Monday, 24 May 2010

2 IN 1 (dua dalam SATU)

(Shampoo 2 in 1, gambar dari Google)


DUA DALAM SATU( 2 IN 1), sudah lazim dan telah lumrah kita lihat dan dengar istilah itu. Di kaca TV dan dada akhbar, ia muncul selalu. Tentang syampoo( shampoo) 2 in 1, penjelasan sudah tak perlu. Sebab, rata-riti telah tahu.


( Ladan dan Ladeh Bijani, Gambar dari Google)


Kembar Siam, ini juga boleh dikategorikan sebagai 2 in 1. Tapi, ini kisah 2 in 1 yang mengundang sendu dan pilu. Pasangan kembar siam perlu berkongsi untuk lengkap melengkapi bagi meneruskan hidup. Berkongsi dalam satu jasad. Macam-macam yang perlu dikongsi lantaran berlakunya percantuman. Paling asas pun dua kepala dalam satu jasad. Ada juga yang berkongsi kaki dan tangan, otak, abdomen, paru-paru, usus, jantung dan buah pinggang serta alat kelamin. Sebenarnya, Kembar Siam jarang-jarang berlaku. Dikatakan berlaku dalam kadar/nisbah yang amat kecil, iaitu 1 dalam 50 ribu kelahiran ( 1:50,000). Bagi kes kembar biasa pula, berlaku dalam kadar 1 nisbah 80 kelahiran( 1:80).


Kembar Siam pertama, iaitu Chang dan Eng Bunker dilahirkan pada 11 Mei 1811 di Thailand( Siam). Bermula dari sinilah istilah kembar Siam mula digunakan. Pembedahan untuk memisahkan kembar siam ini amat berisiko. Tentang kejayaan pembedahan, boleh dirujuk kisah pasangan kembar siam di Malaysia, iaitu Ahmad dan Muhammad yang telah berjaya dipisahkan di Riyadh, Arab Saudi. Tentang kegagalan, tentu ramai yang masih ingat akan nasib malang yang menimpa pasangan kembar dari Iran, Ladan Bijani dan Ladeh Bijani yang menemui ajal seusai pembedahan di Singapore.






2 IN 1 setusnya bersangkut paut dengan ibadat puasa. Lebih tepat lagi puasa 2 dalam 1. Ia biasanya berlaku dalam bulan syawal, lebih tepat lagi bagi mengerjakan puasa sunat 6 hari selepas menyambut Eidul fitri. Dikatakan 2 in 1 , sebab ada ( terutamanya perempuan) yang mengambil kesempatan dengan mengabungkan ganti puasa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan( sebab haid dan macam-macam) dengan puasa sunat syawal. Kita ikuti pandangan beberapa ulama tentang hal ini. Seorang ilmuan hadis di Malaysia, Prof Madya Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor , dalam bukunya ISLAM DAN MANUSIA, 1001 KEMUSYKILAN, m/s 282, telah memetik Fatwa Syeikh Atiyyah Saqar( seorang ulama dari al-Azhar), katanya, “ Harus bagi mereka yang menanggung qada puasa Ramadhan, berpuasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal , tetapi niatnya hendaklah niat qada. Tetapi, jika diniatkan dan dilakukan secara berasingan maka nescaya itu yang lebih afdal……”

Walaubagaimanapun, beberapa orang ulama lain membantah fatwa ini. Alasannya ia bercanggah dengan sunnah Nabi dan athar Sahabat. Prof Dr Mahmud Zuhdi menegaskan ia bercanggah dengan hadis yang bermaksud “ Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan DIIKUTI puasa enam hari Syawal,seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun”(Hadis riwayat Muslim). Umum mengetahui, DIIKUTI membawa maksud berasingan dan bukannya digabungkan. Kata Prof Dr Mahmud Zuhdi lagi, ia ibarat seseorang yang ingin membayar hutang, namun dalam masa sama, duit itu ingin disedekahkan kepada orang memberi hutang kepadanya itu. Ustazah Nor Bahyah Mahmood turut membantah amalan menggabungkan puasa ini.

Kesimpulannya, eloklah dilaksanakan secara berasingan meskipun ada pendapat yang mengatakan ia boleh disatukan. Ambil jalan selamat di sebalik khilaf ulama. Selesaikan dahulu puasa ganti yang bertaraf wajib , kemudian barulah kita kejar puasa enam syawal yang bertaraf sunat. Segunung ibadat sunat tetap tidak mampu menandingi ibadat wajib. Jutaan solat sunat yang dilakukan tetap tidak bererti andainya solat fardhu tidak dilaksanakan. Segunung sedekah tiada maknanya andainya zakat diabaikan.



( Tanah Perkuburan 2 in 1 di Umas-umas, gambar dari Google)
Ni kisah 2 in 1 yang paling menarik untuk dikongsi bersama. Kisah satu tanah perkuburan untuk dikongsi oleh dua penganut agama yang berlainan. Dalam hal ini, ia melibatkan tanah perkuburan yang dikongsi antara umat Islam dan penganut Kristian.


Kepada sahabat-sahabat yang beragama Kristian, saya mohon maaf, sebab tujuan saya paparkan isu ini sekadar untuk perkongsian maklumat dan bukannya nak mencampuri urusan agama yang dianuti sahabat. Lagipun hubungan saya dengan orang kadazan Kristian di Sabah amatlah mesra, terutama dengan sumandak-sumandaknya. Mesra sejak dahulu hingga kini dan mudah-mudahan untuk selamanya.


Memang tidak menyalahi kelaziman andainya tanah perkuburan itu melibatkan perkongsian antara penganut Budha dan Kristian( ia boleh dilihat di mana-mana sahaja), tapi bila melibatkan penganut islam maka ia menjadi satu perkara yang perlu diberi perhatian. Tentang tanah perkuburan islam dan kristian di Umas-Umas itu, saya tak pasti ia benar-benar wujud atau tidak. Sejujurnya, sepanjang mendiami bumi Sabah(hampir 6 tahun lamanya), saya seringkali ke Tawau tapi tak pernah pula terserempak dengan tanah perkuburan sebegitu.


Tentang Umas-Umas pula, memang saya tak pernah sampai ke situ. Ia kawasan felda yang agak besar di sabah. Tapi Felda sahabat di Lahad Datu lagi besar (andainya digabungkan Melaka dan Perlis, nescaya belum lagi mampu menyaingi luas dan besarnya felda sahabat ). Tapi di beberapa buah perkampungan di daerah Kunak ( hasil tinjauan saya sekitar tahun 2004)masih ada(malah agak ramai) masyarakat di sana yang mempunyai tanah perkuburan secara peribadi. Maksud saya, setiap rumah akan ada tanah perkuburan masing-masing untuk keluarganya.Biasanya lokasi kubur ialah ditepi dan bahagian hadapan rumah. Buka tingkap terus nampak kubur.



( Tanah Perkuburan 2 in 1, gambar dari google)


Gambar Tanah Perkuburan di atas dan seterusnya adalah di Indonesia. Maaf saya tak pasti kat kawasan/ kabupaten mana. Pada hari sabtu lepas (22. 5. 2010), saya ada meninjau tanah perkuburan milik suku kaum Batak yang beragama Kristian sepanjang perjalanan dari Bandar Medan ke Berastagi Sumatera Utara. Cantik kubur-kuburnya walaupun usang sekali rumah-rumahnya. Kata kawan saya, jika ingin tahu lebih mendalam tenatng kaum Batak, pergi sahaja ke Pulau Samosir


( Tanah Perkuburan 2 in 1, gambar dari google)



Kembali kepada cerita kubur 2 in 1 ini, Saya ada terbaca artikel tentang ini(saya lupa sudah kat mana saya bacanya). Tapi saya tertarik dengan jawapan yang diberi apabila penulis majalah tersebut ajukan tanya, agak lucu tapi ada logiknya. Katanya, untuk apa dihairankan sebab malaikat tahu yang mana satu Islam dan mana satu Kristian.

46 comments:

  1. ....hmm menarik kisah ni .. khasnya yang pasal kubur tu... 1st time jumpa... a'a pasal kat kubur di sabah tuh.... a'a banyak jugak member UJ asal sana citer camtuh... dulu2 pun abg n kakak ramai posting mengajar di sana... so ade jugak dengar citer kubur area rumah je...
    hmmm camne la ek... sebab budaya kita memang tempat menakutkan cukup sinonim dengan kuburan kan...

    teringat UJ di tanah arab dulu... kawasan perkuburan ialah playground plak untuk kanak-kanak di sana....kalau sesetngah negara yang cukup padat cam indo, philipines, mesir sekalipun khasnya cairo... kuburan penempatan semula untuk orang yang belum mati kan... jadi kediaman dorang plak... ekkk/

    ReplyDelete
  2. Iqbal= Trima kasih krn sudi bertandang dan meninggalkan komen

    ReplyDelete
  3. UJ= Betul tu, tempat kita di Smjung M,sia ni trlalu sinonim dgn kubur sbg tempat yg menakutkan. sejak kanak2 lagi kita didedahkan mcm tu, hingga ia sebati dlm pemikiran org2 melayu. Sdgkn sstengah tmpat kt sabah, setiap rumah ade kubur. Sy pun prnh dgr, kt filipin N i,sia ramai gol yg homeless jadikan kubur sbgi kawsan penempatan.

    Sepatutnya kubur sebagai tempat yg menginsafkan tapi brtukar mnjdi tempat menyeramkan. hehehe

    ReplyDelete
  4. tu la sy pon konpius sal qada puasa ngn pose 6.ad ckp bole buat skali.tp sy xpnh buat cmtu sbb was2.so sy buat asing2.

    ReplyDelete
  5. bru tau..input baru..byk pasal 2 in 1 ni..tapi setahu sy shampoo 2 in 1 ni xbrape bgus tuk kepala pn..lbih baik bli asing..sme gak sumer perkara pn xbaik tuk 2 in 1 seperti yang diperkatakan saudara ni..artikel tanah perkuburan tu menarik perhatian sy..klu bnar wujud, x sangka akan ada kan??

    ReplyDelete
  6. Sugar2 kapas= Btul tindakan awk tu. Baik diasingkan sebagai langkah berwaspada

    ReplyDelete
  7. Our love memories = Trima akish sbb sudi bertandang dan meninggalkan komen. Ttg kubur 2 in 1 tu. sy difahamkam ia benar2 wujud kat Indonesia. Tapi kat sabah tu sy tak pasti plak.

    ReplyDelete
  8. Salam,
    terima kaish di atas info yang berguna cikgu.

    Kawasan di area pedalaman Lahad Datu Sabah yang rata-rata penduduknya mempunyai tanah sendiri memang mengamalkan tanah perkuburan masing-masing. Mereka mengebumikan jenazah eluarga mereka bersebelahan dengan rumah masing-masing.

    ReplyDelete
  9. light of happines = Trima kasih aats penambahan info. Sbnnrya kat smenanjung pun macam tu juga dulu, tp skrg semuanya sudah menggunakan tanah perkuburan yang dikhususkan/ yg diwakaf.

    Sebenarnya ada baiknya juga mengebumikan jenazah bersebelahan rumah masing2, skurang2nye sbagai peringatan kpd penghuni rumah agar takutkan kematian

    ReplyDelete
  10. salam,

    hmmmm
    pernah gak dengar pasal puasa qada dan puasa 6 boleh buat sekali?
    hukhuk...

    pernah terbaca kisah artis indon, islam dan kristian kawin boleh disana?
    dapat anak, tak kisah nak g masjid atau church?
    adehla macam2...

    ReplyDelete
  11. salam alaik,

    pd saya, lebih afdhal selesaikan yg wajib dulu (qadha puasa), then barulah diikuti amalan sunat..

    ttg kubur 2 in 1 tu 1st time sy dengar,thanks ats perkongsian :)

    ReplyDelete
  12. entry yg menarik dan bermanfaat shameel..=)

    yg menarik perhatian berkenaan puasa dan kubur..

    ReplyDelete
  13. pelik gak kubur kongsi kawasa.. lebih baik la buat erjiran dari dok dlam satu rumah kalo pon malaikat kenal islam ataupon tak, susah juga kawan tu asyik terganggu dek orang bukan islam

    ReplyDelete
  14. blueCity = Kak biru , dah jadi kelaziman kahwin campur kat sana. Itu belum dikira lagi dg najaran islam liberal yg merebak dg nbegitu pesat kt sana.

    ReplyDelete
  15. Melatydaisy= saya pun berpendapat begitu. Utamakan puasa ganti yg bertaraf wajib dahulu baru laksanakan puasa sunat syawal.

    Tentang kubur 2 in 1 tu, saya difahamkan ia dibuat mcm tu krn melibatkan saudara-mara. Ayah islam, mak kristian dan anak2 pula ada yg islam dan kristian. Jadi perkuburan itu lebih kepada perkuburan family


    Yuni= Tentang puasa tu sengaja saya paparkan untuk menjawab kekeliruan ttg hal ini terutamanya bila hendak brpuasa sunat 6 hari di bulan syawal

    ReplyDelete
  16. Cemomoi= Kubur 2 in 1 ni bfrlaku sbb jabatan agama kat sana tak beri perhatian kot. Sbb time sy pergi medan sabtu lepas, depan masjid yg sepatutnya ada perkuburan islam, tapi kat sana ada perkuburan Kristian dan restoran babi panggang.

    ReplyDelete
  17. tak setuju lah tapak pkuburan campur.. kasihan siapa yang dikuburkan di situ :(

    ReplyDelete
  18. Macy= Betul tu. Nak menziarah pun susahkan. Tapi ade lagi criter lucu tika sy brcuti kt medan Kat tempat kita biasanya depan atau sebelah masjid tu tanah perkuburan islam. Tapi kat sana sebelah dan dpn masjid tanah perkuburan kristian pastu ada plak restoran babi panggang

    ReplyDelete
  19. wohh :o



    nanti saya nak pegi tengok sendiri la d umas-umas tawau tu...

    ;)

    ReplyDelete
  20. abc+milo = Bagus tu supaya dpt kepastian. Sbb sy dpt gambar ni pun kat google. Tapi, yg kubur2 tu kat indonesia ye. Hanya papan tanda tu jer kt umas-umas

    ReplyDelete
  21. slaloo jugak tnye ustaz psl puasa2 ni.. n slaloo jugak kwn2 puasa 2 dlm 1 ni.. maseh bgthu nan lbeyh detail psl puasa..


    kubur 2 dlm 1?? ade ye?? hurmm.. xsgke sungguh.

    ReplyDelete
  22. ice = Mmmg ramai yg brpuasa 2 in 1. Moga dapat manfaat dari entry ringkas yg saya paparkan.

    Ttg kubur 2 in 1 tu, sy tak pasti wujud ke tak kt umas2 tawau sabah. Tapi Kat indonesia, sy difahamkan ia benar-benar wujud.

    ReplyDelete
  23. Menarik cerita 2 in 1 ni..

    saya dpt 2 in 1 jugak..
    ~bergembira membaca en3 anda disamping mendpt ilmu..
    terima kasih info ya..yg paling menarik perihal kubur tu..tak pernah saya tahu kubur 2 in 1 tuh..hehe

    tq juga komen blog saya..moga kita sesama mendpt ilmu bermanfaat!i.Allah..

    ReplyDelete
  24. Tukang kata= Trima kasih sudi berkunjung dan komen kt sini.Sama-sama kita berkongsi ilmu. 2 in 1, blogwalking sambil menimba ilmu.


    Kacang= Trima kasih juga sudi bertandang dan memberi komen

    ReplyDelete
  25. Tukang kata= Trima kasih sudi berkunjung dan komen kt sini.Sama-sama kita berkongsi ilmu. 2 in 1, blogwalking sambil menimba ilmu.


    Kacang= Trima kasih juga sudi bertandang dan memberi komen

    ReplyDelete
  26. nauzubillaih..dhsyat kubur pun 2 in 1
    hurmmm =((

    ReplyDelete
  27. Ar!ko = hehehe,pelikkan kubur 2 in 1

    ReplyDelete
  28. Miecyber= Mmg bnayak mkna 2 dalam 1sebenarnya. hehehe

    ReplyDelete
  29. cik Amy= Terima kasih sudi bertandang dan tinggalkan komen kt entry ni.

    ReplyDelete
  30. salam shameel..
    terimaksih share entry yg menarik membuka minda ini...sangat sesuai untuk para wanita yg msih keliru tentang kada puasa dn puasa sunat..entry ini boleh membantu mengatasi kekeliruan itu.

    mengenai kubur 2 in 1 ni rasanya di Semenanjung belum ada lagi kot..tentang hukumnya wallahhua'lam.

    ReplyDelete
  31. Idalara= Trima kasih juga krn sudi berkunjung. Mudah-mudahan begitulah, dpt membantu mengatasi kekeliruan ttg puasa qada dan sunat 6 syawal.

    ReplyDelete
  32. jom settlekan awal.sebelum yang lain menimbun.haha.

    ReplyDelete
  33. akufobia= Settlekan apa tu. Tanah prkuburan 2 in 1 ke.hahaha

    ReplyDelete
  34. kubur pon bole 2 in 1? walah! bgs nye. hehe! btw, nice entry ;)

    ReplyDelete
  35. This post has been removed by the author.

    ReplyDelete
  36. gades ain= Unik kn kalo kubur 2 in 1. hahaha

    ReplyDelete
  37. salam shameel,
    Tidak arif abah untuk bicara perkara ini. Timbul gerun tengok gambar kubur dua dalam satu. Apa-apa pun yang penting jangan menduakan Allah yang satu!

    ReplyDelete
  38. Abah aman= Betul kata Abah. Yang palng penting jangan sesekali menduakan Allah yang satu. Kubur 2 dlm satu, kalau keadaan yg amat terdesak mungkin perlu. Tapi mentauhidkan Allah, dalam apa jua keadaan kena teguh selalu.

    ReplyDelete
  39. mama mia! yang ni ke 2 in 1 nyer..hurm ada gak ke kubur campur ni..haih..macam2.

    ReplyDelete
  40. Yatre= hehehe. mungkin ada tp kat semjung mngkin blum ada

    ReplyDelete
  41. alinac = Terima kasih sudi berkunjung dan tinggalkan komen

    ReplyDelete