seterusnya adalah di Indonesia. Maaf saya tak pasti kat kawasan/ kabupaten mana. Pada hari sabtu lepas (22. 5. 2010), saya ada meninjau tanah perkuburan milik suku kaum Batak yang beragama Kristian sepanjang perjalanan dari Bandar Medan ke Berastagi Sumatera Utara. Cantik kubur-kuburnya walaupun usang sekali rumah-rumahnya. Kata kawan saya, jika ingin tahu lebih mendalam tenatng kaum Batak, pergi sahaja ke Pulau Samosir


( Tanah Perkuburan 2 in 1, gambar dari google)



Kembali kepada cerita kubur 2 in 1 ini, Saya ada terbaca artikel tentang ini(saya lupa sudah kat mana saya bacanya). Tapi saya tertarik dengan jawapan yang diberi apabila penulis majalah tersebut ajukan tanya, agak lucu tapi ada logiknya. Katanya, untuk apa dihairankan sebab malaikat tahu yang mana satu Islam dan mana satu Kristian.

Wednesday, 19 May 2010

persis ULTRAMAN

(Ultraman, gambar dari Google)

P/S = Kepada sahabat tercinta, renungilah bicara hamba. Ambilah manfaat daripadanya. Walaupun dipaparkan secara bersahaja dan leluncon cuma. Namun, ada mesej dari hamba.

Ultraman, siapa yang tak mengenalinya? Ultraman pada hakikatnya hanyalah manusia biasa. Namun, beliau diberikan kuasa yang luar biasa. Ultraman banyak berjasa, itu memang tak dapat dinafikan oleh sesiapa. Dia berjuang menentang raksasa durjana yang membuat huru hara.

Kejahatan raksasa usah diperkata. Ia menganas membabi buta baik di desa mahupun di kota. Kehebatan Raksasa tak terkira. Tak dapat ditewaskan oleh tentera. Tembak dengan peluru pun tak memberi apa-apa makna, sebab ia tak lut dek senjata. Saat genting sebeginilah, Ultraman akan menjelma.



(Polis Angkasa Gaban, gambar dari Goolge)

Dari segi kehebatan, Ultraman jauh lebih hebat dari Polis Angkasa Gaban mahupun Ksatria Baja Hitam. Namun, Ultraman tetap ada kelemahan. Tak kiralah Ultraman Taro, Ultaraman Ace, Ultaraman Dyna, Ultraman Tiga, ULtraman Mebius, Ultraman kosmos atau Ultraman apa sahaja. Yang jelas, pasti ada kelemahannya. Petanda atau petunjuk Ultraman dalam kelemahan ialah lampu kat dadanya. Itulah signalnya. Inilah yang ingin saya ceritakan. Sejujurnya! Kisah Ultraman yang saya paparkan tadi hanyalah satu tamsilan. Kias ibarat, analogi ataupun perumpamaan semata-mata.


(Ksatria Baja Hitam, gambar dari Google)

Kekadang saya rasakan Streamyx ni umpama Ultaraman yang ‘kepupusan’ power ketika menentang raksasa. Tika itu lampu kat dada Ultraman akan pudar warnanya. Berkelip-kelip tak sekata. Begitulah halnya dengan Streamyx yang saya guna. Dan, saya yakin nasib sebegini menimpa sesiapa sahaja. Masalah inilah yang sedang menimpa saya. Kalau sekali sekala taklah mengapa. Tapi, masalah ini sering menimpa dan kekadang dalam tempoh yang agak lama.

Sepanjang streamyx saya ‘tenat’. Maka jaranglah saya berkelana kat blog sahabat-sahabat tercinta. Ampun dan maaf saya pinta. Tapi , percayalah saya masih mencari ruang untuk mumbuat kunjungan mesra ke blog sahabat semua. Sebab itu matlamat saya , berblog untuk MELEBARKAN WILAYAH PERSAHABATAN. MELUASKAN EMPAYAR PERSAUDARAAN. PERSAHABATAN DAN PERSAUDARAAN SESAMA INSAN TETAPI KERANA TUHAN. DAN Percayalah juga, STREAMYX yang kita guna tak ubah persis ULTRAMAN kesayangan kita.

































Tuesday, 18 May 2010

award 5 serangkai dari MACY






NI Award dari Macy, seorang blogger yang terkenal dengan blognya http://cahaya-humaira.blogspot.com/, juga bakal seorang guru. Dalam kesibukkan menekuni exam, dia bijak melapangkan masa untuk menukangi award yang cantik ni. Inilah award tercanggih pernah saya terima. Canggih keran ia terdiri daripada gabungan lima award, dan dinamakan sebagai award lima serangkai.

Saya hargai award ni dan menganggapnya sebagai hadiah hari guru dari Macy kepada saya. Hehehe. Terima kasih yer Macy. Di sebabkan Macy juga bakal seorang guru,jadi bersedialah untuk dihantar ke mana-mana. Di pedalaman yang terpinggir, di desa yang kejauhan mahupun di kota yang pesat membangun. Kita tidak memilih lokasi untuk berbakti. Seh !Macam nasihat dari pengetua plak.

award dari MIA LIANA




Saya dapat award lagi. Award dan tag dari sahabat blogger, Mia Liana (http://www.mialianas.blogspot.com/)

Terima kasih bebanyak atas tag dan awardnya.

Ni jawabnya.

(1)
Suka melukis tak?
Suka jugak bila dah takde kerja nak buat.
(2)
Bosan2 suka buat apa?
Tengok tv sambil makan minum kopi

(3)
Kenapa Siput Babi berjalan lambat?
Laju bah beliau berjalan.

(4)
Cute tak org yg bagi award ni?
Hehehe! Biarlah rahsia.

Dengan ini diumumkan 5 orang penerima award dan
penjawab tag yang seterusnya.


p/s = seperti biasa award dan tag ini sekadar tanda persahabatan dan persaudaraan sesama Blogger

Monday, 17 May 2010

onde- ONDE

( Inilah Onde-Onde a.k.a buah Melaka, gambar dari Google)


( Onde-onde, gambar dari Google)

( gula melaka a.k.a manisan, gambar dari Google)



BAHAN-BAHAN

Tepung Pulut
Gula melaka
kelapa parut
air pandan
air




CARA-CARA
1. Tepung pulut hendaklah digaul dengan air pandan
(atau pewarna berwarna hijau). jgn terlebih air.
Gaul biar sebati dengan hati-hati.

2. Tepung pulut hendaklah dibulatkan( sebab onde2 cukup sinonim dgn bentuk bulat )

3. Masukkan gula Melaka/ manisan ke dalam onde-onde.

4. Akhir sekali masukkan onde2 itu ke dalam air yang mendidih

5. Boleh dihidangkan untuk dimakan. ( lagi elok kalau bagi sikit kat jiran)



Thursday, 13 May 2010

puisi suci buat GURU

(Karya Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang)

(Juga tentang guru, dipersilakan ke sini http://bicaradariaku.blogspot.com/2010/01/dalam-hati-seorang-guru.html)


Guru
Terima kasih kepadamu
Memperkenalkan huruf dan angka kepadaku
Dan sepertimu
Kini, aku jua seorang guru
Berstatus DG empat Puluh Satu (41).


Masih kuingat lagi
Kata-kata guruku tempoh hari
Katanya, dia berbangga sekali
Andai ada di antara kami
Yang menjadi ulama pewaris Nabi
Tidak sekadar mu’allim tapi murabbi
Alim macam Qardhawi
Hebat macam Wahbah Zuhaili
Ternama macam Al-Albani
Terkemuka macam Al-Booti



(Kami Guru Malaysia, ni ketika kat SMSLD Sabah)

Pesan guruku lagi
Andainya kalian ditakdirkan menjadi pemimpin rohani
Baik kadi mahupun mufti
Bertegaslah dengan hukum Ilahi
Agama jangan dijual dengan habuan duniawi.
Jangan mengharap gelaran Dato dan Tan Sri.



(Kami Guru Malaysia, saya paling kiri. Ni kat SMKDHMT Perak)

Masih kuingat lagi
Bila guruku gembira sekali
Seorang anak muridnya bercita-cita nak jadi WAIBI( YB)

Tapi hari ini
Aku memandang waibi dengan penuh sangsi
Tidak hanya lompat parti
Tapi asyik berkelahi
DUN tempat memaki
PARLIMEN tempat mencaci
Sia-sia diberi undi.



(Aku dan Guru Pratikum dari UPSI sedang mewarnakan mural)


Guruku juga ada berkata
Jika ingin berniaga
Janganlah asyik memikirkan laba
Jangan makan riba
Ingat dosa dan pahala
Ingat syurga dan neraka
Berniagalah secara mulia
Untung di dunia
Untung jua di akhirat sana







(Aku dan pelajar-pelajarku tika kat SMSLD Sabah)

Guruku juga ada berkata
Jika tak mampu gapai apa yang dicita.
Janganlah kecewa
Itu kehendak-Nya.
Redhalah sentiasa
Dan jadilah apa sahaja
Walau pendapatan tak seberapa
Meski hina pada pandangan manusia
Asalkan mulia di sisi-Nya.