Sunday, 7 November 2010

HUKUM MEMBERIKAN DAGING KORBAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM.






Umat Islam pada dasarnya hanya ada dua perayaan iaitu, Eidul Fitri( Hari Raya Puasa) dan Eidul Adha( Hari Raya Korban atau Haji). Hari-hari yang lain termasuklah Maulidur Rasul tidaklah ditekankan pada zaman awal islam. Umum mengetahui korban merupakan ibadat sunnah. Dalam Mazhab as- Syafie, ia merupakan Sunnah al-Muakkad. Namun hukumnya menjadi wajib andainya seseorang itu bernazar, malah haram ke atas si penazar dari memakan daging korban tersebut.
Kembali kepada tajuk, umumnya sedia maklum, ramai antara masyarakat islam di Malaysia beranggapan haram memberikan daging korban kepada orang bukan islam. Saya akui ini adalah pegangan majoriti umat islam di Malaysia. Bukan setakat orang-orang awam malah ramai juga ulama-ulama di Malaysia yang berpendapat sebegitu. Sebenarnya tiada dalil yang qat’ie tentang perkara ini. Ia hanyalah masalah ijtihad jadi kita kena berlapang dada dengan pendapat yang pelbagai meskipun bertentangan dengan pendapat atau pendirian kita.

Sejujurnya, sepanjang menyambut eidul adha di Sabah( sepanjang tahun 2002-2005), saya sentiasa memberi makan daging tersebut kepada orang-orang bukan islam. Sekitar tahun 2002- 2005, eidul adha disambut di luar musim cuti semester, jadi pelajar-pelajar yang datangnya dari jauh seperti Pantai Barat Sabah,tidak akan pulang bercuti. Lagipun cuti untuk eidul adha hanya sehari sahaja( 2 atau 3 hari bila ditambah cuti berganti). Jadi ramailah pelajar-pelajar kadazan/dusun yang beragama Kristian akan bersama-sama kami meraikan ediul adha. Dan, mereka juga turut menikmati hidangan daging korban tersebut.

Sebelum berbicara panjang, saya paparkan dahulu petikan dari web e-fatwa.

Hukum Daging Korban Berkaitan Dengan Orang Bukan Islam

Keputusan:
Daging korban tatawwu" (sunat) adalah sunat dimakan oleh orang yang berkorban, diberi hadiah dan disedekahkan kepada fakir miskin. Adapun untuk orang kafir di Malaysia maka hukumnya adalah harus akan tetapi keutamaan adalah kepada golongan miskin di kalangan orang Islam

Status Penwartaan: Tidak Diwartakan

Sumber: e-fatwa.gov.my (
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-daging-korban-berkaitan-dengan-orang-bukan-islam)


Syukur kepada Allah, kerana dalam akhbar Harakah , edisi 8-11 November( 1-4 Zulhijah 1431) ruangan agama bersama Dato Dr Haron Din( m/s= F8), ada membicarakan persoalan ini. Secara mudahnya, Dr Haron Din, mengatakan harus memberikan daging korban kepada orang bukan islam sama ada yang masih mentah atau yang sudah dimasak. Menurut Dr Haron Din lagi, Al-Quran secara umumnya tidak mengkhususkan kepada orang islam sahaja untuk diberikan daging korban. TAPI, yang diHARUSKAN ini ialah daging korban dan akikah yang bertaraf sunat sahaja, manakala yang bertaraf wajib ( kerana nazar) maka hukumnya haram.

Saya kira penjelasan Dr Haron Din, yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS seddikit sebanyak mampu merungkai permasalahan ini kerana umum mengetahui kepakarannya dalam persoalan agama. Kenapa saya berkata sebegini? Sebab beberapa tahun yang lepas, ada beberapa orang ustaz ‘memfatwakan’ segala korban yang saya lakukan adalah sia-sia kerana diberi kepada bukan islam. Malah ada orang tertentu yang marahkan saya lantaran perbuatan saya itu.

Sebenarnya, sebelum ini telah ada beberapa tokoh agama di Malaysia yang mengharuskan pemberian daging korban dan akikah kepada bukan islam. Antaranya ialah Dr Abdul Rahman Haqqi, seorang pensyarah kanan di Universiti Brunei Darussalam( rujuk soal jawab agama Berita Harian, m/s=15 bertarikh 28 Mei 2006). Kata Dr Abd Rahman Haqqi, tiada dalil yang mengharamkan daging akikah( juga korban) daripada dimakan oleh bukan islam. Menurut beliau, Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’ Sharh al-Muhazzab, seperti yang dipetik oleh al-Khatib al-Shirbini dalam kitabnya al-Iqna’, jilid II, m/s 244 mengharuskan pemberian daging korban sunat kepada orang-orang fakir ahli zimmah.

Badan Tetap Arab Saudi ketika ditanya tentang hal ini telah menjawab : Boleh diberikan daging korban kepada bukan islam yang tidak memerangi islam ( kafir zimmi) atau tawanan perang(bukan islam). Boleh kita berikan kepadanya disebabkan kefakirannya, atau hubungan keluarga atau kejiranan, atau untuk dijinakkan hatinya: Saya teringat cerita tentang Drs Khalil Idham Lim yang terbuka hati/jinak hati untuk memeluk islam setelah diberi ruang dan peluang untuk menikmati daging korban.

Akhir sekali, persoalan ini adalah masalah khilafiah. Terserahlah kepada kita untuk mengambil pendekatan yang mana satu. Samaada ingin memberi atau tidak daging korban kepada bukan islam. Jika berjiran atau dikunjungi tetamu bukan islam, dan masih juga ingin berpegang kepada pendapat tidak boleh diberi daging korban kepada bukan islam, maka masih ada alternatifnya. Belilah beberapa kilo daging untuk dikhaskan kepada jiran atau tetamu bukan islam. TAPI, saya sejujrnya berpegang kepada pendapat yang mengharuskan pemberian daging korban kepada bukan islam. Mana tau dengan cara ini, kita dapat mendekatkan mereka dengan islam. Dekat tak semestinya memeluk islam, tetapi mereka memahami betapa murni dan indahnya ajaran islam. Itupun sudah cukup memadai.

APAPUN, adalah wajar diutamakan fakir miskin islam terlebih dahulu sebelum daging korban itu beralih kepada bukan islam. Jangan pula, jiran seagama kelaparan sebab tak diundang tetapi tetamu-temau bukan islam pula memenuhi rumah. Bijaksanalah dalam mengadakan majlis dan mengagihkan daging korban tersebut.


12 comments:

  1. keyrill nih non-muslim..heheh! tapi tak pernah makan daging korban tu! okey, thnk you sebab bagitau ek...

    btw, selamat berhari raya haji ek!

    ReplyDelete
  2. Keyrill- Trima kasih ats kunjungan. Moga apa yg sy paparkn dpt mengeratkn hubungan antara muslim dgn non- muslim

    ReplyDelete
  3. terima kasih ats perkongsian. kdg2 dah blajar byk kali pun boleh lupa lagi.huhu

    ReplyDelete
  4. Macy- sekadar perkongsian utk dikongsi utk manfaat bersama.

    ReplyDelete
  5. tima kasih info yang jelas dan bermanfaat ni.. sejujurkan memang ramai yang beranggapan tak boleh orang bukan islam menikmati daging korban

    ReplyDelete
  6. cemomoi- moga sama2 dpt mengambil manfaat utk merungkaikan salah faham ttg ibadat korban

    ReplyDelete
  7. Menarik info aok. Terima kasih...

    ReplyDelete
  8. Salam...

    Saya pun pernah share juadah yg dimasak dr daging korban ngn kwn non muslim...Bila nak agihkan daging korban tu yg kena utamakan golongan miskin Islam,pastu terpulang la kat org yg dpt daging tu samada nk share mkanan hasil korban tu dgn kwn2 non muslim..Wallahualam..

    ReplyDelete
  9. Cik Shinju- Bagus skali tindakan sdri. mmg kena utamakan fakir miskin islam dahulu. Sy sbnrnya bercadang nk berkorban di kemboja tahun ni tp x kesempatan sbb ada hal trttu. Kt sana lebih ramai yg memrlukan.

    ReplyDelete
  10. sejujurnya baru tau lepas baca sini..
    sllu gak trfikir bleh x bg makan..xpernah lg korban utk diri sndiri..stdnt lg..hee...thnks ya.!

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum, i have follow your blog, follo me to ya... and i have click your heartbeat.my.. feel free to click mine too... thank you

    ReplyDelete