
(
Cantikkan keranda ni) Disebabkan sekarang ni muzium negara mengadakan pameran keranda, jadi saya pun nak bercerita juga perihal keranda. Tentang keranda, manusia melihatnya dari pelbagai sudut. Ada yang melihatnya dari sudut kesenian ,lantaran nilai estetika yang terdapat padanya seperti corak, ukiran dan macam-macam lagi. Namun, sewajarnya kita melihat dan memperkatakan perihal keranda dari kacamata kerohanian. Sebabnya keranda melambangkan kematian dan kaedah pengebumian. Setiap daripada kita pasti mati, itu pasti dan tidak dapat dielakkan lagi.

(
Antara keranda yang harus diselamatkan daripada kereputan)
Gua Batu Tulug Kinabatangan, Sandakan Sabah menyimpan ratusan buah keranda lama yang dipercayai diperbuat daripada kayu belian(saya dimaklumkan species kayu ini hanya terdapat di kepulauan Borneo sahaja). Agop Batu Tulug dianggarkan berusia 20 hingga 25 juta tahun.Agop( ertinya Gua dalam bahasa suku kaum sungai yang banyak mendiami sekitar Kinabatangan). Manakala keranda-keranda di sini dikatakan hampir seribu tahun usianya. Sebenarnya ada cerita tersendiri disebalik keranda-keranda ini. Cerita mitos dan lagenda yang mengiringi kewujudannya sejak ratusan, malah mungkin juga ribuan tahun yang lalu. Pengkaji dari dari Barat, turut berminat untuk mengkaji dan seterusnya memperkatakan tentang keranda-keranda lama ini. Tak perlu dihairankan sebab ramai ilmuan dari Barat yang beragama Kristian dan Yahudi yang lebih mengetahui tentang sejarah dan kebudayaan Nusantara dan juga tentang islam berbanding orang islam sendiri. Di Universiti Leiden Belanda, contohnya berlambak manuskrip silam tentang Melayu dan Kemelayuan dan tentang Islam dan Keislaman yang masih tersimpan dengan rapinya

(
Pose istimewa dari rakanku di depan keranda)
Antara pengkaji Barat yang mengkaji tentang keranda ini, ialah Tom dan Barbara Harrisson dalam buku mereka yang bertajuk "The Prehistory of Sabah" ratusan keranda kayu juga boleh ditemui di Agop Miasias di Sungai Lokan, Agop Gomantong, Tempadong, Madai, Baturong, Agop Kala Bugir, Agop Sapa Tareng, Agop Sarupi dan juga di beberapa Agop yang lain

(
Di sinilah lokasinya, Gua Batu Tulug Kinabatangan, Sandakan, Sabah Bah)Ketika ditemui keranda-keranda dalam keadaan berselerak di merata tempat gua dan ada juga yang masih utuh sementara yang lain sudah mulai reput, terdapat keranda terpisah antara badan dan penutupnya. Tidak kurang juga yang masih dalam keadaan tersusun rapi.

(
Ni kat puncaknya)
Terdapat keranda-keranda di gua-gua tersebut adalah dalam rupa bentuk yang hampir sama. Ukiran yang amat terkenal terdapat pada kerana-keranda tersebut ialah kepala kerbau ataupun tempadau, buaya, ular, cicak, burung serta ukiran-ukiran yang sungguh menarik pada sebelah atas keranda (penutup keranda).