Monday 31 May 2010

resah seorang GURU

Cerpen saya ini telah disiarkan dalam MAJALAH e@Siswa ( kumpulan Karangkraf) Edisi 40: JUN 2010. Moga dapat mengambil manfaat daripadanya.

P/S= Walaupun, majalah ini lebih berfokuskan pelajar di sekolah menengah ,namun beberapa cerpen penulis mampan seperti FaiSal Tehrani, Uthaya Sankar SB dan lain-lain pernah disiarkan di dalam Majalah ini( termasuklah sekitar tahun 2010).


TAJUK = RESAH SEORANG GURU
OLEH = TN. ISKANDAR ISMAIL.


“Astaghfirullahalazim.” Dia beristighfar sambil kepalanya digelengkan perlahan. Sukar untuk dia percaya dengan apa yang dilihat. Lagi sukar untuk dia percaya dengan apa yang didengar. Benar-benar menghiris hati dan mencalar perasaanya.

Dia terdiam. Agak lama dia terdiam. Diam memikirkan cadangan yang dikemukakan oleh Encik Malik. Hatinya benar-benar meradang seusai sahaja mendengar cadangan itu. Cadangan yang menyebabkan dirinya tidak senang dan tidak tenang. Cadangan yang cuba merampas haknya secara kejam. Cadangan yang penuh sangsi dan sarat curiga terhadap agama.

“Saya syorkan agar subjek-subjek ini diberi penekanan yang lebih. Ia perlu diperkasakan walau dengan apa cara. Kita semua sedia maklum, betapa subjek-subjek penting seperti fizik, kimia, biologi dan matematik tambahan merupakan denyut nadi dan degup jantung kepada anak-anak kita. Kecemerlangan dalam subjek-subjek ini akan melayakkan mereka untuk mengikuti kursus-kursus yang mempunyai nilai di pasaran ketika berada di institusi pengajian tinggi nanti. Tidak salah rasanya, jika pihak sekolah memperuntukan masa yang lebih untuk sesi pengajaran dan pembelajaran(P&P) subjek-subjek ini. Tidak salah juga rasanya, jika peruntukan masa untuk P&P bagi subjek-subjek yang kurang penting seperti pendidikan islam dikurangkan demi memperkasakan subjek-subjek ini.” Begitulah cadangan yang dikemukakan oleh Encik Malik dalam mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) yang sedang berlangsung itu.

Sungguh tak disangka, pengurus di sebuah bank yang terkemuka itu mempunyai pandangan dan tanggapan yang begitu negatif terhadap agama. Tidak pernahkah pengurus bank itu terdengar atau terbaca sabda junjungan mulia, Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim “ Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah mendapat kebaikan, Allah akan memberikannya kefahaman dalam agama.”

Mujurlah, Tuan Haji Sarbani, selaku Pengetua telah bertindak bijak dengan mewajarkan pendekatan yang sedia ada sebagai memenuhi aspirasi kerajaan yang ingin memperkasakan modal insan. Tuan Haji Sarbani yang dia kenali sememangnya seorang pengetua yang mudah bertolak ansur dan senang diajak berbincang, namun apabila melibatkan soal agama, pengetua yang bakal bersara hujung tahun itu akan tegas berprinsip dan teguh berpendirian. Tegas dan teguh hinggakan mustahil untuk dikikis dan dihakis.


***

Usai sahaja Mesyuarat Agung PIBG, dia terus mengatur langkahnya ke bilik guru, walaupun juadah ringan ada disediakan untuk para guru dan ibu bapa yang hadir, namun seleranya benar-benar terbantut. Longlai sekali jejak yang disusun lantaran pilu yang menyerbu kalbu. Di mejanya, dia bungkam tanpa sebarang kata.

“Sesungguhnya setiap pembinaan dimulakan dari asas dan bukannya dari puncak.” Untaian hikmah yang pernah dilafazkan oleh Mustafa Mashyur hadir di fikirannya. Dia diburu resah apabila terkenangkan kata-kata bekas Mursyidul Am Ikwanul Muslimin itu. Dia yakin benar akan kebenaran kata-kata tokoh gerakan islam itu. Apa tidaknya, bukankah langkah yang pertama merupakan asas dan permulaan kepada perjalanan yang beribu batu. Begitu juga dengan detik dan saat yang menjadi asas kepada pembentukan tahun, dekad dan abad. Asas kepada negara pula ialah setiap individu yang menjadi warganya. Agenda memperkasakan bangsa dan negara hanya akan tercapai kalau asasnya turut diperkasakan. Sebagaimana pembinaan bangunan yang besar dan tinggi, pasti sahaja memerlukan tapak yang besar, luas dan dalam. Jika tidak, pasti sahaja bangunan itu akan tersungkur menyembah ke bumi.

***

Sering kali dia diingatkan dan sering kali juga dia mengingatkan. Saling ingat dan mengingatkan betapa pentingya agama dalam kehidupan.

“Sebagaimana pentingnya akar pada sebatang pokok. Kalau akarnya kuat mencengkam ke bumi, maka teguhlah pokok itu berdiri. Datanglah angin kencang, ia tidak akan goyang. Tidak sekadar berdiri teguh, ia juga selamat untuk dijadikan tempat bersandar, berpaut dan berteduh.” Begitulah tamsilan yang sering kali dilafazkan oleh arwah ayahnya suatu ketika dahulu. Walaupun telah lama berlalu, bait-bait kalimah itu tetap segar di hati sebagaimana arwah ayahnya yang sentiasa bugar di sanubarinya.

“ Agama adalah panduan dan pedoman untuk manusia melayari kehidupan.” Dia teringatkan kata-kata sahabatnya, Nazri yang menjadi rakan serumah dan sekuliahnya sewaktu di Jordan. Sedari dahulu lagi, dia sememangnya akur akan kebenaran kata-kata sahabatnya itu. Tanpa panduan dan pedoman manusia akan tersesat meskipun di dalam terang benderang. Lagi membimbangkan jika yang tersesat itu melibatkan golongan intelektual dan profesional. Mereka akan memanipulasikan segala kesempatan yang ada tanpa mengira dosa dan pahala. Kesempatan itu akan dijadikan sebagai tongkat untuk berdiri dan titi untuk melintas. Berdiri mencari laba dan melintas untuk mengejar hidup yang selesa.

“Sekiranya ilmu sains dimiliki oleh seseorang yang tidak beragama, ia laksana senjata yang berada pada tangan orang yang gila.” Begitulah Albert Einstein mengambarkan betapa berbahayanya golongan yang tidak menjadikan agama sebagai panduan dan pedoman. Membahayakan diri sendiri dan membahayakan orang lain.

“Ustaz, saya minta maaf.” Masih terdengar-dengar di telinganya suara Munir yang tersekat-sekat kerana ketakutan. Pelajar itu bersama beberapa orang pelajar yang lain telah mengambil kesempatan untuk menyiapkan tugasan subjek-subjek yang lain sewaktu dia sedang ralit menulis di white board. Darahnya benar-benar mendidih kala itu, namun dipujuknya hati agar bersabar. Dia sedar dalam keadaan sebegitu, syaitan mudah menganggu dan perkara yang tidak diingini boleh sahaja berlaku.

Penjelasan lebih lanjut daripada Munir telah memahamkannya betapa nazaknya subjek yang diajarnya itu. Tidak penting, tidak perlu cemerlang, dan tiada masa depan. Itulah yang selayaknya dilabelkan untuk subjek pendidikan islam. Subjek yang dipandang sepi dan tidak diambil peduli. Subjek yang boleh diibaratkan sebagai melukut di tepian gantang, masuk tiada menambah dan keluar pula tiada mengurang.

Bila terkenangkan semua itu, dia merasakan dirinya teramat malang. Secara jujur, semangatnya sedikit terhakis dengan pengakuan itu. Namun, dia tidak akan sesekali mengalah. Pelajar-pelajar ini perlu difahamkan tentang pentingnya pendidikan agama. Amat penting supaya langkah mereka nanti akan terpandu. Terlalu penting, agar jejak mereka nanti akan terpimpin.

***

Dia memandang sekilas jam di tangan. Masa berbaki sepuluh minit lagi. Dia ingin memanfaatkan masa yang terhad dan terbatas itu untuk mengingatkan mana-mana pelajarnya yang masih leka dan mengejutkan mana-mana pelajarnya yang sedang lena. Leka dan lena tentang kepentingan agama. Dia berdiri dan melangkah ke hadapan sambil indera pandangnya menyeluruhi setiap pelajarnya. Selain nama, tertera juga cita-cita setiap pelajar di sudut paling kanan di atas permukaan meja masing-masing. Dalam hati, dia melafazkan kesyukuran kerana setiap pelajarnya memandang masa depan dengan impian dan wawasan. Dalam hati juga dia berdoa, agar setiap impian dan wawasan itu akan tertunai dan terlaksana. Mereka adalah harapan bangsa dan negara.

“Belajar agama tak semestinya kerana nak jadi orang agama. Tapi, kerana nak jadi orang yang beragama. Ada perbezaan yang ketara antara orang agama dengan orang yang beragama.” Dia melontarkan kata sebagai pembuka bicara untuk mengejutkan pelajarnya yang leka dan lena.

“Maksud ustaz.” Seorang pelajar perempuan mengajukan tanya sambil mengerutkan kening, tanda tidak faham. Beberapa orang pelajar yang lain turut tersentak dengan bicaranya yang tiba-tiba itu.

“Kamu benar-benar mahu tahu.” Dia cuba menebak naluri pelajarnya. Beberapa orang pelajar menganggukan kepala tanda sudi dan bersedia untuk mendengar penjelasan lanjut darinya.

“Kamu boleh sahaja menjadi seorang saintis yang terbilang, namun kamu kena sedar akan kewujudan Tuhan yang sentiasa memerhatikan. Kamu boleh juga menjadi seorang peguam yang terkemuka, namun kamu mesti ingat dosa dan pahala. Boleh juga menjadi seorang arkitek yang ternama, namun kamu mesti faham hakikat syurga dan neraka. Atau menjadi seorang doktor yang berjaya, namun kamu kena sedar betapa denyut nadi dan degup jantung boleh terhenti bila-bila masa sahaja. Dengan kata lain, kamu jadilah apa sahaja, tapi mestilah terikat dengan agama. Biarlah agama yang memandu dan memimpin kita semua. Sebab itulah kita kena mendalami ilmu agama dan jangan sesekali memandang remeh terhadap pendidikan agama.” Panjang sekali penerangannya sambil menyoroti satu persatu wajah pelajar-pelajarnya itu.

Diselongkar pula fakta sejarah untuk menguatkan hujah. Hujah bagi mengikis dan menghakis salah faham pelajar terhadap pendidikan islam yang diajarnya. Dia memperihalkan tentang ilmuan islam dalam pelbagai bidang ketika era kegemilangan islam. Tentang Ibn Sina, Al-Razi, dan Ibn Al-Nafis yang telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang perubatan. Tentang Mimar Sinan, arkitek terkemuka yang telah membina ratusan bangunan termasuklah Masjid Biru di Istanbul. Tentang Abbas Ibn Firnas yang diperakui oleh sejarahwan Barat, K. Phillip Hitti dalam bukunya History of the Arabs, sebagai manusia pertama yang membuat percubaan untuk melakukan penerbangan secara saitifik. Paling penting, dia ingin pelajarnya mengerti, meskipun terbilang dalam pelbagai bidang, namun para ilmuan itu amat akrab dengan Tuhan dan sangat cemerlang dalam aspek kerohanian.


***


“Seorang pengurus bank dihadapkan ke mahkamah sesyen atas pertuduhan pecah amanah.” Sengaja Cikgu Radzuan menguatkan kenyataan akhbar itu. Cikgu Azami dan beberapa orang guru yang lain terus menyerbu untuk mengetahui dengan lebih lanjut berita itu. Mereka terlongo seketika seusai membaca kenyataan akhbar itu. Suasana di kantin tiba-tiba menjadi gempar apabila pengurus bank yang dimaksudkan itu ialah Encik Malik yang pernah mengemparkan mesyuarat agung PIBG beberapa bulan yang lepas. Tamakan kemewahan dan halobakan kesenangan telah mengelapkan hatinya hingga sanggup mengelapkan akaun orang lain demi menerangi akaun sendiri.

“Astaghfirullahalazim.” Cikgu Roslina yang sedang menikmati sarapan bersama beberapa orang guru perempuan beristighfar perlahan.

“Kita ialah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan islam. Jika kita mencari kemuliaan lain selain daripada kemuliaan islam, maka kita akan dihina oleh Allah.” Pesanan Saidina Umar al-Khatab bertandang di sudut ingatannya. Itulah yang merisaukannya selama ini. Risau apabila memikirkan betapa surut dan susutnya nilai-nilai agama yang selama ini menjadi jatidiri anak bangsanya. Sebagai seorang guru agama, dia tidak boleh menerima situasi yang ada dengan senang dan tenang. Dan, apabila memikirkan semua itu, dia terus diburu resah dan dihambat gelisah.

Sunday 30 May 2010

award dari Fabulousfarhana






Saya dapar award lagi. Kali ni dr farhanaerman, empunya blog
(
http://fabulousfarhana.blogspot.com/)

Award ni terapi jiwa tika duka sebab namanya Mr Happy.
Jom kita bergembira kerana hidup hanya sementara.

1.Adakah anda happy sekarang?
Ya, Happy Sengoti

2.Kenapa anda Happy?
sebab kewujudan saya di dunia ini masih dihargai.

3.Apakah benda yang boleh membuatkan anda happy?
Syyyy Biarlah Rahsia.

4.Pernahkah anda menerima tag??
Mmbah,ni yang ketujuh

5.Nyatakan warna yang anda suka.
Kuning! & Hijau!

6.Beritahu 9 orang yang anda mahu tag.

6. Sofya Cik Bulan http://soffya86.blogspot.com/




7.Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag.Tulis panjang bejela pon takpa.
Seorang gadis a.k.a perempuan. Hahaha. Medical Student. Hehehe Lebih lanjut ,akan saya selongkari nanti.

8.Adakah anda happy dengan apa yang ada?
Alhamdulillah!, Syukur Nikmat. Happy Sengoti.
Selesai Sudah Tagnya di Jawab.

Thursday 27 May 2010

seketika di MEDAN

( Gambar Sumatera Utara, gambar dari sahabat baik saya ,En. Google)
Sabtu dan ahad lepas (22-23 mei. 2010) saya ke Medan Indonesia. Sebenarnya tiada perancangan nak ke sana, ia secara tiba-tiba sahaja selepas kecewa kerana tak jadi ke Bangkok. Asalnya, saya dan beberapa orang rakan bercadang nak ke Bangkok pada bulan Jun ni. Tapi, beberapa orang rakan saya (termasuk yangg boleh berbahasa Siam dengan baik) telah menarik diri gara-gara bimbang kebangkitan BAJU MERAH berulang lagi.

Tentang Medan ni, disebabkan hanya dua hari saya ke sana, jadi tak banyaklah tempat yang sempat dilawati. Gambar yang saya snap pun sekitar bandar Medan dan Brastagi sahaja. Danau Toba dan Pulau Samosir yang cantikpun tak sempat pergi. Sebab belum ada entry baru jadi, layan ajelah gambar-gambar ni. Ingat nak minta gambar Danau Toba dan Pulau Samosir dari sahabat saya (en, google), tapi rasanya yang ni pun dah banyak. So, tak jadilah( kecuali gambar peta Sumatera Utara aje)




( Bersatu Berilmu Terus Maju )


( Lunch kat Restoran Garuda)

Paling kanan, itu pemandu kami. Muslim namanya, berketurunan Batak + Banjar. Kesian juga sama dia. Sebab gaji bulanan dia sekitar 400,000 rupiah sebulan( rm 140 )jer.





( Salah sebuah kedai a.k.a Toko menjual kain).

Sedang leka membelek kain, saya disapa seseorang. Demo dok kene ke ko tali pinge ni. tiga riyal jah ( Awak tak berkenan ke dengan tali pinggang ni. Tiga ringgit jer). Wow! Orang Indonesia pandai speaking Kelantan. Tak menghairankan sebenarnya, sebab sebelum ini saya dah jumpa orang Arab dan Afrika(negro) pandai kecek Kelate.





(Istana Maimun, Medan).

Istana ini adalah istana kebesaran Kesultanan Deli. Keluasannya 2,772 meter persegi, dan mempunyai 30 bilik. Ia mempunyai perkaitan yang rapat dengan kesultanan Melayu Perak. Indonesia, adalah sebuah negara Republik. Jadi tiada Raja/Sultan yang berkuasa. Sultan / Raja sekadar lambang semata-mata.






( Brastagi )

Ini kawasan majoriti kaum Batak( selain danau Toba dan Pulau Samosir). Unik juga reka bentuk rumah/ bangunan suku kaum Batak( seperti kat dalam gambar yang sempat saya snap tu). Oops, saya lupa. Sepanjang perjalanan dari Medan ke Brastagi, banyak sekali warung babi panggang dan anjing panggang.





( Brastagi juga)




( Pun Brastagi)




(Pasar ikan Medan).

Walaupun bernama Pasar Ikan, tapi takde seekor ikan pun yang saya jumpa kat sini. Menurut cerita orang sini, dahulunya tempat ni adalah sebuah pasar ikan dan kini bertukar fungsi menjadi kedai kain.



Gambar ni saya letak kt sini sebagai janji dengan tauke kedai kain ni. Kalau saya dapat beli kain dengan harga yang murah, saya akan promosikan kedainya kat Malaysia. Jadi janji sudah ditepati. Apa yang kami janji, tunai tetap kami tunaikan( lagu Kami Guru Malaysia)


( Ni pemandangan luar kat Pasar Ikan)











































































award dari AISYAH


Award Blog Paling Comel
award ni drp Aisyah merupakan seorg blogger a.k.a pemilik blog
( http://nuraisyyah.blogspot.com/)
Award ni comel sekali. Menerimanya mengingatkan saya kepada lagu
PALING COMEL (nyanyian Allahyarham Achik dan Nana ).
Seperti biasa ada tugasan yang perlu diselesaikan.
Senang jer tak sesusah buat tesis Master.

~LENGKAPKAN PANTUN PEMBAYANG DI BAWAH~
...............................................
..............................................
memang aku rasa blog aku comel;
kenapa korang jeles ke?

~JAWAPAN SAYA~

Rakan-rakan blogger yang comel
Arini sihat ke
Memang aku rasa blog aku comel;
Kenapa korang jeles ke?

Ok tak pantun saya tu. hehehe
Wanna share this comel award with :

Farhana (http://fabulousfarhana.blogspot.com/ )

p/s --> yg dpt award ni kena buat pembayang pantun tu.
Boleh kan. Mudah jer.

Monday 24 May 2010

2 IN 1 (dua dalam SATU)

(Shampoo 2 in 1, gambar dari Google)


DUA DALAM SATU( 2 IN 1), sudah lazim dan telah lumrah kita lihat dan dengar istilah itu. Di kaca TV dan dada akhbar, ia muncul selalu. Tentang syampoo( shampoo) 2 in 1, penjelasan sudah tak perlu. Sebab, rata-riti telah tahu.


( Ladan dan Ladeh Bijani, Gambar dari Google)


Kembar Siam, ini juga boleh dikategorikan sebagai 2 in 1. Tapi, ini kisah 2 in 1 yang mengundang sendu dan pilu. Pasangan kembar siam perlu berkongsi untuk lengkap melengkapi bagi meneruskan hidup. Berkongsi dalam satu jasad. Macam-macam yang perlu dikongsi lantaran berlakunya percantuman. Paling asas pun dua kepala dalam satu jasad. Ada juga yang berkongsi kaki dan tangan, otak, abdomen, paru-paru, usus, jantung dan buah pinggang serta alat kelamin. Sebenarnya, Kembar Siam jarang-jarang berlaku. Dikatakan berlaku dalam kadar/nisbah yang amat kecil, iaitu 1 dalam 50 ribu kelahiran ( 1:50,000). Bagi kes kembar biasa pula, berlaku dalam kadar 1 nisbah 80 kelahiran( 1:80).


Kembar Siam pertama, iaitu Chang dan Eng Bunker dilahirkan pada 11 Mei 1811 di Thailand( Siam). Bermula dari sinilah istilah kembar Siam mula digunakan. Pembedahan untuk memisahkan kembar siam ini amat berisiko. Tentang kejayaan pembedahan, boleh dirujuk kisah pasangan kembar siam di Malaysia, iaitu Ahmad dan Muhammad yang telah berjaya dipisahkan di Riyadh, Arab Saudi. Tentang kegagalan, tentu ramai yang masih ingat akan nasib malang yang menimpa pasangan kembar dari Iran, Ladan Bijani dan Ladeh Bijani yang menemui ajal seusai pembedahan di Singapore.






2 IN 1 setusnya bersangkut paut dengan ibadat puasa. Lebih tepat lagi puasa 2 dalam 1. Ia biasanya berlaku dalam bulan syawal, lebih tepat lagi bagi mengerjakan puasa sunat 6 hari selepas menyambut Eidul fitri. Dikatakan 2 in 1 , sebab ada ( terutamanya perempuan) yang mengambil kesempatan dengan mengabungkan ganti puasa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan( sebab haid dan macam-macam) dengan puasa sunat syawal. Kita ikuti pandangan beberapa ulama tentang hal ini. Seorang ilmuan hadis di Malaysia, Prof Madya Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor , dalam bukunya ISLAM DAN MANUSIA, 1001 KEMUSYKILAN, m/s 282, telah memetik Fatwa Syeikh Atiyyah Saqar( seorang ulama dari al-Azhar), katanya, “ Harus bagi mereka yang menanggung qada puasa Ramadhan, berpuasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal , tetapi niatnya hendaklah niat qada. Tetapi, jika diniatkan dan dilakukan secara berasingan maka nescaya itu yang lebih afdal……”

Walaubagaimanapun, beberapa orang ulama lain membantah fatwa ini. Alasannya ia bercanggah dengan sunnah Nabi dan athar Sahabat. Prof Dr Mahmud Zuhdi menegaskan ia bercanggah dengan hadis yang bermaksud “ Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan DIIKUTI puasa enam hari Syawal,seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun”(Hadis riwayat Muslim). Umum mengetahui, DIIKUTI membawa maksud berasingan dan bukannya digabungkan. Kata Prof Dr Mahmud Zuhdi lagi, ia ibarat seseorang yang ingin membayar hutang, namun dalam masa sama, duit itu ingin disedekahkan kepada orang memberi hutang kepadanya itu. Ustazah Nor Bahyah Mahmood turut membantah amalan menggabungkan puasa ini.

Kesimpulannya, eloklah dilaksanakan secara berasingan meskipun ada pendapat yang mengatakan ia boleh disatukan. Ambil jalan selamat di sebalik khilaf ulama. Selesaikan dahulu puasa ganti yang bertaraf wajib , kemudian barulah kita kejar puasa enam syawal yang bertaraf sunat. Segunung ibadat sunat tetap tidak mampu menandingi ibadat wajib. Jutaan solat sunat yang dilakukan tetap tidak bererti andainya solat fardhu tidak dilaksanakan. Segunung sedekah tiada maknanya andainya zakat diabaikan.



( Tanah Perkuburan 2 in 1 di Umas-umas, gambar dari Google)
Ni kisah 2 in 1 yang paling menarik untuk dikongsi bersama. Kisah satu tanah perkuburan untuk dikongsi oleh dua penganut agama yang berlainan. Dalam hal ini, ia melibatkan tanah perkuburan yang dikongsi antara umat Islam dan penganut Kristian.


Kepada sahabat-sahabat yang beragama Kristian, saya mohon maaf, sebab tujuan saya paparkan isu ini sekadar untuk perkongsian maklumat dan bukannya nak mencampuri urusan agama yang dianuti sahabat. Lagipun hubungan saya dengan orang kadazan Kristian di Sabah amatlah mesra, terutama dengan sumandak-sumandaknya. Mesra sejak dahulu hingga kini dan mudah-mudahan untuk selamanya.


Memang tidak menyalahi kelaziman andainya tanah perkuburan itu melibatkan perkongsian antara penganut Budha dan Kristian( ia boleh dilihat di mana-mana sahaja), tapi bila melibatkan penganut islam maka ia menjadi satu perkara yang perlu diberi perhatian. Tentang tanah perkuburan islam dan kristian di Umas-Umas itu, saya tak pasti ia benar-benar wujud atau tidak. Sejujurnya, sepanjang mendiami bumi Sabah(hampir 6 tahun lamanya), saya seringkali ke Tawau tapi tak pernah pula terserempak dengan tanah perkuburan sebegitu.


Tentang Umas-Umas pula, memang saya tak pernah sampai ke situ. Ia kawasan felda yang agak besar di sabah. Tapi Felda sahabat di Lahad Datu lagi besar (andainya digabungkan Melaka dan Perlis, nescaya belum lagi mampu menyaingi luas dan besarnya felda sahabat ). Tapi di beberapa buah perkampungan di daerah Kunak ( hasil tinjauan saya sekitar tahun 2004)masih ada(malah agak ramai) masyarakat di sana yang mempunyai tanah perkuburan secara peribadi. Maksud saya, setiap rumah akan ada tanah perkuburan masing-masing untuk keluarganya.Biasanya lokasi kubur ialah ditepi dan bahagian hadapan rumah. Buka tingkap terus nampak kubur.



( Tanah Perkuburan 2 in 1, gambar dari google)


Gambar Tanah Perkuburan di atas dan seterusnya adalah di Indonesia. Maaf saya tak pasti kat kawasan/ kabupaten mana. Pada hari sabtu lepas (22. 5. 2010), saya ada meninjau tanah perkuburan milik suku kaum Batak yang beragama Kristian sepanjang perjalanan dari Bandar Medan ke Berastagi Sumatera Utara. Cantik kubur-kuburnya walaupun usang sekali rumah-rumahnya. Kata kawan saya, jika ingin tahu lebih mendalam tenatng kaum Batak, pergi sahaja ke Pulau Samosir


( Tanah Perkuburan 2 in 1, gambar dari google)



Kembali kepada cerita kubur 2 in 1 ini, Saya ada terbaca artikel tentang ini(saya lupa sudah kat mana saya bacanya). Tapi saya tertarik dengan jawapan yang diberi apabila penulis majalah tersebut ajukan tanya, agak lucu tapi ada logiknya. Katanya, untuk apa dihairankan sebab malaikat tahu yang mana satu Islam dan mana satu Kristian.

Wednesday 19 May 2010

persis ULTRAMAN

(Ultraman, gambar dari Google)

P/S = Kepada sahabat tercinta, renungilah bicara hamba. Ambilah manfaat daripadanya. Walaupun dipaparkan secara bersahaja dan leluncon cuma. Namun, ada mesej dari hamba.

Ultraman, siapa yang tak mengenalinya? Ultraman pada hakikatnya hanyalah manusia biasa. Namun, beliau diberikan kuasa yang luar biasa. Ultraman banyak berjasa, itu memang tak dapat dinafikan oleh sesiapa. Dia berjuang menentang raksasa durjana yang membuat huru hara.

Kejahatan raksasa usah diperkata. Ia menganas membabi buta baik di desa mahupun di kota. Kehebatan Raksasa tak terkira. Tak dapat ditewaskan oleh tentera. Tembak dengan peluru pun tak memberi apa-apa makna, sebab ia tak lut dek senjata. Saat genting sebeginilah, Ultraman akan menjelma.



(Polis Angkasa Gaban, gambar dari Goolge)

Dari segi kehebatan, Ultraman jauh lebih hebat dari Polis Angkasa Gaban mahupun Ksatria Baja Hitam. Namun, Ultraman tetap ada kelemahan. Tak kiralah Ultraman Taro, Ultaraman Ace, Ultaraman Dyna, Ultraman Tiga, ULtraman Mebius, Ultraman kosmos atau Ultraman apa sahaja. Yang jelas, pasti ada kelemahannya. Petanda atau petunjuk Ultraman dalam kelemahan ialah lampu kat dadanya. Itulah signalnya. Inilah yang ingin saya ceritakan. Sejujurnya! Kisah Ultraman yang saya paparkan tadi hanyalah satu tamsilan. Kias ibarat, analogi ataupun perumpamaan semata-mata.


(Ksatria Baja Hitam, gambar dari Google)

Kekadang saya rasakan Streamyx ni umpama Ultaraman yang ‘kepupusan’ power ketika menentang raksasa. Tika itu lampu kat dada Ultraman akan pudar warnanya. Berkelip-kelip tak sekata. Begitulah halnya dengan Streamyx yang saya guna. Dan, saya yakin nasib sebegini menimpa sesiapa sahaja. Masalah inilah yang sedang menimpa saya. Kalau sekali sekala taklah mengapa. Tapi, masalah ini sering menimpa dan kekadang dalam tempoh yang agak lama.

Sepanjang streamyx saya ‘tenat’. Maka jaranglah saya berkelana kat blog sahabat-sahabat tercinta. Ampun dan maaf saya pinta. Tapi , percayalah saya masih mencari ruang untuk mumbuat kunjungan mesra ke blog sahabat semua. Sebab itu matlamat saya , berblog untuk MELEBARKAN WILAYAH PERSAHABATAN. MELUASKAN EMPAYAR PERSAUDARAAN. PERSAHABATAN DAN PERSAUDARAAN SESAMA INSAN TETAPI KERANA TUHAN. DAN Percayalah juga, STREAMYX yang kita guna tak ubah persis ULTRAMAN kesayangan kita.

































Tuesday 18 May 2010

award 5 serangkai dari MACY






NI Award dari Macy, seorang blogger yang terkenal dengan blognya http://cahaya-humaira.blogspot.com/, juga bakal seorang guru. Dalam kesibukkan menekuni exam, dia bijak melapangkan masa untuk menukangi award yang cantik ni. Inilah award tercanggih pernah saya terima. Canggih keran ia terdiri daripada gabungan lima award, dan dinamakan sebagai award lima serangkai.

Saya hargai award ni dan menganggapnya sebagai hadiah hari guru dari Macy kepada saya. Hehehe. Terima kasih yer Macy. Di sebabkan Macy juga bakal seorang guru,jadi bersedialah untuk dihantar ke mana-mana. Di pedalaman yang terpinggir, di desa yang kejauhan mahupun di kota yang pesat membangun. Kita tidak memilih lokasi untuk berbakti. Seh !Macam nasihat dari pengetua plak.

award dari MIA LIANA




Saya dapat award lagi. Award dan tag dari sahabat blogger, Mia Liana (http://www.mialianas.blogspot.com/)

Terima kasih bebanyak atas tag dan awardnya.

Ni jawabnya.

(1)
Suka melukis tak?
Suka jugak bila dah takde kerja nak buat.
(2)
Bosan2 suka buat apa?
Tengok tv sambil makan minum kopi

(3)
Kenapa Siput Babi berjalan lambat?
Laju bah beliau berjalan.

(4)
Cute tak org yg bagi award ni?
Hehehe! Biarlah rahsia.

Dengan ini diumumkan 5 orang penerima award dan
penjawab tag yang seterusnya.


p/s = seperti biasa award dan tag ini sekadar tanda persahabatan dan persaudaraan sesama Blogger

Monday 17 May 2010

onde- ONDE

( Inilah Onde-Onde a.k.a buah Melaka, gambar dari Google)


( Onde-onde, gambar dari Google)

( gula melaka a.k.a manisan, gambar dari Google)



BAHAN-BAHAN

Tepung Pulut
Gula melaka
kelapa parut
air pandan
air




CARA-CARA
1. Tepung pulut hendaklah digaul dengan air pandan
(atau pewarna berwarna hijau). jgn terlebih air.
Gaul biar sebati dengan hati-hati.

2. Tepung pulut hendaklah dibulatkan( sebab onde2 cukup sinonim dgn bentuk bulat )

3. Masukkan gula Melaka/ manisan ke dalam onde-onde.

4. Akhir sekali masukkan onde2 itu ke dalam air yang mendidih

5. Boleh dihidangkan untuk dimakan. ( lagi elok kalau bagi sikit kat jiran)



Thursday 13 May 2010

puisi suci buat GURU

(Karya Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang)

(Juga tentang guru, dipersilakan ke sini http://bicaradariaku.blogspot.com/2010/01/dalam-hati-seorang-guru.html)


Guru
Terima kasih kepadamu
Memperkenalkan huruf dan angka kepadaku
Dan sepertimu
Kini, aku jua seorang guru
Berstatus DG empat Puluh Satu (41).


Masih kuingat lagi
Kata-kata guruku tempoh hari
Katanya, dia berbangga sekali
Andai ada di antara kami
Yang menjadi ulama pewaris Nabi
Tidak sekadar mu’allim tapi murabbi
Alim macam Qardhawi
Hebat macam Wahbah Zuhaili
Ternama macam Al-Albani
Terkemuka macam Al-Booti



(Kami Guru Malaysia, ni ketika kat SMSLD Sabah)

Pesan guruku lagi
Andainya kalian ditakdirkan menjadi pemimpin rohani
Baik kadi mahupun mufti
Bertegaslah dengan hukum Ilahi
Agama jangan dijual dengan habuan duniawi.
Jangan mengharap gelaran Dato dan Tan Sri.



(Kami Guru Malaysia, saya paling kiri. Ni kat SMKDHMT Perak)

Masih kuingat lagi
Bila guruku gembira sekali
Seorang anak muridnya bercita-cita nak jadi WAIBI( YB)

Tapi hari ini
Aku memandang waibi dengan penuh sangsi
Tidak hanya lompat parti
Tapi asyik berkelahi
DUN tempat memaki
PARLIMEN tempat mencaci
Sia-sia diberi undi.



(Aku dan Guru Pratikum dari UPSI sedang mewarnakan mural)


Guruku juga ada berkata
Jika ingin berniaga
Janganlah asyik memikirkan laba
Jangan makan riba
Ingat dosa dan pahala
Ingat syurga dan neraka
Berniagalah secara mulia
Untung di dunia
Untung jua di akhirat sana







(Aku dan pelajar-pelajarku tika kat SMSLD Sabah)

Guruku juga ada berkata
Jika tak mampu gapai apa yang dicita.
Janganlah kecewa
Itu kehendak-Nya.
Redhalah sentiasa
Dan jadilah apa sahaja
Walau pendapatan tak seberapa
Meski hina pada pandangan manusia
Asalkan mulia di sisi-Nya.




































tag dari NEYSHAK & PRINCESS AIDA

Terima kasih banyak2. Saya ditag lagi. Dua orang blogger , iaitu Neyshak (http://neyshakungu.blogspot.com/) dan Princess Aida(http://www.princesseaida.blogspot.com/)
telah tag saya. Tag yang mempunyai persamaan cuma ada sedikit perbezaan, lalu saya serasikan. Jadi, ini lah hasil yang diperlolehi.


1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friend to do the same.

8th folder in my lappy named Kalo Aku jadi P'puan. then, 8th photo in is...






Ini lah gambar yang ke-8 dalam folder ke-8 saya. Jadi saya letakklah kat sini sebagai mematuhi rules yang telah dikuat kuasakan.


Setel satu, Pastu ada second tag pula. Ada rules lagi yang telah ditetapkan dan telah berkuat kuasa serta merta

Rules:
It's harder than it looks..
Copy to your own notes...Erase my answers...
Enter yours and tag twenty (20) people...
Use the first letter of your name to answer each of the following questions...T
hey have to be real...Nothing made up...
If the person before u had the same first initial, you must use different answers...You cannot use any words twice...
and You can't use your name for the boy / girl name question.

Dan, inilah jawapannya.

1. What is your name : Shameel
2. A four letter word : Satu
4. A girl's name : Syyy! Rahsia
3. A boy's name : Syyy! Rahsia
5. An occupation : Selayan (bacaan asalnya nelayan. hehehe )
6. A colour : Semerah (bacaan asalnya merah. Hahaha)
7. Something you wear :Seluar ( termasuk baju yer)
8. A food : Sate
9. Something found in the bathroom : Syampu
10. A place : Sabah
11. A reason for being late : Sesat
12. Something u shout : Syyy! Rahsia
13. A movie title : Superman
14. Something u drink : Soya bean milk
15. A musical group : Search
16. An animal : Singa
17. A street name : Street Petaling (hahaha, asalnya Petaling Street)
18. A type of car : Swift Suzuki

Dengan ini dimaklumkan 8 person yang bertuah pada kali ini ialah
:

RAINOSEREZ (http://findingraino.blogspot.com/ )


Ann(http://annfrendly.blogspot.com/ )

Yatre Hayati (http://gadisinnocent.blogspot.com/)

Amrul (http://amrulady.blogspot.com/)

Bunbun (http://muqarrabeen.blogspot.com/)

Adli Musa (http://adliemusa.blogspot.com/ )

Ellis Kacak (http://gadis1810.blogspot.com/)

Fara (http://beel-logg-fara.blogspot.com/ )

Ini lah orang yang terpilih untuk membuat tag ini.Tiada paksaan dalam menjawab tag. Ia sekadar untuk memperluaskan wilayah persahabatan dan memperbesarkan empayar persaudaraan. Bersahabat dan bersaudara sesama insan ( blogger) tapi kerana Tuhan.


Tuesday 11 May 2010

brunei DARUSSALAM



Brunei Darussalam sebuah negara yang terletak di Kepulauan Borneo. Dahulunya, Brunei hampir-hampir menyertai Malaysia, tapi beberapa faktor telah menyebabkan Sultan Omar Ali Saifuddin membatalkan hasrat untuk menyertai Malaysia. Antaranya, ialah isu-isu berkaitan dengan hasil minyak. Kata kawan saya, kalau Brunei sertai Malaysia, hilanglah kekayaan Brunei lantaran hilangnya penguasaan Brunei terhadap minyak/petroleum. Brunei akan setaraf dengan Kelantan dan Terengganu( iaitu, hanya berhak menerima wang ehsan sahaja)

(Bersama member kat Jerudong Park)

Kunjungan ke Brunei ni saya anggap sebagai ‘malang’.
Pertama, kerana kamera digital saya rosak jadi terpaksa menumpang kamera kawan2( jadi tak banyak yg dapat dirakam). Jadi, kat sini terpaksalah meminta bantuan google untuk sesetengah gambar.

Kedua, keinginan untuk ke Jerudong park ( seingat saya, bayaran masuknya adalah free) tak kesampaian kerana pada hari itu ia ditutup. Jadi lepak2 kat luar ajelah.


( Kat Jerudong Park)



(Jerudong Park gambar ehsan dari Google)



(Bersama member kat Tamu Kianggeh Bandar Seri Begawan)




(Masjid Omar 'Ali Saifudden)





(Masjid Omar 'Ali Saifudden)






(Masjid Omar 'Ali Saifuddin, gambar dari Google)







(ooop ni kat Miri Sarawak)











Sunday 9 May 2010

BILA TUHAN TIADA DI HATI

(Bayi ini dilahirkan oleh pelajar tingkatan 4)





Bila Tuhan Tiada Di Hati

Wahyu Ilahi diketepi

Sabda Nabi tak dipeduli

Manusia sesat serba serbi








Bila Tuhan Tiada Di Hati

Punah ranah muda- mudi

Londeh sana dan buka sini

Raba sana dan raba sini

Buat itu dan buat ini

Zina mula jadi hobi

Anak Haram rata riti

Dibuang dalam tandas dan tepi perigi











Bila Tuhan Tiada Di Hati

Tiada lagi ketenangan untuk dikecapi

Tiada lagi kedamaian untuk dinikmati

Gelisah menyelimuti

Bumi tiada lagi harmoni










Bila Tuhan Tiada Di Hati

Murka Tuhan tidak diteliti

Datang Tsunami

Datang selsema babi

Masih lagi buat tak reti

Perlukah Tuhan terbalikkan bumi

Baru kita nak mengerti

















Friday 7 May 2010

Land Below The WIND (SABAH)

( Kat Mercu tanda kota Belud.)

Tinggi-tinggi gunung kinabalu,
tinggi lagi sayang sama kamu,
biru-biru hujung kinabalu,
tengok dari jauh,
hati saya rindu...

(petikan lirik lagu sayang kinabalu )

Seingat saya( maaf kalau silap dan tolong perbetulkan) istilah Land Below The Wind ini diperkenalkan oleh Agnes Newton Keith dalam bukunya berjudul Land Below The Wind, sekitar tahun 1939.
Tentang Kota Belud ni, ia terkenal dengan Tamu hari Ahad.
Kat sini banyak barangan dijual.


(bersama rakan2 kat pantai Bak-Bak Kudat)

Sekarang ni, Kudat terkenal dengan
Tanjung Simpang Mengayau.
Tapi, time saya pergi ni
lokasi itu belum popular lagi.
Jadi saya dan member2
sekadar ronda-ronda kat Pekan Kudat.

(Anak Kelantan kibarkan bendera Sabah)
Sabah tanahairku
Negeri kita yang tercinta
Pemuda pemudi
Semua marilah
Bangunlah bersatu semua
Marilah bersama serta maju jaya
Merdeka sepanjang masa
Bersatu segala bangsa sentosa
Sabah negeri merdeka
(ni lagu negeri sabah)



(kat taman buaya sandakan)

Taman Buaya Sandakan merupakan taman
buaya
yang terbesar di Malaysia. Ia
memiliki lebih 3000 ekor reptilia itu di dalamnya.
Baka asli didapati daripada buaya liar
yang menghuni di sepanjang Sungai Kinabatangan.
Haiwan tersebut diternak untuk
mendapatkan kulitnya bagi membuat kasut dan beg



(Bersama rakan-rakan

di Pusat Pemeliharaan orang Utan
Sepilok, Sandakan)




(Bersama rakan-rakan ke
Pulau Gaya/Gayana Island Eco-Resort)

Pulau Gaya adalah antara pulau-pulau dalam

lingkungan Tunku Abdul Rahman Park,
Kota Kinabalu, Malaysia


( Bersama sahabatku kat Sandakan Memorial Park)

Tempat ni ada kaitan dengan
era pendudukan jepun
di bumi Sabah.







(Gambar seorang sumandak/gadis kadazan
yang saya snap kat Jambatan Tamparuli)


Pak pak kang ku doh
Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Bakasut tinggi oku
(antara lirik lagu Jambatan Tamparuli)





( Ni tika mandi kat Sungai Kiulu Tamparuli)








Agama Kristian
aliran/mazhab Sevent Day Adventist
merupakan anutan
majoriti penduduk Tamparuli.
(Sila betulkan jika saya silap)










( Takde benda nak dirakamkan,
akhirnya perpustakaan
cawangan Tamparuli yang dirakam)