Saturday, 8 January 2011

KEMBALI TERJALIN.


Agak lama saya menyepi, seolah-olah BICARA saya terhenti atau BICARADARIAKU telah bernoktah. Benar! agak lama saya beruzlah dalam dunia blog. Kali terkahir update blog pada 6 Disember 2010, sempena Maal Hijrah. Lepas terus menyepi, termasuklah tidak menziarahi blog rakan-rakan.

Sebenarnya tiada noktah dalam berbicara dan saya akan terus berbicara selagi terdaya. Sekudrat yang mampu saya akan terus berbicara tentang hidup dan kehidupan, manusia dan kemanusiaan, insan dan keinsanan dan paling penting tentang TUHAN dan KETUHANAN. Sedaya yang boleh saya akan pastikan BICARADARIAKU terus bernadi dan bernyawa hingga ke akhir hayat dan ke hujung nyawa.

Hampir sebulan sebenarnya kabel telefon kawsan perumahan yang saya diami dicuri. Sebaik sahaja ia diganti, streamyx saya pula dipanah petir( kebetulan waktu tu saya bercuti a.k.a melancong untuk merehatkan diri dari lelah akal dan penat fizikal ).

DAN belum terlewat rasanya untuk saya ucapkan selamat tahun baru kepada semua. Moga tahun baru 2011 menjadikan kita lebih matang dalam segala-galanya terutamanya dalam beragama. Moga tahun 2011 ini, kita lebih dekat dengan-NYA dan lebih lama bersujud kepada-NYA. Akhir sekali, salam maaf dan selamat menjalin kembali ukhwah antara kita. TEMA saya dalam berblog masih sama, iaitu untuk melebarkan empayar persahabatan dan meluaskan wilayah persaudaraan. Bersahabat dan bersaudara sesama insan tapi kerana Tuhan.
………………..... KEMBALI TERJALIN (9.Jan.2011) ………………………………………


24 comments:

  1. Salam...

    Welcome back...
    Selamat tahun baru gak :)
    Kabel kena curi ni masalah sejagat..huhuh..dulu area umah saya pun camtu..skang guna celcom broadband,senang sket..tp x laju mcm streamyx la..

    ReplyDelete
  2. Shinju- kawasan saya tak dapat guna broadband tu sbbnya sy guna stremyx.

    ReplyDelete
  3. selamat kembali menterjemah pandangan dalam bentuk penulisan,teruskan memberi manfaat kepada orang lain dlam berblogging bro:)

    kembali terjalin?mcm tjuk lagu peberet echah..hheheh

    ReplyDelete
  4. echah- mesti ada kisah dan lagu disebalik lagu kembali terjalin tu kn. hehhe

    ReplyDelete
  5. Miecyber- cantik tajuk entry saudara pencuri kabel kena belasah.

    ReplyDelete
  6. caliph- trima kasih atas kunjungan. moga ukhwah berpanjangan dan dirahmati Tuhan

    ReplyDelete
  7. selamat kembali..ptt la lama tak update..
    selamat tahun baru jugak..

    ReplyDelete
  8. haaa, itu la, lama sangat menyepi shameel, ingatkan pi mana la...

    apa pun, salam tahun baru buat shameel, moga segala impian dan harapan pada tahun baru ni akan tercapai insyaAllah..

    ReplyDelete
  9. Salam Shameel...
    pasti ada sesuatu yg buat kita kdg2 tk dpt brsiaran di sini kan...mcm akak juga kecurian netbook..mujur masih ada pc lama ni...
    selamat berkarya kembali...

    ReplyDelete
  10. fiqas- nasib baik skrg dah ok dah , jd boleh aktif balik

    ReplyDelete
  11. Afida- trpaksa menyepi sbb streamyx wat hal. hahah. Trima kasih ats kunjungan.

    ReplyDelete
  12. Kak Ida- yer btol kak kalau lama x bersiaran maka tentu sahaja ada masalah yg dihadapi. Trima kasih kak atas kunjungan.

    ReplyDelete
  13. patut lama tak nampak :)
    selamat kembali

    ReplyDelete
  14. sop- yer itulah masalahnyer. kini saya kembali. kembali terjalin utk mengeratkan ukhwah sesama kita.

    ReplyDelete
  15. oh banyak dugaan tu. apa pun macy tetap menanti encik shameel rajin2 menulis. if xde tenet buat macam macy. simpan then paste je jadi entry. hihi

    ReplyDelete
  16. lamanya shameel menghilang...selamt kembali..menanti punya menanti...akhirnya kembali juga...hehe...

    ReplyDelete
  17. Yuni- Trima kasih Yuni. Kini saya kembali. Kembali terjalin ukhwah sesama rakan2 blogger.

    ReplyDelete
  18. Macy- btol juga yer. simpan dlu pas2 pastu paste jd entry. Trima kasih Macy ats cadangan.

    ReplyDelete
  19. imanshah- yer chemor. sdra org chemor ke?

    ReplyDelete
  20. salam..
    Allahuakbar...
    berbagai dugaan ye..?
    moga anda tabah..
    selamat berblogging
    semula saudara..

    ReplyDelete
  21. salam kenal...dari sahabat baru rakan secawat...eh rakan sejawat...

    ReplyDelete