Friday, 23 July 2010

IMAM MUDA MINGGU KESEMBILAN, TAHNIAH BUAT ASYRAF DAN HIZBUR.


Minggu kesembilan menyaksikan dua orang lagi tokoh imam muda yang terpaksa meninggalkan ‘akademi’ imam muda. Aran dan Taufek terpaksa akur dengan ‘kewibawaan’ Asyraf dan Hizbur yang kini telah melakarkan sejarah mendaki Kemuncak Imam Muda musim pertama. Sama-samalah kita saksikan nanti.

Tahniah kepada Asyraf dan Hizbur, teruskan mengatur langkah menuju ke puncak. Kepada Aran dan Taufek, teruskan menyusun jejak yang telah kalian susun sepanjang bersama program Imam Muda. Kalian aset penting bagi memartabatkan imej imam dan seterusnya agama.

Disini saya paparkan sedikit latar belakang kedua-dia peserta imam muda yang akan menuju ke kemuncak sedikit masa lagi. Kenali mereka, sebagaimana kalian mengenali jaguh Akademi Fantasia dan Malaysian Idol juga Raja Lawak.



(Asyraf)

NAMA PENUH: MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD RIDZUAN
ASAL: Pulau Pinang
UMUR: 26 Tahun
TARIKH LAHIR: 12 Februari 1984
STATUS: Berkahwin
PEKERJAAN: Imam
PENDIDIKAN TERTINGGI: Ijazah Sarjana Muda Usuluddin & Fiqh, Universiti Malaya


(Hizbur)

NAMA PENUH: HIZBUR RAHMAN BIN OMAR ZUHDI
ASAL: Baling, Kedah
UMUR: 27 Tahun
TARIKH LAHIR: 01 April 1983
STATUS: Berkahwin
PEKERJAAN: Guru Tahfiz
PENDIDIKAN TERTINGGI: Sarjana Muda Syariah (Tahun Akhir),Universiti Al-Azhar Mesir

Sedikit masa lagi(30 julai 2010), imam muda akan melabuhkan tirainya. Akan berakhirlah sebuah program yang amat bererti dan bermakna ini. Bererti untuk memanusiakan manusia dan bermakna untuk menginsankan insan. Moga para peserta imam muda dapat menjadi vaksin yang dapat membunuh virus kebinatangan yang sedang menular dalam jasad manusia.










30 comments:

  1. sy suka azhar tp beliau dah tersingkir
    T___________T
    kalaulah boleh undi
    hek hek

    ReplyDelete
  2. caya la hizbur :) tahniah2 g final

    ReplyDelete
  3. syahira ariff= Tahniah sbb turut meminati imam muda. sy pula minat Aran. mereka semua yg 10 org peserta tu semuanya terbaik cuma ingin mencari yg paling terbaik

    ReplyDelete
  4. zBz= Trima kasih atas komentar. Msti peminat hizbur kn.

    ReplyDelete
  5. huu saya juga suka azhar.. hizbur insyaAllah imam muda

    ReplyDelete
  6. ligh of happiness= minat hizbur ye. sama2 kita nantikan kemuncaknya pd 3o julai nnt. Tp sy rasa Aranlh heheh

    ReplyDelete
  7. em, tp dua2 da kahwin. hehehe...
    mak saya kat kg tgk la rancangan ni.pepon,saya sokong mn2 yg menang . hehehe.

    ReplyDelete
  8. errrmm... sy tak pernah tengok pulak shameel rancangan ni. Sebab.....tv takde. Jadi tatau nak sokong sapa. hehe..

    ReplyDelete
  9. Shameel..
    Salam bertandang lagi..
    moga sihat lah selalu
    hendaknya anda di sana..
    جزاك اللهُ خيراً

    ReplyDelete
  10. semoga lebih banyak lagi rancangan realiti yang berunsurkan dakwah di malaysia..amin

    ReplyDelete
  11. Afida = rugi tau tak tengok sbb sekarang imam muda dapt liputan antarabngsa. jom beli tv. hehhe

    ReplyDelete
  12. fatiha= em, tp dua2 da kahwin. hahaha minat dri segi lain yer.hehehe

    ReplyDelete
  13. zulkbo= trima kasih atas kunjungan dan doanya.

    Hawa= saya pun berharap begitu, harap2 lps ni program realiti tv berunsur dakwah smkin mndpat tmpat di malaysia.

    ReplyDelete
  14. Salam ziarah(^_^)...|Saya jarang mengikuti perkembangan imam muda..apa2 pun, moga mereka berdua akan teguh berdakwah membawa mausia ke jalan Allah(^_^), Insya Allah

    ReplyDelete
  15. Pencari Cinta= saya juga mendoakan agar mereka berdua dan peserta2 yg lain akan berdakwah dgn penuh keikhlasan nnt.

    ReplyDelete
  16. xsgka dh mgu 9. tahniah pad hizbur dan asyraff. :) suke tgk cter ni. tp xdpt tgk suda.. sbb suda xduk umah. hukhuk

    ReplyDelete
  17. velasrizal= sama-sama kita tunggu final pada 30.julai nnt.

    ReplyDelete
  18. Munie= Minggu dpn yg bestnye sbb nak tahu siapa juara

    ReplyDelete
  19. salam cikgu,

    alhamdulillah juga
    saya juga begitu teruja dgn rancangan imam muda
    terasa satu pengisian yang amat bermakna...

    terharu sgt mlm tadi ketika imam2 muda di rumah org2 tua taman harapan.
    masih teringat antara kata2 im itu:

    terasa ingin balik segera kerumah minta maaf dengan mak dan ayah

    terasa ingin allah memilihnya utk menjaga mak ayah antara 9 org adik beradiknya yg lain
    (begitu terkesan di hati...)

    yup betul,
    harap imam2 muda ini dapatlah dijadikan ikon bagi remaja2 di luar sana juga diharap mereka ikhlas berdakwah seterusnya...

    semoga cikgu sentiasa dirahmati allah swt selalu

    ReplyDelete
  20. ramai syarikat tv international negara islam kagum dengan rancangan ni dan nak try buat kat negara diorang. bagus la. :)

    ReplyDelete
  21. sy suker Hizbur n harap2 dier juara.... aidi-safuan, bagus kan? lega sket hati ini ngan mender2 positif mcm neh setelah byk timbul mender2 negatif....

    ReplyDelete
  22. salam shameel,
    Bagi abah shameel juga adalah imam muda walaupun shameel tidak menyertai rancangan imam muda. shameel seumpama seorang imam muda yang mengajak masyarakat ke arah jalan yang diredhai Allah melalui tulisan. teruskan perjuangan imam muda shameel!

    ReplyDelete
  23. blueCity= sy pun teruja dgn imam muda minggu ke-9 di rumah org2 tua. Ia mengingatkan saya kembali kpd kenagan thn 2008, ketika melawat rumah sri kenanagn kt tanjung harapan. Kesian org tua kat situ kerana ditinggalkan oleh anak2 yg x tahu membalas jasa.

    sama2lh kita mndoakan agar imam muda dpt diajdkan ikon remaja nnt.

    ReplyDelete
  24. Aidi safuan = Betul tu, imam muda skrg ni mendapat perhatian banyak negara. negara lebih menganli IM brbanding AF dan Raja Lawak.

    kita patut berbanggga kalau negara islm yg lain turut mengadakan program muda. sbb selama ni kita yg 'ciplak' program realiti dri negara lain.

    ReplyDelete
  25. akuzle = siapapun juara, ia amat bermanfaat kpd semua. Tapi, sy rasa Asyraf jer juara. hehhe.

    ReplyDelete
  26. Abah = Trima kasih atas kunjungan dan komentar. semua kita adalah imam sbb imam adalah pemimpin. sabda nabi s.a.w " setiap drp kamu adalah pemimpin."

    Setidak-tidaknya memimpin anggota badan sendiri ke arah keredhaan-Nya.

    ReplyDelete
  27. tak tengok pun sebenarnya ...ngeeee

    ReplyDelete
  28. touya= kena tgk tu, pasti tertawan nnt.

    ReplyDelete
  29. salamunalaikum..harap2 si asyraf tu menang..amin..emm imam muda program yg amat bagus..teruskan misi dakwah wahai khairu umat..

    ReplyDelete
  30. orang utara jugak yang menang..hehe...bguih baguih...cik su pon orang utara gak

    ReplyDelete