Friday 22 July 2011

KITAB TAJUL MULUK MENGANCAM AKIDAH

(Kitab Tajul Muluk Versi Moden)



Sebelum memulakan entry, saya ingin memohon jutaan maaf, andainya entry ini bakal mencalar hati dan merobek perasaan sahabat. Jujur, bukan itu niat saya. Dan,kalau diikutkan hati, saya tidak ingin berbicara isu ini, apatah lagi saya telah berbicara tentangnya secara umum dalam entry yang lepas.Boleh sahaja sahabat menganggap bicara saya kali ini, sebagai episod kedua tentang kesesatan Rahsia Tarikh Lahir. Cuma, kali ini ia hanya berfokus kepada kesesatan Kitab Tajul Muluk. Saya terpaksa berbicara tentang isu ini, kerana kesesatan dan kesyirikannya sedang disebarluaskan dengan rancaknya.

ADA APA DENGAN KITAB TAJUL MULUK. Ia merupakan sebuah kitab yang digunapakai oleh orang melayu zaman silam. Antara kandungan kitab ini ialah menyatakan ubat-ubatan tradisional bagi mengubati berbagai-bagai penyakit, suratan azimat dan rajah dan juga bacaan doa, jampi serapah dan hal-hal berkaitan nujum, jin dan sebagainya.

Sebenarnya kitab ini sudah lama dipinggirkan dan layak dianggap sebagai klasik. Kefahaman dalam beragama dan kesedaran tentang pentingnya akidah mengakibatkan kitab Tajul Muluk semakin pupus. Tapi, harapan para pencinta agama agar kitab Tajul Muluk yang mengarut ini menjadi pupus seperti dinosaur, rupa-rupanya tidak kesampaian. Entah dari mana datangnya sekumpulan manusia yang begitu gigih mempromosikan kesesatan kitab Tajul Muluk.Perkembangan teknologi maklumat dieksploitasi dengan begitu hebat untuk mengikis dan menghakis akidah. Lihat sahaja kat Facebook, betapa hebatnya sambutan terhadap aplikasi Sifat Wanita Mengikut Tajul Muluk . .




(Kitab Tajul Muluk Versi Klasik)




Binggung dan sungguh binggung apabila melihat keghairahan segelintir pengguna facebook yang begitu berselera dengan aplikasi Sifat Wanita Mengikut Tajul Muluk. Ada yang begitu teruja kerana sebahagian sifat-sifat yang dinyatakan menepati dirinya. Ada juga yang beralasan sekadar suka-suka sahaja. Namun harus diingat, suka-suka tu termasuk dalam bab redha meredhai dan restu merestui. Tidak wajar dan tidak waras untuk kita meredhai dan merestui segala bentuk kesesatan. Saya teringat kata-kata seorang rakan “ lebih baik upload gambar bogel kat facebook daripada letakkan rahsia tarikh lahir dan sikap wanita mengikut tajul muluk. Sekurang-kurangya gambar bogel ni tak bawa syirik.” Walaupun sekadar jenaka, tapi saya yakin, ia lahir dari hati yang memberontak terhadap penyebaran virus sesat yang kian rancak di facebook.

Sebelum melanjutkan bicara, eloklah kita rujuk dahulu, penjelasan dari JAKIM tentang status kitab Tajul Muluk. Sebenarnya, sejak tahun 2007 lagi JAKIM telah mengharamkan kitab ini. Antara ‘fatwa’ yang dikeluarkan oleh JAKIM ialah:

Kita boleh mempelajari Kitab Tajul Muluk, tetapi kita tidak boleh
mempercayainya kerana ia boleh membawa kita kepada syirik kepada Allah
S.W.T. Ini selaras dengan firman Allah S.W.T. dalam surah al -Maidah ayat
90 yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala
dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor
(keji) dari perbuatan syaitan,oleh itu hendaklah kamu menjauhinya semoga
kamu berjaya".

Oleh itu , hendaklah mempelajari ilmu dari guru-guru yang diiktiraf
oleh pihak berkuasa agama dan kitab-kitab yang muktabar supaya ilmu-ilmu
tersebut memberi manfaat kepada diri di dunia dan di akhirat.
Sila klik JAKIM untuk info ini.










Dan, syukur juga kepada Allah S.W.T, kerana dengan izin-Nya,pada 7. Julai. 2011, saya telah digerakkan hati untuk menghubungi bekas seorang mufti untuk bertanyakan beberapa kemusykilan. Antaranya berkaitan dengan Kitab Tajul Muluk. Kata bekas mufti tersebut, kesesatan kitab Tajul Muluk telah lama dibincangkan oleh para mufti dan ia adalah antara kitab yang diragui, lalu dilarang daripada diajarkan kepada masyarakat. Saya rahsiakan nama dan no telefon bekas mufti yang saya maksudkan. Jika sahabat inginkan no telefonnya bolehlah emailkan kepada saya.

Sekarang saya paparkan antara Sifat-Sifat Keji Dan Hina( yang saya boldkan) Yang Dimiliki Oleh Wanita Berdasarkan Hari Kelahiran Dan Sifat-Sifat Fizikalnya Menurut Kitab Tajul Muluk.

Wanita yang lahir pada hari khamis, merupakan wanita yang suka menyinggung hati orang lain. Cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yang baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

Begitu juga dengan sifat fizikal, Wanita yang bibirnya selalu terbuka amatlah kuat nafsu syahwatnya, suka bertukar pasangan, tapi berdisiplin dalam kerja, selalu dapat kejayaan, pandangan luas, optimis, mudah jatuh cinta dan tergila-gila.


Wanita yang tebal bibirnya pula sukakan kemesraan, suka kebebasan, berfikiran terbuka, gemar cakap soal cinta dan seks, dapat memberi kesenangan, suka mencemuh dan membuat malu, tidak suka berpura-pura, kuat meyimpan rahsia, kuat bersolek, kurang ambil berat pada suami, rumahtangga dan anak-anak.

Sekarang mari kita lihat betapa bahayanya kitab ini. Cuba bayangkan, andainya seseorang lelaki beristerikan atau bertunang dengan wanita yang lahir pada hari khamis , dan memiliki sebahagian atau keseluruhan ciri-ciri fizikal yang saya boldkan seperti di atas. Bayangkan juga, si lelaki atau suami itu pula buta agama dan mandul akal. tiba- tiba si suami pula dia mempelajari kitab ini. Pasti sahaja, si suami atau si tunang itu akan mula merasa sangsi dan mencurigai isterinya itu. Keadaan akan semakin parah, andainya ditakdirkan si isteri itu memiliki sekelumit akhlak yang tidak elok seperti mana yang diramalkan oleh kitab karut ini. Tentu sahaja, ia akan meruntuhkan kerukunan rumah tangga yang di bina.

Sekarang kita lihat kesan buruk yang seterusnya, iaitu kesan ke atas agama dan lebih tepat lagi terhadap akidah. Kitab Tajuk Muluk ini, seakan-akan menuduh Allah itu zalim dan kejam. Apa tidaknya, orang-orang yang ditakdirkan lahir pada hari tertentu dan memiliki ciri-ciri fizikal tertentu dianggap sial,hina dan keji. Jujur dan ikhlas, persoalan masa lahir ( baik hari mahupun tarikh) dan sifat-sifat fizikal, manusia sebenarnya tiada pilihan melainkan mengikut sahaja kehendak Allah. Itu adalah takdir. Takdir tidak sekadar suratan tapi ia merupakan kurnian-Nya. Jadi, siapakah kita untuk mempertikaikan kurnian Allah kepada kita. Jadi, bila meramalkan hari lahir yang tertentu dan sifat fizikal tertentu membawa sial, itu bererti menuduh Allah sebagai Tuhan Yang Maha Kejam dan Tuhan Yang Maha Zalim. Tidakah ini membawa kepada syirik.

Walaupun JAKIM mengatakan Kita boleh mempelajarai Kitab Tajul Muluk, tetapi ia disusuli dengan larangan, iaitu tidak boleh mempercayainya. Begitu juga dengan Prof Madya Dr. Abdul Hayei Shukor, seorang ilmuan Hadis yang berasal dari Kelantan (Sila klik SINI ) mengatakan, kitab-kitab seperti Tajul Muluk boleh dibaca dan dipelajari, namun beliau turut menyatakan syaratnya, iaitu Jika pembaca berpendapat, dirinya tidak akan dipengaruhi unsur-unsur yang menyesatkan akidahnya. Nyata sekali, walaupun dibenarkan dan diizinkan untuk membaca dan mempelajari kitab ini, namun ia tetap kekal bersyarat.

Amat tidak waras andainya mewajarkan semua pihak untuk membaca dan mempelajari kitab Tajul Muluk. Untuk para alim ulama termasuk para mufti dan pensyarah-pensyarah pengajian islam di mana-mana pusat pengajian tinggi, membaca kitab Tajul Muluk sememangnya wajar dan waras untuk kajian dan penyelidikan. Tetapi untuk orang awam pula apa manfaatnya. Untuk suka-suka atau sekadar untuk dijadikan aksesori facebook.

Andainya kita ingin mewajar dan mewaraskan semua pihak untuk membaca dan mempelajari kitab Tajul Muluk, mengapa pula kita melatah apabila pihak tertentu ingin menerbitkan bible berversi melayu. Mengapa kita perlu bimbang andainya bible versi melayu dijual dan disebarluaskan kepada semua warga Malaysia, termasuk kepada umat islam.

Tentu sekali tidak wajar dan tidak waras andainya umat islam yang buta Al-Quran tiba-tiba diajar supaya memahami bible. Juga,tidak wajar dan tidak waras andainya umat islam yang belum mantap akidahnya, tiba-tiba dipelawa untuk mempelajari dasar-dasar akidah dan ilmu teologi Krisitian dan lain-lain agama. Tapi, lain pula kepada tokoh-tokoh islam yang terlibat dalam perbandingan agama seperti Ahmed Deedat dan Dr. Zakir Naik. Kepada mereka, perbuatan membaca, mempelajari dan mendalami bible dan mana-mana kitab agama lain amatlah wajar dan sangatlah waras.

Seperkara lagi yang harus difahami, Kitab Tajul Muluk sebenarnya amat sinonim dengan ilmu astrologi zaman silam,khususnya bagi masyarakat Melayu dalam menafsirkan watak-watak manusia, tabiat dan cintanya, hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari. Tentang hukum astrologi, iaitu meramalkan apa yang bakal berlaku telah saya nyatakan pandangan ulama-ulama tempatan dalam entry saya yang lepas ( klik sahaja Rahsia Tarikh Lahir) dan kali ini saya paparkan pula fatwa ulama al-Azhar, iaitu Fatwa Syeikh Ahmad al-Sharbasi dalam bukunya Yas`lunak fi al-Din wa al-Hayat,katanya:

"Apa jua jenis ilmu yang mendakwa boleh tahu perkara ghaib, semuanya dikategorikan sebagai ilmu hitam yang haram dipelajari atau dipercayainya, sama ada yang menggunakan kaedah hisab bintang, rajah, malihat tapak tangan, melukis pada pinggan mangkuk dan lain-lain. Kaedah ini banyak diguna oleh penipu-penipu yang berminat mencari rezeki dengan cara mudah, kadang-kadang ada yang membuat promosi khidmatnya secara profesional"

Tambahan Info Tentang Kesesatan Ilmu Astrologi Termasuklah Rahsia Tarikh Lahir
1) Klik USTAZ MUHD KAZIM ELLIAS untuk menonton rakaman kuliah Ustaz Muhd Kazim tentang syiriknya Rahsia Tarikh Lahir.

2) Klik DR ASRI ZAINUL ABIDIN untuk menonton rakaman kuliah Dr Asri tentang syiriknya Rahsia Tarikh Lahir.

3) Klik DR ABDUL BASIT ABDUL RAHMAN untuk menonton rakaman kuliah Dr Abdul Basit tentang syiriknya Rahsia Tarikh Lahir.

4) Klik USTAZ ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN untuk menonton rakaman kuliah Ustaz Zaharuddin tentang syiriknya Rahsia Tarikh Lahir.


P/S: Kitab Tajul Muluk merupakan virus sesat yang sedang merebak dengan pantasnya di facebook. Jadi vaksinnya juga perlu menerusi facebook. Oleh sebab itu, saya harap sahabat sudi likes atau share on facebook ‘vaksin’ ini demi kelangsungan dakwah.

89 comments:

  1. ada versi baru rupanya
    aku ingatkan kitab ni dah lama jadi abu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yg asli dan tulisanya arab melayu

      Delete
  2. kita bako je...kita bako je! byk lagi kitab2 yg kita terlupa pandang utk baca....seperti tafsir Ibnu Katsir, Ihya Ulumiddin, sirah Rasulullah, sahih Muslim/Bukhari...dan yg paling agung - Quran. letih tgk org zaman skrg ni...yg ada depan mata dan merupakan Kalamullah penuh dg mukjizat (yg mat salleh baca terjemahan Yusuf Ali tu pun boleh masuk Islam), diorang taknak baca. ini dicarinya kitab karut makrut yg dtg entah dari mana sumbernya....letih!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Cikgu Shameel,

    auntie pernah dengar tentang buku ni tapi tak pernah tengok apa lagi baca.

    Semua manusia yang Allah cipta ada kelebihan dan kekurangan.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Alhamdulillah ada entri ini sebagai rujukan untuk menentang isuyang berkaitan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. kupasan yg sangat indah.

    TK x bminat dngn pkara2 sbegini, bgitu jg pada zaman remaja dulu, masa kawan2 duk sibuk dngn rahsia bulan kelahiran (asal belek majalah je cr ruangan ni). mungkin cr pemikiran TK lain sikit kot..

    tapi memang benar, ramai orang cukup taksub dngn hal2 mcm ni, dan mengambilkira dlm mmbuat keputusan.
    aneh kan?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum shameel, saya pun pernah terdengar perihal tajul muluk ni waktu sekolah menengah dulu2, tp tak pernah pun baca kitabnya lagi...

    terima kasih atas perkongsian ni shameel, saya percaya ramai orang di luar sana yang masih percaya dengan benda ni semua, seperti kata nahmy la...Al-Quran yang paling agung tidak mahu diikut, tapi nak ikut kitab lama yang tak tahu sumber..Allahualam..

    ReplyDelete
  7. nahmy.
    Itulah masalahnya Nahmy. Kitab2 yg muktabar masih berlambak tapi kitab karut juga yg disebarluaskan.

    ReplyDelete
  8. tehr .'susah nak jadi abu sbb ada manusia moden tapi berjiwa kuno

    ReplyDelete
  9. Kunang-Kunang.
    rasa-rasanya agak susah dah nak dapatkan kitab ni, tapi dgn kemajuan ICT, ia disebarluaskan dgn amat rancak.

    ReplyDelete
  10. Cikgu ahmad humairi.
    Itulh harapan dan matlamat saya. Entry ni sebagai vaksin utk mmebunuh virus tajul muluk yg berlegar2 dlm FB

    ReplyDelete
  11. ?.
    Itulah mentaliti masy kita. W/pun para ustaz dah kerign air liur menrangkan kesesatan ilmu ramalan dan zodiak trmasuk tajul muluk. Tapi, yg degil tetap degil

    ReplyDelete
  12. Afida Anuar.
    Sy pun yakin, masih ramai yg percayakan semua ni. Dan sy juga percaya ramai juga yg ikut serta atas dasar suka-suka.

    ReplyDelete
  13. sop perasan org dulu (tua) suka merujuk kpd tarikh tertentu, hari tertentu dan berkaitan. tp skrg rasanya dah kurang.. jika kitab tersebut mula dijadikan panduan, akan kembali pula padangan2 yg serong ini..

    terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah akan perkongsian ini..sgt bguna

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum.
    Benar kata kamu shameel. Org kita terpedaya dgn tipu daya syaitan yg berwajah manusia.

    ada masa datagnlah ke blog saya
    http://jiwa-hamba.blogspot.com/

    ReplyDelete
  16. sop.
    kitab ni mmg dah lama dilupakan dan kalau diajar pun secara terpencil. tapi skrg ni entah siapa yg cuba hidupkan kmebali dgn jadikan sbgai aplikasi kt fB, itulh mslhnya dan ramai org2 kita yg terpngaruh

    ReplyDelete
  17. JIWA HAMBA.
    Trima kasih ats kunjungan dan komentar. insha-Allah sy akn berkunjung ke blog sahabat nnt.

    ReplyDelete
  18. Titisan Hujan.
    Semoga kita diberi kekuatan utk memerangi karut marut ini.

    ReplyDelete
  19. ramai sangat yg teruja dengan tajul
    muluk ni sampai percayai itu ini.
    susah nak tegur kadang2.

    ReplyDelete
  20. Semakin kita menuju kemajuan, semakin itu pula fikiran kita semakin 'mengecil'.

    ReplyDelete
  21. syafiqakarim .
    benar t usyafiq. silap tegur kita kena remove dri jg member FB nya. Kena tegur dgn hati2 dan wajib tegur sbb ni mslh akidah.

    ReplyDelete
  22. ashrafi.
    org yg promosi benda2 mengarut ni tak faham agaknya kitab ni dah diwartakan haram.

    satu lagi masalah org melayu ni byk yg melatah x bertempat. bila artis main2 dgn anjing trus kecoh, padahal ia prkara khilafiah. Tapi dlm perkara akidah buat tak tahu pulak.

    ReplyDelete
  23. aaaaaaaaaaaaaaa...

    penah main applikasi ni kt fb..

    T___T

    terima kasih atas kupasan ini..

    ReplyDelete
  24. missSenget .
    Trima kasih miss ats kunjungan. sy sekadar menerang dan tidak ada niat utk menyerang.

    ReplyDelete
  25. kalau kita percaya 100% peratus memang boleh membawa kepada khurafat.

    terima kasih untuk kupasan ini . memang banyak sangat benda ni ada kat facebook.

    ReplyDelete
  26. Syaza Kelyza.
    Sepatutnya jgn percaya langsung

    ReplyDelete
  27. kitab tajul muluk ni saya pernah dengar tapi tak tahu lak kitab ni mcm ni.....

    ReplyDelete
  28. Syaza Kelyza.
    Maksud saya jika ada yg menepati ramalan tersebut anggap sahaja sebagai kebtulan semata2

    ReplyDelete
  29. suke entry ni..untuk konsian bersama...thanks for share. :)

    ReplyDelete
  30. harrazdani
    mmg ada kandunannya yg baik mcm buat ubat2 tradisonal spt makjun. tap mslhnya yg buruk tu byk lagi spt ttg nujum dan jin dan ramalan yg karut

    ReplyDelete
  31. azi nur
    trima kasih ats kunjungan dan komen. moga entry ini memberi manfaat kpd semua

    ReplyDelete
  32. Salam..err cikgu rupanya..

    sebelum tu nak ucap t kasih krn sudi ke blog saya.. saya org Karai..menulis sekadar melepaskan rasa ingin menulis juga utk tatapan anak2 suatu masa nanti..

    ttg n3 ini..
    jujurnya, saya mencari tajul muluk sejak sekian lama.. dua tahun lepas saya dapat membelinya di satu pesta buku.. tak habis membaca krn jawinya jawi lama yg buat saya agak lambat membacanya. saya juga membaca ttg petua dan ramuan utk ubat-ubatan..rasanya, itu tiada masalah.. cuma bahagian 'psikologi klasiknya' itu membuat saya tersenyum....saya baca dan hati saya berkali2 menyebut.. alangkah mengarutnya.. bagi saya, membaca tidak salah.. mempercayainya.. sgt salah.. dgn membaca sendiri kitab itu, kita mungkin lebih adil utk mengulas ttg nya.. walla hua'lam..

    ReplyDelete
  33. waaahhh,

    siapakah gerangan orang yang rajin mencari cebisan kitab lama untuk dibukukan ni ?


    thumbs up !

    ReplyDelete
  34. a.samad jaafar.
    Trima kasih juga sahabat sbb sudi bertandang ke blog saya. Pernah juga beberapa kali saya ke karai.mungkin ada waktu nnt boleh kita kenal dgn lebih dekat sbb karai dgn chemor tidaklah jauh jaraknya.

    Ttg n3 ni sebenarnya, mmg diakui kitab tajul muluk turut mengandungi aturan membuat ubat-ubatan tradisional tmasuk makjun. sy prnh baca juga dulu utk tgk isi kandunagnya. ia mcm kitab2 kuning yg lain , tulisan jawi dan bahasanya nya agak sukar utk difahami. ada sumber mengatakan ia mula ditulis di acheh pada zaman kesultanan Acheh.

    Mcm sy jelaskn di dlm entry,hanya golongan yg dapat membezakan antara intan dan kaca sahaja yg berhak membaca kitab ini. Mcm sahabat, syukur kpd Allah sbb tahu menilai antara intan dan kaca sbb sahabat hanya ambil yg baik2 dan singkirkan yg karut marut.

    Tapi yg dipopularkan kt facebook ialah ramalan atau psikologi klasiknya. malah ini juga yg disebarluaskan kt internet baik dlm blog mahupun web site tertentu. Dan mmg ada yg mempercayainya, antaranya kenalan saya. ini yg kita bimbnag. andainya sekadar baca utk dijadikan bhn penyelidikan spt mengkaji ttg ramuan ubat-ubatan maka tiada masalah. Dan bukan setakat tajul muluk, sbb kita juga dibenarkan mmbaca kitab agama lain tapi sekdar utk mengetahui dan bukanya utk diyakini.

    ReplyDelete
  35. muhamad hanif .
    manalah saya tahu. hahah. saya serahkan kpd hanif utk mencarinya.

    Tapi adalah lebih baik, jika kandungan kitab kuning mcm sairus salikin, hidayatus salikin ( kedua-duanya karangan syiekh abdul samad al-falimbani), Bahrul Mazi(syiekh idris al-marbawi), furu ul-masail (shiekh daud al-fatani) yg disebarluaskan melalui internet. cubalah hanif buat aplikasi kitab2 ni.

    ReplyDelete
  36. Info yg cukup bagus untuk dikongsikan.Kita mudah terpedaya dan terikut ikut dgn dakyah kitab ini...mmg banyak saya tgk rakan2 mendownloadkan ke dalam FB..rahsia Tarikh lahir..tahi lalat..bulan kelahiran...rupanya semua ni boleh memesongkan Akidah kita...Agar kita dapat belajar dari kesilapan dan tidak sewenang-wenang menyebarkan sesuatu yg tidak betul.

    ReplyDelete
  37. Eye_nee.
    Terima kasih ats kunjungan dan sokongan. Moga kita sama2 dpt perbetulkan kesilapan agar tidak sewenang2nya menyebarkan sesuatu, malah status hukumnya perlu diketahui. jika kita sebarkn perkara yg khurafat dan org lain turut percaya, maka kita berkongsi dosanya.

    ReplyDelete
  38. perkongsian yg baik.. lengkap sekali hujahnya.. terima kasih yer.. sebelum ni dah faham ttg perkara ni.. hari ni bertambah faham lagi.. terima kasih yer..

    ReplyDelete
  39. kitab tajul muluk neh bahaya..takut boleh menyebabkan terbatal akidah dan menilai manusia secara membabi buta..

    ReplyDelete
  40. macam2 bentuk ancaman pd umat islam skang yea...

    harap jgnlah kite terpedaya...

    salam kenal...sya folooooo :)

    ReplyDelete
  41. ada orang yang terlalu xcited dgn tajul muluk nie..tapi kan shameel kalau yang versi dato dr fadzilah kamsah tu mcm ne erk? lebih kurang macam tajul muluk nie ke?
    entry shameel nie sgt berguna utk generasi yang kurang mengetahuinya.. =)

    ReplyDelete
  42. selalu dengar tentang kitab tajul muluk ni. tapi, tak pernah nak mendalami sebab takut juga iman ni lemah..nanti mudah je percaya..jadi lebih baik kita dalam dan pelajari apa yang sepatutnya menjadi pegangan..Al Quran dan Sunnah..

    ReplyDelete
  43. Hanis Azla
    Trima kasih krn memahami dan prihatin dgn masalah ini. Kesatuan fikiran dan kesatuan tindakan amat perlu untuk memerangi fahaman karut ini,

    ReplyDelete
  44. Syuxer ,
    Benar skali syuxer. inilah yg dietgaskan oleh jakim dan dr abd hayei shukor. kepercayaan trhdap ramaln dlm kitab tajul muluk mmg boleh membawa kpd syirik atau terbatal akidah

    ReplyDelete
  45. mamaNoriz sini,
    Moga Allah berikan kita kekuatan utk menjauhi dan seterusnya memerangi kesesatan ini

    ReplyDelete
  46. Aida Omar.
    Ttg yg dr fadilah kamsah tu sbrnya kita tak pasti adakah benar Dr fadilah kamsah yg buat atau rg lain yg mengambil kesempatan atas namanya. Tapi apapun segala bentuk ramalan trmasuk rahsia tarikh lahir tetap ditolak dlm islam.

    p/s = telah saya perincikan isu ini dlm entry bertajuk rahsia tarikh lahir , ramalan yg merosakkan akidah.

    ReplyDelete
  47. Nora Shahaira.
    Saya sokong 100% iaitu kita dalami al-quran dan sunnah. Lepas akrab dgn kitab2 muktabar yg ditulis oleh ulama2 muktabar dan berguru dgn guru2 yg musyid, andainya kita membaca buku ttg isu agama dan tak faham serta inginkan penjelasan lanjut, kita hendaklah merujuk kpd guru2 yg mursyid

    ReplyDelete
  48. Bro, sepatutnya mufti bertindak tegaskan. Ini tak bising2 ngan poco2 aje

    ReplyDelete
  49. macam2 orang islam sekarng niee.
    -.-

    ReplyDelete
  50. huhu ..
    ni yg bahaya ni ..
    boleh pesongkan akidah umat islam ..

    TQ for sharing ya :)

    ReplyDelete
  51. alif haris.
    Tahniah alif sbb awak prihatin. mmg ia boleh memesongkan akidah.

    ReplyDelete
  52. JIWA HAMBA.
    sebenanrya jakim dah fatwakan tapi org tak nak dgr.

    ReplyDelete
  53. chemay.
    mmg mcm2 pernagai org kita. ada yg percaya sungguh dan ada yg sekadar suak2. tapi yg pasti semua itu trmasuk dlm redha merdhai

    ReplyDelete
  54. salam sahabat.
    maaf lama x ziarah disini.harap sihat adanya.tahniah kerana entry2 yg sentiasa menyegarkan.
    -jika keburukkan dtg dr internet dgn internet juga kita menangkisnya.
    -spt yg mengatakan komputer ini ciptaan yahudi dan utk mempromosikan dakyah2 mereka.jadi kita gunakan komputer juga utk menangkis serangan mereka.jgn memboikot membuta tuli.jika ada kelebihan kpd kita,kita gunakan utk menyerang mereka balik.bknnya hanyut dengan aplikasi yg terkandung didlmnya.
    -hal ini pernah berlaku kpd mujaddin Afganistan suatu masa dahulu.menggunakan senjata yg dibekalkan amerika utk menentang soviet union(russia) kemudian mereka menentang kembali amerika dgn senjata td.
    -kita mesti berhikmah dlm setiap tindakan

    ReplyDelete
  55. assalamualaikum saudra
    terima aksih atas pandangan saudara ini,
    sekurangnya mengingatkan saya,
    memandangkan saya terlibat dengan pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu dunia dan ilmu akhirat.
    semoga kita terpelihara dari perbuatan dan amalan syirik
    benarlah, syirik itu umpama semut hitam yang berjalan di atas batu hitam pada malam gelap pekat...

    ReplyDelete
  56. Pacifist .
    Terima kasih atas kunjungan. Maaf byk2 sbb sy terlepas pandang komentar sahabat kt sini. Benar sekali sahabat, kita perlu memanfastaakn teknolgi ciptaan musuh utk memerangi musuh. sikap menjauhi dan melarikan diir dari teknologi membawa kerugian kpd diri dan paling teruk, kerugian kpd agama.

    ReplyDelete
  57. ummu.
    Terima kasih ats kunjungan dan komentar. Sama2lh kita menentang segala bentuk kebatilan dan kesesatan dgn memanfaatkan ICT semaksimum mungkin.

    ReplyDelete
  58. cra ko tegor aq salute...nice to an islam like u...

    ReplyDelete
  59. fathin hanani.
    Trima kasih tas kunjungan. Menegur perkara sebegini ibarat menarik rambut di dlm tepung, atau dgn kata mudah, menegur dgn hikmah.

    ReplyDelete
  60. tq atas info ni saya ade satu kitab tajul muluk ni memang isinya mengelirukan aqidah tetapi ada juga yang betul..yang penting siapa yang membaca nya perlu pandai menapis isi dan mempunyai basic ilmu tauhid yang tinggi..lagi pun bahasa yang di gunakan ialah jawi lama susah nak memahami ...tq atas info ni:)

    ReplyDelete
  61. akram musafir.
    Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada sahabat sbb boleh membezakan isi kandungan Tajul Muluk, antara yag merosakkan akidah dan yg betul.

    Dalam soal ini kebijaksanaan dan pengetahuan agama amat penting utk menapis dan sekali gus mengambil yg baik2.

    Cuma yg jadi mslh, kt FB yg tersebar ialah sistem tilik nasibnya yg amat bertentangan dgn akidah.

    ReplyDelete
  62. shameel.. saya ni org aceh, knapa kmu ngomong sprti bkn muslim, kami merasa trsinggu atas ucapan mu menghina taju muluk, jelas2 kamu menghina islam,, kalau kamu tdk bisa memahami dtg lah ke aceh biar km ajarin,krn kandungan nya tinggi jd mkn susah kmu phami,jd km perlu lsg dtg ke aceh tmpt asal nya tajumuluk, org sebelum kta dgn susah nya membuat karya untk kpntgn umat manusia,tp kamu tega2 nya menghina,ulama diaceh membnrkan tajumuluk dan ulama yg membenarkanya keromah,tp knp kmu brani menghna, nauzubillah

    ReplyDelete
  63. saya nak share..saya creditkan ke acct blog u..tq

    ReplyDelete
  64. assalamualaikum
    DLM diri manusia ITU sendiri terkandung rahsia Allah
    wasalam

    ReplyDelete
  65. tidak ada yang sia-sia ciptaan Allah, luar biasa smpurna.
    kisah nabi yusuf dapat menjadi pegangan utk kita dalam menafsiran terhadap sesuatu hal, karna itu mrupakan karunia Ilahi utk kita selaku hamba-Nya.. jadi jika ada yang mengatakan penafsiran terhadap suatu kejadian adalah syirik. saya sarankan supaya lebih banyak membaca kisah-kisah para rasul terutama kisah nabi Yusuf yang memiliki Mu'jizat utk menafsirkan suatu mimpi..
    Inta Tasykur (Tq)

    ReplyDelete
  66. Orang dulu-dulu kahwin kekal sampai hujung nyawa, la ni tak sampai setahun dah bercerai, sebab tak nak dengar petua dan amalan orang dulu-dulu, sendiri fikir la wahai penulis yang bijaksana la sangat..

    ReplyDelete
  67. Ummmmmm hehe asalamu,alaikum wbt

    Maaf, hindu,budha & lain2 agama jika mampu ramal nasib,tarikh juga lain2

    Islam pasti mampu..
    Mana mungkin agama yg benar tiada kelebihan..

    Bisa jadi satria juga perlu kelebihan

    Tajuk muluk yg klasik hasil dari
    Kupasan rumusan al quran..
    Kita enak bicara kerana tiada bisa melihat seperti para wali melihat..

    Tajuk muluk kitab ramalan islam

    Kerna adakala Allah menberi sesuatu melalui sesuatu...

    Kita fikir,memilih yg terbaik & berusaha bertawakal..

    JIKA TIDAK MAU FIKIR SENANG AJA..

    SELESAI KENCING LALU AIR KENCING ITU DI MINUM KEMBALI AJA..
    ITU KAN JUGA AIR...


    HEHE

    MAKA SILAP NYA PADA MANUSIA ITU SENDIRI KERNA KURANG ISI DALAMAN NYA..

    NAMA NYA PUN RAMALAN..TEKAAN PILIH YG TERBAIK..
    BERDASAR KAN PERTANDA ORANG LAMA2 YG DI BERI KAN ALLAH UTK PENGAJARAN DI MASA DEPAN AGAR BERHATI2 & WASPADA TIDAK LALAI..

    AKU TELAH MELIHAT SOSOK PEJUANG ISLAM DI THAI..

    BENGKOK JARI NYA KERNA MENGUAK BESI PENJARA DI ZAMAN PERANG DIA DLU

    AGAR BISA KELUAR KAN PEJUANG ISLAM YG DI PENJARA..

    NYATA AJIAN TAJUL MULUK..
    HAYATI LAH SAUDARAKU..HASIL PARA WALI DULU
    UNTUK KITA UNTUK KITA HANYA UNTUK KITA PERJUANG KAN AGAMA KITA..JIKA BUKAN KITA..
    MAKA SIAPA?????


    ENAK BERKATA SESAT KERNA

    BELUM TERKENA MINYAK DAGU SOSOK YG TELAH MATI..

    JIKA BISA TERKENA MINYAK DAGU SOSOK YG TELAH MATI..

    SAAT ITULAH TAJUL MULUK
    KALIAN MENYATAKAN IA BENAR
    (KATA KU HANYA PADA TAJUK MULUK KLASIK AJA)

    ReplyDelete
  68. Tidak sepatut nya tajuk muluk di pamer umum kerna isi nya tersirat & halus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yg sgt2 saya kesalkan… tp nasib baik x lengkap.

      Delete
  69. Islam bangkit di akhir zaman:)

    Kata Allahswt jika kau memusuhi wali ku..
    Nescaya kau memusuhi aku(Allahswt)

    Maka Nikmat yg manakah kau dustakan

    ReplyDelete
  70. Jangan mudah berkata sesat....
    Apakah kita itu benar... Mempelajari tajuk muluk itu ibarat mengenal diri bukan menyongsong orang lain... Kita tau kita tak bagus akhlak maka kita mengubahnya dengan usaha dan pertolongan Allah....
    Apakah orang2 tua sebelum kita semuanya sesat dan bodo mempelajari isi kitab tajuk muluk.... Ini blog fitnah wahai khawatir...

    ReplyDelete
  71. Semua kitab jika dipelajari tanpa guru yg ahli bole membatalkn akidah jika salah dlm menterjemah isi tersurat dan tersirat.... krn itu disuruh berguru.... kita lihat cth gol kufar yg menterjemah sunah berkhawin empat....yg dilihat hanyalah sudut negatif dan melemparkn tuduhan islam mengeksploitasi wanita... yg jahil akn menyokong yg sudah pelajari dan diberi kefahaman barulah faham knp ia dicipta begitu.... semua ilmu dtgnya dari Allah yg menjadikn ia berat ke kiri atau kekanan adlh kita...krn itu guru yg ahli itu perlu utk bimbingan.... tidak suka itu tidak mengapa jgn terlalu cepat jatuhkn hukum mengikut rasa sendiri... takut ia berat ke arah fitnah dri memberi manfaat....carilah guru dan dalami ilmunya...x perlu amal cukup skdar faham stlh itu nlaikn sendiri...jika bermanfaat itu rezeki....

    ReplyDelete
  72. Pernah ke tengok dan baca dengan mata dan mulut sendiri kitab tajul muluk yang asli asal??

    ReplyDelete
  73. Di Johor orang masih mengaji kitab tajul muluk ini. Kalau tak belajar tauhid, belajar apa pun boleh sesat. Kami disini membaca blog tuan, sangatlah sempit ilmu tuan. Belajarlah, talaqqi mengenal kitab turath/kitab kuning... Bergurulah, lutut bertemu lutut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju,blogger ni punya pandangan dan pemikiran yg sempit,sbb tu dia x dpt hikmah dr bacaannya.Sek br hbs penilaian tp komen psl spm.

      Delete
  74. Masyaallah...kadang2 terburu-buru itu membawa padah,moga tuan tidak melatah lagi..kita pandai bercakap bila tidak diuji..mari kita fikir dan renung sejanak,maaf seadanya...hamba jahil

    ReplyDelete
  75. As salam…
    Pandai2 generasi skrg ni,sgt pandai… pandai memandai,kalau tanpa izin dr Yang Berkuasa,x mungkin kitab tu ujud.itu semua rahsia Allah… Dah lupa ke… ?
    Isi kandungan tajul muluk yg begitu mmg utk menduga yang mana guna akal,yg mana ikut nafsu… tau kondem org je.Dah kaji hbs2?
    Baca
    Fahamkan
    Kaji dan selam.kalau takat blh kupas yg asas je,baik dok diam2… JANGAN NAK PANDAI MEMANDAI MENGHUKUM.AWAK TU TUHAN KE… ?
    AZZTAGHFIRULLAH HAL'ADZIIIMMM… !!!

    ReplyDelete
  76. Kalau x tau atau x fhm tauhid lebih baik diam an belajar lagi.Aku rasa kalau ada pergaduhan yg besar mcm 13,may,1969,atau perang tercetus lg… korg2 ni la yg cabut,hilang,menyorok.Memang xkan blh hrp memperjuangkan agama dn bangsa.Kail tu sejengkal je,komen2 yg menghukum dan mengutuk mcm tu,baik punya aqidah la… kalau korg yg mempertikaikan dn menghukum apa yg korg sendiri x tau,x faham,korg x berdosa la… agama apa plak yg korg ikut ni… ???!!!

    ReplyDelete
  77. orang yg sesat iyalah orang yg merasa benar,dan hanya memandang dari sisi buruknya saja. bahkan iblis memandang adam dari sisi buruk nya saja. kebenaran hanya milik allah mutlak milik allah

    ReplyDelete
  78. inilah yg tukang hukum,tykang kutuk rahsia ALLAH DAN SEGALA ISI ALAMNYA...Penganut islam zaman.Puak islam moden kononnya yg fahamannya sgt hampir dgn puak wahibi.Islam moden yang tidak langsung berlandaskan tauhid dan seumpama tidak mengiktiraf dan mengakui RUKUN YANG 6.Rukun yang pertama sejak Nabi Adam a.s dihidupkan.yang disebarkan,dipertahankan,diperjuangkan oleh semua para nabi,rasul,wali,sufi termasuk lah Iskandar Dzulqarnain sehinggalah waktu Rasulullah Ahmad Muhamad barulah agama suci ini diberi nama ISLAM DAN BARULAH RUKUN ISLAM DITURUNKAN DAN DISEBARKAN.KORG SEMUA YG MENGUTUK DAN MENGHUKUM NI,RUKUN IMAN YG PERTAMA PUN DAH FAIL LAGI MAU MENGAKU ISLAM KE? TAKDE TAPAK YG KONKRIT BOLEH KE KORG DIRIKAN TIANG AGAMA...OH YA TAK YA,PUAK KORNG NI MMG PACAK TIANG SUKA-SUKA HATI KORG KAT MANA PUN BOLEH,,,TAPI BNYK YG PACAK KAT LONGKANG...!!! YA ALLAH,YANG MAHA AGUNG,AKU MOHON,DEMI AKU DAN KETURUNANKU,DEMI NABI ADAM,RASULULLAH S.A.W. DAN SEMUA ANAK2 ADAM DAN HAWA DAN SEJAGAT,KASIHANILAH MEREKA2 INI DEMI UMAT ISLAM,AGAMA MU DAN DEMI MU ALLAH AZZA WAJALLA,AMPUNI AKU,BAPA DAN IBUKU,ANAK2KU,SAUDARA2 KU YANG SEIBU,SEBAPA SEAGAMA DAN SEAKAR UMBI ADAM DAN HAWA,TERUTAMA YANG MEMBERIKAN KOMEN TANPA AKAL DIRUANGAN INI...TUNJUKKANAH DAN BUKTIKANLAH BAHAWA ENGKAU ITU ADALAH MAHA BENAR...AMIIINNN YA RABB...!

    ReplyDelete
  79. G ngaji lagi sebelum kau syirikkan orang bro..Quran yang kau baca pun syirik tahu tak?

    ReplyDelete
  80. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  81. kaum sesat tapi MENGAKU mendpt jln benar tu LBIH PARAH dari kaum kafir kerana kafir tu dh nampak sangat kekafirannya...ler nie yg MENGAKU ISLAM tapi jauh terpesong dari KELUASAN ILMU ALLAH yg tak berketepian...segala ilmu...baik ianya ILMU FALAK , ILMU TAJUL MULUK , LADUNI , TASAWWUF etc tu DATANGNYA DARI ALQURAN..bahkan ilmu hisab pun dari quran juga...boleh plak ada yg kata kupasan ilmu dari ALQURAN tu ilmu sesat...hang belajar cuma takat ilmu Arab Saud Wahbabi tu baguih mampus cepat lagi baik dari MEMBABI BUTA nak buat hukum menurut NAFSU NAFSI hang sendiri

    ReplyDelete
  82. Saya pernah ada,kitab tajul mulk dan bacanya tapi sy x percaya ramalan atau firasat kerana manusia skan berubsh menurut kadar kefshsman mrk pd agama,so ketauhudan pd Allah tak akan goyah jika kita ada basic aqidah yg kuat spt mana kita x dilarang mempelajai ilmu falsafah tetapi mengamalkn ilmu tersebut adalah dilarang sama sekali dlm islam.
    Namun begitu sy tidak berani mengkritik penulis kitab tajul mulk.sy ambil panduan untuk meramu jamu spt dlm kutab twrsebut.
    Wallahua'alam

    ReplyDelete