Malang memang tidak berbau. Lalai seketika sudah cukup untuk mengundang padah. Ahad lepas ( 5.9.2010), saya pulang untuk berhari raya kat kampung di Kelantan. Sengaja saya pulang pada waktu petang kerana ingin berehat secukupnya setelah agak lewat tidur pada sebelah malamnya.
Sebenarnya sebelum pulang berhari raya ke kampung, saya hanya tidur bebrapa jam sahaja. Pukul 3 pagi saya tidur dan pukul 5 pagi saya dah bangun untuk bersahur dan seterusnya ke masjid jami’ chemor untuk solat subuh berjamaah( disamping membayar zakat fitrah sebab terlupa membawa duit untuk bayar zakat ketika bersolat Tarawih pada malamnya). Pulang dari masjid, saya berYM sekejap dengan beberapa orang sahabat termasuk member blogger Yusuff a.k.a Ultraman. Lepas beli dan baca surat khabar( lebih kurang pukul 10 pagi) barulah saya tidur. Pukul 12.30 tengah hari barulah saya bertolak pulang ke kampung. Tak sampai 3 jam saya tidur pada hari itu.
Tika sampai kat Kati, kuala kangsar saya dah mula rasa mengantuk. Cepat-cepat saya berhenti dan kebetulan dah masuk waktu zohor. Lepas solat jamak dan qasar (zohor dgn asar) kat masjid Kati, rasa kantuk langsung hilang jadi saya langsung memandu ke Kelantan.

(Sepinya raya tanpa kereta)
Lenggong Perak, disitulah segalanya bermula. Rasa mengantuk yang ‘Maha Hebat’ mula menyerang. Beberapa kali saya tersalah masuk ke lorong yang bertentangan. Kemuncaknya, hampir- hampir berlaku kemalangan dengan sebuah lori kerana saya tersilap masuk lorong( saya tersasar ke lorong kanan). Kepada pemandu lori tersebut, jutaan terima kasih saya ucapkan. Terima kasih banyak-banyak kerana membunyikan hon beberapa kali dan memperlahankan kelajuan lori. Ini membolehkan saya tersedar dari lelap yang mengasyikkan. Kalau tak, mungkin saya sudah menjadi Allahyarham.
Saya dah tak boleh meneruskan perjalanan dan saya hanya terfikir untuk mencari tempat yang sesuai untuk rehat a.k.a tidur. Tapi nasib saya agak malang, sebab dalam proses mencari lokasi yang sesuai untuk merehatkan diri, saya terlelap untuk kali kedua. Lelap yang lagi hebat. Kali ini nasib tak menyebelahi saya, saya terbabas ke longkang /parit di sebelah kiri jalan.
Kereta saya tercabut tayar depannya, kemek pintu kirinya, pecah lampunya, dan lain-lain kerosakan yang tak perlu saya perincikan. Saya pula dua kali terhentak dada kat stereng. Sakit kat dada menyebabkan saya tidak boleh berdiri lalu terpaksa berbaring kat tepi jalan bila orang kampung tolong keluarkan saya dari kereta. Selepas beberapa minit barulah saya mampu berdiri. Selama dua hari selepas kejadian , dada saya terasa sakit kesan terhentak kat stereng dan doktor kat lenggong memang menasihatkan agar melakukan x-ray. Tapi saya tak berkesempatan. Ingat nak buat kat Kota Bharu, tapi disebabkan dah ok lalu saya batalkan. Dalam tempoh dua hari tu saya langsung tak boleh meniarap. Hehehe, lagipun bukanlah hobi saya untuk meniarap kecuali ketika menulis dan membaca. Kembali kepada cerita, setelah dihantar ke klinik untuk rawatan luar saya buat pula laporan polis. Termenung seketika bila mengenangkan RM300 akan melayang sebab kena saman atas kelalaian memandu.
Namun saya tetap bersyukur. Syukur untuk kali kedua, kerana saya hampir-hampir terjunam ke dalam longkang konkrit. Kata beberapa orang kampung, saya bernasib baik kerana kereta saya terhenti sebelum terjunam ke dalam longkang konkrit tu. Kata pegawai polis pula, lebih kurang 6 inci sahaja kereta saya dari longkang konkrit tu. Kata pegawai polis tu lagi, Kalau terjunam saya mungkin parah atau maut sebab longkang tu agak dalam dan ada batu-batu besar yang berhampirannya.
Di sini, saya ingin melafazkan jutaan terima kasih kepada beberapa orang yang sangat berbudi kepada saya ketika itu. Kepada penduduk kampung dan beberapa orang pemandu lain yang tolong ,mengeluarkan saya dari kereta setelah saya tak terdaya selepas terbabas. Kepada sahabat saya, cikgu Radzuan kerana bersusah payah menghantar saya ke Grik, sebenarnya dia menjemput saya untuk berbuka dan bermalam di rumah orang tuanya kat Lenggong. Namun, Kelantan terutamanya bazar Ramdhan kat Stadium Sultan Muhammad IV lebih mengamit saya untuk segera pulang. Dari Grik saya pulang ke Bachok Kelantan dengan menggunakan teksi. RM180 tambangnya. Pukul 6.30 petang saya bertolak dari Grik dan pukul 12 tgh malam barulah saya sampai kat kampung saya di Bachok Kelantan( perlahan betul pakcik ni bawa teksi). Terpaksa berbuka puasa ala kadar jer dalam perjalanan.
DA N yang paling saya terharu ialah seorang kenalan saya. Dia seorang perempuan yang nun jauh di Sabah. Dia ,saya kenali sejak tahun 2001 dan sampai sekrang kami masih berutusan. Dia berbangsa Kadazan dan beragama Kristian, namun bila dia mengetahui kecelakaan yang menimpa saya , dia telah bernazar untuk berpuasa satu hari kerana saya terselamat. Ya, dia benar-benar berpuasa. Terima kasih sahabatku. Aku hargai persahabatan kita. Yakinlah aku, beza agama bukanlah halangan untuk saling cakna. Yakin juga aku, beza akidah bukan halangan untuk berkongsi gundah. Terima kasih seadanya. Aku akan ke Sabah nanti dan akan aku pastikan dapat menemuimu.
TUHAN, aku bersyukur kepadaMU kerana masih memanjangkan umurku. Panjangkan umurku, Kerna aku ingin lebih lama bersujud kepadaMu. Panjangkanlah umurku. Kerna aku ingin membahagiakan mereka yang menghargaiku. Panjangkanlah umurku.

Alhamdulillah.
ReplyDeleteDiberi kesempatan usia sekali lagi.
Musibah itu hanya ujian yang akan menguatkan hubungan kita dengan Allah.
Jaga diri bebaik ye.
Jangan lupa buat rawatan susulan, bimbang akan ada masalah di hari mendatang.
~Masih sempat untuk mengucapkan selamat hari raya.~
berpantang maut sebelom ajal...!!peringtan tu supaye jangan lalai...!!Be care ful ok...
ReplyDeletealhamdulillah dipanjangkan umur..berhati hati dan tidur cukup sblm memandu
ReplyDeleteSyukur la..Nasib baik tak apa2 bro. Duit saman tu tak bernilai sangat jika dibandingkan dengan nyawa tu. Nak tak nak, kena juga buat check-up kat dada tu, manatahu ada retak ker apa... Apa2 pun biar kejadian ni menjadi peringatan buat bro dan juga pembaca blog ni agar sentiasa berwaspada.
ReplyDeleteAlhamdulillah. nasib bek xde pape.
ReplyDeleteLatifah= Trima kasih atas kunjungan. Mayb minggu ni sy akn wat rawatan susulan. Hjg minggu ni sy balik kelnatan lagi, ada hal ptg
ReplyDeleteAin= Yer berpantang maut sblm ajal.
ReplyDeletejericho= mayb minggu dpn sy wat chek- up kt Kelantan. Btul bro, duit saman tak sberapa berbanding nyawa. Trima kasih bro.
uiks..terkejtu uncle dengar berita yang menimpa diri sahabat uncle nih...ishhh malang mmg tak berbau oren..harap bersabar..nasbi baik tak terjadi apa2 yang lebih teruk ..nasihat uncle..pergi buat xtray tu...bukan apa..nak tgkkesan pada tulang dada..ok ke tak..otot dalam lebam ke tidak...kne pergi cepat-cepat noo..
ReplyDeletenuriz= trima kasih atas peringatan. Yer kna ckp tido sblm memandu.
ReplyDeleteFello Ariza= Trima kasih ats kunjungan dan komenatar. Ya, Syukur tak de apa2.
Uncle = Trima kasih atas peringatan. Yer, sy akn chek-up dada nnt. Sy pun risau jg takut ada keretakkan kat tlg dada.
ReplyDeletewalaupun kerugian wang ringgit tp masih bersyukur kerana masih selamat :)
ReplyDeletemenjadi peringatan kepada Sop juga nih.. jika penat/ngantuk, berehat..
Alhamdulillah....
ReplyDeletegnesop = Yg ptg nyawa selamat. Btul tu, kalo ngantuk/ penat trus rehat atau sebaik2nya tido. Moga semua sahabat dapat jadikan kisah saya ni sabagai iktibar
ReplyDeleteAkram Razali= trima kasih atas kunjungan.
alhamdulillah.. syukur kepada tuhan sebab anda masih lagi selamat.. lepas nie kena beringat.. pandu cermat jiwa selamat.. anda mampu mengubahnya... :D
ReplyDeletezairie recently posted:
al-fatihah buat m.rajoli
Alhamdulillah selamat. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDeletesyukur saudara selamat..satu peringatan buat insan-insan yg sememangnya lalai n leka..
salam aidilfitri dari saya. Maaf zahir batin.
alhamdulillah takde pape. isk. lainkali cukupkan rehat dulu..
ReplyDeleteselamat hari raya. moga kereta cepat sembuh~
alhamdulillah slmat.. jgn lupa check up wlaupun rsa mcm ok.. riso klau2 jd apa2 kmudian hari..
ReplyDeleteok, slmat hr raya ^^
Zairie Hussin= Trima kasih atas nasihat. Bnear kita mmapu mengubahnya.
ReplyDeleteza&da= Ya syukur kpd Allah kerana memanjangkan umur saya. Sempat berhari raya dgn selamatnya.
ReplyDeleteTukang Kata= Sbg inmsan kita sering leka krn haikat insan mmg begitu. saya paparkn kisah sy ini sbg renungan dan peringatan buat semua. Slmt hari raya jg dari saya. maaf zahir dan batin.
ReplyDeleteMacy= Mgkin sebulan lebih bari sembuh kereta saya. Skrg guna motor jer.
ReplyDeleteCaliph = Trima kasih atas peringatan. Sy akn check up nnt. Slmt hari raya jg dari saya.
ReplyDeleteAlhamdulillah..nasib baik skit je..
ReplyDeleteDah lama tak menjenguk..alih2...baca entri accident lak..
Semoga dilindungi Allah selalu..
~saya nak balik bachok gak..tp awal bulan 10 kut..eheh..
Selamat Hari Raya (:
Cintahati= Syukur sbb ckit jer. Tak raya kt Bachok ke.
ReplyDeleteSlmt hari raya juga dari saya.
syukur la..sy dah excident banyak kali.. kereta masak dengan xcident smpai ayah tak bagi memandu sangat. kalau drive jauh2 lagi bahaya... sebab sy akan ngantuk dan anytime boleh terlelap tanpa sedar.. hurmm.. pengalaman xcident yang banyak.. alhamdulillah masih idop lagi.. ;D
ReplyDeleteblack_roses= Sbnrnye hal2 mcm ni akn mematangkn kita. Yg ptg jgn sampai parah. sama lh sy juga mudah ngantuk kalo drive, apatah lgi bila air cond dbuka tym panas tgh hari or ptg.
ReplyDeletehati2 drive lain kali... rehat kena cukup..jgn paksa diri kalau x larat... nasib awak x teruk...harta boleh diganti..nyawa??? maaf kite ingat mengingati..
ReplyDeletegdoupt_monster = Terima kasih atas peringatan. Betul tu, kita saling ingat mengingatkan dlm perkara kebaikan. Saya paprkn ini jg utk saling ingat mengingati. Benar skali pndan saudara, harta boleh dicari tp nyawa tiada dijual beli.
ReplyDeleteYa Allah, nape smpi jd camtu... Alhamdulillah x ape2.... tu sume pengajaran buat mu dn kita semua... :)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. wa rase mmg elok lu g medical check up cpt2..
ReplyDeleteMelati Qistina= silap sy juga sbb drive tym ngantuk. Ya, sbg pengajaran kpd sy dan kpd semua.
ReplyDeletealhamdulillah..len kali ngtuk rehat jap..tdo..
ReplyDeleteSarah= mmg sy sdg cri tmpt utk tido aritu tp x sempat. Tp syukur sbb x truk mana.
ReplyDeletemr. curly= Mayb esok or lusa wa wat medical check up.
ReplyDeleteMasyaAllah cikgu... syukur Alhamdulillah xda apa2..
ReplyDeletelight of happines = Syukur sy panjatkan krn Allah masih mmeberikan peluang utk saya bernyawa dgn sejahtera.
ReplyDeletesyukur alhamdulillah selamat...buat pengajaran tu, berhati2 di lain kali ;)
ReplyDeletemeowwmania= setuju, sama2 jadikan sbg iktibar dan pengajaran.
ReplyDeleteya Allah,syukur kamu tak apa2...semoga kejadian ini menjadi iktibar pada kite semua...huhu
ReplyDeleteSalam Shameel
ReplyDeleteAlhamdulillah, walaupun kedengaran dan kelihatannya agak teruk shameel masih diberi peluang untuk terus menghirup udara di bumi fana ini..
jadikan pengajaran yg paling berguna..
moral of the story..
bila nak berjalan jauh@memandu pastikan mendapat tidur dan rehat yg cukup y dik..
Nur Hayati= Benar tu, moga kita semua dpt ambil iktibar. Di sebalik hakikat tersurat past iada hikmah tersirat
ReplyDeleteIdalara= Betul kak, sepatutnya sy mndpt tidur dan rht yg cukup. Trima kasih kak atas peringatan.
ReplyDeleteYa Allah Shameel, terkejut saya mendapat berita ni. Apa pun syukur alhamdulillah shameel tidak mengalami kecederaan yang teruk... namun apa pun, walaupun dah tak terasa sakit, tapi buat la x-ray tu shameel..
ReplyDeleteAfida= Syukur coz Allah menyealamatkn sy. Mayb sy wat x-ray minggu dpn. X sempat wat kt kelantan tym cuti raya aritu.
ReplyDeleteKena hati-hatilah next time...
ReplyDeleteolohh..mujonyo xdop gapo...pah nk wat gano bendo nk jadi...
ReplyDeleteado la hikmah dia tu:)
Miecyber= Trima kasih ats peringatan. mmg kna hati2 lain kali.
ReplyDeleteechah mashuri= nak wat guano sbb ngantuk telajak. dok cukup tido male.
aduh...kalu ngantuk tido dulu jgn paksa.gua penah rasa tu.kita rasa mata bukak tapi sebenarnya terlelap.nasib baik ko saja.kalu adla moto ke org jln kaki ke aduhhh
ReplyDeletebloggerman= Sy mmg bernasib baik bro aritu. Kalo libatkn org lain, pasti menyesal sampai ke mati.
ReplyDeletesyukur..bro selamat.duit boleh dicari.yang penting nyawa..
ReplyDeleteitu ujian Allah kepada kamu...
ReplyDeleteUjian itu umpama ROTAN dari Allah. Biarlah kita di rotan selalu oleh Allah kerana kita tentu tidak mahu di rotan di akhirat. Oleh sebab itu, apabila kita di uji, anggaplah ia sebagai hiburan, kerana sesudahnya adalah nikmat...
Syukur.. Allah masih memberi peluang utk saudara meneruskan kehidupan ini lagi..
ReplyDeleteJadikan ini sbg pengalaman yg m'beri pengajaran di masa2 akan datang...
Alhamdulillah cg n family selamat..
ReplyDeletepst,bjaya gak domain sdiri ek cg...^^
EMM SALAM n salam lebaran,, aku tertarik dengan penulisan yang ko tulis tu tn.. tetapi disebabkan oleh kecelakaan yg ko alami menyebabkan aku lebih prihatin pada nasib ko.. tapi alhamdullilah ko masih selamt.. dikesempatan ini aku ucapkan selamat ari raya n maaf zahir batin
ReplyDeletearen = btul tu, yg ptg selamat. duit boleh dicari.
ReplyDeletemamahidayahamin= Syukran, atas ucapan a.k.a renungan yg amat bermakna buat saya. Ya, hadapi dg nsenyuman kerna pasti ada hikmha tersirat disebalik hakikat yg tersurat.
akutiewa = ya, sy bersyukur sgt2 krn masih berpeluang utk bernafas. Dan moga2 sama2 dpt jadikan ini sbagai iktibar.
ReplyDeleteLiyana = Alhamdulillah. sy beli domain jer, igt nak beli web hosting tp sy x mahr dgn wordpress.
Norisman= wah ko ade blog jug bro. trima kasih masih ingat sama aku. Slmt hari raya juga. Lama x jumpa ko. Rindunyer.
ReplyDeletealhamdulillah demo selamat
ReplyDeletesemoga menjadi peringatan kepada yg lain
terlelap sesaat, sribu satu kemungkinan sedang menanti
selamat hari raya
besar sungguh dugaan raya taun ni
moga sentiasa tabah
penaberkala= syukur sbb selamat. betul tu, lelap sesaat sdh cukup utk mengundang sribu kemungkinan. 'Patah kaki' raya thn ni sbb keta rosak.
ReplyDeleteya allah tuan....betul ka apa yg saya baca ini??
ReplyDeletealhmdulilah tuan x apa2.. semoga apa yg terjadi pada tuan mnjadi peringatan pada kami semua... saya baru dapat on9 dan terbaca blog tuan..mugkin agak lambat...tapi bersyukur sgt2 pada illahi.. amin ya allah...
Alhamdulilah.. tuhan masih sayang lagi kat awak...
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah shameel selamat dan sehat walafiat dlm kemalangn itu...jadikan iktibar jgn memandu ketika mengantuk...bahaya sungguh!!huhu..
ReplyDeleteselamat hari raya...=)
Syukur Alhamdulillah shameel selamat dan sehat walafiat dlm kemalangn itu...jadikan iktibar jgn memandu ketika mengantuk...bahaya sungguh!!huhu..
ReplyDeleteselamat hari raya...=)
Epal Faezah = Ya, itulh yg sy alami tym balik kg aritu. Moga dapat djadikan pengajaran dan iktibar oleh rakan2 blogger.
ReplyDeleteHairiAks= Syukur sbb Allah masih sayangkan saya.
Yuni = Trima kasih atas nasihat. Sepatutnya saya rehat mencukupi aritu tapi syukur kpd Allah kerana saya masih ok.
ReplyDeleteSelamat hari raya juga utk Yuni.
harap2 lps ni ko akan lbh berhati2...thanks berkongsi cerita ni...peringatan untuk org lain juga
ReplyDeletehee.sila matikan niat nak online lamalama kalau tahu esok nak drive.jauh.haha.
ReplyDeleteakufobia = hahaha, btul tu. Kena matikan niat online kalu nak drive jauh. Trima kasih bro atas peringatan.
ReplyDeletemario= Yer, sama2 jadikn iktibar. moga lebih hati2 tym memandu .
ReplyDeletealhamdulillah tuhan masih panjagnkan umur shameel..lainkali kene lebih berhati2 apabila memandu..persediaan mental kene ada slain persediaan fizikal..kalau tak yakin nak memandu bila dah tau tak cukup rht, tunda je perjalanan..
ReplyDeletesmoga ini memberi pengajarn buat saudara dan juga buat sahabt lain eh:)
salam..
ReplyDeletenasib baik tak jadi apa-apa
yang membawa malapetaka lagi
dasyat..saya pun begitu mudah
mengantuk bila memandu siang
badan kekurangan air di bulan
puasa,jadi seeloknya memandulah
selepas berbuka puasa..
alhamdulillah anda selamat
Rama2Ungu= Benar skli persediaan mental n fizikal amat ptg utk drive dlm jarak jsuh. moga kita semua dpt jadikn pngjaran.
ReplyDeleteZulkbo= Aritu sy ngantuk sgt sbb x cukup tido.
alhamdulillah bro still lagi bernafas.. kejadian yg menimpa bro ni membuatkan sy akan lbih berhati2 time memandu..
ReplyDeletealhamdulillah..syukur..
ReplyDeleteberhati2 dijalan raya..=)
Syukur alhamdulilah anda terselamat.... my kampung tu.........
ReplyDeleteAfiq= sama2 jadikan kisah sy ni sbg pengajaran dan teladan.
ReplyDeleteBidadari Fiza= Syukur Alhamdulillah.
Puteri = Orang Lenggong ke?
bahaye bro kalau tetido..dah pnah nmpk dah dpn mae xcident gila teruk sbb tido..lain kali hentam nescafe sampai bengkok pun xpe
ReplyDeletehentakbelipat= mmg sgt bahaya kalo drive tym ngantuk or trtido. Mmg biasenyer pekena ali cafe tym drive jauh tp aritu tgh pose.
ReplyDeleteYa Allah...scary nya...mcm kisah cikgu saya,imanshah yg juga eksiden smpai kereta jahannam terus,tapi orgnya selamat tanpa kecederaan serius..tapi saya pasti,lepas aje eksiden...mesti sudah tak mengantuk kan?heheheh(gurau)
ReplyDeleteSyukur anda selamat...moga lain kali dapatkan rehat secukupnya sebelum perjalanan. Iskandar chatbox xdak ker untuk meninggalkan jejak?
ReplyDeleteJadikan satu pengajaran. Alhamdulillah kerana Allah masih sayangkan saudara kalau penat dah rehat secukupnya.
ReplyDeleteIsh.. len kali jgn wat lagi.. bahayakan diri sendiri dan insan lain yang mungkin lalu kat situ ke kan..
ReplyDeletebiar lambat sampai asalkan sampai dlm keadaan selamat k..
Iqbal syarie =Yer hilang sgala rasa ngantuk lepas eksiden. hehehe
ReplyDeleteTokan Corner= Trima kasih bro. Shoutbox sy ada jer. Mayb tym bro dtg ia ade prob kot.
ReplyDeleteAku biomed= Ya, sama2 kita jadikan sbgai satu pengajaran.
atie= Trima kasih atas nasihat. Sy setuju sklai dgn atie. biar lambat asalkan slmt.
SUBHANALLAH
ReplyDeleteALHAMDULILLAH diselamatkan n msih dberi pluang kdua !
moga kamu mnggunakan peluang itu dgn sbaik2nyer utk terus berbakti pd muka bumi ini..
AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR ~
salam,
ReplyDeletemaaf, baru baca dan baru tahu
bersyukur....
bahagia tengok cikgu heppy juga
jaga diri selalu...
zal-cdpx= Syukur sy dslamatkn Allah.Pasti sahaja Allah ingin saya menginsafi kesilapan diri disebalik hakikat ini.
ReplyDeleteblueCITY= Kak, hidup msti heppy. Moto hidup saya, hidup utk dinikamti n bknnya diratapi(w/pun kereta rosak n mayb sbln lagi baru ok). heheh
ReplyDeletealhamdullilah takder kecederaan uyg teruk..
ReplyDeletesyukur brooo...kalau tak x sempat nok kenal bro...esok drive molek jgn berulang lagi...huhuhu
ReplyDelete