Thursday, 13 May 2010

puisi suci buat GURU

(Karya Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang)

(Juga tentang guru, dipersilakan ke sini http://bicaradariaku.blogspot.com/2010/01/dalam-hati-seorang-guru.html)


Guru
Terima kasih kepadamu
Memperkenalkan huruf dan angka kepadaku
Dan sepertimu
Kini, aku jua seorang guru
Berstatus DG empat Puluh Satu (41).


Masih kuingat lagi
Kata-kata guruku tempoh hari
Katanya, dia berbangga sekali
Andai ada di antara kami
Yang menjadi ulama pewaris Nabi
Tidak sekadar mu’allim tapi murabbi
Alim macam Qardhawi
Hebat macam Wahbah Zuhaili
Ternama macam Al-Albani
Terkemuka macam Al-Booti



(Kami Guru Malaysia, ni ketika kat SMSLD Sabah)

Pesan guruku lagi
Andainya kalian ditakdirkan menjadi pemimpin rohani
Baik kadi mahupun mufti
Bertegaslah dengan hukum Ilahi
Agama jangan dijual dengan habuan duniawi.
Jangan mengharap gelaran Dato dan Tan Sri.



(Kami Guru Malaysia, saya paling kiri. Ni kat SMKDHMT Perak)

Masih kuingat lagi
Bila guruku gembira sekali
Seorang anak muridnya bercita-cita nak jadi WAIBI( YB)

Tapi hari ini
Aku memandang waibi dengan penuh sangsi
Tidak hanya lompat parti
Tapi asyik berkelahi
DUN tempat memaki
PARLIMEN tempat mencaci
Sia-sia diberi undi.



(Aku dan Guru Pratikum dari UPSI sedang mewarnakan mural)


Guruku juga ada berkata
Jika ingin berniaga
Janganlah asyik memikirkan laba
Jangan makan riba
Ingat dosa dan pahala
Ingat syurga dan neraka
Berniagalah secara mulia
Untung di dunia
Untung jua di akhirat sana







(Aku dan pelajar-pelajarku tika kat SMSLD Sabah)

Guruku juga ada berkata
Jika tak mampu gapai apa yang dicita.
Janganlah kecewa
Itu kehendak-Nya.
Redhalah sentiasa
Dan jadilah apa sahaja
Walau pendapatan tak seberapa
Meski hina pada pandangan manusia
Asalkan mulia di sisi-Nya.




































39 comments:

  1. selamat hari cikgu juge buat sume guru di dunia... (^_~)

    tanpa ilmu yg dicurahkan oleh guru..siapalah kite...

    ReplyDelete
  2. salam..

    sy merindui guru2 sy..lebih2 lg guru add math sy yg banyak berkorban masa utk memastikan sy dpt menguasai subjek.cikgu tu sanggup balik lewat petang meskipun masa tu bulan ramadhan smata2 untuk sy n kawan2.. terima kasih cikgu..kau umpama ibu dan bapaku..buat akh shameel, smoga trus diberikan kekuatan dlm memikul amanah mendidik anak bangsa :)

    ReplyDelete
  3. sayang guru.back to school.wee.

    ReplyDelete
  4. selamat hari guru buat semua.
    dan buat bakal cikgu


    :)

    ReplyDelete
  5. selamat hari guru=)
    rindu sgt2 dgn cikgu2 skola dlu..huhu
    jasa mu akn ku kenang sampai bila2..

    ReplyDelete
  6. shee= Betul tu, tanpa ilmu yang dicurahkan oleh guru, siapalah kita hari ini.

    Melatydaisy = Sy pun msh ingat jasa2 guru sy slama ini. Sanggup bertungkus lumus siang dan mlm bagi memastikan kejayaan saya dan pelajar2 lain dlm exam. Syukran ya ukhti sbb mendoakan saya dlm bidang ini.

    ReplyDelete
  7. Akufobia= Tahniah sbb awk masih sayangkn guru awk. Masih bersekolah ke?

    Pipit Muncet= Trima kasih sbb wish. Sy juga sebahagian drp guru2 Malaysia.

    Nurun Harun= Trima kasih juga atas wish

    ReplyDelete
  8. Lin Kreshk= Terima kasih juga buat sahabat saya yg rockers ni krn mendoakan saya.

    sugar2 kapas strawberry= Krn ilmu yg dicurahkan oleh guru kita berjaya dlm lapangan masing2. Sy jdi guru juga krn galakkan drp guru2 saya dahulu.

    ReplyDelete
  9. ice Juliette = Trima kasih tas wish itu.

    Yuni Aisyah= Tahniah krn masih mengenang guru2 anada kat sekolah meskipun kini sibuk dgn urusan tersendiri

    ReplyDelete
  10. Tanpa guru, siapalah engineer, siapalah doktor, siapalah YB, siapalah Tan Sri, siapalah aku.

    Guru = Muallim

    ReplyDelete
  11. salam ziarah hari jumaat yang barakah..moga anda selalu sihat
    GURU..tanpamu siapalah kami di dunia ini tanpa ilmu hati jadi buta..

    ReplyDelete
  12. cikgu shameel, selamat hari guru...

    ReplyDelete
  13. Qdine = benar sekali spt yg diungkapkan oleh SN Usman Awang .....semuanya bermula dengan guru biasa..

    ReplyDelete
  14. Zulkbo= Tanpa guru kita sifar ilmu. Tanpa ilmu kita akan meraba-raba dlm gelita kehidupan di dunia.

    abah aman = Trima kasih atas wish tu.

    ReplyDelete
  15. selamat hari guru buatmu seorang guru..
    doakan maCy agar menjadi guru yang cemerlang kelak :)

    ReplyDelete
  16. macy= Terima kasih ats wish. Sy doakan Macy dpt jadi guru cemerlang sedikit masa lagi

    ReplyDelete
  17. selamat hari guru! semoga menjadi guru yang terbilang gemilang serta unggul dalam menyampaikan ilmu :) TERIMA KASIH CIKGU!

    http://hidupaku-mylife.blogspot.com/

    ReplyDelete
  18. NARDtheNERD and Knowg= Terima kasih atas wish.

    ReplyDelete
  19. indahnya seorang yang bergelar seorang guru kan.
    :)

    yak sabar nak abes belajar.
    ngeee~

    ReplyDelete
  20. Selamat Hari Guru Buat cikgu...


    Walau YB berpangkat besar
    Walau menteri berpangkat tinggi
    Waktu kecil guru juga yang mengajar
    Mendidik pelajar menjadi org terpuji.

    Terima Kasih Cikgu...

    ReplyDelete
  21. fara= nanti bila awk abis belajar dan jadi guru baru awk tau adakala jadi guru ni melelahkan akal dan memenatkan fizikal. tapi yg penting kita seronak dgn amanah yg diberi

    ReplyDelete
  22. Norgadis = Ya, saya bersetuju sekali. Perjalanan beribu batu bermula dgn langkah pertama. Huruf dan angka, membaca dan mengira yg diperkenalkan oleh gurulah yg MEWUJUDKAN insan bergelar Yb dan Menteri.

    ReplyDelete
  23. selamat hari guru cikgu..
    hadiah xbawak la plak..hikhik..


    smoge trus maju jaya dan mnjadi guru yg berdedikasi.. :)

    p/s --> tringat kenangan dolu2 kene tmpar ngn cikgu..sakitnyeeeee..huhuh..:)

    ReplyDelete
  24. selamat hari guru shameel..jasamu akan sentiasa ku kenang..

    *jangan nanges k bile baca comment nie..hehe

    ReplyDelete
  25. saya suda ada pengalaman menjadi guru dan tahu bagaimana perit dan seksa nya rasa itu kadang-kadang

    tapi

    saya tetap mahu jadi cikgu

    indah bukan?

    ReplyDelete
  26. Nuraisyah= Terima kasih sbb wish, hadiah. hehehe.
    Kena tmpar kt cikgu, mesti nakal dulu ni. Betul tak.

    Shahrul Iman= Trima kasih yer. Nak nangis ni sbb trharu. Huhuhu.

    ReplyDelete
  27. Frienza hezra fara= Tahniah sy ucapkan di atas semangat utk menceburi profesion keguruan.

    Memang indah.

    ReplyDelete
  28. salam...

    selamat hari guru saudara..
    moga terus ceria mendidik anak bangsa..

    ReplyDelete
  29. Cik Amy= Terima kasih. Insya-Allah selagi Allah titipkan cinta dan sayang pada profesin ini, maka saya akan terus ceria utk mendidik anak bangsa.

    ReplyDelete
  30. Aida ali= Terima aksih yer sbb wish sama saya

    ReplyDelete
  31. salam....
    kak mimi ader hajat kat sini...
    nak letak banner kat blog ini kalu tak keberatan bg tuan blog...itu pun kalau tuan punya izinkan..

    nie alamat banner untuk header kak mimi

    http://img185.imageshack.us/img185/522/mimipunyer.png
    terima kasih

    ReplyDelete
  32. Kak Mimi= Takde masalah. nnt sy letak.

    ReplyDelete