Showing posts with label MENJEJAK BLOGGER. Show all posts
Showing posts with label MENJEJAK BLOGGER. Show all posts

Wednesday, 16 February 2011

PACIFIST ( BLOGGER YANG HILANG TANPA JEJAK.)



Pacifist (http://kabilahmerdeka.blogspot.com/
) seorang blogger yang kini semakin menjauh dari dunia blog. Menjauh dan menghilang tanpa jejak. Saya yakin, ramai yang tidak ambil peduli dan tidak ambil tahu akan kewujudannya apatah lagi merasai kehilangannya. Mungkin ada yang beranggapan, dalam dunia blog yang semakin melebar dan meluas ini, kewujudan Pacifist hanyalah upama melukut ditepian gantang, masuk tidak menambah dan keluar pula tidak mengurang. Ada atau tidak ada, tidak memberi apa-apa kesan. Apatah lagi, blognya tidak memperkatakan persoalan Nuffang , Google AdSense, Innity dan sebagainya. Tidak juga membicarakan persoalan Traffic, PageRank, Backlinks, Search Engine Optimization( SEO) dan lain-lain lagi istilah yang lazim dan lumrah dalam kalangan blogger tegar. Jauh sekali daripada membincangkan gossip-gossip artis. Meskipun tanpa semua itu, blognya tetap menarik dan istimewa. Menarik untuk dikunjungi dan istimewa untuk dihayati, sekali gus untuk mengutip dan memungut jutaan pengajaran. Pengajaran untuk memugarkan kembali semangat perjuangan
(As-Syahid Sheikh Izzuddin al-Qassam)

SALAM KEMENANGAN DAN TERUSKAN PERJUANGAN, itulah Entry terakhirnya yang dipostkan pada 12 Sept 2010. Pada entry itu sudah ada petunjuk beliau ingin beruzlah dari dunia blog, ia jelas kelihatan pada bait-bait terakhir entry tersebut

"N/B: Maaf sekali lagi kerana tidak dapat mengerapkan diri melawat laman-laman sahabat kerana hambatan tugas dan komitmen yang bertambah."



(lambang briged Izzuddin al-Qassam)


Ada apa dengan Pacifist. Mengapa blognya istimewa. Inilah yang ingin saya maklumkan di sini. Blognya adalah blog perjuangan. Blognya diwujudkan bukan untuk mencari pendapatan sampingan, tetapi untuk menghidupkan kembali semangat jihad sekali gus menyemai kecintaan terhadap bumi suci Palestin. Lihat sahaja pada motif kewujudan blognya,

LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN

"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"



(pejuang Palestin sedang bersolat)
Entrynya tidak pernah surut dan susut dari menceritakan perit getir pejuang-pejuang Palestin. Melalui blog, beliau ingin para pembaca amnya dan blogger khususnya tahu betapa getirnya perjuangan HAMAS. Betapa ikhlasnya Sheikh Ahmad Yassin dan Dr Abdul Aziz al-Rantisi yang menjadikan nyawanya sebagai mahar untuk mendaulatkan islam di bumi suci Palestin.


Keprihatinan dan caknanya terhadap Palestin bukanlah ciptaan atau rekaan semata-mata. Ini terbukti apabila beliau mengabadikan nama IZZUDDIN AL-QASSAM sebagai nama putera sulungnya. Pasti sahaja, ada seribu erti dan sejuta makna, mengapa nama itu diabadikan kepada zuriatnya. Mungkin ada yang tertanya-tanya siapakah Izzudin al-Qassam? Ya! Siapakah lelaki itu? Mungkin ramai yang tidak tahu betapa lelaki itu adalah seoarang ulama dan tokoh jihad di bumi Palestin yang bangkit berjihad menentang kuasa-kuasa kuffar seperti British (yang bermati-matian ingin mewujudkan negara haram Israel) dan Rejim Zionis Laknatullah. Sheikh Izzuddin Al-Qassam telah menemui syahid( sebagaimana syahidnya Sheikh Ahmad yassin dan Dr Abdul Aziz Al-Rantisi) dalam perjuangan menentang kuasa kuffar laknatullah itu. Nama Sheikh Izzuddin al-Qassam kemudiannya diabadikan oleh pergerakkan islam HAMAS sebagai sebuah briged sayap kanan HAMAS( unit yang amat digeruni oleh Israel). Dan ,sahabat saya Pacifist juga turut mengabdikan nama itu kepada zuriat sulungya. Syabas buat sahabat.

Kepada sahabat-sahabt blogger yang mengenali Pacifist secara dekat (terutamanya blogger-blogger Pahang), harap dapat memujuk beliau agar kembali berjihad dalam dunia blog. Orang seperti Pacifist amat diperlukan untuk menyeru manusia ke jalan Tuhan menerusi penulisan yang segar dan membugarkan