SABAH TANAH AIRKU. Tapi KAWE ANAK KELATE. Saya mendiami Lahad Datu Sabah bermula jun 2001 hinggalah januari 2007.Sepanjang tempoh itu saya sempat bebrapa kali menyambut Ramadhan di sana. Sejujurnya, ke mana saya kita ‘dihantar’ oleh Allah, pasti sahaja ada sesuatu yang Allah ingin kita pelajari. Ya, saya telah mempelajari banyak perkara di sabah. Belajar dari pengalaman, pergaulan dan jatuh bangun yang sedikit sebanyak telah mematangkan saya dalam hidup. Nostalgia Ramadhan di Lahad Datu amat manis untuk dikenang. Sebenarnya terlalu banyak kenangan indah di Lahad datu, namun saya tak paparkan kerana ia lebih bersifat peribadi. Jadi, saya paparkan sekitar nostalgia Ramadhan sepanjang saya mendiami Lahad Datu. Sebenarnya di Lahad Datu , selain etnik-etnik tempatan trdapat ramai juga orang-orang semenanjung, termasuklah orang-orang Kelantan. Malah di Sekolah Menengah Sains Lahad Datu ketika saya mula-mula sampai dahulu( tahun 2001), 2/3 daripada guru-gurunya adalah berasal dari Kelantan. Begitu juga di sekolah-sekolah yang lain. Sejujurnya, di Lahad Datu, anak Kelantan lebih mudah untuk diketemui berbanding di Ipoh Perak. Cukup setakat itu, kita adalah SATU MALAYSIA jadi tak elok berbicara tentang mana-mana negeri secara berlebihan. Kebanyakkan orang-orang semenanjung di Lahad Datu dan Sabah keseluruhannya bertugas sebagai kakitangan awam terutamanya guru dan di sektor perladangan seperti FELDA, IOI dan Golden Hope.
(Termenung aku memikirkan apalah
juadah untuk majlis berbuka ni)
Semua tahu, kat Sabah, waktu berbuka puasanya lebih awal( lebih kurang sejam) dari Semenanjung. Itulah keseronanakkan pertama berpuasa kat Sabah, walaupun subuhnya juga lebih awal sejam. Malah di gugusan felda sahabat( sebuah kawasan rancangan felda yang terletak di daerah Lahad Datu) waktu berbuka puasa( juga waktu2 solatnya) lebih awal beberapa minit dari kawasan-kawasan lain di Lahad Datu. Bayangkan betapa luasnya Lahad Datu, kawasan yang berada dalam daerah yang sama tapi waktu berbukanya tak sama.
Keseronakan kedua pula, makanan lautnya( seafood) juga murah. Seingat saya, sekitar tahun 2006, harga sekilo ikan tenggiri ialah sekitar RM7 atau RM 8 sekilo. Begitu juga dengan makanan laut yang lain. Jadi, selalu juga saya dan saya dan rakan-rakan akan ‘santap’ seafood di sebuah restoran yang dikenali sebagai wagon kerana lokasinya berhampiran stesen wagon( wagon ialah sejenis pengangkutan alternatif di sabah, selain bas dan teksi. Ia lebih kepada four wheel drive). Di sinilah kami berpesta udang, ketam, sotong dan beraneka ikan.
Kat Lahad Datu, sering juga saya mengadakan majlis berbuka puasa bersama pelajar-pelajar. Saya mengajar di sekolah berasrama penuh(SBP), jadi pelajar-pelajar akan berbuka di dewan makan sekolah. Sesekali ,saya akan mengadakan majlis berbuka kat rumah saya yang sememangnya berhampiran sekolah( kuarters guru sebenarnya). Keistimewaannya di sini ialah pelajar-pelajar yang berbeza agama turut memeriahkan majlis berbuka tersebut. Pelajar-pelajar Kadazan/Dusun yang beragama kristian sentiasa saya undang bersama. Jujur, antara saya dan pelajar amatlah akrab dan kami macam ada pertalian persaudaraan. Malah hingga ke hari ini, kami masih berutusan meskipun mereka telah lama meninggalkan bangku persekolahan dan saya juga telah lama meninggalkan bumi Lahad Datu. Hanista, Christy Veronica, Jessica, Stephanie, Alice, Jessie, antara pelajar-pelajar yang amat bermakna dalam hidup saya. Kesemunya perempuan Kadazan dan beragama Kristian tapi kalau ada majlis seperti berbuka puasa dan hari raya korban, mereka tak pernah saya abaikan.

majlis berbuka puasa bersama pelajar2ku.
Oops rusa ni tym aku & member2ku bbq tahun lepas)
Berfikir panjang juga saya untuk menyediakan juadah berbuka. Terpaksa menelefon mak di Kelantan( juga bertanya dari kawan-kawan perempuan) untuk mengetahui resipi untuk memasak. Hahaha, setelah berhempas pulas namun tetap kegagalan. Tak menjadi dan tak sedap, itulah kesimpulannya. Lalu terpaksalah saya menempah nasi ayam dan sate dari sebuah restoran masakan Kelantan ( restoran Mek Nab namanya). Pemilik restoran ini adalah orang Kelantan dan ia adalah antara restoran tempat berkumpulnya pekerja-pekerja dari semenanjung di Lahad Datu. Selain itu restoran Auliah juga tempat kami melepak sambil pekena nasi beriani kambing.
Majlis Ifftar Ramadhan kat sekolah juga cukup meriah. Rusa atau lebih dikenali sebagai payau kat sabah adalah antara menu utama. Namun, saya sering kegagalan mendapatkan sejenis kuih tradisional suku kaum cocus ( maaf saya lupa namanya). Masyarakat cocos ini berasal dari cocos( keeling island, sebuah kepulauan di Australia). Asalnya, mereka datang ke sabah untuk bekerja di sektor perladangan dan dari situ mereka membina penempatan. Majoritnya menetap di Tawau. Malah terdapat perkampungan cocos di Balung Tawau. Tawau juga menjadi penempatan popular suku kaum Bugis yang datang dari kepulauan Sulawesi.
Kini telah genap 3 tahun saya meninggalkan Lahad Datu dan Sabah, namun segala kenangan di sabah masih ternampak-nampak dan terkenang-kenang. Ya, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat gaji pertama.

seronok juga beraya di luar kawsan kita banyak benda baru kan :)
ReplyDeleteharga ikan tenggiri tu masih lagi dalam 6 7 ringgit sekilo.. begitu juga dengan ikan2 lain macam kerapu, ikan merah dan ikan putih. Kadang- kadang ada gak time mahal.. rm10 sekilo bagi ikan selar.. anyway semuanya masih lebih murah banding harga di semenanjung.
ReplyDeletesuasana dan keadaan di lahad datu sekarang tengah pesat membangun... jalan2 utama diperbesarkan, bangunan-bangunan, premis-premis perniagaan dan perumahan sentiasa bertambah.
Kalau time puasa begini kalau selepas jam 3 dah tak boleh pi bandar.. jalan jam teruk.. kecuali dengan motor macam tuan iskandar dulu anytime boleh merempit cari beriani auliah dan nasi ayam meknab.
iskandar.. tahun ni kali ke seterusnya kawe beraya di lahad datu, sedih bila kawan2 semua balik beraya di kampung halaman masing2..
tahun ni nak mintak pindah terpaksa pikir byk kali sebab tiada peruntukan kargo.. semua belanja sendiri termasuk tambang ahli keluarga.. emmm kesian kami..
Lamanya Shameel merantau kat sana..
ReplyDeletekalau nak cakap shameel asal sana pun, macam dah ada rupa dah sket2 tuh..hehehe..eh rupa kelantan pun masih ada..jangan risau;)
saya pon posting kat lahad datu 2001..SMK St Domonic..betul, lahad datu mmg unik..paling best.tp sayang saya cuma 3bln je kat sana..pas2 tukar johor ikut suami..
ReplyDeletetu la yang seronok dok kat sabah, seefood semuanya murah gila
ReplyDeletepsst" yak sangkut kat awek kadazan ke?
salam cikgu..
ReplyDeleteber ifftar daging rusa
anda..biarpun jauh dari kampung
halaman,tapi kadang-kala rezeki
lagi dimurahkan Allah berkat
pengorbanan anda..alhamdulillah
naz= betul tu, sepanjang kita merantau kita boleh mencari dan mempelajari sesuatu yang baru. Ia mematangkan hidup dan kehidupan kita.
ReplyDeleteYusri = kawe rindu bangat sama Lahad datu. Kalo demo blum bersedia baik jgn pindah lagi. Molek juga kalo demo x pindah, senang ckit kawe gi jalan2 LD.
ReplyDeletep/s= rindu nasi beriani kambing auliah( nasi briani kambing tersedap di Asia Tenggara)
Afida= Dulu mmg ada yg kata sy ni org sabah. hahaha. Tp bla brcakap, dpt dikesan yg sy ni org kelantan. hehehe
ReplyDeleteCemomoi = hehehe, pernah juga dulu sangkut dgn sumandak(awek) kadazan. hahaha, terbongkar rahsia sy mlm ni.
ReplyDeleteZulkbo= Trima kasih atas doanya. Moga rezeki kita semua dimurahkan snetiasa. Juga diberkati.
ape duduk atas meja ni? hihi
ReplyDeleterusa2, pernah ke makan ye.. humm
peace...
ReplyDeleteplease promote to all blogger: no hate speech :)
hihi...saya juga sedang mengimpikan perjalanan dan musafir yg sama,menikmati indahnya bumi Tuhan.
ReplyDeleteSaya pernah ke sabah,berkali-kali dan mmg dapt makan rusa dan seafood!!best!!!
TERBARU: Aku bukan Yusuf!
wah sedeyh lak sy bc entry cikgu kali ni..uhuhuhu.. smsld.terlalu byk kenangan...
ReplyDeleteHamizah= kalo posting 2001, amknanya kita posting sam2 tu. msti awk juga ditempatkn kt hotel Midah di Kl dan hotel promenade kt KK. St Dominic yer, ramai member sy ngajar kt situ.
ReplyDeleteMacy= Selamat hari raya. sajer dok atas meja jepun sbb boring dok atas sofa. hehehe.
ReplyDeleteBest aper mkn rusa. Dlu kt sabah hanya RM11 jer sekilo. Tapi kijang lagi sedap taw.
keseharian Ra-Kun = Trima kasih sahabat blogger dari Indonesia atas kunjungan dan komentar. Eratkan ukhwah sesama blogger dari Malaysia dan Indonesia.
ReplyDeleteiqbal = pastinya kahi dapat bermusafir jauh sbb akhi bakal seorg pilot.
ReplyDeleteBenar sekali, harga rusa dan seafood sgt murah kt sabah.v kt perak ni harga sekilo rusa rasanya RM19.00, itupn yg diternak.
Nothing to display = Mmg banyak kenagan suka duka kat smsld. jgn sedey bah. Mo nangis nnt.
Salam.. mesti terer cakap bugis kan? heheh...
ReplyDeleteashrafi = hehehe ckit2 bolehlh cakap bugis. Tapi makanan Bugis byk yg sy suka.Trutamanya buras.
ReplyDeletepengalaman tu penting
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteBuat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwe.
Ayam n lembu pucat ketakutan,
Sebab daging jadi santapan,
Ramadan Al Mubarak dah ditinggalkan,
Semoga dosa dapatlah diampunkan.
tempatkan membesar lagi dikenang..
ReplyDeletetempat makan, laaaagilah dikenang...
lagi2 kalau cikgu belanja makan...
kami kompem sampai...
*rindu dgn lahad datu jugak
pun rindu jgk..sejak study kat kelntan, xperna lagi lawat SMSLD :'(
ReplyDelete