Monday, 29 November 2010

KEKEJAMAN TERHADAP WANITA.

(manusia yang hilang kemanusiaan sahaja
sanggup bertindak sebegini kejam)


Dalam Berita Minggu bertarikh 28.11.2010, Menteri Pembangunan Wanita, Kelaurga dan Masyarakat , Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendedahakn secara purata 10 orang wanita di Malaysia menjadi mangsa keganasan setiap hari, ia merangkumi keganasan seksual,fizikal dan emosi. Jumlah sebenar dipercayai lebih dari itu, ini kerana angka yang diberikan(10 orang sehari) hanya membabitkan kes yang dilaporkan.

Dalam Harian Metro bertarikh 29.11.2010 pula terpapar di muka depan tentang ‘kebinatangan’ seekor suami yang menerajang dan mengetuk isterinya dengan tukul setelah isterinya itu mengadu kepada ketua kampung tentang kegiatan maksiat suaminya. Jantan tak guna itu dikatakan selalu membawa pulang wanita lain ke rumah untuk berbuat maksiat. Hanya isteri ‘mitahli’ sahaja yang sanggup menjadi penonton setia kepada aksi maksiat suaminya dengan wanita lain. Kesudahannya wanita itu dicerai talak tiga.

(Hanya Allah Yang Tahu
betapa deritanya gadis ini)


Dalam Harian Metro bertarikh yang sama pada halaman 13, seorang ibu muda berusia 34 tahun dirogol di depan anaknya yang berusia 12 tahun. Tak cukup dengan itu, si perogol turut merakam aksi rogol tersebut. Kemungkinan aksi keji itu akan disebar menerusi internet dan telefon. Lagi menyayat hati, si perogol laknatullah itu memberi pilihan kepada si ibu muda tersebut. Pilihan sama ada dia atau anak gadisnya yang berusia 12 tahun yang akan dirogol. Si ibu tiada pilihan lalu membiarkan dirinya dirogol demi kesucian anaknya. Bayangkan betapa kejinya perbuatan ini. Bayangkan juga betapa aibnya si ibu. Dan bayangkan juga betapa traumanya si anak gadis yang berusia 12 tahun. Dan cuba juga bayangkan betapa malangnya nasib mereka jika peristiwa rogol itu tersebar menerusi internet dan telefon.

Tentang keganasan rogol, ingin saya paparkan statistik rogol di Malaysia. Setiap enam jam akan terdapat seorang mangsa rogol, atau dengan kata lain empat orang akan menjadi mangsa rogol setiap hari. Perangkaan polis menunjukkan 1,210 orang dirogol pada tahun 2000, dan jumlah ini meningkat kepada 1,354 pada tahun 2001 dan ia terus meningkat kepada 1,418 pada tahun 2002. Maaf saya takde data untuk tahun-tahun yang berikutnya

Sebulan yang lepas, seorang gadis berusia 21 tahun, cedera parah akibat disimbah asid/cuka getah oleh seorang lelaki lantaran menolak cinta lelaki tersebut. Kisah menyayat hati yang berlaku di Nibong Tebal itu disiarkan dalam akhbar Metro bertarikh 28 oktober dan 29 oktober 2010. Lelaki yang berusia 26 tahun itu mempunyai tiga rekod jenayah termasuk kes dadah dan bekerja sebagai kelindan lori mula bertindak ganas apabila mangsa, seorang operator kilang menolak cintanya. Bodoh punya jantan, orang tak nak sudahlah. Beruk bukan seekor, nyor pula bukan sepohon.
Lagi meyakitkan hati, lelaki itu hanya dikenakan hukuman penjara selama 5 tahun dan 2 sebatan. Hukuman ini amat tidak berbaloi berbanding ‘kemusnahan’ yang dialami oleh si mangsa. Maafkan saya wahai para peguam dan hakim, saya tidak berniat untuk menghina mahkamah, tapi hukuman ini memang tidak berbaloi. Cubalah Tuan Hakim Yang Arif Lagi Bijaksana bayangkan, apa perasaan Tuan Hakim, andainya anak gadis Tuan Hakim diperlakukan sebegini? Bayangkan ‘kemusnahan’ yang dialami yang akan menyebabkan hidup anak Tuan Hakim merana dalam jangka masa yang panjang dan mungkin juga sepanjang hayat.

Mungkin perlu lahirnya wanita seperti Lorena Bobbitt untuk membela hak wanita daripada tertindas. Lorena Bobbitt terkenal kerana telah memotong alat sulit suaminya yang didakwanya seringkali merogolnya. Dalam hal ini, istilah suami rogol isteri amat bercanggah dengan dengan islam. Dalam islam, tiada istilah suami rogol isteri. Maaf Tapi, andainya mangsa rogol bertindak memotong alat sulit perogol tu, itu saya sokong. Jujur, saya sokong…

Sebenanrya penghinaan dan keganasan terhadap wanita telah lama berlaku. Lebih tepat lagi, sejak zaman berzaman Dalam buku Hak Keistimewaan Wanita yang ditulis bersama oleh Ustaz Nik Razi Nik Mat(adik MB Kelantan, yang juga merupakan seorang ilmuan hadis berkelulusan Darul Ulum Deoband India dan Universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang Syariah, juga anak murid ulama tersohor Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Bazz, bekas Mufti Arab Saudi) dan Dr. Rosnani bt Hassan(pensyarah UITM ),ada dinyatakan tentang penghinaan terhadap wanita dalam tamadun awal manusia. Secara ringkas, saya paparkan di sini.

Dalam Tamadun Sparta, apabila seseorang wanita melahirkan anak lelaki yang sempurna, kerajaan akan memisahkan wanita itu buat semantara waktu dari suaminya. Dan wanita itu akan dipinjamkan kepada lelaki lain untuk penyemaian baka dengan tujuan untuk melahirkan generasi baru yang terdiri daripada pahlawan untuk mempertahankan negara.( kalau kat kampung saya, lembu jer orang buat macam ni).

Di Rom, terdapat isteri dianggap umpama barangan jualan yang boleh dibeli dengan kadar tertentu. Di Parsi, wanita dianggap sebagai salah satu punca kejahatan selain tanah dan emas. Di India pula, terdapat tradisi membakar balu bersama mayat suaminya.

ISLAM amat memuliakan wanita. Itu jelas termaktub dalam Al-Quran dan Hadis. Bahkan, turut diakui oleh sesetengah bijak pandai bukan islam. Bekas Ketua Hakim Mahkamah Delhi, Mr. Rajindar Sachar pernah menyebut “Dari segi sejarahnya, islam telah lama begitu terbuka dan progresif dalam memberikan hak pemilikan harta untuk kaum wanita…..”

Tapi, sayang dalam sesetengah kes, terdapat segelintir umat islam yang jahil telah bertindak menganiaya wanita. Sekali gus, ia mencalit arang ke wajah islam yang suci dan sempurna. Antaranya seperti satu kes yang berlaku di Pakistan, Ini kisah di sebuah penempatan di Pakistan. Jun 2002, beberapa ekor manusia gila yang menganggotai Jawatankuasa Kampung di Meerwala Pakistan, telah mengarahkan agar si gadis yang bernama Mukhtar Mai dirogol beramai-ramai dan bergilir-gilir di hadapan ratusan penduduk kampung. Gadis malang itu dijatuhkan hukuman yang sebegitu malang kerana kesalahan yang dilakukan oleh adiknya. Adiknya didapati bersalah kerana telah menjalin hubungan cinta dengan seorang perempuan dari kasta yang lebih tinggi.

Satu lagi, saya tertarik dengan ‘teguran’ mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin terhadap seorang penceramah agama yang dilabelnya sebagai ‘USTAZAH TV’. Ustazah tersebut sering kali membawa cerita palsu yang tidak berasas tentang wanita yang terbaik pada zaman Nabi S.A.W. Kononnya, wanita terbaik pada zaman Nabi S.A.W ialah seorang wanita yang setiap hari menunggu suaminya pulang kerja dengan menyediakan makanan dan rotan. Jika suaminya mahu, suaminya boleh merotannya walaupun tanpa sebab. Cerita yang tak berasas ini boleh mencemarkan wajah islam yang sentiasa merahmati wanita. Seolah-olah wanita yang paling bagus ialah wnaita yang selalu kena rotan dan suami yang baik pula ialah suami yang hobinya merotan isteri.

p/s: saya mohon jutaan maaf, jika terdapat perkataan kesat dan bernada cacian dalam entry kali ini. Jujur, saya geram dan marah bila membaca kisah penderaan terutamanya kes rogol terhadap wanita. Bukan apa, sebab dalam keluarga saya juga ramai perempuan.










46 comments:

  1. Salam...
    Ngeri baca statistik dan data2 kes rogol n dera wanita ni..Tapi x semua lelaki kejam,masih ade yang bleh diharapkan utk membela golongan yg lemah..

    ReplyDelete
  2. Cik Shinju- mmg masih ada yg baik, tp inilah realiti. Semakin hari semakin merosot kemanusiaan yg dimiliki manusia.

    ReplyDelete
  3. Siti Mashitah - mmg dasyat. tp inilah realitinya.

    ReplyDelete
  4. ziarah...itu la, semakin hari, semakin teruk. kami yg wanita ni..makin lama, mkin takut. Hanya kepada Allah shja tmpt berlindung..mudah2n d jauhkan daripada semua perkara yg tidak baik.
    na'uzubillah hi min zalik.. aminn..

    ReplyDelete
  5. Syazana- takut ker. so, kena hati2 slalu.

    ReplyDelete
  6. Atika Aula- kdg2 sy trfikirkn betapa x slmt sudah dunia ni. Kt mn2 shja ada ancaman trhadap wanita. nak ke sekolah, ada ancaman dri llaki brmata keranjang yg melepak tepi jalan. Kt supermarket, ade ancaman juga. ya Hanya Allah tempat bergantung.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum shameel. Terima kasih atas perkongsian. Takutnya nak menghadapi dunia sekarang, yang berlaku bermacam-macam perkara keji terutama terhadap wanita.

    ReplyDelete
  8. Afida- Itulh masalahnya skrg ni. Kekejaman demi kekejaman yg tak pernah surut dan susut terhadap wanita.

    ReplyDelete
  9. farid bace sikit je..
    tapi rasa marahhhhh haishhh
    =(

    ReplyDelete
  10. jenayah ini takkan berhenti kerana zaman kini masyarakat semakin dibuai dengan pergaulan bebas yang akan menjurus kepada perbuatan seks luar nikah dan jenayah rogol

    ReplyDelete
  11. hilang akal...

    ustazah tv, heee lawak plak dengonya

    ReplyDelete
  12. ngeri scary.. kenapalah begitu. zina sudah banyak. rogol pn tak berhenti.

    ya Allah lndungilah kami kaum hawa~



    um, tntg cerita tu, macy ada dengar tentang sedia rotan, utk kesalahan, bukan tanpa sebab. tapi sebenarnya macy lebih pernah dengar dia bpakaian yg dsukai suami dan tak ada pasal rotan tu. tak tahulah mana betul~

    ReplyDelete
  13. kes penganiayan thdp wanita xkan berenti selagi keimanan tiada dlm diri..

    ReplyDelete
  14. mmg geram ngan perogol pompuan ni.. kalu dapat, nk penyek2 je rasanya.. tapi perogol lelaki plak mcm mana?? o.O

    ReplyDelete
  15. salam...
    lumrah hidup,wanita selalu di anaiya..kena ada kesedaran gender bahawa semua manusia sama di sisi Allah..

    ReplyDelete
  16. huhuh...sedeyh bace berita2 kekejaman terhadap wanita...manusia yg melakukan kekejaman tu x wajar lg dipanggil manusia...ya Allah...selmatkanlah kami (kaum wanita) dari kekejaman dan bala bencana...amin...

    ReplyDelete
  17. Far budak baik- Tahniah sbb anda seorg yg mewah dgn simpati sbb tu anda marah sama manusia zalim yg mendera wanita.

    Mata Hati- saya setuju dgn pendpt sahabat. Pergaulan bebas amat menyumbang ke arah zina dan kes rogol. Tapi, faktor2 lain tidak boleh juga kita nafikan.

    ReplyDelete
  18. Cemomoi- Msti dapat agakkn siapakh yg dimaksudkn sebagai Ustazah TV tu.

    Macy- mmg scary & kejam. Masyarakat semakin parah. Kes zina dah berlambak ditambah pla dgn kes rogol yg bermaharajalela.

    TTg ceriter ppuan yg sediakan makanan & rotan tu, ada diulas oleh Dr Asri. Apa-apa sahaja cerita mengenai islam( trutamanya ttg Nabi dan sahabat) hdklh dari sumber yg sahih yg berpandukan Al-Quran dan Hadis.

    ReplyDelete
  19. Zura- btol tu, selagi tiada keimanan selagi itulah nafsu menguasai diri dan selagi itulah rogol menjadi2.

    Shatooman- perogol lelaki? mc mman tu..

    ReplyDelete
  20. Zulkbo- mmg sudah jadi lumrah wanita dianiaya walhal wanita adalah insan yg mulia dalam islam sbb syurga yg ingin dituju terletak dibawah tekapak seorg wanita bergelar ibu.

    Shee- mmg sedih bila mendengar dan mmbaca kisah penganiayaan trhadap wanita. Dan mrk yg menganiaya ini mmg tak layak digelar manusia. Lebih tepat lagi mrk ialah bianatang yg bertopengkan manusia.

    ReplyDelete
  21. salam...


    tak pernah abis2 kes rogol..tak abis2 kes penderaan terhadap wanita..

    saya pun dah tak tahu nak kata apa..

    ReplyDelete
  22. subhanallah.. keganasan terhadap wanita. takde hati prot lgnsung.

    ReplyDelete
  23. Betul tu shameel..golongan wanita dan kanak-kanak yang tidak berdaya selalu menjadi mangsa..sesungguhnya dunia semakin tenat.

    ReplyDelete
  24. spttnya wanita dan kanak2 dilindungi bukan disakiti...semakin maju zaman , semakin jahil manusia tentang kemanusiaan.

    ReplyDelete
  25. sekamar rindu- sy rasa kes rogol dan penderaan trhadap wanita akn berterusan smpai kiamat.

    ReplyDelete
  26. Anati soki- mrk yg mendera wanita ni mmg berjiwa binatang. mrk tu binatang yg bertopengkan manusia.

    ReplyDelete
  27. bluedianthus- yer btol funa smkin tenat. penderaan trhadap wanita ni masih terbawa2 sampai skrg w/pun dnia dh smkin maju. Itu blum dikira dgn pemerdagangan wanita utk kegiatan pelacuran.Moga Allah melaknat pendera-pendera ni.

    ReplyDelete
  28. Rama2ungu- kemanusian semakin hilang sejajr dgn pembangunan yg melanda negara. Entah apalah yg akan berlaku terhadap wanita dalam tempoh 20 tahun akan datang.

    ReplyDelete
  29. sgt setuju entry nih.
    kdg2 hukuman tk setimpal lngsung sgn ape yg diaowg dh buat.
    cacat kene simbah asid tuh mcm lah lima tahun boleh hilang.
    ade yg kecacatan kekal.
    manusia apabila hilang pertimbangan dan ikut rasa marah, membunuh pon sanggup.



    dunia, dunia. ;(

    ReplyDelete
  30. salam alaik akh shameel ..

    semoga sihat hendaknya.

    sy speechless dgn entri ni.. sedih membaca satu demi satu kisah penganiayaan terhadap golongan wanita.

    hanya Allah yg berkuasa membalas segala kejahatan mereka.. tak di sini.. di akhirat tetap pasti..

    ReplyDelete
  31. Faradeeba- mmg hukuman yg dikenakan amat tak adil. penjara 5 tahun sdgkn si mangsa mgkin cacat seumur hidup. Beginilh jadinya bila kebinatangan menguasai diri.

    ReplyDelete
  32. Melaty- sama2lh kita doakan agar si zalim yg menzalimi wanita ini diberi hidayah oleh Allah, Atau biar sahaja Allah melaknat mereka.

    ReplyDelete
  33. manusia skunk da ilang perikemanusiaan.. :(

    ReplyDelete
  34. alya- mansuia hlg perikemanusiaan krn terhakisnya keimanan dlm diri.

    ReplyDelete
  35. Membaca entry ini membuatkan akak rasa takut kerana boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.... Teringat berita baru2 ni, seorg ibu terpaksa merelakan dirinya dirogol demi utk menyelamatkan anaknya.... Lelaki laknat seperti ini sememangnya dan sepatutnya dihukum BUNUH jer!

    ReplyDelete
  36. Fuziani- mmg wajar utk kita semua rasa takut sbb dgn itu kita akan lebih berhati2. Hari ni mcm2 btk kekejaman boleh berlaku terutamanya terhadap wanita dan kanak.

    Ttg cerita seorg guru yg terpaksa merelakan dirinya dirogol utk menyelamatkan anaknya amat menyayat hati. Mmg wajar jantan2 laknat tu dibunuh dan dgantung beberapa minggu utk tataspan org ramai( mcm taliban buat kt najibullah)

    ReplyDelete
  37. Nabi saw telah membawa Islam untuk memartabatkan wanita. Sedihnya ada sepuak wanita yang menidakkan Rasulullah pula...

    ReplyDelete
  38. Subhanallah...perogol wajib dibunuh dengan kejam..mereka seperti binatang

    ReplyDelete
  39. Sedih....krn wanita di jadikan alat pemuas nafsu bg lelaki berhati binatang..!!!
    Wanita untuk di lindungi bkn utk di sakiti..!!!

    ReplyDelete
  40. cikgu rizal- saya juga bersetuju agar perogol dikenakan hukuman bunuh atau hukuman kasi

    ReplyDelete
  41. ain- mmg wanita utk dilindungi dan disayangi tapi jantan2 durjana hanya ingin menjadikan wanita sebagai pemuas nafsu semata-mata

    ReplyDelete
  42. nauzubillah..minta jauh lar benda2 mcm gini..mengapa kaum wanita yg lemah ni dijadikan sasaran??dayuskah seorang lelaki apabila sanggup memaksa atau merogol kaum wanita?bertaubatlah ke jalan Allah..

    ReplyDelete
  43. ape hukum kalau bercinta hampir lima tahun,diperdaya dengan janji manis dan ditipu oleh kekasihnya,terlanjur..untuk menegak keadilan boleh tak kalau si perempuan buat laporan polis??ade pendapat?

    ReplyDelete
  44. misz tertindas .
    sebenarnya kes terlanjur sepatutnya dirahsiakan dan ditutup rapat, cuma perlu bertaubat. Tapi andainya mengaku atau membuat laporan maka org yg terlanjur akan dikenakan hukuman. mcm kes yg terjadi pada zaman Nabi SAW, seorg wanita yg terlanjur dtg membuat pengakuan kpd Nabi dan akhirnya ia dihukum rejam.

    Macam kes ditipu kekasih hingga terlanjur tu, setahu saya agak rumit. kecuali jika si perempuan itu masih bawah umur( dpt dikategorikan sebagai kes rogol w/pun hakikatnya ats dasar suka sama suka).

    Lagi satu, apa bahan bukti utk dikemukakan kpd pihak polis bagi mensabitkan lelaki tersebut(bekas kekasih) yg terlibat. Kecuali jika mengandung dapatlah dibuat ujian DNA. Malah dlm kes rogol sekalipun, mangsa dituntut mebuat laporan polis dalam tempoh sesegera mungkin selepas dirogol sebab bagi memastikan bahan bukti tidak lupus.

    sekadar pandangan dari saya. yg pasti, langkah utama adalah bertaubat dan jadikan peristiwa lepas sebagai pengajaran. dan jangan biarkan pisang berbuah dua kali.

    ReplyDelete