Prof Dr Necmettin Erbakan, telah merenangi lautan duga yang begitu hebat untuk mengembalikan islam dan keislaman ke bumi Turki. Beliau hanya sempat menerajui Turki ( menjadi Perdana Menteri) selama setahun sahaja kemudiannya dipaksa meletak jawatan oleh golongan tentera kerana dasar Necmettin Erbakan yang pro- islam. Antara ‘Kesalahan besar’ yang Necmettin Erbakan lakukan ialah membenarkan wanita-wanita islam di Turki memakai tudung (menutup aurat) di tempat awam dan menjalin hubungan yang akrab dengan ulama-ulama islam dan membuka sekolah-sekolah agama. Semua ini adalah satu kesalahan besar bagi pihak tentera yang diamanahkan untuk mempertahankan dasar sekularisme Ataturk.
(Prof Dr Necmettin Erbakan, Perintis Politik Islam Turki) Mustafa Kemal Atarturk dianggap wira oleh segelintir muslim yang buta agama dan buta sejarah. Malah, baru-baru ini ada seseorang yang pernah berkuasa di Malaysia telah memuji dan memuja Atarturk. Sewaktu pemerintahannya, Atarturk telah mengharamkan azan dalam bahasa Arab dan digantikan dengan bahasa Turki. Alasannya satu sahaja, Turki mesti kembali kepada jati diri Turki dan bukannya bayangan Arab . Atas sebab itulah azan ditukar ke bahasa Turki. Begitu juga dengan amalan-amalan islam seperti menutup aurat dan memakai kopiah serta jubah, semuanya diharamkan oleh Atarturk atas alasan itu semua budaya Arab dan ia semua mesti dihapuskan agar serasi dengan nasionalisme Turki. Paling hebat, pada tahun 1925 Attaturk melarang umnat islam Turki dari menunaikani haji ke Makkah.
Walaupun Allahyarham Mustafa Kemal Atarturk telah lama meninggal,namun tradisi sekularisme di Turki telah diteruskan, Cuma tida seteruk zaman pemerintahan Atarturk. Beberapa tahun yang lepas, Merve Kavakci, ahli parlimen wanita dari Parti Fazilet, (iaitu Parti yang ditubuhkan untuk menyambung perjuangan Necmettin yang diharamkan berpolitik ) dilucutkan taraf selaku ahli Parlimen Turki gara-gara mengenakan tudung ketika menghadiri persidangan parlimen. Ekoran itu juga, Parti Fazilet telah diharamkan
(Al-Islam ya’lu wala yu’la ‘alaih”Agama Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya)
Pada tahun 1983, bermulalah sejarah baru dalam sejarah Turki dengan tertubuhnya Parti refah pimpinan Prof Dr Necmettin Erbakan. Dan, kemuncaknya ia telah mengubah landskap politik Turki pada tahun 1995, apabila memenangi 158 kerusi Parlimen Turki. Ia merupakan satu kemenangan, bukan hanya bagi Refah tapi bagi seluruh gerakan islam dan pencinta islam di seluruh dunia. Memang mereka berhak bergembira kerana islam akan kembali hidup di Turki setelah sekian lama dibunuh oleh Atarturk. Masih saya ingat, kerana tidak mampu membentuk kerajaan yang kuat, Necdmettin Erbakan mengeluarkan kenyaataan “kita(parti Refah) lebih bersedia menjadi pembakang yang kuat berbanding menjadi kerajaan yang lemah.” Namun kerana desakan lantaran perlunya pembentukan sebuah kerajaan, Parti Refah pimpinan Necmettin Erbakan telah membentuk sebuah kerajaan campuran dengan parti DYP, pimpinan Tansu Ciller(yang memenangi 135 kerusi) . seingat saya, ada tiga tokoh politik yang mengegarkan Turki ketika itu, iaitu Necmettin Erbakan( pro islam), Tansu Ciller dan Mesut Yilmaz ( pendokong sekuarisme Atarturk). Mengulas tentang kemenangan besar parti pimpinan Necmettin Erbakan ini, Majalah Antarabangsa Newsweek telah membuat analisa tentang faktor orang ramai memilih parti Refah. Di dapati hanya 30 % sahaja yang memilih Refah atas motif islam. Manakala 70% lagi memilih Refah kerana berkeyakinan refah dapat berkhidmat untuk masyarakat. Memang kena akui hakikat ini, sebab saya pernah terbaca , betapa golongan pelacur(atau pondan, maaf saya lupa sebab saya bacanya sekitar tahun 1998 atau 1999 dalam akhbar Harakah) juga turut menyokong Parti Refah dalam pilihanraya tersebut. Tapi sayang, hayat pemerintahannya hanya setahun, lantaran kesalahan berat yang dilakukannya, golongan tentera telah melakukan rampasan kuasa. Antara kesalahan berat Necmettin Erbakan ialah ialah membenarkan wanita-wanita islam di Turki memakai tudung (menutup aurat) di tempat awam dan menjalin hubungan yang akrab dengan ulama-ulama islam dan juga kerana membuka sekolah agama.
p/s= sepatutnya entry ni saya siarkan petang tadi. Tapi petang tadi saya tak senang hati apabila memikirkan parahnya akidah pelajar2 islam hari ini. Di sekolah tadi ketika mengajar di Tingkatan 4, saya bertanya pelajar2 cina, siapakah antara kamu yang beragama Kristian. Lalu beberapa ekor pelajar perempuan islam mengangkat tangan sambil gelak-gelak. Saya tengking budak- budak banggang ni, lalu saya menyuruhnya mengucap dua kalimah shahadah, tapi dengan selamba mereka menyanyi2 (buat lawak) sambil berkata, kitaorang buat lawak jer cikgu takkan tak boleh. Saya hilang sabar dan angkat tangan, tapi si pelajar ni kata, dia akan dakwa saya mencabul. Terdiam saya, betul juga. Nanti dalam akhbar esok gambar saya terpampang kerana kesalahan mencabul.





